Tuesday, January 24, 2012

KETUA AUDIT NEGARA JANGAN SEMBUNYIKAN FAKTA...!!!!!

Ketua Audit Negara didesak mendedahkan keterangan yang diberikan oleh National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFC) menerusi surat jawapan yang dihantar kepadanya berhubung dakwaan penyelewengan dana kerajaan oleh syarikat berkenaan. 

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau diberitahu oleh Pengerusi NFC, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail bahawa surat jawapan telah dihantar kepada Ketua Audit Negara berhubung dakwaan yang dilontarkan terhadap syarikat itu selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 didedahkan. 

Beliau difahamkan, pihak Jabatan Audit Negara telah menerima surat jawapan itu dan mengakui bahawa tidak berlaku sebarang penyelewengan dan semuanya di bawah kawalan serta mengikut peraturan. "Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh telah menghantar surat jawapan kepada Ketua Audit Negara mengenai dakwaan terhadap NFC dan beliau memberitahu bahawa Jabatan Audit juga telah menerimanya serta mengakui bahawa tidak berlaku penyelewengan seperti didakwa. 

"Bagaimanapun, tiada pengumuman dibuat oleh Ketua Audit Negara berhubung perkara berkenaan, jadi kami mendesak beliau membuat kenyataan rasmi mengenainya dan berlaku adil kepada semua pihak supaya seseorang itu dibela atau dihukum atas sebab yang sah faktanya, bukan kerana persepsi politik.BACA LAGI  

arab nak kata: kalu dah pandai buat kenyataan, kena lah pandai jugak beri penjelasan.jangan lah bagi rakyat tertanya tanya !!!!



0 comments:

Related Posts with Thumbnails