Thursday, June 21, 2018

UMNO PERLU DIBINA SEMULA MELALUI SAYAP PEMUDA #umnomemilih #raziz4excopemuda

Pemilihan UMNO pada kali ini merupakan kali pertama dalam sejarah Malaysia merdeka dijalankan dalam keadaan UMNO tidak memegang kerajaan Persekutuan.

Logika akal menyatakan bahawa dalam situasi sebegini pemilihan sepatutnya suram tetapi bilangan calon yang menawarkan diri untuk bertanding adalah luar daripada kebiasaan.

Ini adalah suatu tanda yang positif terhadap UMNO menandakan masih ramai yang mahu bersama UMNO meskipun tiada apa lagi yang mampu ditawarkan melainkan wadah untuk terus memperjuangkan hak dan kepentingan orang-orang Melayu.

Begitu juga dengan sayap Pergerakan Pemuda UMNO yang telah membariskan seramai 217 orang calon bagi mengisi 20 kekosongan kerusi ahli jawatankuasa yang masing-masing membawa pelbagai agenda untuk memperkasakan dan membina semula parti keramat orang Melayu ini.

Sedar atau tidak, jumlah pencalonan yang tinggi ini adalah refleksi kepada keputusan PRU ke-14 telah menunjukkan rata-rata pengundi muda tidak memilih UMNO sekaligus menunjukkan Pemuda UMNO gagal menambat hati golongan tersebut.

Pelbagai alasan, sebab malah teori dikemukakan atas kekalahan tersebut namun yang jelas adalah kumpulan sasar di bawah tanggung jawab sayap Pemuda tidak memberikan hasil seperti yang diharapkan.

Atas dasar tersebut, maka adalah realistik untuk menyatakan bahawa proses pembaharuan dan pembinaan semula UMNO harus dilakukan pertamanya melalui Sayap Pemuda itu sendiri selain turut diperkukuhkan oleh Sayap Puteri yang mewakili golongan wanita muda.

Elemen yang perlu diterjemahkan semula oleh Pemuda UMNO adalah mengambil kira soal asas perjuangan itu sendiri.

Persoalan "Mengapa saya bersama UMNO" haruslah diperjelaskan oleh setiap ahli pemuda dan jawapan kepada persoalan ini haruslah menjadi asas pegangan kepada perjuangan.

Dengan asas yang kukuh, perjuangan akan menjadi ikhlas dan dilakukan tanpa mengharap apa-apa ganjaran.

Asas perjuangan ini haruslah diterapkan bukan sahaja kepada ahli UMNO sahaja tetapi perlu dikongsi bersama rakyat agar mereka merasai, menjiwai dan akhirnya menyokong perjuangan UMNO.

Sejarah telah membuktikan bahawa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu sentiasa menjelajah ke seluruh negara menggerakkan orang-orang Melayu untuk berjuang bersama UMNO dan seterusnya menjadi golongan pendesak terhadap isu-isu yang menyentuh kepentingan rakyat dan negara.

Pertautan antara parti dan rakyat juga harus ditambah baik supaya sentiasa dipandang lantang dan hebat dengan menyusuri secara santun dan berhikmah supaya tidak dianggap kurang ajar mahupun biadap.

Dahulu Pemuda UMNO pernah dikenali sebagai Pemuda Tahan Lasak dengan mengadakan khemah-khemah kerja di serata tempat dan telah berjaya menarik ramai anak muda untuk menyertai UMNO selain diperkasa dengan agenda Revolusi Mental yang telah disusun oleh bekas Ketua Pemuda ketika itu, Allahyarham Datuk Senu Abdul Rahman.

Revolusi Mental ketika itu mengandungi petunjuk-petunjuk bercorak intelektual yang menyentuh keperibadian orang Melayu dengan bertujuan merubah cara berfikir, pandangan dan sikap ahli masyarakat sesuai dengan kehendak serta keperluan semasa.

Dalam keadaan seperti mana yang dihadapi ketika ini, sesungguhnya Pergerakan Pemuda UMNO memerlukan Revolusi Mental 2.0 yang asasnya haruslah selari dan seiring dengan apa yang digariskan 49 tahun yang lalu bersesuaian zaman teknologi digital.

Pemuda seharusnya keluar daripada kepompong persepsi lama yang mana sekadar dilihat sebagai jentera bekerja sahaja dan bukannya golongan yang mampu memberi input-input positif dalam pembuatan keputusan samada di peringkat nasional sehinggalah ke peringkat cawangan.

Kita tidak boleh terus menerus menyalahkan orang lain kerana tidak memberi peluang tersebut kerana persepsi tersebut secara terus menerus dilakar oleh diri kita sendiri.

Percambahan ilmu dan imej intelektual amat diperlukan terutamanya di peringkat nasional agar Pemuda UMNO itu sendiri secara organisasinya dipandang hebat oleh rakyat dan digeruni oleh parti lawan.

Sikap dan sifat keterbukaan dalam Pemuda UMNO itu sendiri perlu diamalkan keseluruhannya tanpa mengenepikan mana-mana individu yang mempunyai kebolehan dan pengalaman untuk menyumbang bakti kepada UMNO.

Sikap dan sifat tidak 'melayan' ini memperlihatkan sifat sombong dan elitis yang secara realitinya wujud di kalangan segelintir Pemuda UMNO.
Ini pada akhirnya akan menyebabkan golongan muda tidak lagi mahu bersama UMNO bukan kerana parti tetapi kerana sikap segelintir individu di dalam parti.

Meskipun UMNO sebagai sebuah parti yang tidak boleh dinafikan jasanya terhadap rakyat dan negara, tetapi atas sikap sebegini akhirnya rakyat memilih untuk menolak UMNO.

Pemilihan pada kali ini membuka ruang dan peluang untuk UMNO terutamanya Pergerakan Pemuda UMNO untuk berubah cara dan kaedah berkhidmat untuk rakyat serta memberi ruang kepada muka-muka baru untuk menyumbang khidmat bakti membina semula kekuatan parti berasaskan nilai dan asas perjuangan yang sebenar.

Sekiranya perubahan ini benar-benar dapat dilaksanakan oleh Pergerakan Pemuda UMNO, tidak mustahil untuk UMNO itu sendiri bangkit semula dan dapat memenangi hati rakyat Malaysia pada masa akan datang.

AHMAD RAZIZ BIN RASHID
CALON 207
EXCO PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA

Sunday, May 6, 2018

PERBEZAAN ZAMAN TUN M DAN NAJIBRAZAK

Yang kaya jangan baca nanti anda tidak percaya kerana anda tidak pernah mendapatkannnya. Bacaan ini untuk orang miskin sahaja.. 

BEZA ZAMAN MAHATHIR
(Selama 22 thn jadi PM)
 DAN ZAMAN NAJIB..

 PTPTN.
-Mahathir: interest 4%
-Najib : Interest 1%

Zaman najib maintain bayar setiap bulan dapat potongan 10%, kalau langsai ptptn sekaligus dapat diskaun 20%

 TOL.
-Mahathir: Tol naik 5% setiap 3 tahun
-Najib : Pembinaan highway pan borneo, highway KL-Kelantan melalui merapoh, highway bertingkat rawang semua bebas tol.

 PENGANGKUTAN AWAM.
-Mahathir : Tambang ERL naik 10% setiap 5 tahun.
-Najib : kerajaan beri subsidi untuk  tambang MRT.

ISA
-Mahathir : seramai 1200 orang ditahan bawah ISA
-Najib : Hapus ISA

 HUTANG NEGARA.
-Mahathir: 103%
-Najib: 54%

 LEBUHRAYA PANTAI TIMUR.
-Mahatir: Menghentikan pembinaan LPT bila parti pembangkang perintah Terengganu dan Kelantan
-Najib: Meneruskan projek LPT ke Terengganu dan Kelantan. Juga membina highway Kota Bharu-Kuala Krai walau diperintah pembangkang.

 CUKAI BARANGAN.
-Mahathir: SST 5% 10% 20%
-Najib: GST 6%

 YURAN SEKOLAH.
-Mahathir: Ada yuran sekolah
-Najib: Yuran sekolah dihapuskan

 BANTUAN SEKOLAH.
-Mahathir: Tiada
-Najib: Ada, RM100

 BUKU TEKS SEKOLAH.
-Mahathir: Bergantung kepada pendapatan ibubapa. Ada pelajar perlu beli buku teks.
-Najib: Semua pelajar dapat buku teks secara percuma.

 BR1M
-MAHATHIR: Tiada
-Najib: Ada, sehingga RM2000

 VOUCER BUKU UNTUK MAHASISWA.
-Mahathir: Tiada
-Najib: Ada, RM250

 KLINIK BERGERAK 1MALAYSIA.
-Mahathir: Tiada
-Najib : Ada, bot dan bas

 KLINIK 1MALAYSIA.
-Mahathir: Tiada
-Najib : Ada, bayaran RM1.

 GAJI MINIMUN.
-Mahathir: Tiada
-Najib: Ada, RM1000

 BAKI SIMPANAN PETRONAS.
Mahathir: RM30 bilion
Najib: RM128 bilion

KENAIKN PENCEN.
Mahathir: Tiada
Najib: Ada, 2% setiap tahun.

RUMAH PENJAWAT AWAM.
Mahathir:Tiada
Najib: Ada, Rumah penjawat awam 1 Malaysia (PPA1M)

RUMAH UNTUK RAKYAT.
Mahathir:PPRT
Najib:PPRT, SPNB (gaji bwh RM3000 & ada tanah, kerajaan subsidi RM25 ribu), SPNB Plus (gaji RM3000 keatas dan ada tanah), PR1MA (gaji bawah RM10,000)

TAJA RAKYAT TUNAI HAJI.
Mahathir: Tiada
Najib : Ada, 1000 orang ditaja tunai haji setiap tahun secara percuma.

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH.
Mahathir :Tiada
Najib : Ada, RM600 untuk 3 bulan kepada 440 ribu penoreh getah.

SKIM ELAUN SARA HIDUP NELAYAN.
Mahathir : Tiada
Najib : Ada, RM300 sebulan...

Fikir2 kn lah..
Pilihan ditgn kita...
Pilih dgn akal jgn pilih atas rasa benci...

Saturday, May 5, 2018

CORETAN CIKGU ZAIDI UNTUK PENGUNDI PERMATANG PAUH

Terima Kasih Buat Para Pejuang. Saya Gagah Habiskan Coretan Ini, Biarpun Jiwa Ini Diselubungi Keharuan Dan Rasa Sebak Yg Amat Sangat... 

Sdrku dan Sahabat Sekelian, Aku tidak bernasib baik kerana dilahirkan dan merasai suasana malam yg bertemankan pelita minyak tanah, mandi air telaga yang berbau akar bemban dan membuang air besar di belakang pokok atau atas titi di atas ban. 

Tiap kali hujan seluruh kampung berlumpur, selipar adalah perkara yang mahal, berkaki ayam itu biasa. Setiap hari ke sekolah, kasut pasti basah terkena air embun dari rumput di atas batas bendang. 

Sekolah dengan dinding papan dan bersulam dawai mata punai untuk lubang cahaya masuk. Cikgu tak pernah peduli aku pakai kasut sekolah atau selipar. Seluar pendek yang aku pakai, berkali2 emak aku terpaksa menjahitnya di celah kangkang kerana terkoyak akibat bermain bola atau berkungfu ketika bergaduh di sekolah. Seluar itulah yang aku pakai ke sekolah, seluar itulah juga yang aku pakai untuk aktiviti di sebelah petang. 

Sekarang susah lagi nak tengok baju yang ada 'tahi Ialat' . Dulu biasa, bukan setakat penuh tahi lalat terutama d bahagian kolar malahan baju sekolah aku cukup jarang hingga nampak cukup seksi. Jarang nya di sebabkn  satu baju itu boleh tahan setahun tak berganti ! Sepasang kasut, baju dan seluar utk setahun... Seingat aku tak ada seorang pun orang kampung aku yang lebih tua dari aku masuk ke universiti masa itu.

Malam di surau papan berbumbung atap nipah lebih meriah, lebih2 lagi bulan puasa. Kuih, meehon, atau mee goreng free moreh selepas solat tarawih jarang sangat ada. Malam 27 Ramadhan sangat di nantikan sebab malam itulah boleh makan nasi gulai daging, makanan paling sedap, masak gotong royong satu kampung dr pagi hingga waktu berbuka. Aku masih ingat kena suruh kutip duit satu kampung untuk kenduri malam 27 ! Nak dapat RM 100 ringgit pun susah seminggu punya ulang satu kampung dok kutip duit. 

Alhamdulillah hari ini, kampung aku terang benderang, rumah cantik2, tak dak tempat yang becak @ lecah lagi, sekolah macam universiti, anak orang kampung lepasan dan sdg belajar di universiti berlambak dah, surau tersergam indah macam masjid.. bulan puasa moreh tiap2 malam. Moreh gulai daging, ayam, udang, sotong bukan benda yang istimewa lagi.. kalau kambing golek atau briyani standardlah sikit ! 

Dulu menjelang puasa atau raya orang kampung selalu tanya bila nak dapat zakat beras atau duit, sekarang ni susah nak cari penerima zakat dalam kampung lagi. Ada yang menolak bila kata saya nk bagi zakat ni ... 

Kini Segalanya Telah Berubah, Apapun orang kata, di hati aku tersemat terima kasih dan terhutang budi kerana semua perubahan ini pasti kerana Perjuangan Dan Perpaduan Kita Semua... Jgn Kita Musnahkan

Akhirnya Sebelum aku Mengakhiri Perjalanan Panjang Ini, aku Ingin Melihat Betapa indahnya Kampung Permatang Pauh aku ini, bila siapnya Sebuah Sekolah Agama Berasrama Penuh Dan Kesemua 36 Buah Sekolah Anak2, Kita Mempunyai Bilik Darjah Digital Abad 21. Aku Mendambakan  Anak2 Yang Pasti Akan Menjadi Lebih Hebat Dari Aku Yg Dulunya Tidur...  Beralaskan Tikar Mengkuang Dan Berbantalkan Bantal Yg Leper Bertahun Tidak Berganti... 

Selamat Mengundi

Datuk Haji Mohd Zaidi Hj Mohd Said 
Kampung Tanjung Putus 
Permatang Pauh, Pulau Pinang 
05 Mei 2018
Related Posts with Thumbnails