Sunday, November 27, 2016

AHLI UMNO MAHU TENGOK PRESIDEN UMNO LEMAH...#PAU2016

selamat pagi orang umno. ahli umno dan penyokong umno

minggu ini semangat UMNO aku tinggi, siapa kata PEMBODEK sebenarnya dia tak suka pada Najib, mereka lebih suka melihat Najib lemah di mata semua ahli umno. 

UMNO Patut Diperkuat, Bukan Dihambat Isu Remeh temeh. Antara yang dimaksudkan ialah isu berkaitan 1MDB dan 2.6billion Walaupun dah dijawab, tapi masih ada yang mahu melihat perwakilan UMNO tertentu membangkitkan perkara ini dalam perhimpunan itu nanti, semata-mata untuk melihat Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak lemah.

Seterusnya menimbulkan persoalan, antara kebebasan bersuara oleh para pembahas, dengan keperluan mengukuhkan lagi UMNO selepas PRU13

Kita harap perwakilan yang menjadi pembahas dalam persidangan akan datang, melihat keutamaan mana yang patut didulukan, bukan menjadi alat untuk mengukuhkan agenda pihak-pihak yang tidak senang dengan kejayaan yang diraih Najib selepas mengambil alih teraju UMNO pada 2009. - #PAU2016

Thursday, November 24, 2016

DATUK MUSA BAKAL GEGARKAN BAHAS ISU RAKYAT #PAU2016

UMNO Pulau Pinang akan menggunakan platform Perhimpunan Agung UMNO minggu depan sebagai landasan membawa pelbagai isu berbangkit terutama membabitkan kepentingan rakyat, khususnya orang Melayu di negeri ini.

Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Noor Ahmad, berkata UMNO Pulau Pinang akan diwakili Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir bagi membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO; Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya (usul agama) dan Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Shaik Hussein Mydin (usul ekonomi).

Beliau berkata, selain itu persiapan parti menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), juga antara fokus yang tidak boleh diketepikan UMNO Pulau Pinang terutama dalam keadaan situasi politik getir ketika ini.

"UMNO Pulau Pinang akan menggunakan landasan Perhimpunan Agung UMNO kali ini untuk membincangkan isu berkaitan kepentingan rakyat, khususnya hal perumahan yang tidak berkesudahan di Pulau Pinang," katanya pada sidang media selepas Merasmikan Kempen Keselamatan Kanak-kanak Sahabat Bijak 'Safe and Protect' peringkat Pulau Pinang di sini, sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Mohd Noor berkata, walaupun wujud agensi Kerajaan Pusat seperti JKP Sdn Bhd dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) yang membangunkan projek perumahan di negeri ini, namun ia tidak mencukupi kerana berhadapan kekangan dasar kerajaan negeri.

"Perhimpunan kali ini wajar dimanfaatkan sebaiknya dan bukan sekadar tempat perjumpaan, kerana kita bakal berhadapan PRU-14 yang akan menentukan hala tuju negara dan UMNO sendiri," katanya. Perhimpunan Agung UMNO 2016 akan berlangsung pada 29 November ini sehingga 3 Disember di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan dijangka lebih 3,200 perwakilan hadir -

BH

Monday, November 21, 2016

EZAM MD NOOR MINTA KPN TANGKAP JHO LOW...????

KPN: Mana waran tangkap Jho Low?

1.Merujuk kenyataan saya 12 Nov lalu dan bbrp laporan media Singapura dan Antarabangsa yang membuat liputan perbicaraan kes 1MDB d Mahkamah Singapura.
2.Sudah lebih satu minggu berlalu mengapa pihak berwajib kerajaan Malaysia khususnya  Ketua Polis Negara masih membisu terhadap persoalan serius ini?
3.Pihak Polis boleh menangkap puluhan pemimpin dan aktivis Bersih tetapi seorang Jho Low tidak boleh dikesan sama sekali?bukan sahaja tiada tangkapan.waran tangkap pun tidak dikeluarkan!
4.saya desak KPN membuat penjelasan segera mengenai hal ini.Beliau punya tanggungjawab menjelaskan kerana kes 1MDB adalah dibawah siasatan PDRM.
5.Tolong jaga dan bela maruah negara.cukuplah kita ada seorang PM yang menjadi bahan lawak dan cemuhan seantero dunia. Kita tidak boleh biarkan institusi2 lain di negara ini ranap kredibiliti dan maruah hanya kerana ketakutan kepada seorang Jho Low.Atau ketakutan kepada seorang yang dibelakang Jho Low?

Mohamad Ezam Mohd Nor
Pengerusi Hisbah
21Nov 2016/21 Safar 1438H

komen aku :

Nak Tangkap Jlow atas kesalahan apa..?

Sebab tipu Aabar?

Lantak la.. itu bukan masalah 1MDB.

siapa yang sebenarnya membuat kan pemimpin kita menjadi bahan lawak dan cemohan seluruh dunia.. bukan kah pihak belah sana.

kalau tangan itu tidak boleh membantu. jangan lah jadi tangan yang menghancurkan

Related Posts with Thumbnails