Tuesday, April 22, 2014

MP TASEK GELUGOR MEMBIDAS PEMIMPIN PULAU PINANG

YB Dato Shabudin Ahli Parlimen Tasek Gelugor mewakili adun adun dlm tasek gelugor membuat penafian sekeras kerasnya terhadap tuduhan oleh pemimpin kerajaan negeri pulau pinang bahawa adun adun tasek gelugor terlibat dalam penyelewangan penjualan tanah tudm kepada kroni,,,,

Kenyataan mereka sungguh tidak bertanggungjawab, setelah semua akhbar melaporkan segala bentuk bantahan penjualan tanah TUDM sehingga ke peringkat tertinggi kerajaan, jangan main tuduh sesuka hati,

Membuat persepsi memang mudah supaya rakyat membenci adun adun barisan nasional. Minta pemimpin itu kemukakan bukti dan BERANI buat sidang akhbar bagi menyatakan bahawa adun dalam kawasan tasek gelugor menyeleweng,

Kalau hanya nak bercakap kosong saja baik diam, sebab dia adalam pemimpin kerajaan negeri. tunjuk lah contoh yang baik,
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, March 17, 2014

MAHFUZ SEDIA JADI TEBUSAN....!!!! #MH370

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menggesa kerajaan mendedahkan lokasi pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dipercayai dirampas supaya ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) dapat dijadikan tebusan sebagai tukaran dengan 239 penumpang dan anak kapal.

Beliau yang juga ketua penerangan PAS berkata, MEREKA MENGESYAKI RUNDINGAN ANTARA KERAJAAN DENGAN PERAMPAS PESAWAT ITU KINI SUDAH BERMULA.

"Jika (pesawat) itu di sesuatu tempat, beritahu kami di mana, kami bersedia menjadi tebusan untuk ditukarkan dengan 239 penumpang.

"Kita bersedia jadi tebusan. Saya minta Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman untuk mengaturkan kita membuat tawaran dengan pihak perampas," kata Mahfuz di Parlimen hari ini.

Terdahulu, di Dewan Rakyat Mahfuz bertanya kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai kemungkinan dua rakyat Iran yang merupakan antara penumpang MH370 memasuki negara dengan menyamar sebagai pelajar. - 17 Mac, 2014.


PERSOALANNYA KENAPA PEMIMPIN PEMIMPIN DALAM PAKATAN SEPERTI CACING KEPANASAN JE, MACAMANA DEPA TAHU KERAJAAN SEDANG BUAT NEGOTIATION DENGAN PERAMPAS. AKU NAMPAK ADA SESUATU YANG TAK KENA SEDANG BELAKU DALAM KEM PAKATAN RAKYAT..... 


DR RIDHUAN TEE TAK MAHU MASUK ISLAM KALAU INI CARA NYA...


Pendakwah bebas, Dr Ridhuan Tee Abdullah hari ini menyifatkan perlakukan raja bomoh dalam usahanya mencari pesawat hilang Malaysia Airlines MH370 hanya akan lebih menyesatkan umat Islam jika ada yang terpedaya dengan upacara ritualnya itu.

Beliau berkata, jika upacara sedemikian berlaku ketika zamannya hendak memeluk Islam suatu masa dahulu pasti hajatnya itu tidak kesampaian.

"Kebimbangan saya, jika ditakdirkan bomoh itulah yang menjumpai MH370 itu nanti, semakin ramailah umat Islam yang akan percayai kepada bomoh daripada menumpahkan ketaatan kepada Allah.

"Jika ditakdirkan saya melihat perbuatan umat Islam dalam mencari MH370 sebegini, sudah tentu saya tidak jadi memeluk Islam," katanya menerusi satu artikel dalam akhbar Sinar Harian hari ini.

Ibrahim Mat Zin atau juga dikenali sebagai raja bomoh datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dua kali sepanjang minggu lalu bagi mengadakan upacara ritual untuk mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak dua minggu lalu.

Dia yang pada mulanya mengaku diupah oleh orang kenamaan mengubah kenyataannya mendakwa upacara itu dilakukan atas inisiatifnya sendiri.

Ridhuan berkata, umat Islam sewajarnya perlu melihat apa yang terkandung dalam ajaran agama Islam itu sendiri berbanding melihat perlakuan segelintir pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya, dalam pencarian MH370, umat Islam digalakkan berserah kepada Allah kerana Dialah yang lebih mengetahui hikmah di sebalik semua kejadian ini.

"Ketika saya memeluk Islam dahulu pun, saya mengkaji Islam dan mendalami Islam. Sebagai umat Islam, segala tindak-tanduk kita mestilah berteraskan kepada Al-Quran dan sunnah.

"Apa jua perbuatan yang bercanggah, hendaklah ditolak kerana boleh menjejaskan akidah. Ingin saya jelaskan, perbuatan berbomoh seperti dilakukan ini bukan daripada ajaran Islam, meskipun ada yang mendakwa ia mengikut kaedah Islam," katanya.

Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia itu berkata, apa yang dilakukan oleh bomoh itu bukan sahaja mengundang keaiban yamg besar kepada Malaysia malah negara menjadi bahan ketawa.

Katanya, jika benar bomoh mahu membantu mencari MH370 dengan 'kesaktiannya' maka ia perlu dilakukan di tempat tertutup supaya tidak menjadi perhatian umum.

"Anak-anak saya yang berada di Iskandariah, Mesir, amat malu dengan kejadian ini. Menggunakan bomoh dan sihir mencari MH370 menjadi bahan ketawa dunia.

"Jika ditanya orang kafir sekalipun, mereka tidak akan mempercayai perkara tersebut. Paling kurang, mereka tampil bermeditasi dan berdoa mengikut cara masing-masing," katanya. - 17 Mac, 2014.

MALAYSIAINSIDER
Related Posts with Thumbnails