Friday, November 30, 2012

BUKU JINGGA DOKUMEN FATAMORGANA HANCURKAN NEGARA

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata sekarang adalah masa untuk seluruh ahli UMNO bersama mengucapkan selamat tinggal kepada puak pembangkang dengan memastikan kejayaan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum akan datang.

“Di sini pada Perhimpunan Agung UMNO terpenting ini, tibalah masanya untuk perwakilan dan seluruh saf kepimpinan UMNO, menyahut seruan Presiden agar bersiapa siaga pada tahap tertinggi untuk PRU-13”, katanya di sini hari ini.

Ini tegasnya boleh dicapai dengan mematuhi disiplin organisasi dengan matlamat yang jelas untuk kemenangan BN demi membela nasib semua rakyat dengan adil.

Jelas beliau lagi PRU-13 bukan bahan ujikaji untuk memperjudikan masa depan Agama, Bangsa dan Tanah Air.

Tambahnya pembangkang telah terbukti tidak berjaya menunaikan janji pilihanraya di empat negeri di bawah pemerintahan mereka.

“Buku Jingga mereka pula adalah dokumen yang fatamorgana yang bakal membankrapkan negara tercinta ini. Oleh itu, sekarang ini juga mari kita bersama mengucapkan selamat tinggal kepada puak pembangkang.

“Sokonglah Barisan Nasional yang sentiasa menepati janji untuk manafaat rakyat”, ujarnya. -MediaUMNO

ANWAR IBRAHIM PENGKHIANAT BANGSA #PAU2012

Datuk Seri Reezal Merican Wakil Pemuda UMNO. -ehsan utusan


Datuk Seri memulakan usul ucapan dasar presiden semalam dengan mengajak ahli ahli umno membuka minda kenapa Allah memilih Melayu untuk memerintah negara. ini ada lah pilihan Allah. 

Umno telah terbukti sebagai parti yang memperjuangkan islam yang sebenar, tidak masuk akal lah bila ada parti kononnya pejuang islam untuk mendoakan umno dalam kehancuran. adakah cuba melawan takdir yg di pilih oleh Allah. ini bukan musyidul am tetapi ini mudhinul am.

didalam ucapannya beliau menceritakan bagaimana pengkhianat itu wujud sejak zaman rasullulah, zaman abu bakar hanya bertahan selama 29 tahun kerana adanya pengkhianat  seperti abdullah ibnu sabak. di zaman moden ini pengkhianat bangsa ialah Anwar Ibrahim

Datuk Seri Reezal mengakhiri pembahasan dengan menyeru semua pewakilan2 dan ahli ahli umno mari lah kita sama sama merampas kembali mandat dan terus mentadbir negara.


LIVE DARI PWTC: WAKIL PULAU PINANG MEMBONGKAR NIAT JAHAT DAP. #PAU2012

Datuk Abdul Rahim Saibu WAKIL PULAU PINANG
Alhamdulilah hari kedua kita semua dapat bersama sama mengikuti pembahasan ucapan dasar presiden. pagi ini wakil dari pulau pinang di beri peluang untuk membahas.

Datuk Abdul Rahim Sabu Ketua Umno Bahagian Bayan Baru menyelar parti pas dan pkr didalam mainan politik paling kotor supaya dapat memecahkan sokongan orang melayu kepada umno. mengutuk parti pas kerana mendoakan kehancuran parti umno, mengutuk cara pentadbiran kerajaan DAP pulau pinang yang berterusan main isu perkauman dengan meminggirkan orang melayu di pulau pinang. 

kebebasan media juga disekat sehinggakan utusan malaysia dan berita harian tidak dibenarkan untuk membuat liputan dalam dewan undangan negeri. PAS menjadi kuda tungangan pada dap dan pkr untuk memecahkan orang melayu islam dengan mengadakan pilihanraya masjid. 

ini adalah satu rancangan halus untuk menyinkirkan orang melayu bilamana ramai orang melayu telah berpindah ke seberang kerana tidak mampu lagi membeli rumah, DAP tidak pernah membina rumah mampu milik tetapi hanya tahu berjanji.

jom kita tengok photo

pemerhati setia sedang mendengar pembahasan dari wakil pulau pinang

mak2 encik merahnyaaaaaaaaaa






Related Posts with Thumbnails