Sunday, December 25, 2011

NGA KOR MING KAKI SONGLAP TENDER

Setiausaha Agung DAP Perak, Nga Kor Ming perlu tampil memberi penjelasan secara terperinci berhubung isu pemberian kontrak pakaian rasmi ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kepada syarikat milik isterinya pada 2008. 

Naib Pengerusi DAP negeri itu, M. Kulasegaran berkata, sekiranya tidak ditangani segera, isu itu bakal mendatangkan pelbagai kesan negatif sehingga menjejaskan imej parti itu.

"Sudah ada laporan polis yang dibuat mengenainya dan Kor Ming sendiri juga akan memfailkan saman ke atas tuduhan tersebut, namun saya merasakan adalah lebih baik jika beliau sendiri menjelaskan segala senario yang berlaku.

"Untuk bersikap adil kepadanya, berilah beliau masa yang cukup selain Datuk Bandar sekarang juga perlu mengesahkan sama ada dokumen yang tersiar di blog berkenaan adalah benar atau tidak," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan seorang blogger Sekupangduas atau nama sebenarnya, Ahmad Sofian Yahya, 47, yang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu tersebut pada 21 Disember lalu.

Menurut Ahmad Sofian, laporan itu dibuat bagi menyahut cabaran Kor Ming yang menuduhnya mengada-adakan bahan bukti dalam sebuah artikel yang disiarkan di portal berita propembangkang sebelum ini.

Ahmad Sofian dalam blognya di http://www.sekupangduas.blogspot.com pada 16 Disember lalu memuat naik beberapa salinan dokumen yang menunjukkan berlaku salah guna kuasa dalam pemberian tender menjahit kot ahli majlis MBI selepas pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan.

Dokumen itu mendedahkan Ethan and Elton, syarikat yang mana isteri Kor Ming, Wong Seow Ching sebagai salah seorang pengarahnya, memenangi kontrak tersebut walaupun menawarkan harga lebih tinggi berbanding pembida lain.

Syarikat tersebut yang didaftarkan selepas Kor Ming menjadi exco kerajaan negeri ketika itu, mendapat kontrak membekal dan menjahit kot tersebut meskipun mengenakan caj RM650 setiap sut berbanding yang terendah oleh Goodman Tailor iaitu RM450.

Blog tersebut juga mendakwa, kontrak untuk 24 kot rasmi yang pada asalnya ditawarkan kepada Goodman Tailor pada 3 April 2008 kemudiannya diberikan kepada Ethan and Elton selepas disyorkan oleh kerajaan negeri pada ketika itu.

Berikutan itu, dua lagi laporan dibuat kepada SPRM oleh dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kelmarin yang mendakwa Ahli Parlimen Taiping tersebut secara nyata terlibat dalam urusan pemberian kontrak berkenaan pada 2008.

Kor Ming baru-baru ini bagaimanapun menafikan penglibatannya dalam pemberian kontrak tersebut kerana mendakwa ia dilakukan secara tender terbuka.

perutusan penuh perdana menteri sempena hari krismas

Apa yang paling saya suka mengenai waktu Krismas ialah ia mengingatkan kita semua untuk menyebarkan perasaan muhibah dan kegembiraan, tepat pada masanya untuk menyambut Tahun Baru dan membuat permulaan yang baru. Tidak salah sekiranya kita diingatkan sekali-sekala. 

Saya sentiasa percaya bahawa sebagai sebuah negara yang mengamalkan kesederhanaan, kita mesti merebut peluang untuk memupuk persefahaman yang lebih baik antara rakyat Malaysia daripada budaya dan kepercayaan yang berbeza. 

Saya telah menengahkan kepercayaan saya ini pada bulan Julai lalu, apabila saya mengetuai delegasi Kerajaan untuk membuat kunjungan hormat kepada Pope Benedict XVI di kediaman musim panas beliau di Castel Gandolfo, dan berkongsi dengan beliau wawasan saya mengenai Pergerakan Kesederhanaan Global. 

Dari lawatan kerja itu, Malaysia dan Holy See (Vatican City) telah bersetuju untuk mewujudkan hubungan diplomatik, yang saya harap akan membawa kepada pautan dan dialog antara agama yang lebih erat antara kita. 

Begitu juga, di negara kita, saya turut komited untuk mengukuhkan lagi interaksi yang telah lama wujud dengan masyarakat Kristian. Saya sentiasa berusaha untuk bertemu dengan Rakyat dari pelbagai kepercayaan. 

Saya akan meneruskan amalan ini untuk mendapatkan idea-idea dan pendapat anda untuk kebaikan masyarakat kita. Di Malaysia, sambutan yang khusus bagi budaya dan agama semakin diterima dan disambut lebih ramai penduduk Malaysia, contohnya seperti adat memberi hadiah yang selalunya diamalkan sewaktu Krismas. 

Menarik jika diperhatikan bagaimana amalan pelbagai budaya serta agama di negara kita ini bersepadu antara satu sama lain dan seterusnya sebati dalam masyarakat kita. 

Sambutlah Krismas ini dengan memahami rakan-rakan rakyat Malaysia anda dengan lebih baik, dan hargai mereka diatas kepelbagaian dan kekuatan yang mereka bawa kepada negara kita yang kita cintai ini. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Kristian, Selamat Hari Natal.

REFORMASI 1998 BAKAL BERULANG LAGI..!!!

mahasiswa yang mengelarkan diri mereka Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) masih tidak mengakui AnuWar Ibrahim adalah dalang utama pergerakan mereka? 

Apakah tindakan mereka mengempur PWTC Sabtu lepas adalah hanya satu daripada rentetan demonstrasi jalanan dalam usaha membebaskan AnuWar Ibrahim yang akan dibicarakan awal tahun depan? Apakah demonstrasi yang dilakukan Sabtu lalu hanyalah "tip of the iceberg" untuk demonstrasi lebih terancang oleh murahsiswa yang menjadi keldai tunggangan pembangkang. 

Apa yang pasti, AnuWar Ibrahim telah berjaya merekrut "murahsiswa terpilih" dalam menjadikan mereka perisai hadapan buat dirinya dalam percubaan menumbangkan Kerajaan 9 Januari depan. Operasi ini dikenali sebagai "Langgar 901" dan "Bebas Anwar 901". 

Kenangkan kembali apa yang AnuWar Ibrahim lakukan dalam Reformsai pertama tahun 1998, selepas AnuWar Ibrahim dilucutkan dari jawatan TPM. Apakah modus operasi yang sama yang akan beliau lakukan menjelang 9 Januari depan?

Di dalam beberapa siri pertemuan dengan AnuWar Ibrahim, termasuk pertemuan terbaru yang diadakan di rumah AnuWar, malam Jumaat semalam, murahsiswa-murahsiswa ini telah diterapkan di dalam minda mereka agar menentang pihak berkuasa iaitu mahkamah, pihak polis dan sebagainya untuk menghalang AnuWar Ibrahim dari menghuni hotel 5 bintang, penjara Sungai Buluh 9 Januari ini. Risalah seperti di bawah mula dicetak dan diedarkan. 

Related Posts with Thumbnails