Tuesday, December 18, 2018

200 PEMUDA UPAHAN KENA AMBIL IKTIBAR.

Ini untuk 200 individu yang berada di "sana". Bab ini orang Melayu kena didik budak2 ni. Nak jadi upahan atau gengster kena ada ilmu Matematik utk buat perkiraan, betul atau tidak apa aku buat ni? Kira balik berbaloikah duit upah dgn pergeseran yg telah berlaku?

Bahasa Melayu dan Sejarah kena bagi faham betul2 atas tujuan apa. Sains kena ada.....fahamkan siasatan, sintesis, inferen dulu. Agama pun kena wajib tahu apa hukumnya. 

KITA DIDIKLAH BANGSA MASING2 SUPAYA DUDUK DALAM SATU MANGKUK DENGAN HARMONI.

Tuesday, October 16, 2018

ORANG CINA PANGGIL TUN M 'LAU MA' KUDA TUA.

Selain membaca berita dan komen dari media sosial dlm bahasa Melayu dan Inggeris, saya juga membaca dlm bahasa Mandarin. 

Kerana saya fasih menulis dan membaca dlm bahasa Mandarin. 

Sejak kebelakangan ini, saya dapati hati nurani pengundi Cina yg dulunya condong kpd PH, kini mula membuat kritikan yg pedas dlm media sosial. 

Dalam isu kenyataan Tun M mengenai "tiada tol percuma, jika nak maka harga petrol dinaikkan".

Saya terjemahkan satu komen yg menamakan diri sebagai David Wong. Ikutilah terjemahan saya lebih kurang begini :

Manifesto bukan kitab suci. Manifesto adalah kepunyaan Lau Ma (Lau makna tua, ma makna kuda, jadi Lau Ma bermakna kuda tua yg dimaksudkan sebagai Mahathir). 

Kamu inginkan macam mana maka buatlah macam mana (yg kamu suka). Eloklah buat sampai 100 tahun. Anwar nak jadi Perdana Menteri, pelan-pelan tunggu. Sekarang selain dari menipu masih lagi menipu. 

Sungguh kecewa dgn Pakatan Harapan. Jikapun diri sendiri dah tahu yg tak boleh tukar kerajaan tetapi masih gunakan ayat manis menggoda nak menipu rakyat. 

Sepertilah seorang lelaki yg ingin memikat seorang gadis, dia akan menggunakan seribu satu bahasa manis menggoda utk memujuk gadis hingga ke ranjang. 

Akhirnya gadis termengandung. Bagi gadis itu pula, dia tidak terfikir yg sekali "cucuk" akn menyebabkan dia mengandung. Gadis itu tiada upaya utk memelihara bayi itu. Silakanlah membuangkannya. Bagi gadis itu, ia adalah satu penodaan yg dahsyat! Inilah wajah-wajah Pakatan Harapan sekarang!! 

Sungguh tajam dan rasa kecewa nukilan dari David Wong. 

sumber dari 
HISEMUDIN KASSIM 

Wednesday, September 26, 2018

RENTETAN SEJARAH MENJELANG PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2018 #PAU2018 #UMNObangkit #PEMUDATERASKEBANGKITAN

Pilihanraya pada tahun  1969 menyaksikan Perikatan kehilangan banyak kerusi jika dibandingkan Pilihanraya yang sebelumnya. Kerusi di kawasan bandar yang diwakili oleh MCA dan MIC ketika itu hanya menang tipis kepada Parti Dap dan Gerakan. 

Bermula daripada keputusan Pilihanraya 1969 , tercetusnya provokasi kaum yang menjurus kepada peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 . UMNO pada ketika itu memperolehi 51 kerusi menjadi parti dominan dalam gerakan untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum.

Kaum Melayu tidak berpuas hati terhadap kepimpinan Tunku yang  tidak memberikan autoriti kepada orang melayu dan masih ketinggalan dikawasan pinggir bandar serta pedalaman.Kaum cina dan india ketika itu merasakan mereka sudah merampas hampir kesemua bandar besar dan ibukota.

Tun Abdul Razak pada ketika itu memainkan peranan penting dalam UMNO. Pelbagai formula telah disusun bagi memastikan Perikatan mendapat tempat di hati rakyat berbilang kaum. 

Maka sebelum pilihanraya 1974,
tertubuhnya Barisan Nasional yang terdiri daripada UMNO, MCA, MIC, GERAKAN,PAS. Hasil daripada penyatuan ini, Barisan Nasional kembali menerajui majoriti 2/3 parlimen pada Pilihanraya 1974.

Kemenangan ini membuktikan, formula yang dimainkan Tun Abdul Razak selama 4 tahun berhasil.

Apakah kita yang masih baru 4 Bulan tersungkur, dalam sekelip mata sudah menemui formula yang jitu?

DAP mengambil masa berpuluh tahun untuk kuasai Malaysia dengan bermulanya Barisan Altenatif, Pakatan Rakyat seterusnya Pakatan Harapan.

Belum apa-apa, sudah ada yang melompat ke seberang dengan alasan UMNO sudah jauh dari landasan.Sejarah tetap sejarah yang tidak boleh dipadam.
 
Dewasa kini, UMNO sudah terpalit dengan kejatuhan Barisan Nasional tetapi masih unggul menjadi parti yang dominan dalam Parlimen.
UMNO sudah terbiasa dengan permainan formula apatah lagi dengan ragam politik tanah air.

Kedatangan PAU (Perhimpunan Agung Umno) kali ini amat berbeza dengan sebelumnya. UMNO hadir sebagai parti pembangkang sedang bangkit daripada kejatuhan,

Episod ini, sudah pastinya dinantikan oleh ramai pemain politik dalam dan luar apatah lagi ahli-ahlinya sendiri. Sememangnya UMNO memerlukan naratif yang berbeza, perjuangan yang segar, dimudik dengan hala tuju yang jelas. 

Perhimpunan Agung UMNO pada kali ini pastinya akan merungkai seribu satu pertanyaan dan ditunggu-tunggu hampir 3 juta ahli UMNO.

Sehubungan itu, penulis mengharapkan, kepimpinan atasan dapat  merungkai hala tuju yang jelas bagi memastikan semangat juang UMNO tidak akan luntur di telan zaman.

UMNO pada hari ini masih memiliki pejuang-pejuang muda yang sanggup bangkit bersama untuk realisasikan hasrat rakyat amnya. 

Ahmad Badurol Hisham Mukhatar
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Related Posts with Thumbnails