Thursday, September 7, 2017

DARI MANA DATANGNYA KEBENCIAN INI @NajibRazak

kebencian perlu sentiasa disuap untuk mengekalkan momentum

ketagihan untuk mendengar cerita atau isu yang boleh mendatangkan kebencian kepada umno dan kerajaan bn dengan sendirinya akan sanggup bersusah payah mencari sumbernya.

pantang mereka paling besar ialah membaca dan mendengar perkara baik yang umno atau kerajaan bn buat. lalu dengan memboikot media perdana adalah satu satunya cara untuk terus kekal mengatakan kerajaan bn dan umno jahat. jahat dan sejahatnya.

dengan apa cara pun pemimpin pembangkang dan tentera cyber upahan  mesti bersedia dengan cerita walaupun terpaksa direka

hanya pemimpin mereka sahaja yang boleh membuat keputusan tentang apa yang mereka wajib fikir dan apa yang wajib mereka buat.

mereka sudah tidak ada keupayaan untuk berfikir. otak menjadi beku.

sangat hebat kuasa kebencian ini...sungguh luar biasa.

dan juga ada pemimpin UMNO menghasut ahli ahli umno apa saja najibrazak buat salah. 

TUN M wajib di angkat sebagai wira . 

ini pun satu baghal bebal punya dok ada dalam kalangan ahli umno . 

Tuesday, September 5, 2017

KEMPEN BOIKOT BELI DAN MAKAN DURIAN

siapa yg mulakan dulu jual durian timbang kilo ni ?? Sekarang ini kita lihat ramai penjual durian tepi jalan semuanya jual timbang kilo.  Yang jual lambak/longgok RM 30 memang tak nampak langsung !!

Tahun 1980-2000  dulu perkara ini tidak pernah berlaku. Tidak masuk akal jual timbang kilo ini! Isinya tidak lah banyak mana , kulit saja tebal !! Kulit saja dah berapa Kilogram??
Ni bukannya jual buah langsat mahupun rambutan nak timbang kilo !!! 

Kalau kita nak harga durian turun dan murah, gunakanlah kuasa kita sebagai pembeli untuk Kempen Boikot Tidak Makan Durian Selama DUA(2)Bulan!

Apabila durian tidak terjual, maknanya durian akan berlambak dipasaran, bila berlaku lambakan dalam pasaran, harga durian akan jatuh, suka atau tidak, dari membiarkan durian tidak terjual dan bakal rosak, mereka akan menjualnya dengan harga yg lebih rendah!

Ayuh rakyat Malaysia pencinta Durian, bersatulah kita.Jika ada dikalangan anda yg sudah plan nak 'open  table', minta tangguh dulu. Bukan berniat untuk menutup periuk nasi penjual durian. Tetapi Demi kebaikan kami, Pencinta Durian!

Kami mahukan harga yg lebih rendah, kerana kami sebagai pembeli, kami lah RAJA, bukan anda wahai penjual durian!  Jangan marah sebab itu hak kami sebagai pembeli sebagaimana hak penjual yang sesuka hati jual dengan harga sendiri yang sangat-sangat MAHAL!

Bolehhhhh giteuwww..!!!

Friday, August 4, 2017

PEMBANGKANG SONGSANGKAN FAKTA #GST

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Dan Salam 1Malaysia,

Rakyat Malaysia yang dikasihi, baru-baru timbul lagi tuduhan tentang rasional pengenalan GST di Malaysia, di mana pembangkang mengatakan GST dikenakan kerana 1MDB.

Tuduhan songsang ini adalah satu lagi percubaan meraih sokongan meskipun pembangkang memahami tujuan sebenar GST diperkenalkan dan meskipun mereka pernah berkali-kali menyatakan akan turut mengekalkan GST.

Selama ini pendapatan negara banyak ditampung hasil minyak bagi memastikan perkhidmatan awam dan perkhidmatan asas dapat dinikmati rakyat.

Namun, pada tahun 2014, harga minyak global mula menjunam, dan Malaysia turut terkesan. Keadaan ini menyebabkan hasil negara ketika itu berkurang sehingga lebih RM40 bilion, satu jumlah yang pasti menyebabkan banyak perkhidmatan terpaksa dihentikan.

Menyedari bahawa kebergantungan hasil negara pada industri minyak tidak stabil, GST diperlukan untuk memastikan perkhidmatan dan kemudahan asas dapat diteruskan.
Sehingga hari ini kualiti hidup rakyat masih terjaga kerana dibiayai GST. Hakikatnya tidak ada cukai yang popular tidak kiralah sebanyak mana pembangunan dan kemudahan yang wujud hasil cukai tersebut.

Untuk mengatakan GST berpunca dari kegagalan urus tadbir kerajaan adalah satu penipuan kerana 160 buah negara lain turut melaksanakan GST termasuk negara-negara maju seperti England, Perancis, Jerman dan Kanada.
Malah, Arab Saudi, negara pengeluar minyak tertinggi turut memperkenalkan GST seperti negara-negara lain di seluruh dunia.

Tetapi kerana taksubnya Dr. Mahathir untuk menjatuhkan kerajaan, beliau memaksa pemimpin pembangkang lain untuk menipu rakyat dengan menjanjikan penghapusan GST walaupun mereka semua sedar yang tanpa sumber pendapatan menggantikan hasil minyak, ekonomi negara akan lumpuh dan rakyat akan menderita.

Namun Dr. Mahathir tidak kisah asalkan beliau dapat menjatuhkan kerajaan.

Saya berharap rakyat Malaysia menolak dakyah dan penipuan yang hanya bertujuan mengumpul sokongan tanpa sebarang rasa tanggungjawab kepada negara dan masyarakat.

Sekian sahaja dari saya, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

petikan dari najibrazak.com


Sent from my Samsung Galaxy smartphone.
Related Posts with Thumbnails