Monday, August 17, 2015
KENYATAAN MEDIA ARUL KANDA MENEMPELAK TONY PHUA SEBAGAI MONYET
Dikeluarkan pada 17 Ogos 2015
Untuk siaran segera
Tindakan Nakal Tony Pua
Kami merujuk kepada kenyataan media hari ini oleh YB Tony Pua, berhubung cabaran remeh ("chicken challenge") yang dikeluarkan semalam. Kami mengambil maklum bahawa pada hari ini, YB Tony Pua merujuk kepada dirinya sebagai seekor "monyet".
1MDB merasa gembira YB Tony Pua menjadi pengkritik tegar kami ("monkey on our back") dan bukan seorang yang "tidak melihat, mendengar atau bercakap tentang kejahatan". Penelitian dan persoalan yang ditimbulkan oleh YB Tony Pua di khalayak umum adalah penting untuk menentukan kebenaran. Oleh itu, walaupun beliau sering mengulangi tuduhan-tuduhan yang tidak dibuktikan dan dikitar serta diguna semula, di bawah ini kami berkongsi penjelasan-penjelasan yang telah dikeluarkan sebelum ini oleh 1MDB, berkenaan perkara-perkara yang ditimbulkan sekali lagi hari ini oleh YB Tony Pua:
Dialog
Pada 16 Januari 2015, Arul Kanda, dengan niat yang baik, telah membuat tawaran untuk berbicara dengan YB Tony Pua bagi berkongsi fakta mengenai 1MDB. Walau bagaimanapun, seperti yang dibuktikan oleh tindakan YB Tony Pua selepas itu sehingga kini, jelas bahawa beliau tidak berminat untuk mengetahui perkara sebenar. Sebaliknya, sasaran beliau ialah untuk mendapatkan markah politik, memandang remeh siasatan yang sedang berjalan dan memberikan impak negatif kepada pelan rasionalisasi 1MDB.
Siasatan Yang Sedang Berjalan
YB Tony Pua silap apabila mengatakan bahawa "tiada siapa lagi yang tinggal untuk menyiasat syarikat tersebut". Beliau dengan sewenang-wenangnya telah lupa untuk menekankan bahawa pihak berkuasa seperti Peguam Negara, Ketua Audit Negara, PDRM, BNM, SPRM dan PAC semuanya sedang menjalankan siasatan ke atas 1MDB dengan menyeluruh, profesional dan bebas.
Unit Dana
Pada 30 Jun 2015, 1MDB telah berkongsi fakta-fakta berikut:
• Lanjutan daripada aturan usahasama pada 2009, 1MDB telah melaburkan AS$1.83 bilion tunai dalam nota murabaha yang dikeluarkan oleh JV Co, syarikat yang pada ketika itu merupakan 100% hakmilik PetroSaudi berikutan penamatan usahasama tersebut pada Mac 2010.
• Pada Jun 2012, keseluruhan jumlah ini telah dibayar semula melalui penukaran kepada saham PetroSaudi Oil Services Limited pada nilai AS$2.22 bilion.
• Seterusnya, pada September 2012, 1MDB telah menjual saham-sahamnya dalam PetroSaudi Oil Services Limited pada AS$2.318 bilion dan menerima unit dana dalam dana yang didaftarkan di Cayman. Unit-unit dana ini dimiliki oleh 1MDB melalui anak syarikat milik penuhnya, iaitu Brazen Sky, dan dipegang melalui BSI Bank Singapura sebagai penjaga.
• Kesimpulannya, 1MDB melabur sejumlah AS$1.83 bilion dengan PetroSaudi dalam nota murabaha, dan akhirnya menerima AS$2.318 bilion dalam unit dana, yang merupakan kenaikan sebanyak AS$488 juta dalam jangka masa tersebut.
• Penilaian unit-unit dana tersebut telah dibuat oleh pentadbir dana dan telah diperjelaskan dalam penyata kewangan diaudit 1MDB.
Maklumat lanjut berkenaan perkara di atas boleh diperolehi dalam nota penyata kewangan 1MDB. Oleh itu, bertentangan dengan dakwaan Tony Pua, 1MDB telah dengan jelasnya memberi maklumat terperinci berkenaan perkara ini – seperti di atas – dalam beberapa situasi.
Tindakan nakal YB Tony Pua seperti ini tidak memberi faedah kepada mana-mana pihak. Malaysia bukanlah sebuah hutan belantara – kita mempunyai proses wajar, prosedur dan undang-undang yang harus dipatuhi. Oleh itu, pihak berkuasa perlu diberikan ruang untuk meneruskan siasatan mereka.
1MDB kini memberi sepenuh tumpuan kepada pelaksanaan pelan rasionalisasi kami untuk menstabilkan syarikat dan mengurangkan beban hutang ke tahap yang mampan. Berilah ruang untuk kami menjalankan tugas kami.
Sent from my iPad
Sunday, July 26, 2015
Sunday, June 28, 2015
KENA TANGKAP ORANG LAIN, KENAPA ORANG LAIN PULAK PANAS #popia4TunM #1MDB
NAMPAKNYA pihak-pihak yang mengkritik Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa menelan kembali cemuhan dan cercaan mereka terhadap Perdana Menteri dan syarikat pelaburan strategik, 1MDB.
Ibarat `meludah ke langit, terkena batang hidung sendiri', setidak-tidaknya siasatan awal ke atas bekas pegawai Petrosaudi, Xavier Andre Justo yang ditahan polis Thailand Isnin lalu, mendapati beliau bukan sahaja membocorkan dokumen 1MDB tetapi telah memindanya, mampu merungkai isu ini yang beberapa bulan ini berada dalam radar pemerhatian rakyat.
Ini terutama sekali `tumpuan luar biasa' yang ditunjukkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sehingga timbul desakan memaksa Perdana Menteri berundur.
Setiap hari, kecaman Tun M mengenai 1MDB dan Perdana Menteri secara praktikalnya telah meracuni fikiran rakyat Malaysia terhadap Najib dan kedudukan profesional 1MDB yang dilihat memalukan Malaysia di mata dunia.
Sebuah firma keselamatan siber antarabangsa, Protection Group International (PGI) yang dilantik untuk menjalankan siasatan terperinci terhadap sumber data yang disiarkan di internet juga mengesahkan kesahihannya.
Siasatan PGI mendedahkan terdapat bukti jelas kecurian sistematik data sulit syarikat oleh Justo sebelum meninggalkan Petrosaudi.
Siasatan turut menunjukkan data tersebut diubah setelah dicuri dari Petrosaudi.
Dipercayai, kebanyakan data yang diubah ini kemudian disiarkan di Sarawak Report yang bertindak sebagai `tulang belakang' kepada blog berkenaan tentang dakwaan `salah laku' 1MDB.
Sarawak Report menyiarkan petikan daripada e-mel yang didakwa dihantar oleh pihak terlibat. Namun e-mel itu tidak mempunyai penghantar yang mana menurut forensic Wiki 'adalah garis medata dilampirkan pada setiap e-mel yang mengandungi banyak maklumat yang berguna kepada penyiasat forensik'.
Sehubungan itu, alamat IP penghantar dan penerima e-mel, tanda tangan, kepala surat telah hilang.
Semua pengkritik yang membuat tuduhan tidak berasas terhadap PM dan 1MDB sewajarnya mengambil keberkatan di bulan Ramadan yang mulia ini untuk menarik balik kenyataan atau cemuhan mereka.
Sebaik-baiknya memohon maaf kepada Perdana Menteri kerana tidak mengesahkan maklumat yang diperolehi daripada Sarawak Report.
Akibat tohmahan dan fitnah ini, jumlah kerosakan yang dilakukan terhadap prestij, reputasi dan imej antarabangsa ke atas negara ini, Perdana Menteri, ekonomi dan semua individu serta organisasi yang dituduh dalam plot ini, amat besar.
Apa yang terjadi, Sarawak Report dan pihak-pihak yang membidas Perdana Menteri dan pegawai 1MDB tidak peduli untuk meneliti semula kesahihan dokumen.
Mereka lebih gemar mencemarkan pihak kerajaan walaupun mereka mempunyai maklumat yang boleh menghubungi pihak terlibat.
Mengapa? Siapa di sebalik kempen yang berniat menjatuhkan Perdana Menteri? Pihak ini perlu disiasat dan dikenakan hukuman jika didapati bersalah.
Sanggupkah Tun M mengakuinya?
klxpress.com.my
Sent from my iPad