Tuesday, September 10, 2013

PEMILIHAN UMNO, ATURAN DAN KAEDAH PEMILIHAN #PemilihanUMNO2013 #PAU2013

PEMILIHAN UMNO, ATURAN DAN KAEDAH PEMILIHAN

Berikut adalah surat pekeliling yang dikeluarkan Ibu Pejabat UMNO:

SURAT PEKELILING IBU PEJABAT

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO telah memutuskan perkara-perkara seperti berikut:

2.1 ATURAN KAEDAH PEMILIHAN DAN BORANG PENDAFTARAN

2.1.1 Kaedah pemilihan akan diadakan secara serentak di semua 191 Bahagian

2.1.2 Borang pendaftaran akan diagihkan seminggu lebih awal oleh Ibu Pejabat

2.1.3 Borang tersebut hendaklah diserahkan di pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri masing-masing dan perlu disertakan nama wakil calon serta mendapat pengesahan kelayakan bertanding daripada pihak Bahagian

2.2 TARIKH PENDAFTARAN CALON PERINGKAT PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO

2.2.1 Tarikh pendaftaran calon yang ingin bertanding bagi semua jawatan sama ada di peringkat Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia atau peringkat Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian ditetapkan pada 21 September 2013 (Sabtu) bertempat di pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri masing-masing.

2.3 MESYUARAT PERWAKILAN DAN PEMILIHAN PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO BAHAGIAN

2.3.1 Tarikh mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian diadakan serentak pada 12 Oktober 2013 (Sabtu).

2.4 PEMILIHAN EXCO PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO MALAYSIA

2.4.1 Tarikh pemilihan Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia diadakan serentak pada 12 Oktober 2013 (Sabtu).

2.5 TARIKH PENDAFTARAN CALON PERINGKAT AHLI MAJLIS TERTINGGI DAN JAWATANKUASA BAHAGIAN

2.5.1 Tarikh pendaftaran calon yang ingin bertanding bagi semua jawatan sama ada di peringkat Ahli Majlis Tertinggi dan peringkat Jawatankuasa Bahagian ditetapkan pada 28 September 2013 (Sabtu) bertempat di pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri masing-masing.

2.6 MESYUARAT PERWAKILAN DAN PEMILIHAN BAHAGIAN

2.6.1 Tarikh Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan di peringkat Bahagian diadakan serentak pada 19 Oktober 2013 (Sabtu).

2.7 PEMILIHAN AHLI MAJLIS TERTINGGI DAN WAKIL BAHAGIAN KE PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2013

2.7.1 Tarikh Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi dan Wakil Bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO 2013 diadakan serentak pada 19 Oktober 2013 (Sabtu).

3. Sekian dimaklumkan, semoga segala keputusan di atas akan diambil tindakan sewajarnya. Terima kasih.

sumber: UMNONLINE


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Tenggiri,Bandar Seberang Jaya,Malaysia

Wednesday, September 4, 2013

DATUK MUSA SHEIKH FADZIR CALON PULAU PINANG UNTUK MT UMNO #PemilihanUMNO2013

GEORGETOWN: Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berharap calon dari negeri yang ditadbir pembangkang mendapat sokongan padu dan dipilih menganggotai Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Musa yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam berkata, dengan itu membolehkan suara dan pandangan mereka yang mewakili rakyat di negeri berkenaan dapat didengar seterusnya mengukuhkan kepercayaan parti di kawasan masing-masing.
"Jika diberi peluang, kedudukan ini boleh dijadikan landasan untuk kita kembalikan semula kegemilangan parti terutama di negeri yang diterajui pembangangkang," katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam Majlis Sambutan Aidilfitri Agensi Antidadah negeri, di sini, hari ini.

Beliau yang mengumumkan akan bertanding jawatan berkenaan dalam pemilihan parti itu Oktober ini bagaimanapun menyerahkan kepada anggota UMNO untuk menentukan sama ada beliau layak mewakili mereka atau tidak.

Ditanya peluang untuk menang kerana tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan, Musa berkata, perkara itu bukan isu besar dan soal terpenting adalah keberanian bersuara serta tampil ke hadapan bagi meneruskan perjuangan parti dengan moto 'Demi Agama, Bangsa dan Negara'.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan Pulau Pinang, Siti Rohani Ahmad.

- BERNAMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, August 30, 2013

LIVE UPDATE; ANAK MERDEKA PERMATANG PAUH MENYELAR KEPUTUSAN KETUA MENTERI DAP PPINANG. #TandaPutera #merdeka56

Tadi seramai 100 anak merdeka permatang pauh dengan berpakaian putih seluar hitam dan bersongkok melalui wakilnya Sdr Azlan Azmi menyelar sikap ketua menteri pulau pinang kebudak budakan dalam isu ini, suka sangat membuat publisiti murahan, bila mengatakan rasis sebenarnya filem ini adalah cerita sejarah dua pemimpin kebangsaan mengharungi saat getir bagaimana mahu menyatupadukan kaum selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969
Difahamkan mereka telah membeli tiket untuk menonton filem sejarah pada hari rabu sebanyak 100 tiket, dan tayangannya jam 4.45 petang dan kecewa dengan pembatalan ini.

Selepas mendapat desakan dari beberapa pihak akhirnya pihak panggung akan mula tayangan filem tanda putera pada malam ini dan seterusnya.

Di luar perkarangan pulak sdr azlan azmi dan rakan menyerahkan bendera malaysia sebanyak 1000 bendera di luar bangunan sunway carnivall seberang jaya.

Semangat kemerdekaan

Komen aku,, ketua menteri pulau pinang tak ada kerja lain,,nak cari publisiti murahan. Belum pernah dalam sejarah apabila filem dah masuk panggung ketua menteri meroyan dan teramat lah perasan mahu menghalang pulak.. !!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts with Thumbnails