Monday, April 8, 2013

NIK AZIZ LUPA YANG ALLAH LEBIH BERKUASA DARI NYA....!!!

kekalutan Nik Aziz untuk mendapat undi orang islam semakin menjadi jadi, Aku percaya ini semua sudah ketentuan Allah yang mahu melihat Nik Aziz terus hidup lagi lama. 

baru baru ini dia mengatakan solat orang umno tidak dapat pahala. cuba kita tengok cara dia mengeluarkan kenyataan, dia bukan buat apa pun, hanya berkata kata dengan menyusun ayat supaya penyokong2 dia nampak  dan menjadi meluat kepada orang umno. ini lah sikap seorang ulamak yang hanya tahu memecah belahkan orang islam lain. 

hari ini pulak dia keluarkan lagi kenyataan yang cukup haram jadah bilamana dia kata kerajaan bina masjid bukan sebab islam tetapi kerana nak cari projek. jelas lah di sini Nik Aziz semakin gila dan menekan penyokong2 nya supaya kalau ada yang nak undi BN jangan undi bn. percaya sangat akan kata kata Nik Aziz

kalau kerajaan di bawah UMNO bina masjid itu bukan Islam, sila keluarkan kenyataan kepada sesiapa  yang pergi bersolat berjemaah di masjid seluruh malaysia ini adalah haram dan solat tidak sah. 


KOTA BHARU 7 April – Setelah menuduh solat orang UMNO tidak mendapat pahala, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa, UMNO membuat masjid bukan kerana Islam sebaliknya mahu menjadi kontraktor. 
Malah, Menteri Besar Kelantan itu berkata, program-program berkaitan Islam yang dilakukan UMNO juga tidak mendapat pahala kerana parti tersebut menolak Islam. 
“Di Kelantan ini banyak mana projek-projek Kerajaan Pusat buat, sepatah pun tidak memberitahu harga sebenar. 
“Tentu ada benda yang tersembunyi, orang Melayu panggil ‘sambil menyelam sambil minum air’. UMNO pula ‘sambil menyelam sambil bekwoh (kenduri)’. Bukan setakat minum sahaja, makan besar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melancarkan Projek Pawah Rusa di Kompleks Perkhidmatan Veterinar, di sini hari ini. 
Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya dalam ceramah di Kampung Jambu dekat sini, 3 April lalu, yang mendakwa sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala kerana mendakwa parti itu menolak dasar Islam. 
Mengenai dakwaannya itu, Nik Abdul Aziz dengan angkuh mempertahankannya dengan menegaskan, orang UMNO bermakna orang yang menolak Islam dan sembahyang mereka sememangnya tidak akan memperoleh sebarang ganjaran pahala. 
Beliau berkata, orang Melayu sepatutnya menerima Islam dengan sepenuhnya dan menolak Islam bermakna mereka turut menolak Allah SWT. Dakwaan Nik Abdul Aziz itu dibidas banyak pihak terutama golongan ulama seperti Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Pengerusi Biro Agama Nadi Rakyat Malaysia, Rujhan Abd. Rahman dan Pengerusi Biro Bertindak Agama Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz. 
Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz menyifatkan manifesto yang diumumkan Barisan Nasional (BN) demi kesejahteraan rakyat malam tadi sebagai mengarut.
mengikut pendapat peribadi aku, Nik Aziz  tak ubah seperti FIRAUN di zaman moden ini. Allah sengaja membiarkan dia hidup lama bukan kerana dia ulamak. tetapi Allah nak tengok siapa lebih berkuasa untuk menentukan dosa dan pahala.

Saturday, April 6, 2013

VIDEO YANG ANWAR IBRAHIM TAK SANGGUP TENGOK @NajibRazak #GE13


YouTube Video

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, April 4, 2013

REMBAU MOST WANTED @Khairykj #GE13 #PRU13 #vote4bn

Salam kepada semua rakan FB. 

Minta maaf tidak ada banyak update di FB. Seperti mana semua sedia maklum, PRU13 sudah tidak lama lagi. Ramai yang tanya saya melalui Twitter samada saya bertanding atau tidak. Saya sudah maklum kepada Pengerusi BN, Dato' Sri Najib, preference saya yakni saya lebih cenderung untuk tidak bertanding pada PRU13. 

Perkara ini juga pernah saya sebut secara umum satu ketika dahulu. Tetapi saya seorang yang agak old-fashioned. Saya akur dengan apa sahaja yang bakal diputuskan oleh Pengerusi BN. Kalau diarah bertanding, saya akur. Kalau diminta undur, saya akur juga. Yang penting, komitmen saya untuk memastikan kemenangan BN tidak berbelah bagi tak kira jadi calon atau tidak. 

Saya harap yang lain, terutamanya pemimpin Pemuda, juga pegang kepada prinsip yang sama. Janganlah merajuk atau menentang jika tidak dipilih menjadi calon. Kita sentiasa berucap tentang perpaduan dan kesetiaan dalam parti, inilah masa untuk kita membuktikannya melalui amalan dan tindakan. 

Mungkin pengalaman saya boleh menjadi teladan. Saya Ketua Pemuda UMNO Malaysia, pangkat Naib Presiden UMNO. Namun saya tidak dilantik dalam Kabinet. Perkara ini dijadikan bahan ejekan bagi musuh-musuh politik terhadap saya. 

Walaupun begitu, saya tak pernah erti istilah sedih, kecewa, marah atau merajuk. Selama empat tahun jadi Ketua Pemuda saya terus berjuang dan melaksanakan tugas sebaik mungkin. Sebab bagi saya yang penting bukan jawatan, tetapi niat kita untuk berkhidmat demi rakyat dan keberkesanan kita untuk membawa kebaikkan kepada rakyat. 

Marilah sama-sama kita gerak sebagai satu pasukan. Saya yakin sekiranya barisan kita ampuh, rakyat jua akan lebih yakin untuk memberi mandat besar kepada Barisan Nasional dalam PRU13!

FACEBOOK YB KJ. 

arab nak kata. seorang pemimpin yang wajid untuk di teladani. seorang pemimpin yang hebat, pengalaman aku sewaktu pemilihan ketua pemuda umno malaysia satu ketika dahulu aku sendiri tidak pernah menyokong dia. tapi dia berjaya menambat hati aku untuk terus bersama dia. ini lah yang aku katakan pemimpin hebat. dari orang benci kan dia sekarang menyokong kepimpinan dia. 


aku pernah berada dalam kumpulan ini. laungan KJ RASUAH bergema di dalam PWTC. tetapi bila aku kenangkan kembali. aku sendiri tergelak dalam hati kerana sepatutnya laungan ini bukan pada geng sendiri tapi lebih bermakna kalau kita boleh guna semangat ini untuk menentang pakatan rakyat di PRU13 nanti. 


Related Posts with Thumbnails