DS Najib Razak antara menteri yang hadir paling awal semasa kematian Ust. Fadzil Noor rahimahullaah. Beliau tanya apa yang boleh kerajaan bantu. Lalu diminta ambulan untuk dihantar jenazah ke Kedah.
Beliau terus membuat panggilan telefon mengarahkan disiapkan sebuah pesawat TUDM untuk menghantar jenazah pulang ke Kedah. Begitu juga Tun Abdullah Badawi juga masuk ke dalam van jenazah..."
Lalu Ustaz Nasha menyimpulkan satu konklusi perpaduan:
"Sampai bila nak bersatu? Takkan nak tunggu mati baru nak bersatu? Takkan nal tunggu negara pecah belah baru nak bersatu? Masa tengah tenang nilah kita bersatu..."
Atau sepertimana yang diungkapkan bekas Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasharudin Mat Isa.
(Soal Jawab TV3, 6 Februari 2013) - facebook pejuang agama dan bangsa.
arab nak simpul. sudah berbelas tahun rasanya arwah ustaz fadzil noor meninggal, baru sekarang ustaz nasha nak bercerita apa yang dah terjadi satu ketika dahulu, apabila melayu berpecah teruk baru nak bongkar cerita sebenar, penyokong pas mahu percaya ke apa yang ustaz nasha ini cakap ???? semasa dia dalam pas kenapa tidak di jelas kepada penyokong2 pas bahawa kesilapan pas memusuhi sesama islam ada lah tidak betul.
arab melihat dari sudut berbeza, kita umpama sedang melihat orang menebang pokok yang besar, akhir nya kita tidak tahu pokok itu mahu tumbang ke arah mana? orang umno jangan bertepuk sorak sangat, andai kata pokok itu tumbang ke arah orang umno. bencana lah kita, tapi kalu tumbang belah pas, bermakna pas akan hancur terus. ini lah yang perlu kita tengok dan selidiki..
apapun usaha ustaz nasha untuk melihat sesama orang islam bersatu amat lah baik sekali. umno pun sudah lama membuka pintu untuk bersatu bersama pas. biar lah ustaz nasha buat kerja itu. kita orang umno ada banyak kerja yang nak kena buat untuk mendekati rakyat dan seterusnya memenangi PRU 13.