Tuesday, October 9, 2012

HENJUTAN AZMIN ALI TAK MENJADI...DAH KENA SERGAH DENGAN DAP.

jika pemimpin pas bercakap mengeluarkan kenyataan yang melibatkan pakatan rakyat, orang yang akan membantah ialah karpal singh, sekarang bila orang kuat PKR pulak bercakap, orang yang akan membantah juga dari karpal singh, bila suara karpal singh bermakna ini suara DAP juga. so di sini nampak dah siapa lebih berkuasa di dalam pakatan rakyat, bukan anwar ibrahim dan bukan nik aziz tetapi DAP. 

Azmin telah melampaui batas semasa menyatakan pandangannya kerana isu berkenaan adalah di luar bidang kuasa PKR. Isu itu melibatkan pucuk pimpinan pakatan pembangkang,

itu kata karpal singh,, kata kata politik yang cukup berlapik, cakap saja lah apa apa yang melibatkan pakatan kena rujuk kepada DAP, so senang kami rakyat malaysia nampak siapa lebih berkuasa didalam pakatan. 

KUALA LUMPUR 8 Okt. - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali tidak layak untuk mengeluarkan kenyataan tentang siapa yang sepatutnya menjadi Menteri Besar Selangor jika pakatan pembangkang kekal memerintah negeri tersebut selepas Pilihan Raya Umum Ke-13. 
Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan, Azmin tidak sepatutnya memberi sebarang kenyataan yang boleh mendatangkan kesan kepada pakatan pembangkang. ''Azmin telah melampaui batas semasa menyatakan pandangannya kerana isu berkenaan adalah di luar bidang kuasa PKR. Isu itu melibatkan pucuk pimpinan pakatan pembangkang," katanya seperti dilaporkan akhbar The Star hari ini. 
Beliau mengulas kenyataan Azmin baru-baru ini yang membayangkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak akan dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya pakatan pembangkang mengekalkan kuasa di negeri berkenaan - utusan malaysia.

SUARAM: SUARA RAKYAT MALAYSIA WAJID DI KENAKAN TINDAKAN KERANA MENFITNAH..!!!!

Pembelian aset tentera tidak pernah lagi dipolitikkan sebegini rupa sepertimana yang dilakukan oleh SUARAM terhadap kapal selam Scorpene. Kes kapal selam ini ‘timbul’ lagi di Bangkok baru-baru ini bila SUARAM membuat sidang media untuk memberi taklimat tentang perkembangan siasatan oleh pihak berkuasa di Perancis.

Mengakui bahawa ia berbunyi seperti filem aksi risikan Hollywood, SUARAM terus mendahului mahkamah menuduh kerajaan korup dan Perdana Menteri sebagai pembunuh! Menurut hakim, siasatan ini tidak akan selesai dalam masa 2-3 tahun.

Jadi, kenapakah SUARAM tidak boleh duduk diam sementara menunggu keputusan? Kenapa mesti ada kenyataan akhbar? Kenapa perlukan publisiti? Kenapa sekarang? Bercakap mengenai kes ini, seseorang itu harus mempunyai sedikit pengetahuan mengenai latarbelakang SUARAM.

Dengan Pilihanraya Umum semakin hampir, motif SUARAM ‘membangkitkan orang mati’ adalah jelas. SUARAM adalah NGO yang amat kritikal terhadap kerajaan. Ini kita faham kerana ia ditubuhkan oleh keluarga bekas tahanan ISA.

Dalam ertikata lain, ia ditubuhkan berasaskan dendam kesumat serta hidup atas keinginan untuk membalas dendam terhadap kerajaan. Dan bekerjasama dengan pembangkang adalah cara terbaik untuk melakukannya.

Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab, tanpa agenda jahat atau tersembunyi, seharusnya SUARAM membiarkan saja kes ini berlangsung dengan ‘aman’ di mahkamah. Tetapi SUARAM tidak boleh duduk diam.

Mereka perlu merosakkan imej kerajaan dan mencemarkan nama baik Perdana Menteri untuk membantu pembangkang mendapat sedikit keuntungan politik sehingga pilihanraya. Jika penipuan mereka terdedah selepas pilihanraya, biarkanlah.

Tetapi buat masa ini, SUARAM berazam untuk terus menipu kononnya PM dan isteri telah membunuh Altantuya, seorang model dari Mongolia yang didakwa sebagai seorang penterjemah dan dibunuh atas alasan meminta bahagiannya dalam komisen pembelian kapal selam Scorpene.

Tetapi penipuan mereka telah pun terdedah. Skrip asal filem risikan Hollywood telah dimusnahkan oleh penulisnya sendiri iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK). Di dalam satu wawancara, RPK telah mendedahkan bagaimana dia mereka-reka keseluruhan cerita berkenaan ‘dengar cakap’ setelah diarahkan oleh orang-orang tertentu dalam pembangkang. Skrip ini juga terlalu dramatik sehingga tidak selari dengan fakta.

Fakta kekal merekodkan bahawa pada masa kejadian, PM sedang menghadiri program berbuka puasa di Kedah dan isterinya, Datin Seri Rosmah menghadiri program yang sama bersama anak-anak yatim di Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur.

Terdapat video, gambar dan juga alibi yang mengesahkan bahawa Datin Seri Rosmah tidak berada di tempat kejadian sepertimana yang ditulis dalam skrip asal RPK. PM tidak mengenali Altantuya, dan itu juga adalah fakta.

Gambar superimpose lemah yang disebarkan oleh Tian Chua, Naib Presiden PKR yang menunjukkan mereka bersama adalah dengan sendirinya bukti bahawa pembangkang adalah penipu. Bagi menegaskan bahawa beliau tidak mengenali wanita itu, PM lebih dari bersedia untuk bersumpah atas nama Allah mengikut hukum Islam, dan beliau melakukannya bukan sekali, tetapi 4 kali.

Tiada seorang Islam yang waras yang berani bersumpah atas nama Allah jika mereka benar-benar bersalah. Mahkamah Malaysia bukan sahaja tidak dapat menjumpai apa-apa untuk mengaitkan PM atau isteri dengan pembunuhan itu tetapi juga tidak menyebut langsung mengenai komisen atau kewujudan seorang penterjemah dalam perbicaraan.

Ini kerana, Altantuya bukan seorang penterjemah dan tiada penterjemah diperlukan dalam transaksi Scorpene memandangkan semua perbualan dan dokumentasi dilakukan dalam bahasa Inggeris.

Justeru, melihat dari semua ini, tidak syak lagi bahawa Scorpene dan nyawa Altantuya hanyalah permainan politik bagi pembangkang…dan juga SUARAM. SUARAM menyatakan bahawa mereka telah mendapat capaian penuh kepada 153 kertas siasatan dari pejabat pendakwaraya dan kini memberi taklimat secara terpilih dari senarai tersebut.

Jelas bahawa SUARAM cuba membayangkan pertubuhannya sebagai bebas dan punya kuasa untuk menentukan keadilan. Di mana, dalam kes ini, SUARAM hanyalah plaintif atau pengadu yang tiada hak untuk membuat keputusan sama ada korupsi berlaku atau tidak, apa lagi mengaitkannya dengan pembunuhan.

Walaubagaimanapun, SUARAM mengakui bahawa mereka tidak dapat membawa keluar bukti dari Perancis dan taklimat tersebut adalah berdasarkan kata-kata mereka semata-mata. Kita telah mendengar kata-kata SUARAM dan semakin banyak kita dengar, semakin pelik bunyinya.

Bagaimana kita memegang kata-kata keluarga orang-orang yang ditangkap di bawah ISA – iaitu orang-orang yang berpotensi membahayakan keselamatan negara? Bagaimana kita hendak memegang kata-kata manusia yang penuh dengan dendam kesumat? Bagaimana kita HENDAK memegang kata-kata mereka yang telah terbukti menipu rakyat Malaysia?

Dalam menghalusi motif SUARAM, kita harus bersetuju bahawa dendam sahaja tidak akan menjana wang. Jadi, di mana agaknya SUARAM mendapat wang untuk mengupah peguam Perancis yang mahal, antaranya, Joseph Breham dan William Bourdon untuk mewakili mereka?.

Apakah mereka dibayar mengikut jam sepertimana kebanyakan peguam barat dan Eropah? Ambil maklum bahawa peguam-peguam ini dibawa ke Malaysia dan Bangkok untuk tujuan publisiti. Dan berapa ramai pula pegawai SUARAM di Perancis yang memantau kes ini? dan untuk berapa lama?

Siapakah yang menanggung kos penginapan, pengangkutan, perjalanan, makan-minum, dokumentasi dan segala-galanya?...dan berapakah jumlahnya? Kita tahu bahawa SUARAM adalah sebuah pertubuhan yang kecil, hampir tidak dikenali langsung di kalangan rakyat biasa di Malaysia.

Bagaimana mereka mampu membiayai semua ini? Penulis percaya, ramai yang akan bersetuju bahawa nampaknya SUARAMlah yang perlu disiasat dan dibicarakan oleh rakyat yang inginkan kebenaran, bukannya kerajaan. - Beruang Biru

FITNAH MEMANG MAINAN SUARAM DAN MALAYSIAKINI.

suaram dan malaysiakini adalah alat propaganda anwar ibrahim. mereka kuat menfitnah pemimpin negara seperti perdana menteri dato seri mohd najib. ini ada lah satu tindakan tidak bertanggungjawab yang berterusan selama ini cuba mengelirukan rakyat dengan berita berita palsu supaya rakyat tidak memilih kerajaan Barisan Nasional . kerajaan wajib mengambil tindakan segera dengan menyaman suaram dan malaysiakini. ayuh rakyat yang sayang kan negara kita ramai ramai mendesak kerajaan mengambil tindakan.

Seorang pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal menafikan laporan-laporan media yang tersebar di kalangan beberapa portal berita online Malaysia berhubung perbicaraan yang sedang berlangsung di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002.  

Yves Charpenel berkata media di Malaysia harus dapat membezakan antara khabar angin dan fakta dan antara siasatan dan perbicaraan.

“Saya sedar mengenai semua kekecohan yang dibangkitkan media tertentu (organisasi) di Malaysia berhubung perkara ini tapi apa yang saya boleh kata ini adalah tidak lebih daripada satu perbicaraan oleh media,” katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

Charpenel, yang juga bekas ketua pendakwaan di Perancis dan kini seorang pendakwa negeri dan anggota eksekutif Persatuan Pihak Berkuasa Anti-Rasuah Antarabangsa (IAACA), berada di sini untuk menghadiri persidangan dan mesyuarat agung tahunan IAACA yang berakhir semalam.

Berikutan satu aduan Suaram, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mengenai hak asasi manusia, yang difailkan pada 2009 mengenai sebuah syarikat Perancis yang didakwa memberi rasuah kepada sebuah firma Malaysia untuk urus niaga kapal selam itu, beliau mendedahkan bahawa dua “hakim siasatan” bebas memulakan siasatan mereka awal tahun ini.

Charpenel berkata di Perancis, seperti negara-negara yang mengamalkan kedaulatan undang-undang, semua siasatan dibuat sepenuhnya secara rahsia.

Beliau berkata adalah hak bagi sesiapapun untuk memfailkan aduan dan berikutan sifat rahsia siasatan itu, sesetengahnya beralih untuk mengadu kepada media.

Beliau menjelaskan bahawa untuk kes-kes tertentu di Perancis, Kementerian Keadilan akan meminta seorang hakim bebas, meminta “hakim siasatan” untuk menyiasat.

“Dia hanya seorang penyiasat. Ini adalah sistem lama yang bermula sejak era Napolean. Jika hakim siasatan mahu seseorang pergi ke Malaysia, dia perlu memohon dengan kerajaan anda kerana kami ada apa yang dipanggil Perjanjian Bantuan Perundangan Bersama. Kerajaan Malaysia boleh kata ‘ya’ atau ‘tidak’. Ia perlu diputuskan oleh pihak berkuasa Malaysia. “Seorang hakim siasatan Perancis tidak boleh membawa bagasinya, menaiki kapal terbang dan pergi ke Malaysia dan meminta seseorang menjawab soalan-soalannya.

“Ini adalah mustahil, ianya bertentangan dengan undang-undang Perancis dan ia juga bertentangan dengan undang-undang antarabangsa,” kata Charpenel. Beliau menjelaskan di Perancis, seperti di tempat-tempat lain, perjalanan undang-undang tidak boleh ditentukan oleh media.Seperti yang dikatakannya, “Di Perancis, masa keadilan berbeza daripada masa media.

“Sudah tentu, media perlu data-data, maklumat, berita. Ia adalah semula jadi tetapi siasatan itu agak berbeza. Ia adalah sama, sama ada di Perancis atau di Malaysia. “Dan ia menjadi rahsia. Kami kini dalam langkah pertama, mungkin, kami dapat satu lagi langkah, mungkin tidak, dan ia adalah terlalu awal untuk bercakap lagi.

Ditanya mengenai laporan media bahawa peguam-peguam Perancis yang mewakili Suaram dalam saman itu akan datang ke Malaysia untuk memberi taklimat kepada anak guamnya, Charpenel berkata mana-mana peguam dari mana-mana negara, bebas untuk berbuat demikian kerana dia dibayar oleh anak guamnya.

“Dia bebas bercakap dengan media, itu adalah kebebasan atau hak asasi manusia. Tetapi dia bukan seorang pendakwa. Dia juga bukan seorang hakim siasatan. Dia bukan seorang pegawai.”

Pada April tahun ini, ahli-ahli politik pembangkang tempatan di sini malah telah meminta pegawai Malaysia untuk memberi keterangan di Paris atau berdepan pemulauan dalam Kesatuan Eropah.

“Perbicaraan adalah satu perbicaraan dengan semua peraturan. Siasatan adalah adalah satu perkara lain,” kata Charpenel mengenai maklumat salah yang dijana oleh portal-portal berita tertentu berhubung dakwaan bahawa satu perbicaraan sudahpun berjalan.

Sabtu lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Ketua Audit Negara menjelaskan urus niaga Scorpene dijalankan mengikut prosedur perundangan.
Related Posts with Thumbnails