Friday, May 4, 2012

BLOGGERS PAS PUNYA CERITA!!!! TERDESAK SANGAT DAH

Dulu di kampungku terdapat sebuah surau separuh batu separuh kayu, menjadi tempat warga desa mendirikan solat fardu berjamaah, sekarang surau itu sudah tiada lagi kerana di atas tapaknya dibina sebuah masjid mukim.

Waktu itu seorang imam dengan sukarela mengetuai imam solat, sekaligus mengajar fardu ain untuk warga desa terutama muslimat. Bila ada majlis tahlil, sang imam ini dijemput mengetuai pembacaan tahlil. Justeru beliau layak dikatogerikan sebagai antara tok lebai yang disegani di desa ku.

Pada awal beliau menjadi imam dan mengajar agama kepada warga, ramai jamaah datang mengikuti kuliahnya terutama kuliah Maghrib dengan menadah kitab. Tapi tiga atau empat tahun kemudian jamaah semakin berkurangan. Ramai yang tak mahu bersolat dengan berimamkan Tok Lebai itu lagi. Mengikuti kuliahnya juga tak mahu. Akhirnya tinggal beberapa orang saja yang “malu mata” untuk melarikan diri darinya.

Bila ditanya kepada warga, mengapa kalian tak ikut bersolat di surau Tok Lebai Pakcu, masing- masing menjawab “ Tok Lebai Pakcu Paie tu dah berubah, tidak lagi seperti mula-mula dulu. Dulu bagus. Sejak akhir-akhir ini beliau kutuk Tok Guru Nik Aziz Nik Mat habis-habisan dalam kuliahnya”.

Perubahan mendadak Tok Lebai Pakcu itu kononnya setelah beliau mendapat sedikit habuan daripada pemimpin UMNO setempat, sebelumnya tidak begitu. Ramai warga desa puji beliau. Ilmunya lumayan setakat untuk mengajar fardu ain warga desa.

Dari sehari ke sehari sumpah saranahnya kepada Tok Guru Nik Aziz semakin kuat dan lantang, sehinggalah suatu hari Tok Lebai Pakcu jatuh sakit. Permulaannya kurang selera makan, disertai dengan tak boleh bercakap.

Dibawa ke hospital, pernah tinggal di wad, tapi menurut keluarganya, doktor yang merawat memberitahu, masih belum dikenalpasti penyakit apa menyerang Tok Lebai Pakcu.

Saya sempat menjengok beliau. Saat itu tubuh badannya seperti papan sekeping, tersangat kurus. Suaranya hilang. Hanya dua biji mata bergerak-gerak sebagai tanda isyarat kepada keluarganya, meminta air.

Abang ipar saya yang kerap menziarahinya kerana kebetulan rumahnya berdekatan memberitahu; katanya kelmarin keluarga terdekat Tok Lebai Pakcu membisik kepada Pakcu “ Pakcu, kalau ambo gi minta air tawar (air doa) Tok Guru Nik Aziz lagumana, nak minum kah?. Pakcu banyak buat salah kepada dia, dok kata macam-macam kat Tok Guru, sedang Tok Guru tak buat salah apapun kepada Pakcu.”

Mendengar kata-kata keluarganya itu, serta merta terbuka biji matanya, kepalanya bergerak-gerak, seolah-olah bersetuju dengan cadangan keluarganya. Tapi saat itu Tok Lebai Pakcu hampir nazad. Beliau menutup usia beberapa jam selepas itu.

Saya tidak mahu meletakan sakit dan matinya dikeranakan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Sakit serta ajalnya sudah ditentukan Allah SWT.

apa lah sangat ngan cerita tahyul mcm nie, zaman firaun pun ada gak citer mcm nie, siapa menentang firaun akan mati.

betul cakap sahabat si pisau,,kalau dick najis ini kata dia pernah naik ke langit ngan kambing hitam pun, puak puak nie akan percaya,,

beringat lah sama Allah itu Ada, jangan terlalu taksub dengan wali2 yg menyesatkan, satu benda saja dosa yg Allah tidak ampun ialah KAFIR kpd Allah.

AZMIN ALI TERPAKSA MENDAPAT RAWATAN PAKAR..!!!!!



kalau anwar ibrahim satu ketika dulu ada pakar urut iaitu dato eskay, azmin ali pun ada seorang doktor pakar sakit tuan yang hebat. seperti yang di katakan oleh sdr zahid mat arip bila melihat gambar azmin ali kita mesti lah berbaik sangka dan jangan mudah buruk sangka. azmin ali sedang mendapat rawatan sakit tuan.

seperti kita sedia maklum bahawa azmin ali menerima tekanan yang maha dashyat bilamana cerita bini nya shamsidar ada hubungan dengan anwar ibrahim, jesteru itu lah dia patut menerima kaunseling oleh pakar sakit tuan. 

masih nak salah kan umno ka, adakah umno yang mengupah wanita itu untuk membuat kerja gila ini????,


MUKA MUKA "POLIS" YANG JAHAT DALAM BERSIH

ini lah gambar dan rupanya watak watak penting dalam drama rusuhan bersih baru baru ini, mohon mereka diluar sana yang mengatakan itu semua rekaan atau lakonan oleh anggota polis atau SB sendiri bagi membangkitkan kemarahan rakyat supaya tampil kedepan dan buktikan.

rakyat yang memilih kerajaan sekarang telah muak dengan cerita pembangkang kata polis yang jahat, polis yang mula bertindak ganas, kerajaan yang di pilih rakyat harus menjaga keamanan dan bertindak cepat agar cerita karut ini tidak menjadi buah mulut orang dan mempengaruhi minda rakyat di atas pagar.

BERDASARKAN PENELITIAN GAMBAR-GAMABR TERSEBUT, PIHAK POLIS MEMOHON KERJASAMA PADA INDIVIDU TERBABIT UNTUK HADIR KE MANA-MANA BALAI POLIS BERHAMPIRAN ATAU KEPADA MANA-MANA JUGA ORANG RAMAI YANG MENGENALI INDIVIDU SEBAGAIMANA GAMBARNYA DISIARKAN UNTUK TAMPIL MEMBERIKAN MAKLUMAT. SELAIN DARI ITU, SAYA JUGA MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENYERU KEPADA MANA-MANA ORANG RAMAI YANG MEMPUNYAI MAKLUMAT, MENYAKSIKAN ATAU TERKILAN DENGAN APA-APA JUGA TINDAKAN PIHAK POLIS SEMASA PROSES PENYURAIAN ATAU PENANGKAPAN KETIKA PERHIMPUNAN INI BERLANGSUNG, SUPAYA TAMPIL KE MANA-MANA BALAI POLIS BERHAMPIRAN ATAU BERHUBUNG TERUS DENGAN ASP AZMI BIN AZIZ, PEGAWAI JABATAN SIASATAN JENAYAH D7A, IBU PEJABAT POLIS KUALA LUMPUR MELALUI EMAIL: azmiazizi@rmp.gov.my ATAU HANDPHONE NO: 019-2602344 DAN 019-3872344.
Related Posts with Thumbnails