Wednesday, November 9, 2011

SPERMA MEMBUATKAN WANITA BAHAGIA

Tekanan adalah keadaan mental yang boleh mengganggu dan menurunkan kualiti hidup. Berbagai cara telah dilakukan untuk mengatasi tekanan. Sebuah kajian mendapat air mani lelaki juga boleh dijadikan ubat anti tekanan.

‘Air mani membuatkan wanita bahagia’. Itulah kesimpulan yang luar biasa dari sebuah penelitian yang membandingkan perasaan wanita yang menggunakan kondom saat berhubungan seks dengan yang tidak menggunakan.

“Saya ingin menjelaskan bahawa kami tidak menyarankan anda menjauhkan diri dari penggunaan kondom,” ujar Gordon Gallup, psikologist di University of New York, yang mengetuai kajian seperti diberitakan dari Newscientist.

Menurutnya, ternyata kehamilan yang tidak diingini atau penyakit seksual yang menular akan lebih besar kesannyanya daripada mengimbangi kesan psikologi yang menguntungkan dari air mani. Dalam penelitian ini, pasukannya membahagi 293 wanita dalam beberapa kategori.

Kajian menjurus kepada berapa kerap pasangan mereka memakai kondom dan tahap kebahagiaan dinilai dengan menggunakan alat Beck Depression Inventory. Peserta dengan skor rendah adalah yang paling bahagia dan skor lebih dari 17 dianggap cukup tertekan.

Hasilnya, wanita dengan pasangan yang tidak pernah menggunakan kondom mendapat keputusan rata-rata 8, wanita dengan pasangan yang kadang-kadang menggunakan kondom mendapat keputusan 10.5, yang selalu menggunakan kondom 11.5 dan wanita yang tidak pernah membuat perhubungan seks mendapat keputusan 13.5. Dan menurut hasil penelitian yang telah diterbitkan dalam jurnal Archives of Sexual Behavior ini, gejala kemurungan dan usaha bunuh diri sering terjadi pada wanita yang menggunakan kondom secara teratur dibandingkan dengan yang tidak. 

Hasil penelitian yang akan menimbulkan kontroversi ini menunjukkan bahawa wanita yang secara langsung terkena air mani akan lebih jarang merasa tertekan atau kemurungan. Pengkaji merasakan hal ini kerana adanya perubahan perasaan wanita akibat hormon dalam air mani yang diserap melalui vagina. Hal ini tidak terlalu mengejutkan, kerana air mani mengandungi beberapa hormon yang mengubah perasaan seperti testosteron, estrogen, hormon perangsang folikel, hormon luteinizing, prolaktin dan beberapa prostaglandin yang berbeza.

Tuesday, November 8, 2011

WANITA YANG BERLAGAK HEBAT,,,,

Sifat tamak dan buta cinta menjadi antara faktor utama wanita Malaysia khususnya mudah diperbodohkan oleh sindiket warga Afrika yang menjalankan kegiatan penipuan kiriman bungkusan. 

Pensyarah Kriminologi Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Dr. P. Sundramoorthy percaya Malaysia adalah antara negara tertinggi terlibat dalam penipuan seumpama itu berdasarkan bilangan pengguna Internet yang banyak berbanding negara-negara lain. 

"Jika dibandingkan dengan negara-negara Eropah sekalipun, negara kita masih berada di tahap atas. Ia belum lagi diambil kira dengan kes-kes yang tidak dilaporkan kepada polis," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini. 

Beliau mengulas Laporan Khas Utusan Malaysia hari ini yang melaporkan semakin ramai pengguna Internet yang mudah 'diperbodohkan' oleh sindiket warga Afrika yang menjalankan kegiatan penipuan kiriman bungkusan dengan menjerat mangsa melalui cinta siber. 

Statistik Polis Diraja Malaysia menunjukkan terdapat kira-kira 86 kes dilaporkan sebulan atau tiga kes setiap hari. 

Sundramoorthy memberitahu, sifat semula jadi rakyat kita yang terlalu mudah mempercayai seseorang tanpa perasaan mencurigai memudahkan lagi pergerakan sindiket itu. 

Menurutnya, kebanyakan mangsa yang terpedaya hanya sedar diri mereka tertipu setelah membuat beberapa bayaran sebagaimana yang diminta oleh sindiket tanpa mendapatkan bungkusan tersebut. "Kita kena sentiasa berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan kenalan melalui Internet. "Sekiranya penipuan berlaku, peluang untuk mendapatkan wang yang ditipu adalah tipis dan mengesan penjenayah yang terlibat di alam siber adalah amat mencabar lebih-lebih melibatkan warga asing yang tidak menetap di dalam negara ini," katanya. 

Sundramoorthy berkata, penipuan itu kebanyakannya melibatkan wanita berkerjaya, berpelajaran tinggi serta menguasai bahasa Inggeris yang baik. Tidak kurang juga katanya, golongan lelaki turut menjadi mangsa penipuan tetapi jumlah mereka agak sedikit berbanding wanita. 

Beliau menambah, trend penipuan itu semakin membimbangkan kerana bilangan mereka yang menjadi mangsa meningkat dari hari ke hari. Katanya, dalam era langit terbuka adalah sukar untuk menyekat sebarang penipuan selagi mangsa itu sendiri tidak tersedar. "Melalui pemantauan, sindiket tersebut biasanya akan berkenalan dengan mangsa melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter dan e-mel. 

Sekali mangsa memberi respons kepada suspek, ia seolah-olah menggambarkan mangsa bersedia untuk berkomunikasi dengan sindiket terbabit. "Pada tahap itu, sindiket tersebut hanya perlu mengambil sedikit masa untuk memujuk serta menyakinkan mangsa," jelasnya.

sumber: utusan online. 

Sunday, November 6, 2011

TUGAS RAHSIA: KITA MESTI BUAT FITNAH LAGI

BUKAN sahaja menafikan anak beliau ikut ke Australia baru-baru ini, bahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan isterinya tidak membeli apa-apa barang kemas ketika beliau menghadiri mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth, baru-baru ini. 

Beliau berkata orang ramai sepatutnya tidak terpedaya atau terbabit menyebarkan pembohongan. "Jangan percaya atau sebar pembohongan. Malah, anak perempuan saya tidak berada di Australia dan isteri saya (Datin Seri Rosmah Mansor) tidak membeli apapun barang kemas," kata Najib dalam Twitter terbarunya. 

Ulasan beliau adalah berikutan penerbitan satu artikel dalam sebuah akhbar Australia yang mendakwa anak perempuannya membelanjakan $60,000 di sebuah pusat beli belah di Perth, venue perhimpunan CHOGM. 

Laporan itu juga menyebut mengenai "seorang wanita pertama diketahui telah membeli mutiara bernilai $150,000 WA (Barat Australia)". Bagaimanapun, ia tidak menamakan individu yang menjadi tanda tanya. Najib dan Rosmah kini sedang mengerjakan ibadat haji di tanah suci Mekah. 

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menyifatkan fitnah itu sengaja direka oleh pihak tertentu untuk mencemarkan reputasi kepimpinan cemerlang Najib. “Niat mereka juga untuk mencemarkan imej Perdana Menteri Malaysia di mata dunia,” tegasnya. 

Lagipun kata beliau, laporan akhbar itu amat mengelirukan kerana tidak disebut siapakah yang dimaksudkan dengan wanita pertama (first lady). Beberapa portal berita pro-pembangkang memetik sumber daripada berita yang disiarkan oleh akhbar The West Australian. (petikan keratan akhbar berkenaan sepertimana disiarkan oleh sebuah portal berita pro-pembangkang).
Menurut beliau, pihak pembangkang sengaja menyebarkan fitnah tersebut menerusi portal berita untuk memburukkan Rosmah. Beliau kesal isteri Perdana Menteri sering dijadikan mangsa serangan fitnah dalam usaha pembangkang menarik sokongan rakyat. 

“Mereka tidak ada isu lain untuk diketengahkan bagi kepentingan rakyat, oleh sebab itu mereka cipta pelbagai fitnah karut,” tegasnya. Dalam hubungan ini, Syed Ali menasihatkan blogger pro-pembangkang supaya lebih berhati-hati menyiarkan maklumat yang tidak dipastikan kesahihannya. “Mereka mempunyai tanggungjawab memberikan maklumat positif untuk kepentingan rakyat dan negara, bukannya sengaja menabur fitnah dan cerita rekaan,” jelasnya.

dari blog: UMNO CHERAS

Related Posts with Thumbnails