Sunday, September 11, 2011

Dulu orang tak minat subjek SEJARAH, terima kasih kepada mat sabu.


IPOH: Anggota polis dan keluarga mereka yang diserang kira-kira 200 anggota komunis di Balai Polis Bukit Kepong dalam tragedi berdarah 23 Februari 1950 tidak syak lagi adalah wira sebenar negara kerana mereka bukan mempertahankan British seperti sangkaan banyak pihak sebaliknya Tanah Melayu yang ketika itu berada di bawah kedaulatan Raja-Raja Melayu. 

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar, berkata Tanah Melayu sebenarnya tidak pernah berada di bawah penjajahan British seperti berlaku di India, Sri Lanka dan Hong Kong ketika itu. Sebaliknya mengikut pandangan antarabangsa ketika itu, Tanah Melayu atau Malaya diperintah oleh Raja-Raja Melayu dengan British bertindak sebagai penasihat atau menjalankan tugas-tugas pentadbiran. 

Pandangan itu turut disokong tokoh sejarah terkemuka, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Khim dan pakar sejarah yang juga Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Ramlah Adam pada Wacana Merdeka bertajuk Peristiwa Bukit Kepong: Siapa Wira Sebenar anjuran Institut Darul Ridzuan (IDR) di sini, petang semalam. 

Seorang lagi ahli panel dalam wacana yang dipengerusikan Timbalan Dekan Pusat Kajian Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian itu ialah bekas Ketua Cawangan Khas PDRM, Tan Sri Yuen Yuet Leng, yang terbabit secara langsung dalam peperangan terhadap komunis di Perak dan Sarawak. 

Kay Khim pula berkata, apa yang berlaku ketika itu ialah British hanya mengadakan perjanjian dengan Raja-Raja Melayu untuk campur tangan dalam pentadbiran dan apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, bukan British yang menyerahkan kedaulatan tetapi Raja-raja Melayu menyerahkan kuasanya kepada rakyat supaya Tanah Melayu dapat mengamalkan demokrasi berparlimen. 

Oleh itu, katanya, Ahmad Indera atau Mat Indera yang dikatakan mengetuai serangan komunis di balai polis berkenaan sehingga mengorbankan 25 orang termasuk anggota polis, ahli keluarga mereka serta orang awam, tidak boleh dianggap wira kerana anggota komunis itu menentang kerajaan dan melanggar undang-undang yang diterima pakai majoriti rakyat Tanah Melayu ketika itu. 

Orang yang melanggar undang-undang tidak boleh dianggap sebagai wira. Komunis bukan berhasrat untuk membebaskan Tanah Melayu (daripada British) tetapi mahu meneruskan agenda penguasaan fahaman itu di seluruh dunia. Komunis di China sudah mengarahkan Parti Komunis Malaya (PKM) mempengaruhi orang Melayu tetapi susah sebab budaya tidak sama, tambahan pula orang Melayu patuh kepada Raja, katanya. 

Ramlah pula berkata, sejak dulu sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, negara ini tidak pernah dijajah British dan Raja-Raja Melayu tidak kehilangan kuasanya, hanya pembesar Melayu yang kehilangan kuasanya kepada pegawai British, justeru dakwaan mengatakan komunis menyerang anggota polis yang bekerja di bawah kekuasaan British adalah tidak tepat. 

Beliau berkata, fakta sejarah juga menunjukkan Mat Indera adalah anggota PKM yang menuruti arahan seorang komander lain dan bukan mengetuai serangan di balai polis itu dan hanya ikan bilis yang tidak layak diletakkan sebaris dengan nama besar tokoh pejuang kemerdekaan lain seperti Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Ahmad Boestamam, Burhanuddin al-Helmy serta tokoh pejuang lain sama ada berhaluan kanan atau kiri. 

Ini fakta sejarah yang tidak boleh diubah atau ditokok tambah, cuma intepretasi sejarah saja mungkin berlainan tetapi itu pun memerlukan bukti baru, sumber dan dokumen sahih yang pelbagai dan kajian mendalam, bukan boleh buat sesuka hati saja, katanya. 

Yuet Leng pula berkata, beliau akan terus menganggap anggota polis yang terkorban dalam serangan di Bukit Kepong sebagai wira yang hanya tahu mempertahankan kedaulatan negara dan menentang keganasan berbanding PKM yang bercita-cita mewujudkan Republik Tanah Melayu yang menerima arahan daripada komunis antarabangsa bagi menyingkirkan kuasa Raja-Raja Melayu. 

sumber dari BERITA HARIAN. 

Friday, September 9, 2011

KALU UMNO BUAT...APA PUN TAK BOLEHH..!!!

Aku tak faham, mengapa kerajaan terlalu lembut dan terlalu baik sehingga perlu bersusah-payah mengatur pelbagai langkah-langkah perlu untuk membawa balik para pelajar Malaysia di Syria. Syria yang sedang bergolak, seharusnya tidak perlu ditempuhi oleh kerajaan Malaysia dengan membahayakan rakyat Malaysia yang lain. Untuk apa pelajar-pelajar tersebut dibawa keluar? Lagipun, kalau diselamatkan pun, ianya bukan jasa kerajaan sebaliknya kerajaan atau orang tertentu dalam kerajaan telah menyelewengkan duit berpuluhan juta dengan alasan untuk mengeluarkan pelajar-pelajar tersebut.

Itu yang berlaku sewaktu kerajaan mengambil keputusan mengeluarkan para pelajar Malaysia di Mesir. Bukan ucapan terima kasih, sebaliknya kerajaan dimaki hamun. Bahkan ada beberapa pihak dalam Pakatan Rakyat yang berkata, ada orang tertentu dalam kerajaan yang sengaja menjadikan projek mengeluarkan pelajar-pelajar dari Mesir sebab nak SEBAT duit!

Anifah Aman tidak memberitahu dari mana datangnya dana untuk mengeluarkan pelajar-pelajar tersebut, sebaliknya berkata, kerajaan akan menggunakan pelbagai sumber dana semata-mata untuk menyelamatkan nyawa pelajar-pelajar berkenaan.

Sepatutnya inilah masanya Pakatan Rakyat, terutama sekali PAS yang bercakap pandai, memberikan cadangan kepada kerajaan untuk menyelamatkan para pelajar tersebut. Lagipun dari semasa ke semasa, mereka cukup ringan mulut menyatakan, para pelajar Syria adalah penyokong kuat PAS.

Macam para pelajar di Mesir jugalah, masa negara tu tengah bergolak, siap ada yang nangis-nangis nak balik Malaysia. Yang mak bapak pula macam anak diorang dah kena kepung dengan pengganas komunis dan hampir maut ditembak... bila sampai kat Malaysia, bukan main peluk cium.

Tapi bila keadaan dah aman, inilah juga puak-puak yang bukan main lagi menyokong BERSIH 2.0 dan menghentam kerajaan yang telah menyelamatkan mereka daripada maut dibunuh.

Alasan kononnya, para pelajar Malaysia tidak diganggu oleh para penunjuk perasaan dan tentera-tentera Syria seperti yang dikatakan oleh wakil pelajar di Syria, seharusnya perlu diambil berat.

Aku syorkan, tak payahlah kerajaan buang duit dan buang masa nak selamatkan pelajar-pelajar di Syria itu. Suruhlah Pakatan Rakyat dan PAS untuk selamatkan diorang. Lagipun Pakatan Rakyat tidak pernah terbukti berkesan. Mereka hanya pandai mengutuk bila semua benda dah selesai. Masa belum buat, mereka akan duduk diam-diam macam pondan tak bertelur. Bila dah nampak benda tu macam dah nak selesai, diorang pun akan muncul macam ulat taik dan cuba membuktikan yang diorang lebih baik dari UMNO.

Alah, macam kisah Kelab Putera 1Malaysia jugalah di Somalia. Masa belum pergi, semua duduk diam jer. Takder sorang langsung. Bila dah nak balik dan kebetulan pula taqdir Allah Taala telah sampai ke atas Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, maka diorang pun mulalah bercakap besar. Malah dikatakan pula, kalau Unit Amal PAS yang pergi, tentu tidak ada kematian!!!

Semalam, Azeez Rahim dah tawarkan tempat untuk puak-puak cakap pandai ini menyertainya ke Somalia pada bulan Oktober nanti. Kita tengok, nama siapa yang didaftarkan. Tetapi sekarang, peluang cukup besar untuk puak-puak yang hanya cakap pandai bila semuanya dah selesai.... ambilalih tugas keluarkan pelajar-pelajar Malaysia dari Syria... jangan biarkan UMNO yang buat... nanti kata publisiti murahan pulak! 

sumber dari : parpukari.

KEBODOHAN MAT SABU BEGITU TERSERLAH...!!!!

isu mat sabun ini arab tengok dah makin teruk, adalah lebih baik kita henti kan isu ini. ianya seolah olah memberi publisiti murahan kepada mat sabun, seperti kita maklumkan dia ini memang tak ada otak, otak dah letak di kepala lutut,

Sejak pemilihan kepimpinan PAS tidak lama dulu, ramai ahli dari akar umbi PAS begitu risau dengan perubahan imej parti yang akan di bawa oleh pemimpin-pemimpin parti itu.

Dan kerisauan mereka terjawap apabila pemimpin yang rendah IQ nya seperti Mat Sabu mula bersuara di pentas perdana.

Mat Sabu adalah pemimpin nombor 2 parti PAS tetapi sehingga ke saat ini, beliau bukannya menyumbang sebarang kredibiliti yang menguntungkan imej PAS. Beliau bercakap tanpa ilmu di dada, berhujah persis menjual ubat kuat di pasar malam.

Malah, sentuhan parti PAS terhadap isu agama Islam dibawah kepimpinan terbaru PAS ternyata bercelaru, memakan diri sendiri dan memburukkan lagi imej parti.


Related Posts with Thumbnails