Wednesday, August 17, 2011
Sunday, August 14, 2011
BERUNDUR LAAAA...TOLONGLAH FAHAM
KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Mingguan Malaysia, akhbar milik Umno menggesa Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon agar menerima “mesej yang jelas” daripada gelombang kritikan terhadap beliau agar memberi laluan kepada kepimpinan baru menerajui parti itu.
“Tolonglah faham,” kata Mingguan Malaysia menerusi ruangan Bisik-Bisik Mingguan Awang Selamat hari ini.
Awang Selamat menulis bahawa Koh (gambar) tampil menjawab kritikan kelmarin tetapi penjelasan beliau tidak meyakinkan sambil menyerlahkan sindrom penafian.
Ia seterusnya meminta Koh agar tidak selalu “menyalahkan orang lain atas kegagalan sendiri.”
Sejak kebelakangan ini, Koh menjadi sasaran beberapa pihak termasuk bekas naib presiden Gerakan Huan Cheng Guan, Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang Tan Sri Tan Kok Ping dan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang berpandangan Gerakan perlu merombak semula kepimpinan parti jika mahu memastikan Pulau Pinang kembali ke tangan BN pada pilihan raya umum akan datang.
Masing-masing juga berpandangan pemimpin Gerakan sedia ada sudah tidak relevan selain tidak melakukan apa-apa perubahan sepanjang meneraju parti itu.
Dalam reaksinya kelmarin, Koh membidas tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan kewibawaannya memimpin parti itu dan keupayaannya merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang.
Sebaliknya kata Koh, ‘serangan’ terhadap kepimpinan beliau itu didalangi pihak tertentu yang cuba mensabotaj Gerakan dan juga Barisan Nasional (BN) dalam usaha parti menawan semula Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat.
Koh juga Pengerusi BN Pulau Pinang.
“Kita tahu siapa jadi dalang kerana siapa makan cabai dia akan terasa pedasnya. Saya tidak akan cakap apa-apa, biar tok dalang muncul sendiri jika dia mahu... apa yang penting kita tahu siapa di sebalik semua ini,” katanya.
Koh berkata dakwaan individu berkenaan tidak munasabah memandangkan sepanjang 18 tahun beliau meneraju Pulau Pinang sebagai ketua menteri, pembangunan dan kemajuan negeri itu meningkat daripada semua segi.
Dalam ruangannya, Awang Selamat juga berkata dia tidak terkejut apabila Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng iaitu bekas pemimpin Gerakan dan PKR, melemparkan kritikan secara terbuka terhadap Koh Tsu Koon baru-baru ini.
“Apa yang disuarakan oleh Tee Beng sebenarnya dikongsi oleh banyak pihak terutama di Pulau Pinang. Menurut Tee Beng, selagi Gerakan dipimpin oleh (Koh) Tsu Koon, selagi itulah peluang BN untuk menawan kembali Pulau Pinang daripada pembangkang, amat tipis.
“Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang dan beberapa pemimpin termasuk Huan Cheng Guan turut membidas Tsu Koon. Ada yang merasakan perlunya kepimpinan parti itu dirombak dengan mendapat teraju baru. Awang setuju,” katanya.
Awang Selamat menambah selepas pilihan raya umum 2008, Gerakan seakan lumpuh dan hilang arah dan tidak kelihatan tanda-tanda untuk kebangkitan.
“Ia berkait rapat dengan soal kepimpinan. Pemimpin bukan sahaja diuji ketika berada di puncak kuasa dan semasa situasi tenang.
“Ujian terbaik untuk menilai seseorang pemimpin ialah kemampuan untuk bangkit dan menempuh detik getir,” kata Awang Selamat sambil menambah, “setakat ini, Awang tidak nampak keghairahan dan keyakinan Tsu Koon untuk membawa kebangkitan.”
Sebaliknya kata Awang Selamat, yYang beliau lebih ghairah, menurut ramai pemerhati, ialah untuk memastikan wajahnya terselit bersama pemimpin negara bagi tujuan publisiti media.
“Dalam kaitan ini, nampaknya jawatan menteri Kabinet yang diberikan kepada beliau (di sebalik kekalahan terburuk Gerakan), bagaikan sia-sia.
“Tsu Koon patut sedar, jawatan itu bukan sekadar untuk disandang suka-suka. Ia adalah untuk memberi kekuatan dan motivasi kepada Gerakan bagi merampas Pulau Pinang,” kata Awang Selamat lagi.
Awang Selamat juga berkata, apakah Koh yang kini merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri seakan rela DAP terus memerintah Pulau Pinang.
SUMBER DARI : MALAYSIAN INSIDER
Monday, August 8, 2011
KITA SUDAH TERUK BERPOLITIK SEHINGGA RAKYAT MISKIN TERABAI..!!!!
Kita telah dikejutkan dengan pengakuan umat Islam yang bergantung kepada ehsan pihak gereja bagi meneruskan kehidupan seharian akibat kemiskinan. Ini sebenarnya adalah satu berita yang amat memalukan dan juga mencabar kewibawaan umat Islam didalam menjaga kebajikan komuniti Islam itu sendiri.
Islam itu agama yang sempurna. Malah Islam juga mengajar bagaimana untuk mengelakkan dari umatnya berada didalam belenggu kesusahan dan fakir. Maka dengan itu, wujudlah baitulmal dan juga sistem pungutan zakat bagi meringankan beban dan membantu umat Islam yang memerlukan.
Zakat dikutip untuk mencapai beberapa matlamat. Selain daripada menyucikan harta dan jiwa pembayar zakat, zakat adalah salah satu daripada sumber pembiayaan utama bagi matlamat-matlamat kebajikan dan pembangunan yang selaras dengan peruntukan syarak memenuhi lapan asnaf zakat.
Disebabkan penerima zakat sudah ditentukan oleh Allah S.W.T sendiri, maka penggunaan kutipan zakat tidak boleh lari daripada lapan golongan penerima ini. Selagi ada penerima zakat yang berhak menerima, selagi itu kutipan zakat itu MESTI diagihkan pada penerima tersebut.
Firman Allah yang bermaksud:-
‘Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang faqir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah: 60)
Di negara kita kini kutipan zakat banyak digunakan untuk projek-projek pertanian dan juga mengembangkan perniagaan. Apakah semua ini tertakluk didalam lapan asnaf yang telah digariskan? Bagaimana pula dengan nasib golongan FAKIR, MISKIN, AMIL, MUALLAF, AL-RIQAB, AL-GHARIMIN, FISABILILLAH dan juga IBNU SABIL?
Sudahkah semua keperluan lapan golongan asnaf yang wajib menerima zakat ini dipenuhi dan diberi keutamaan oleh pihak yang menguruskan zakat? Jika benarlah agihan zakat didalam negara ini dilakukan dengan sempurna, bagaimanakah pula masih ada golongan umat Islam yang fakir miskin dan juga mualaf yang masih berada didalam keadaan yang dhoif serta serba kekurangan?
Jika hendak diteliti keadaan hidup masyarakat di negara ini terutamanya dikawasan luar bandar, masih ramai umat Islam yang berada dibawah paras kemiskinan. Malangnya, mereka ini tak tahu kemana hendak dituju dan hendak diadukan nasib mereka. Adakalanya mereka-mereka ini bukan sahaja perlukan bantuan kewangan semata-mata, tetapi ada yang perlukan bantuan sokongan hidup akibat dari kekurangan fizikal dan tempat tinggal.
Amat menghairankan jika pihak urus Zakat memberi alasan tak tahu ada orang susah ataupun tak diberikan maklumat mengenai masalah kemiskinan yang berlaku dikalangan umat Islam. Kalau pihak gereja boleh turun padang untuk mencari dan mengenal pasti umat Islam yang dhoif, apakah pekerja-pekerja di pejabat zakat terlalu mulia untuk jejakkan kaki ke kampung-kampung?
Jika pihak gereja bersungguh-sungguh mengambil tahu dan bertanyakan khabar, telefon bertanyakan masalah 3 kali seminggu dan tawarkan pula penginapan yang lebih selesa bagi menawan hati umat Islam yang memerlukan bantuan mereka, kenapa pihak Baitulmal dan juga Zakat tak mampu berbuat sedemikian?
Kutipan yang dibuat oleh pihak Zakat bukannya sedikit, malah mencecah puluhan juta bagi setiap negeri saban tahun. Kemanakah wang tersebut pergi? Apakah amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah swt di ringankan oleh mereka-mereka yang berkerja di pejabat-pejabat zakat seluruh negara? Tak takutkah mereka ini semua kepada azab Allah di akhirat nanti?
Janganlah beralasan tak cukup kakitangan untuk pantau umat Islam yang memerlukan bantuan, tak mempunyai kuasa untuk turun padang mendapatkan maklumat fakir miskin, mengenal pasti orang miskin adalah diluar bidang kuasa dan juga tak dapat arahan dari pihak atasan.
Walaupun tak salah didalam agama untuk umat Islam menerima bantuan dari pihak gereja, namun secara adap dan adatnya, ia telah memalukan seluruh masyarakat Islam di Malaysia ini. Apakah kita sebagai komuniti Islam sendiri tak mampu untuk membantu saudara-saudara seislam kita yang berada didalam kesusahan? Tambah pula kita mempunyai pusat yang menguruskan berpuluh juta RM duit zakat yang dikutip.
Apakah kita rela diketawakan oleh masyarakat kafir diatas kelemahan kita sendiri? Dan apakah kita sanggup bersekongkol dengan penggadaian aqidah yang bakal berlaku jika umat Islam yang berada didalam kesusahan terus berharap kepada pihak geeja untuk mencari sesuap nasi? Nauzubillah..
Sumber : MyKMU
Arab nak komen: ini lah musibahnya kerana terlalu banyak main politik rakyat miskin terabai tiada siapa nak amik peduli, duit derma masjib orang bagi tiap2 hari jumaat, di fahamkan ada masjid terima duit terkumpul sampai RM3juta, tidak pernah terusik. itu baru satu masjid, kalu 100 masjid kat malaysia nie, apakah setakat nak bantu rakyat miskin seperti wanita tu tak boleh kaaaaaaaa..!!!!
jangan salahkan pihak gereja dan pihak yg menerima..kerana pihak gereja menjalankan tanggungjawab sebagai institusi yang di beri amanah untuk menbantu fakir miskin,
yang menerima pulak...sememangnya dia patut menerima bantuan sebegitu,
Persoalannya sekarang... ORANG ISLAM YANG MENGAKU ISLAM BUAT APA...!!! HANYA TAHU MALAM JUMAAT NAK TUTUH BINI JA..!!! MALU LAAAAAAAAAA WEIII TAK SEDAR LAGI KAAAAAA APA YANG ALLAH DAH TUNJUK KAN KEPADA KITA NIE....
Subscribe to:
Posts (Atom)
