Saturday, August 6, 2011

PAS HANYA PANDAI KUTIP ISU TEPI LONGKANG UNTUK JATUHKAN NAJIB.

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menyifatkan pemimpin PAS hanya mengutip cerita tepi jalan untuk dijadikan isu besar kononnya ada gerakan menjatuhkan Perdana Menteri.

“Walhal cerita tersebut tidak benar sama sekali dan bertujuan mencemarkan nama baik Datuk Seri Najib Tun Razak,” tegasnya.

Katanya, semua itu adalah cerita rekaan dan karut yang cuba diperbesarkan oleh pemimpin PAS setelah hubungan mereka dengan sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR) semakin renggang.

Beliau berkata, PAS mengutip cerita tidak benar itu dalam usaha mereka untuk memecahbelahkan perpaduan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya jelas beliau, kepimpinan Najib dan timbalanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah terbaik setakat ini dan mendapat keyakinan penuh daripada ahli-ahli parti serta rakyat keseluruhannya.

Katanya, perbuatan tersebut merupakan sebahagian daripada propaganda digunakan PAS ketika bahang Pilihan Raya Umum (PRU) semakin hampir hampir,” tambahnya.

“ Semua itu cerita karut dan dakwaan tak masuk akal dibuat oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kononya ada gerakan untuk menjatuhkan Najib” tegasnya.

Beliau mendakwa, Mustafa hanya mengambil cerita tepi jalan dan dijadikan satu isu besar hanya untuk menutup pelbagai kepincangan dan kelemahan PAS.

Beliau mengulas dakwaan Mustafa menerusi portal berita pro-pembangkang – Malaysiakini bahawa ada gerakan dalaman UMNO untuk menjatuhkan Najib.

Mustafa juga dilaporkan berkata bahawa Najib dan isterinya sebagai liabiliti kepada UMNO dan BN.

Dalam hal ini, Syed Ali menyifatkan Setiausaha Agung PAS itu sudah ketandusan modal politik sehingga terpaksa mengutip cerita tersebut yang dijaja di warung kopi dan di tepi jalan.

“Masakan seorang pemimpin kanan PAS boleh percaya kepada cerita atau gosip tepi jalan ?, soalnya lagi.

PAS juga jelas beliau, terpaksa ‘tumpang sekaki’ untuk menonjolkan diri supaya dilihat masih mempunyai suara dalam PR yang didominasi oleh DAP.

Katanya, untuk memulihkan semula hubungan PAS dengan DAP serta PKR, mereka mula mencari isu termasuk membuat dakwaan ada usaha dalaman UMNO untuk menyingkirkan Najib sebagai Perdana Menteri.

Sebelum ini katanya, PAS hanya 'melukut ditepi gantang' dan tidak mendapat layanan mesra oleh DAP.

“Malah PKR juga mula berasa cuak dan curiga dengan permainan politik PAS yang dilihat mempuyai agenda tertentu,” ujarnya

sumber dari : umnobahagiancheras.

Thursday, August 4, 2011

NIK AZIZ MEMBAWA PERPECAHAN UMAT ISLAM.. BAH KE 2

BAHAGIAN KEDUA
Perpecahan

Perselisihan mengenai al-Kitab mendorong kepada perpecahan umat. Perpecahan serupa itu sukar dipulih kerana ia merupakan perpecahan yang jauh. Tuhan menjelaskan,

"Itu adalah kerana Allah menurunkan al-Kitab dengan yang benar, dan orang-orang yang berselisih mengenai al-Kitab adalah dalam perpecahan yang jauh." (2:176)

Perpecahan berlaku di kalangan orang-orang yang diberi al-Kitab, atau orang-orang yang menerimanya. Mereka berpecah belah setelah al-Kitab, atau Bukti Yang Jelas, datang kepada mereka. Firman Tuhan,

"Dan mereka tidak berpecah belah, orang-orang yang diberi al-Kitab, melainkan setelah Bukti Yang Jelas datang kepada mereka." (98:4)

Sebab utama umat berpecah belah ialah ketidakpercayaan kepada Kitab tersebut yang dilakukan oleh orang-orang yang sombong. Ketidakpercayaan mereka juga menyebabkan perpecahan yang jauh di kalangan umat. Dan, menurut Allah lagi, tiada yang lebih sesat daripada mereka. Ayat-ayat al-Qur'an yang menjelaskannya adalah:

"Tidak, tetapi orang-orang yang tidak percaya adalah dalam kesombongan dan perpecahan." (38:2)

"Katakanlah, 'Apa pendapat kamu, jika ia adalah daripada Allah, kemudian kamu tidak percaya kepadanya? Siapakah yang lebih sesat daripada orang yang dalam perpecahan yang jauh?'" (41:52)

Selanjutnya, sikap angkuh antara satu sama lain dan keraguan terhadap al-Kitab, yang mengandungi pengetahuan, turut menyumbang kepada perpecahan umat. Semua berlaku setelah pengetahuan daripada al-Kitab datang kepada mereka. Perpecahan itu tidak diputuskan dengan segera kerana menunggu suatu tempoh yang telah ditetapkan Allah. Firman-Nya,

"Mereka tidak berpecah belah kecuali setelah pengetahuan datang kepada mereka, kerana keangkuhan antara satu sama lain; dan kalau tidak kerana satu Kata yang terdahulu daripada Pemelihara kamu hingga satu tempoh yang dinyatakan, tentu ia diputuskan antara mereka. Tetapi orang-orang yang diwariskan al-Kitab sesudah mereka adalah dalam keraguan padanya, kebimbangan." (42:14)

Bergolongan

Perpecahan umat dapat dilihat dengan jelas setelah manusia menjadi bergolongan dalam agama, dan mereka yang bergolongan itu pula bergembira dengan apa yang mereka ada. Kenyataan tersebut dipetik daripada ayat berikut:

"Tetapi mereka berpecah dalam urusan mereka antara mereka kepada golongan-golongan kepercayaan; tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada di sisi mereka." (23:53)

Pecahan dalam agama, seperti bermazhab atau berkumpulan, yang dianjurkan oleh sesetengah pihak adalah bukan ajaran Allah mahupun Nabi-Nya, Muhammad (6:159). Sebaliknya, agama yang disyariatkan kepada baginda dan Nabi-Nabi sebelum baginda adalah yang bercorak tidak berpecah belah. Firman-Nya,

"Dia mensyariatkan bagi kamu (Muhammad) sebagai agama apa yang Dia mewasiatkan Nuh dengannya, dan apa yang Kami mewahyukan kamu, dan apa yang Kami mewasiatkan Ibrahim dengannya, dan Musa, dan Isa: 'Lakukanlah agama, dan janganlah berpecah belah di dalamnya.'" (42:13)

Azab
Perpecahan dan perselisihan di kalangan manusia berlaku setelah al-Kitab, yang menjadi bukti-bukti yang jelas daripada Allah atas kebenaran, datang kepada mereka. Kejahatan yang dilakukan itu akan dibalas dengan azab yang besar. Seperti itulah bunyi peringatan daripada sebuah ayat bermaksud,

"Janganlah menjadi seperti orang-orang yang berpecah belah, dan berselisih setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka; mereka itu, bagi mereka, azab yang besar," (3:105)

Segala yang diperselisih akan dihakim dan diputuskan Allah pada Hari Kiamat (22:69 dan 45:17). Hanya Dia sahaja yang berhak berbuat demikian. Justeru, manusia tidak seharusnya menjatuhkan hukum seperti sesat ke atas manusia lain yang didapati berselisih dengan mereka. Sebaliknya, mereka harus mengatakan seperti yang diajar Tuhan berbunyi,

"Katakanlah, 'Ya Allah, Pemula langit dan bumi, yang tahu yang ghaib dan yang nampak, Engkaulah yang menghakimkan antara hamba-hamba-Mu mengenai apa yang mereka padanya mereka memperselisihkan.'" (39:46)

Tali Allah
Perselisihan dan perpecahan tentu akan mengheret kepada permusuhan di kalangan umat. Jalan penyelesaiannya pula sukar disetujui, walaupun ia mampu mengikat hati mereka untuk menjadi satu. Jalan itu adalah dengan berpegang teguh pada tali Allah, berbentuk sebuah Kitab yang diwahyukan-Nya. Dengannya umat menjadi bersaudara, tidak berselisih, tidak berpecah belah, dan juga tidak bermusuhan antara satu sama lain. Iktibar diambil daripada sebuah firman-Nya yang berbunyi,

"Dan berpegangteguhlah kamu pada tali Allah, semuanya, dan janganlah kamu berpecah belah, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Dia menyatukan hati-hati kamu, supaya dengan rahmat-Nya kamu menjadi bersaudara." (3:103)

Lantaran itu, umat haruslah berpegang dengan teguh pada al-Qur'an seperti yang diperintah Tuhan, untuk merealisasikan dasar Islam "Satu Tuhan, Satu Kitab, Satu Umat". Walaupun ia sukar, namun umat harus terus berusaha untuk mencapainya, demi kebahagiaan di dunia dan di akhirat.


kita wajib tampar muka tok guru ini.....!!!!!
kita wajib jentik telinga tok guru ini....!!!

Wednesday, August 3, 2011

TAZKIRAH BULAN RAMADHAN: NIK AZIZ MEMBAWA PERPECAHAN UMAT ISLAM..


PERSELISIHAN DAN PERPECAHAN ( BAHAGIAN PERTAMA)
 
Manusia seharusnya menjadi satu umat kerana Tuhan yang mencipta mereka hanya satu. Akan tetapi, atas kebebasan yang Tuhan beri kepada mereka, mereka memilih untuk hidup tidak bersatu dengan berselisih antara satu sama lain. Perselisihan yang dibangkitkan adalah tidak berhenti-henti. Demikian itulah manusia seperti dinyatakan di dalam al-Qur'an berbunyi,

"Sekiranya Pemelihara kamu menghendaki, tentu Dia membuat manusia satu umat, tetapi mereka tidak berhenti-henti berselisih," (11:118)

Golongan yang percaya kepada Kitab Allah diberi petunjuk pada yang benar atas apa yang diperselisihkan, dan mereka juga diberi petunjuk pada jalan lurus oleh Allah. Sementara bagi golongan yang tidak percaya, yang angkuh, mereka tidak dirahmati seperti golongan yang percaya. Ayat Allah yang menjelaskannya berbunyi,

"Manusia adalah umat yang satu, kemudian Allah membangkitkan Nabi-Nabi sebagai pembawa berita gembira dan pemberi amaran, dan Dia menurunkan bersama mereka Kitab ....... Hanya orang-orang yang diberikannya berselisih, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka, kerana keangkuhan antara mereka; kemudian Allah memberi petunjuk kepada orang-orang yang percaya pada yang benar mengenai apa yang dalamnya mereka memperselisihkan, dengan izin-Nya; dan Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki pada jalan lurus." (2:213)

Jalan lurus dinyatakan di dalam Kitab al-Qur'an. Mengikuti jalan itu bererti menyembah Tuhan, atau Pemelihara, dengan sebenarnya. Namun begitu, terdapat juga golongan-golongan manusia yang berselisih dan enggan menyembah-Nya dengan tidak mengikuti jalan tersebut, walhal ia adalah yang tetapkan Allah. Firman-Nya,

"'Sesungguhnya Allah, Pemeliharaku dan Pemeliharamu; maka sembahlah Dia. Ini jalan lurus.' Tetapi golongan-golongan berselisih sesama mereka, kemudian kecelakaanlah bagi orang-orang yang tidak percaya kerana senario hari yang besar." (19:36-37)

Golongan-golongan yang berselisih mengenai jalan lurus adalah bukan sahaja tidak percaya, atau kufur, malahan mereka juga disifatkan Allah sebagai orang-orang yang membuat kezaliman. Firman-Nya,

"Tetapi golongan-golongan antara mereka berselisih; maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang membuat kezaliman kerana azab hari yang pedih." (43:65)

Mereka yang berselisih mengenai jalan lurus diberi amaran dengan "senario hari yang besar" dan "azab hari yang pedih" seperti yang baru dijelaskan.

Satu lagi sebab mengapa umat berselisih antara satu sama lain ialah amalan sesetengah manusia yang mengambil kitab selain daripada al-Qur'an sebagai petunjuk. Kerana, menurut Allah, kitab-kitab yang selain daripada al-Qur'an, yang dikarang oleh manusia, mengandungi banyak perselisihan. Perselisihan pada kitab-kitab itu tentu menjadikan manusia berselisih antara satu sama lain. Firman-Nya,

"Apa, tidakkah mereka merenungkan al-Qur'an? Jika ia daripada selain Allah, tentu mereka mendapati di dalamnya banyak perselisihan." (4:82)

Dengan mengambil kitab yang selain daripada al-Qur'an maka bererti mengambil selain daripada Allah sebagai Pemelihara atau Tuhan. Amalan itu, tidak syak lagi, menjadi resipi bagi perselisihan antara manusia. Firman-Nya,

"Katakanlah, 'Adakah aku menginginkan satu pemelihara, selain daripada Allah, yang adalah Pemelihara segala sesuatu?' ...... Kemudian kepada Pemelihara kamu, kamu kembali, dan Dia memberitahu kamu apa yang padanya kamu memperselisihkan." (6:164)


Wali
Turut menjadi sebab bagi perselisihan umat ialah amalan sesetengah golongan manusia yang mengambil wali-wali selain daripada Allah. Pengambilan tersebut serupa dengan menyembah mereka. Golongan yang berbuat demikian menyangka wali-wali mereka dapat mendekatkan mereka dengan Allah. Firman-Nya,

"Tidakkah kepunyaan Allah agama yang tulus? Dan orang-orang yang mengambil wali-wali (pelindung-pelindung) selain daripada Dia - 'Kami hanya menyembah mereka supaya mereka mendekatkan kami dalam kedekatan dengan Allah' - sesungguhnya Allah akan menghakimkan antara mereka mengenai apa yang padanya mereka memperselisihkan. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada pendusta, yang berdegil dalam ketidakpercayaan." (39:3)

Wali-wali daripada golongan manusia disangka dapat mendekatkan manusia dengan Allah kerana ajaran mereka yang dianggap menarik dan benar. Akan tetapi, Allah menyifatkan mereka dan wali-wali mereka sebagai pendusta, dan sebagai orang-orang yang berdegil dalam ketidakpercayaan. Mereka tidak dapat petunjuk daripada Allah.

Nantikan Bahagian kedua, 




Related Posts with Thumbnails