Wednesday, October 6, 2010

PAS ITU MUNAFIK.......!!!!!


Pada Ogos 1963, Dewan Ulama PAS Kelantan mengeluarkan hukum berikut.
“Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir dan haram. Oleh yang demikian, Nik Aziz menghalalkan penumpahan darah menentang UMNO yang dianggapnya sebagai kafir kerana bekerjasama dengan MIC, MCA, Gerakan dan lain-lain parti yang diterajui oleh bukan Islam dari Sabah dan Sarawak dengan berkata,
“Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid,” kata Nik Aziz di dalam kuliahnya di masjid Kg Pulau Melaka. Begitu mudah Nik Azis membuat fatwa yg diasaskan kpd nafsu serakahnya.

3:28. Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang yang tidak percaya sebagai wali selain daripada orang-orang mukmin, kerana sesiapa yang berbuat demikian itu, tiadalah kepunyaan Allah sesuatu, melainkan kamu ada yang ditakuti daripada mereka, Allah memperingatkan kamu supaya berhati-hati terhadap diri-Nya, dan kepada Allah kepulangan.

Jelas di sini ayat yang di petik oleh dick najis itu ada lah satu pembohongan,  ayat di atas yang arab letak kan itu tidak ada kena mengena pun dengan orang islam berkerjasama dengan kafir menjadi kafir.  

3:29. Katakanlah, "Sama ada kamu menyembunyikan apa yang di dalam dada kamu, atau kamu menampakkannya, Allah mengetahuinya, dan Dia mengetahui apa yang di langit dan apa yang di bumi; dan Allah berkuasa atas segala sesuatu."


Tuesday, October 5, 2010

Kalau dah nama DUIT JUDI,

cerita kali ini memang PANAS cukup panas, satu tamparan yang cukup hebat kepada Kerajaan negeri  Pulau Pinang, maknanya segala sumbangan dari Kerajaan  Pulau Pinang telah meragui banyak pihak,

Bayangkan lah sewaktu bulan Ramadhan berapa puluh dan ratus ribu Kerajaan Pulau Pinang telah menderma kepada masjid dan surau untuk majlis berbuka puasa, orang melayu Islam penat je berpuasa kerana berbuka dengan juadah HASIL JUDI DAN HARAM.  ini bukan satu tuduhan tapi ini adalah satu kemusykilan yang akan terus meragui rakyat pulau pinang dari mana datangnya sumbangan itu. 

satu lagi keraguan ialah datang dari pembantu khas kepada Datuk Seri Zahrain, beliau telah menerima wang sumbangan RM1000 di atas kematian ibunya. klik sini
Ismail Mohd Ali - pembantu khas kepada ahli parlimen bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang keluar PKR Februari lalu - hari ini memulangkan wang ehsan RM1,000 sumbangan kerajaan negeri Pulau Pinang di atas kematian ibunya.

Ismail (kanan) berkata beliau memutuskan untuk memulangkan wang tersebut selepas berbincang dengan ahli keluarga ekoran laporan bahawa wang itu dipercayai dari sumber judi.

Ismail menerima sumbangan itu melalui program kebajikan warga emas kerajaan negeri pada bulan Ogos ketika ibunya meninggal dunia pada bulan Julai ketika berusia 82 tahun.

"Saya tidak mahu atau memerlukan wang ini. Biarkan ia dibelanjakan untuk orang miskin," katanya dalam sidang akhbar Umno bahagian di Bayan Baru untuk kira-kira 50 warga emas yang mahu memulangkan wang ehsan yang diterima dari kerajaan negeri.

Ismail, yang mendakwa beliau bukan ahli Umno, dan hadir di sidang akhbar itu atas kapasiti peribadi, menggesa Exco kerajaan negeri Pulau Pinang yang bertanggungjawab terhadap halehwal agama, Abdul Malik Abdul Kassim supaya jangan "bermain politik" dengan isu tersebut.

"Haram adalah haram. Abdul Malik tidak layak menjadi exco untuk halehwal agama," katanya.

Ini adalah kali kedua majlis seumpama itu diadakan untuk warga emas berhimpun bagi memulangkan wang ehsan sumbangan kerajaan negeri.

Monday, October 4, 2010

NIK AZIZ MENGELABAH BERUK BILA KU LI BERTANDING !!!!!

 Dalam satu keyataan,Nik Aziz ada berkata..adalah satu penghinaan oleh UMNO kepada Ku Li jika beliau diletakkan sebagai calon BN untuk bertanding di PRK DUN Galas.Dalam kenyataan tersebut juga Nik Aziz dengan tegas berpendapat bahawa Ku Li tidak sesuai untuk bertanding di peringkat DUN kerana Ku Li pernah memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan dan Ahli Parlimen.

Jiwa muda aku tertanya-tanya...sejak bila pula Nik Aziz menjadi pembela keturunan Raja?Setahu aku puak2 PAS ni sanggup menghina Raja dengan berbaring dibawah kereta yang dipandu oleh Raja Muda Perak semata2 kerana gilakan kuasa politik di Perak ketika BN kembali merampas Pemerinahan Negeri Perak tempohari.Bertambah pelik lagi bila timbul satu persoalan,kenapa Nik Aziz tidak langsung menasihati pengikut2 PAS ni supaya tidak menghina raja dan kenapa pula pabila Ku Li mula disebut untuk diletakkan sebagai calon di PRK DUN Galas,UMNO dikatakan menghina keturunan Raja pulak?

Sekiranya Ku Li bertanding diperingkat DUN dianggap rendah darjatnya,kenapa Nik Aziz sendiripun bertanding diperingkat DUN?Bukankah Nik Aziz ni seorang 'ulama'tersohor?Apakah taraf seorang 'ulama'yang tersohor hanya bertanding diperingkat DUN?kenapa tidak bertanding diperingkat Parlimen bagi membolehkan beliau layak menjadfi Perdana Menteri jika PAS menguasai pemerintahan negara satu hari nanti..dan memungkinkan 'tok guru' ini dengan mudah melaksanakan hudud?

Rahsianya mudah saja...Nik Aziz sebenarnya sudah dibayangi kekalahan besar jika Ku Li bertanding di PRK ini kerana pengaruh Ku Li sebenarnya masih subur bukan sekadar di Gua Musang,malah ketokohan Ku Li masih di geruni dan di sanjung tinggi oleh seluruh rakyat Kelantan.

Pada aku..jika Ku Li diletakkan di DUN Galas sebagai calon BN..jika menang dan terus di beri mandat ini di PRU 13 nanti..tidak mustahil.BN mampu merampas Kelantan dan Ku Li pula dilantik sebagai MB Kelantan.....percayalah.
Related Posts with Thumbnails