Friday, October 31, 2014

TUN ANWAR IBRAHIM

Bercakap semalam di hadapan penyokongnya, kalau anwar membuat pengakuan akan menyokong perdana menteri datuk najib. Anwar akan ditawarkan gelaran TUN. Kes liwatnya juga akan dipadamkan,

Tengok cara dia menghasut rakyat, kenyataannya sungguh mengelirukan,

Statement gila babi nie, terdesak yang amat sangat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, October 30, 2014

@dzainalabidin MENJAWAB PUTAR BELIT KETUA MENTERI PULAU PINANG

Kenyataan Media
YBhg Dato' Zainal Abidin Osman
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang
30 Oktober 2014

Merujuk kepada surat YAB Ketua Menteri Pulau Pinang kepada YAB Timbalan Menteri bertarikh 23 Oktober 2014 menjelaskan kenapa Kerajaan Negeri Pulau Pinang belum meluluskan permohonan Pelan Kebenaran Merancang 15 projek perumahan yang dipohon oleh PERDA dan JKP Sdn Bhd.

Saya mendapat maklum bahawa YAB Ketua Menteri Pulau Pinang telah mengedarkan salinan surat beliau kepada YAB Timbalan Perdana Menteri kepada pihak media semalam.

Kenyataan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang mengenai cadangan pembinaan rumah pada harga jualan RM575 ribu di kawasan Seberang Perai merujuk kepada permohonan PERDA untuk pembangunan di Bandar Perda Bukit Mertajam yang dikemukakan permohonannya pada 4 September 2012.

Projek Bandar Perda adalah pembangunan bandar baru yang bermula pada tahun 1994 merangkumi pelbagai aspek dan komponen pembangunan hartanah, kediaman, pejabat, hospital, institusi dan komersial.

Adalah tidak menasabah jika pihak berkuasa negeri memberi fokus kepada permohonan untuk membina 64 unit rumah Kos Sederhana di Bandar Perda tanpa mengambil kira jumlah dan peratusan lebih besar komponen perumahan Kos Rendah dan Kos Sederhana sudah disiapkan dan didiami di situ.

Sekiranya Kerajaan Negeri Pulau Pinang ada masalah mengenai permohonan ini, persoalannya ialah kenapa baru sekarang setelah lebih 24 bulan permohonan dikemukan perkara ini dibangkitkan? Kenapa tiada sebarang maklum balas mengenai permohonan ini dibuat oleh pihak berkuasa negeri kepada PERDA sebelum ini?

Berhubung dengan isu setinggan, dari 15 permohonan yang dikemukan oleh PERDA dan JKP Sdn Bhd hanya 3 (tiga) permohonan Pelan Kebenaran Merancang yang dipohon melibatkan penempatan semula setinggan:

A. 1 projek oleh PERDA di Sungai Batu, Teluk Kumbar dalam Daerah Barat Daya. Jumlah terlibat sebanyak 11 buah rumah di atas tanah yang dibuat pengambilan balik dan 14 buah rumah di tanah berhampiran yang dibeli atau diambil alih pemajuannya oleh PERDA daripada pihak swasta.

B. 2 projek oleh JKP Sdn Bhd:

1) Projek di Sungai Nibong; jumlah setinggan sebanyak 84 buah rumah, 73 setinggan sudah selesai dan berbaki 11 yang masih belum berpindah dan dalam proses penyelesaian.

2) Projek di Bagan Serai, Seberang Jaya melibatkan 231 setinggan. Sejumlah 203 setinggan sudah mencapai penyelesaian dan berbaki hanya 28 dalam proses penyelesaian.

Adalah tidak wajar sekiranya Kerajaan Negeri menggunakan alasan penempatan setinggan yang hampir selesai bagi 3 projek yang dipohon untuk tidak meluluskan 12 permohonan Pelan Kebenaran Merancang lain yang tidak melibatkan isu setinggan.

Projek pembangunan yang dicadangkan oleh PERDA dan JKP Sdn Bhd berkonsepkan pembangunan bercampur dan berkepadatan rendah (low density). PERDA dan JKP Sdn Bhd menawarkan rumah jenis teres, rumah berkembar (semi -D), dan rumah sesebuah, yakni "landed properties", selain rumah berkonsep pangsapuri. Jauh lebih rendah dari kepadatan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri pada 83 unit per ekar. Adalah tidak wajar menyamakan julat harga bagi rumah "landed" dengan harga rumah konsep pangsapuri dalam pembangunan berkepadatan tinggi.

Dua projek yang dipohon PERDA, iaitu projek pembangunan bercampur di Tok Alang dan di Ara Kuda dalam Daerah Seberang Perai dan satu projek oleh JKP Sdn Bhd di Jalan Permatang Pauh, Seberang Perai Tengah menepati siling harga rumah Mampu Milik yang ditetapkan Kerajaan Negeri dan tidak terlibat dengan penempatan semula setinggan juga tidak diluluskan oleh kerajaan negeri sehingga kini.

Turut menghairankan saya ialah kenapa salinan surat YAB Ketua Menteri Pulau Pinang kepada YAB Timbalan Menteri untuk menjelaskan isu permohonan Pelan Kebenaran Merancang oleh PERDA dan JKP Sdn Bhd dialamatkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB); dua agensi yang terlibat dalam sektor industri bekalan air dan tidak terlibat dalam sektor perumahan negara.
* Salinan surat Ketua Menteri (tidak bertanda tangan) kepada YAB Timbalan Perdana Menteri dilampirkan.

Saya telah memohon kepada YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Pengerusi Jawantankuasa Pembangunan Negeri untuk mengadakan perjumpaan dengan beliau tetapi sehingga kini masih belum dapat berjumpa dengan beliau.

Adalah diharapkan YAB Ketua Menteri tidak berdolak dalik dan memberi alasan harga tinggi dan isu penempatan semula setinggan untuk sengaja melengah-lengahkan permohonan Pelan Kebenaran Merancang yang dipohon oleh PERDA dan JKP Sdn. Ketua Menteri seharusnya mengenepikan motif politik tersirat dan meletakkan kepentingan rakyat Pulau Pinang sebagai keutamaan dalam segala urusan.

Terima kasih.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, October 28, 2014

KY JELLY DAN LIWAT #justice4saiful

KY Jelly jadi topik utama pembelaan Anwar hari ini di Mahkamah Persekutuan. .. Peguam Anwar, Gopal Sri Ram berhujah jikalau KY Jelly digunakan, kenapa Saiful masih mengadu sakit diliwat Anwar...

Komen aku: Macamana nak buktikan kalau pakai KY tak sakit sekiranya diliwat?

Kami tak nak dengar pasai ky jelly sakit ke tidak, buktikan anwar tidak meliwat saiful. Kalau itulah hujah peguam, aku nak kata adakah anda setuju bahawa anwar meliwat saiful menggunakan ky jelly untuk kurang kesakitan.....?????


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

HAKIM LENA

Hakim sedang lena, anak cina belajar sampai dapat bantuan dari yayasan negeri terengganu. Anak melayu masih dok mengharap duit demo RM300. Mmg tak cukup lahh belanja kalau buat demo setahun sekali sahaja,,,

Lepas nie anak melayu kena membuat tuntutan kepada PKR supaya buat demo lagi, kalau boleh sebulan 10 kali, baru lah anak anak melayu ini boleh berjaya,


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, October 11, 2014

BAJET 2015 DAN UCAPAN BAJET 2015

Satu penerangan yang amat jelas sila baca sampai habis.
ADOI, BAJET 2015!
Dalam keghairahan berdiskusi soal Bajet 2015, elok fahami beberapa perkara sebelum membuat apa-apa ulasan:
1. "Bajet 2015" dan "Ucapan Bajet 2015" adalah dua perkara yang berbeza. "Bajet 2015" adalah senarai penuh cadangan peruntukan / perbelanjaan kerajaan. Senarai penuh ini diedarkan kepada semua Ahli Parlimen untuk diperhalusi dan dipertimbangkan. Sementara "Ucapan Bajet 2015" yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri / YB Menteri Kewangan di Parlimen semalam ialah satu penyataan rasmi bagi membentangkan "Bajet 2015" kepada Parlimen. Ada orang tanya: Kalau begitu, kenapa YAB Perdana Menteri tak sebutkan kesemua sekali yang ada dalam buku Bajet 2015? Adoi, kalau bentang kesemuanya, kena buat ucapan sepurnamalah jawabnya. Semalam pun, sudah lebih dua jam!
2. Apa yang YAB Perdana Menteri lakukan semalam ialah "mencadangkan Bajet 2015." Maka, sebab itulah di akhir ucapannya beliau berkata, "Tuan Yang Dipertua, saya mohon mencadangkan." Selepas dicadangkan, YAB Timbalan Perdana Menteri bangun dan berkata, "Tuan Yang Dipertua, saya menyokong." Selepas ada cadangan dan sokongan, barulah Ahli-ahli Parlimen akan membahaskan bajet itu sebelum meluluskan atau menolak. Ada orang tanya: Bolehkah Ahli Parlimen menolak keseluruhan bajet tersebut? Adoi, hawat tak boleh pulak? Tapi, kalau bajet yang baik, eloklah pembangkang sokong sama, itu baru politik muafakat!
3. Bukan semua perkara dalam "Bajet 2015" disebutkan dalam "Ucapan Bajet 2015." Ucapan YAB Perdana Menteri semalam ialah meng"highlight" beberapa perkara bagi meyakinkan Ahli-ahli Parlimen (dan sekaligus rakyat) bahawa bajet ini adalah baik dan wajar mendapat kelulusan. Untuk mengetahui senarai penuh, sila rujuk kepada dokumen yang telah diedarkan kepada Ahli-ahli Parlimen. Ada orang tanya: Kenapa tak edarkan senarai penuh kepada semua 30 juta rakyat. Adoi, kita lantik mereka jadi "wakil rakyat," maka kita beri kuasa kepada mereka untuk membuat keputusan bagi pihak kita. Sebagai itulah kita panggil Ahli Parlimen tu, "wakil rakyat!"
4. Bukan semua perkara yang disebutkan oleh YAB Perdana Menteri dalam ucapannya itu diberikan peruntukan baru. Contoh, beliau menyebut Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) akan menggunakan "sumber dalaman bernilai RM1.8 bilion" untuk membantu usahawan. Ia bermaksud AIM mempunyai kewangan yang kukuh dan tidak memerlukan peruntukan tambahan pada tahun depan. Ada orang tanya: Kalau sudah tidak perlukan peruntukan baru, buat apa YAB Perdana Menteri sebutkan lagi? Adoi, itu kerana YAB Perdana Menteri nak beri gambaran besar (big picture) kepada inisiatif kerajaan. Nanti apabila tak sebut, hampa kata kerajaan tak buat apa-apa pulak!
5. Oleh kerana Barisan Nasional menguasai Parlimen, maka Bajet 2015 akan diluluskan. Bagaimanapun, berdasarkan maklumbalas dari Ahli-ahli Parlimen dari pihak kerajaan atau pembangkang, kerajaan akan membuat sedikit penyesuaian sekiranya perlu. Kerajaan juga mengambilkira pandangan rakyat, terutama sekali sekiranya ada bantahan yang banyak kepada sesuatu perkara. Ada orang tanya: Pernahkah kerajaan membuat pindaan sebelum ini? Adoi, pernahlah! Sebelum ini kerajaan tarik balik cadangan kenaikan elaun Ahli Parlimen. Tapi, tahun ini oleh kerana Ahli Parlimen dari kedua-dua belah pagar politik sudah lama "ikat perut," maka saya fikir tak ada bantahan besar. Bukan setakat bajet, kerajaan juga pernah tarik balik Akta yang dibentangkan apabila ada bantahan rakyat.
6. Bukan semua perbelanjaan kerajaan datangnya dari Bajet 2015. Selain bajet yang dibentangkan itu, kerajaan juga membelanjakan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia (RMK) ke 10 dan pada tahun depan akan bermula RMK 11. Perbelanjaan di bawah RMK, diuruskan oleh Unit Perancang Ekonomi, manakala bajet tahunan, di bawah Kementerian Kewangan. Ada orang tanya: Kenapa perbelanjaan RMK tak dibentangkan di Parlimen. Adoi, bentanglah cek oi. Cuma oleh kerana ia dibentangkan lima tahun sekali, hangpa lupa!

Sumber : facebook NORIZAN SHARIF
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, October 8, 2014

PEJUANG UMNO TASEK GELUGOR MENOLAK SEBARANG PEMBANGUNAN TUDM @NajibRazak @Khairykj @HishammuddinH20 @Zahid_Hamidi

Pagi tadi Pergerakan Pemuda UMNO Tasek Gelugor di pimpin oleh Ketua pemuda Saudara Mohd Nasrol Hisham Abdullah telah membuat satu sidang media menuntut penjelasan dari YAB Perdana Menteri mengenai kedudukan Tanah TUDM.

Keresahan rakyat didalam parlimen Tasek Gelugor telah menjadi satu topik PANAS diperkatakan selama ini.

Komen aku : sejarah umno tasek gelugor hebat. Dulu masa PRU13 ahli umno yang ramai kena pecat mai dari tasek gelugor laaa. PRU14 nanti aku dok agak lagi ramai akan kena pecat. Kita jangan lupa sejarah ahli umno nak bukak cawangan DAP melayu pertama juga mai dari tasek gelugor, aku harap Najib kena bersedia lahhh.... Itu lah rempah rratus politik dalam tasek gelugor.

Jangan besok besok nanti bendera DAP penuh di depan pejabat umno bahagian.. Masa tu seduit pun dah tak guna.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, October 4, 2014

2 MAUT DI LEBUHRAYA ARAH UTARA SELEPAS TEROWONG IPOH

Dua kemalangan berlaku serentak hanya jarak 100 meter sebentar tadi di highway arah utara.

Kepada pemandu2 yang dalam perjalanan pulang ke utara sekarang ini berhati hati ketika memandu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts with Thumbnails