Wednesday, July 30, 2014

DAP SUDAH GOYANG DI SELANGOR

Kenyatan media Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP merangkap Ahli Parlimen Seremban Loke Siew Fook pada 29 Julai 2014 di Kuala Lumpur.

DAP menyeru pimpinan PAS pusat untuk mengambil satu pendirian yang tegas untuk menjauhkan diri dari cadangan Dr Zuhdi dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengembalikan keyakinan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat khasnya DAP di seluruh negara terhadap PAS.

DAP amat terkilan dengan pendedahan mesej Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki dalam "Whatsapp AJK PAS Pusat" yang berbunyi;

"Kalau kita keluar PR kita boleh retain Selangor malah untuk seterusnya. Kita 15 kerusi+TSKI+seorang lagi ADUN PKR+12 UMNO, dah bentuk simple majoriti. UMNO dalam kenyataannya mutakhir ini boleh terima TSKI jadi MB..Lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana suara non-muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini..."

Yang pertamanya, Dr Zuhdi tidak menafikan menulis mesej tersebut tetapi cuba mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa apa yang ditulis oleh beliau adalah "analisis senario" kepada cadangan oleh seorang pemimpin kanan PAS supaya PAS keluar dari PR.

"Analisis" sebegini lebih-lebih lagi dari seorang pemimpin PAS pusat adalah sangat tidak bertanggungjawab dan ada unsur-unsur membelot kepercayaan rakyat. Walaupun cadangan untuk kekal atau keluar dari PR adalah hak pimpinan PAS, namun cadangan untuk bergabung dengan UMNO dan membentuk kerajaan negeri Selangor adalah satu pengkhianatan bukan sahaja kepada PKR dan DAP, tetapi juga kepada rakyat Selangor khasnya kaum Cina yang telah memberikan mandat yang jelas kepada Pakatan Rakyat dalam PRU13.

Mana-mana pemimpin yang berfikiran sebegitu dan melontarkan cadangan tersebut perlu dikutuk dan dihina dengan sekeras-kerasnya. Saya ingin mengingatkan Dr Zuhdi dan mana-mana pimpinan PAS supaya memahami analisa politik bahawa kemenangan kerusi-ker
usi yang dimenangi PAS di Selangor adalah melalui sokongan kuat kaum Cina yg menyokong DAP. Pimpinan PAS tak perlu berlagak sombong atau bongkak kerana DAP memainkan peranan besar dalam PRU13 yang lepas. Kalau mengharapkan sokongan kaum Melayu semata amat mustahil untuk PAS menang 15 kerusi DUN di Selangor!

Yang keduanya dan lebih mendukacitakan ialah seorang Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS yang sepatutnya diamanahkan sebagai "think tank" kepada PAS boleh "mengimaginasi" untuk "menjentik DAP, gereja dan non Muslim" apabila ada pandangan yang berbeza. Ke mana perginya sifat keterbukaan dan toleransi slogan "PAS for ALL"?

Saya juga tidak pernah ada imaginasi bahawa seorang pemimpin PAS boleh "mengimaginasi" seperti UMNO untuk mengembalikan kuasa politik Melayu Islam melalui persempadanan semula kawasan pilihanraya. Bukankah cadangan seperti ini seolah-olah bersekongkol dengan SPR dan tiada beza dengan agenda dari PERKASA?

Cadangan dan pemikiran Dr Zuhdi ini amat mencemarkan imej positif PAS yang selama ini dilihat sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan keadilan dan kuat berpegang kepada prinsip. Saya yakin majoriti pemimpin PAS Pusat bersama DAP dan amat tidak bersetuju dengan cadangan dan pandangan Dr Zuhdi.

DAP menyeru pimpinan PAS pusat supaya mengambil satu pendirian yang tegas untuk menjauhkan diri daripada cadangan Dr Zuhdi dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya untuk mengembalikan keyakinan pengundi-pengundi dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di seluruh negara terhadap PAS. PAS juga perlu memecat Dr. Zuhdi bagi menghormati dasar kerjasama dengan DAP. Ingatlah bahawa DAP tidak memerlukan PAS sebaliknya PAS yang memerlukan DAP untuk mendapat undi kaum bukan Melayu.

Setiausaha Agung Organisasi
DAP Kebangsaan
LOKE SIEW FOOK

Aku komen: apa kata pempinan PAS ????. Mana dia kenyataan balas membuktikan PAS tetap utuh di belakang MB Selangor Tan sri Khalid Ibrahim. Kasi gegar sikit dap di selangor.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, July 18, 2014

LOKASI #MH17 DITEMBAK JATUH OLEH PENGGANAS

Ukraine mendakwa Pesawat MH17 telah di tembak jatuh oleh pengganas militan pro russia di timur ukraine,
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

GAMBAR YANG DI RAKAM OLEH SAKSI PESAWAT #MH17 BERKECAI DI TEMBAK JATUH.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, July 2, 2014

PROGRAM TEMURAPAT PEMIMPIN DI PULAU PINANG GUNA DUIT RAKYAT ????? @cmlimguaneng @Khalid_Ibrahim @AzminAli @afifbahardin @jaharahamid @dzainalabidin




di bawah kuasa yang ada, tahun lepas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang a.k.a TImbalan Ketua Menteri BANNER Pulau pinang telah menluluskan pembelanjaan RM 18.390.00 wang kerajaan negeri untuk satu program di namakan TEMURAPAT PEMIMPIN di sebuah hotel di batu feringgi. persoalannya adakah perkara ini BENAR ????? .





pemimpin pemimpin PKR harus menjawab??? kerana di faham kan ramai pemimpin peringkat tertinggi dalam Parti KEADILAN Rakyat telah hadir dalam program tersebut.

adakah menggunakan wang kerajaan negeri atau wang rakyat untuk kegunaan parti betul dari segi prinsip parti yang selama ini di laungkan DEMI RAKYAT. memperjuangkan untuk rakyat atau memperjuangkan demi pemimpin paling haprak dalam parti.


patut lah depa kalut sangat nak singkir MB Selangor, supaya depa senang nak guna duit kerajaan negeri selangor. Di pulau pinang depa dah senang nak buat apa apa pun. hanya perlu guna Timbalan Ketua Menteri sebagai boneka.






- Posted using BlogPress from my iPad
Related Posts with Thumbnails