Friday, January 31, 2014

RUKUN NEGARA BUKAN CIPTAAN UMNO, KENAPA NAK KAITKAN DGN UMNO ?????

Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia yang telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13 iaitu selepas setahun berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia.

Teks Perisytiharan

Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak :

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya
Memelihara cara hidup demokratik
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama
Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden
Teks Ikrar

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Ini lah yang dikata REFORMASI semuanya depa nak tukar, sejak merdeka tidak ada mana mana pihak yang nak pertikaikan soal rukun negara, sekarang kerana politik membenci kerajaan, rukunnegara pun depa kata umno yg buat.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, January 29, 2014

ANWAR BERDOSA KALAU TIDAK BERBOHONG..!!!

Anwar 18.8.12: I will retire if PR loses the election and become a professor.

Anwar 7.5.13: I am not retiring. We only lost because of the Bangalas and blackouts.

Anwar 20.11.13: I never said there were Bangalas. Tu semua fitnah jahat UMNO!

Anwar 27.1.14: I will NOT contest in the Kajang by-election.

Anwar 28.1.14: I hereby declare my candidacy for the Kajang by-election. 

Anwar 28.1.14: Khalid will stay as MB. I will not take over.

Anwar xx.2.14: Screw Khalid. I am the best MB for the state. RM2 billion will be 'spent wisely'.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

REEZAL MERICAN: REFORMASI ANWAR IBRAHIM DALAM LONGKANG @NajibRazak @MuhyiddinYassin @Khairykj @dzainalabidin @tunfaisal


Kenyataan saya mengenai perletakan jawatan ADUN Kajang 


Pertamanya, saya ingin mengucapkan 'takziah' kepada mantan ADUN Kajang, kerana terpaksa membuat keputusan yang sukar, semata-mata mahu memberikan peluang kepada seorang individu dari 'luar Selangor' untuk bertanding di kawasan tersebut.

2. Dalam pengumuman keputusan sebentar tadi, beberapa kali Anwar mengatakan bahawa ini adalah usaha melonjak 'khidmat cemerlang' PKR Selangor selama ini. Kepada saya, ayat tersebut hanya bermakna bahawa ini adalah usaha 'melonjak' ego politik Anwar semata-mata.

3. Ahli PKR, rakyat Selangor, pengundi di DUN Kajang sepatutnya membuka mata bahawa ini adalah permainan politik penting diri dan tidak hemah dalam menilai kepercayaan rakyat.

4. Pada pandangan peribadi saya, Barisan Nasional (BN) wajar membuat kajian yang lebih teliti samada mahu terlibat di dalam PRK yang bukan sahaja mempunyai nilai moraliti yang rendah, malahan hanya menjadi alat pemuas berahi kepada seorang yang sangat kemaruk dengan kuasa. Anwar sudah menjadikan rakyat sebagai ‘komoditi politik’ untuk menyelesai masalah dalaman.

5. Secara psikologi, ia akan membuktikan kepada pengundi di Selangor bahawa mereka sudah memilih seorang ‘raksasa politik’ yang haloba dan hanya melihat kedudukan peribadinya sendiri. Berkemungkinan juga, kemenangan Anwar, walaupun secara percuma, bakal merosakkan imej PKR, DAP dan PAS di dalam jangkamasa panjang.


6. Kita tidak seharusnya terikut-ikut dengan kegilaan dan kemaruk kuasa Anwar ini. Apa yang berlaku ini sekadar menunjukkan kepada rakyat, ‘siapa Anwar’ yang sebenarnya. PKR wajar membuang sama sekali perkataan ‘reformasi’ daripada kamus parti tersebut, kerana Anwar baru sahaja melempar ‘reformasi’ ke dalam longkang yang kotor dan hanyir.

Tuesday, January 28, 2014

SECRETARIAT BERSIH 2.0:PKR BETRAY THE PEOPLES MANDATE.

Bersih 2.0: Elected representatives should not betray the people's mandate

BERSIH 2.0 finds it wholly unacceptable that a State Assemblyperson has resigned "to benefit" his political party.

Kajang ADUN Lee Chin Cheh's resignation is nothing short of a betrayal of trust, given that less than eight months ago, the people of Kajang voted him in on the premise that he would remain the state assemblyperson for the next five years. The reason for Lee's resignation on 27 Jan 2014, reported in the media as to "benefit PKR as a whole", reflects poor judgement on the part of the candidate as well as the party he belongs to. It is shocking that PKR consented to Lee's resignation and is fielding its de facto leader Dato' Seri Anwar Ibrahim in the by-election. This reeks of dirty politics and should be condemned.

It must be reminded that the first and foremost duty of an elected representative is towards the people in his/her constituency and not to his/her political party. Thus, the only acceptable reason for elected representatives to resign is when he/she is not able to carry out the mandate given to him/her - i.e. to serve the people. Lee's reason for stepping down does not put the people's interest at the forefront.

There is little difference between the actions of Lee and the actions of former DAP Assemblyperson Hee Yit Foong in the 2009 Perak Constitutional Crisis. Both actions are equally deplorable. It is disappointing that PKR, one of the victims of the 2009 Perak Constitutional Crisis, is the key player in this sorry saga.

BERSIH 2.0 is appalled that a by-election would have to be called and public funds would be unnecessarily wasted because of the whims and fancies of a few. No amount of political spinning will hide the fact that on 27.1.2014, the interest of the Kajang people took a backseat.This is a regressive step for democracy because it supports the mistaken notion in Malaysia that elections are about political parties and politicians rather than about the people.

BERSIH 2.0 would like to remind all politicians and their parties that the people's trust should not be up for manipulation. The mandate given to an elected representative by the people is something that should not taken for granted. It is disappointing that in the midst of this political merry-go-round, the people's interest, like many times before, is forgotten.

Salam BERSIH!

Issued by:

The Steering Committee of BERSIH 2.0 which comprises:

Maria Chin Abdullah, Dr Farouk Musa, Masjaliza Hamzah, New Sin Yew and Farhana Halim.
--
BERSIH 2.0 Secretariat
Tel. No : 03-7772 3275 / 019-4380428
Fax No : 03-7784 4978
Email: media@bersih.org
Web: http://www.bersih.org
FB: https://www.facebook.com/BERSIH2.0OFFICIAL
Twitter: http://www.twitter.com/bersih2
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, January 27, 2014

AKU YANG DULU BUKANNYA SEKARANG.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, January 26, 2014

TAHNIAH MIC PERMATANG PAUH..@NajibRazak @MuhyiddinYassin @Khairykj @PKamalanathan @dzainalabidin @aidiroslan @Zahid_Hamidi @ahmadmaslan #BR1M3.0



















aku kena bagi kredit kepada usaha MIC Permatang Pauh membuka kaunter pusat khidmat khas untuk pendaftaran dan kemaskini BR1M yang akan berakhir pada 31.jan 2014. bertempat di bilik gerakan BN jalan tuna.

umno marah bila tengok ada adun pkr membuat pendaftaran dan kemaskini BR1M lalu terus meletakkan kesalahan kepada najib sebagai presiden umno. Najib bodoh lah, siapa lah nasihat najib BR1M terus ke akaun penerima, umno tak dapat kredit. 191 umno bahagian seluruh malaysia berapa bahagian yang terfikir nak buat seperti MIC Permatang Pauh ini.

sampai bila orang umno nak cari pasai sesama sendiri, menuding jari sana sini tapi tak sedar 3 jari lagi mencucuk mata sendiri. kesimpulannya senang sebab umno masih tidur. umno akan nampak agresif bila nak dekat pilihanraya. tak percaya hangpa tengok lah bila nak dekat pilihanraya orang umno, ketua bahagian, adun dan bakal calun lah yang akan kedepan. tak percaya kalau tolong simpan cerita ini.

aku sebagai ahli umno telah lama menyuarakan cadangan ini kepada kawan kawan supaya buat pusat khidmat BR1M di peringkat cawangan atau bahagian guna peluang yang ada ini tetapi cadangan ini di ambil sambil lewa. mungkin pada mereka ianya tak penting sebab piliharaya lambat lagi.


pengerusi MIC bahagian permatang pauh En M. Suresh bersama 20 sukarela membantu pagi tadi dari jam 8pagi hingga 1 tengahari. daftar baru BR1M 200 orang dan kemaskini BR1M 300 Orang . tahniahh MIC permatang pauh.

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Lengkok Tuna,Bandar Seberang Jaya,Malaysia

Thursday, January 23, 2014

FUNGSI RAJA DAN YDP AGONG.



Sebagai Ketua Agama Islam

Raja adalah Ketua Agama Islam dalam Negerinya setakat yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Negerinya.48 Bagi Negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, iaitu Sarawak, Sabah, Pulau Pinang, Melaka dan juga Wilayah Persekutuan, maka Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam.49 Ini termasuklah negeri di mana Yang di-Pertuan Agong itu datang.50 Fungsi keagamaan kepada Yang di-Pertuan Agong telah dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia melalui Akta Malaysia, 1963. Kemudiannya seksyen 11, Akta (Pindaan) Perlembagaan (No. 2) 1973 telah memasukkan fungsi Ketua Agama Islam kepada Yang di-Pertuan Agong bagi Wilayah Persekutuan. Dan seterusnya, seksyen 3 Akta (Pindaan) Perlembagaan 1976 telah memasukkan fungsi ini kepada Yang di-Pertuan Agong bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak.

Di antara kuasa-kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam hal ehwal agama Islam termasuklah kuasa mengampun dan menangguh hukuman-hukuman atau meremit, menggantung atau mengurangkan hukuman-hukuman yang dijatuhkan oleh mana-mana Mahkamah yang mengawal hal ehwal agama Islam di Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan.51

Sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera

Yang di-Pertuan Agong ialah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan.52 Dalam menjalankan fungsi ini, satu Majlis Angkatan Tentera yang ditubuhkan di bawah Perkara 137(1) Perlembagaan Persekutuan akan bertanggungjawab di bawah kuasa am Yang di-Pertuan Agong atas perintahan, tatatertib dan pentadbiran angkatan tentera dan segala perkara lain mengenainya.

Dalam Mempersetujui Rang Undang-Undang

Mengikut peruntukan Perkara-perkara 66(1) dan 68 Perlembagaan Persekutuan, sesuatu rang undang-undang, kecuali rang undang-undang kewangan, hendaklah mendapat Perkenan di-Raja sebelum ia boleh menjadi undang-undang.53

Memberi Ucapan di Parlimen

Yang di-Pertua Agong boleh memberi ucapan dalam mana-mana Majlis Parlimen atau dalam kedua-dua Majlis Parlimen itu serentak. Perkara ini diperuntukkan di dalam Perkara 60 Perlembagaan Persekutuan. Begitu juga Raja-raja boleh memberi ucapan di Dewan Undangan Negeri di negeri-negeri masing-masing.

Hadir dan Memberi Ucapan Dalam Upacara-upacara Rasmi Negara atau Negeri

Yang di-Pertuan Agong biasanya hadir dalam upacara-upacara penting negara seperti pada Hari Kemerdekaan, Maulidur Rasul dan lain-lain. Begitu juga Raja-raja di Negeri-negeri akan hadir dan memberi ucapan-ucapan di hari-hari penting di negeri baginda. Begitu juga dalam menerima tetamu penting Negara asing dan melawat Negara asing atau menerima pembesar-pembesar negeri-negeri lain. Fungsi-fungsi ini walau bagaimanapun adalah merupakan fungsi rasmi pentadbiran sahaja dan tidak terikat dengan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis. Ianya lebih merupakan lambang martabat, darjat, penghormatan dan kebesaran Yang di-Pertuan Agong atau Raja-raja itu sendiri.54

Sebagai Pelindung

Tugas memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain adalah di tangan Yang di-Pertuan Agong.55 Begitu juga adalah menjadi tugas Raja-raja di sesuatu negeri untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu di negerinya.

“Peruntukan-peruntukan ini tidak boleh dipersoal dan adalah perlu untuk membantu yang kurang maju dan bernasib baik dari segi keadaan-keadaan yang ujud dalam negara pada waktu kemerdekaan” – Hakim Besar Lee Hun Hoe, dalam kes Fan Yew Teng lwn Pendakwaraya.56

Taraf perlindungan Raja ke atas orang Melayu dan yang berkaitan dengannya seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan adalah begitu ketat sekali sehinggakan pindaan57 kepada Perkara 153 itu tidak boleh diluluskan oleh Parlimen dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja.58 Hatta jika pihak kerajaan bercadang membuat apa-apa perubahan tentang dasar mengenai tindakan pentadbiran di bawah Perkara 153 sekalipun Majlis Raja-raja hendaklah diminta fikirannya mengenai hal itu.59

48 Perkara 3(2) Perlembagaan.

49 Perkara 3(3)(5) Perlembagaan.

50 Perkara-perkara 3(3) dan 34(1) Perlembagaan.

51 Perkara 42(10) Perlembagaan.

52 Perkara 41 Perlembagaan.

53 Walaupun begitu, tertakluk kepada Perkara 66(4B), ia tetap menjadi undang-undang walaupun tanpa perkenan jika mematuhi Perkara 66(4) atau 66(4A). Lihat juga perbincangan sebelum ini mengenai hal ini.

54 Begitulah juga dalam pemberian darjah atau pingat kebesaran, penaung dan seumpamanya.

55 Perkara 153(1) Perlembagaan Persekutuan.

56 (1975) 2 M.L.J. 235, 238.

57 Perkara 159(6) Perlembagaan Persekutuan mentafsirkan, “pindaan”, sebagai termasuklah tambahan dan pemansuhan.

58 Perkara 159(5) Perlembagaan Persekutuan.

59 Perkara 36(5) Perlembagaan Persekutuan.

Di atas adalah cabutan daripada, Abdul Aziz Hussin. 1992. Institusi Raja. Kota Baharu: Dian Darulnaim Sdn. Bhd., hlm. 62-65.

sebagai seorang bekas pakar perlembagaan aziz bari macamana boleh kata kuasa raja dan agong ikut negeri pulak..
- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, January 19, 2014

BANTAHAN LAGI: ORANG MELAYU SERANG ALMA DLM KAWASAN DUN PKR MACHANG BUBUK.

Pagi tadi orang melayu pulau pinang membuat himpunan aman di tapak pasar malam alma berdekatan dengan pejabat aduk PKR machang bubuk,

Dato musa sheikh fadzir ketua umno bahagian bukit mertajam menjadi kepala perang hari ini. mencabar adun pkr itu buat lagi sekali penghinaan terhadap PM depan pejabat nya,

Ini adalah siri kedua himpunan aman membantah penghinaan perdana menteri oleh adun pkr machang bubuk.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, January 18, 2014

PHOTO KEBANGKITAN ORANG MELAYU PULAU PINANG













benar kata Perdana Menteri, kalau umno nak buat demo, bukan ratus bukan ribu tapi ratusan ribu akan turun. UMNO Pulau Pinang telah buktikan apabila pagi tadi hampir 3 ribu orang hadir dan berarak mengelilingi bandar sunway seberang jaya.

aku rasa kali ini umno pulau pinang berjaya memberi satu impak supaya kerajaan negeri dap pulau pinang jangan bermain api. ini satu titik atau klimaks bahawa rakyat pulau pinang sudah tidak tahan lagi.

jangan kita lupa kepala perang semasa menentang bersih 2 di bukit bintang ialah dato sri reezal merican. sekarang beliau pegang timbalan pengerusi umno negeri pulau pinang. syabas kepada beliau dan rakan rakan.




himpunan aman ini tercetus apabila ADUN PKR Machang Bubuk menghina perdana menteri orang melayu dan islam. emosi yang di tunjukkan oleh orang melayu di terjemahkan dengan himpunan seperti tadi. alhamdulilah orang umno masih beradap tidak menganggu orang ramai dan tidak berlaku kekecohan,

cuba bayangkan kalau 3 ribu orang ini merusuh.

teringat aku pada filem P.Ramlee. ini kepala bapak hang, ini kepala bapak dia, kalau berani pijak lahh... !!! yang kena belasah ialah orang yang bagi idea tu lah. serupa lah juga dengan adun pkr ini, bila membuat provokasi replika perdana menteri dan sumbat kangkung dalam mulut patung najib itu. nasib baik lah dia tak kena belasah.

- Posted using BlogPress from my iPad

LIVE KONGSI EMOSI ORANG MELAYU PULAU PINANG

Himpunan bantah penghinaan pemimpin melayu perdana menteri oleh yb macang bubuk sudah kemuncaknya.

Ramai pemimpin melayu turun bersama rakyat pulau pinang membuat tunjuk perasaan berarak di jalan bandar sunway.
Kelihatan dato seri reezal merican ketua umno bahagian kepala batas, dato shahbudin ketua umno tasek gelugor, sdr cikgu zaidi ketua umno permatang pauh, sdr sheikh hussein ketua umno bahagian bagan, dato musa sheikh fadzir ketua umno bahagian bukit mertajam, dato omar ketua umno bahagian bukit gelugor dan ketua2 pemuda umno bahagian, ketua2 wanita bahagian serta pemimpin NGO melayu.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

LIVE RAKYAT PULAU PINANG MENGAMUK DI PERMATANG PAUH

Sekarang bertempat di bandar sunway keadaan menjadi sesak dengan 2ribu orang berkumpul untuk membuat bantahan kepada yb macang bubuk kerana menghina perdana menteri,

Biar bantahan dan tunjuk perasaan ini mendapat perhatian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, January 15, 2014

TIDAK TAKUT DOSA KAH .... UNGKU AZIZ.








Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid. Gambar daripada sheikhmustafakamal.blogspot.com.
Tokoh akademik, Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan beliau adalah penulis catatan berkaitan 'kangkung' yang tersebar di laman Twitter dan Facebook.

Menyifatkan perbuatan itu sebagai zalim dan satu propaganda bagi memburukkan hubungan baiknya dengan kerajaan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Ungku Aziz berkata, beliau tiada masa untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah itu.

"Itu merupakan satu penipuan yang mana orang lain menggunakan nama dan gambar saya untuk kepentingan tertentu...saya tidak ada (akaun) Twitter, tidak keluarkan apa-apa puisi (catatan) seperti itu.



"Saya tidak tahu siapa dan apa tujuan dia buat macam itu. Ini kerja propaganda bagi burukkan hubungan saya dengan perdana menteri, dan saya boleh katakan ia adalah zalim," katanya.

Catatan yang tersebar di laman dan media sosial itu memetik tulisan yang didakwa milik tokoh akademik itu susulan penjelasan Najib berhubung peningkatan harga barang ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman pada Ahad lalu.

Petikan kontroversi yang berlegar di ruang maya itu berbunyi: "Terbukti rakyat Malaysia tidak mudah dikangkungkan. Siapa kangkung sebenarnya? Pucuknya angkuh memanjat bukit tak sedar akar terendam air parit."

Mengulas lanjut, Ungku Aziz berkata, dakwaan yang mengatakan petikan itu merupakan hasil tulisannya juga boleh dipertikai kerana setelah sekian lama terlibat dalam dunia penulisan, beliau lebih cenderung menulis pantun berbanding puisi.

Ditanya kemungkinan beliau akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang menyalahgunakan identitinya, tokoh akademik itu berkata, beliau tidak berhasrat berbuat demikian.

"Saya tidak berhajat mengambil tindakan lanjut. Saya harap dengan kenyataan ini dapat hentikan penyalahgunaan ini daripada terus berlaku.

"Kepada mereka yang suka membuat propaganda, saya nasihatkan supaya hentikan kerja yang mendatangkan dosa ini," katanya. - Bernama,

komen aku,

fitnah mainan mereka, ini serupa juga dengan kisah seorang wanita cantik memfitnah nasi kandar nasi vanggey di ipoh, pembangkang dia akan cari seorang tokoh untuk di buat bahan, dia tahu itu bukan tokoh ungku aziz yg cakap, tapi dia buat juga, janji berita dan tersebar satu dunia, dia bukan peduli kesannya,,



- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, January 9, 2014

APAKAH POLITIK MENJAMIN KEDUDUKAN KRISTIAN DI MALAYSIA ???? .


Senarai rancangan besar DAP yang diberitahu oleh Mohamed Razali adalah seperti berikut:
1. Kristian Agama Rasmi.
2. Malaysia akan ditukarkan kepada Republik. Guan Eng ada pejabat mewah di Singapura dan setiap minggu berjumpa Lee Kuan Yiew. Kewangan DAP terlalu kuat.
3. YDP Negeri Pulau Pinang akan ditukar kepada Cina.
4. Sistem Raja berperlembagaan akan dibubarkan, Raja adalah berketurunan lanun kata Lim Kit Siang.
5. Isu azan hanya test kesensetifan orang Islam.
6. Pertandinagn tilawah Al Quran akan dihapuskan.
7. NGO Melayu akan dihapuskan. cth PEKIDA & PERKASA.
8. Perkahwinan campur akan digalakkan, Insentif RM 5,000 akan diberikan atas alasan humans right (penghapusan etnik Melayu).
9. Bahasa Inggeris bahasa Rasmi.
10. Mata pelajaran Agama Islam akan dimansuhkan.
11. Chin Peng akan diberi pengampunan dan diberi gelaran Tun.
12. MARA jabatan yang dianggap rasis akan dibubarkan.
13. GLC akan dipegang dan diterajui oleh orang Cina.
14. Di hotel Palma Penang, lagu Negara ku yang baru telah dimainkan. Tiada sebut pun tentang raja.
15. Rejimen Askar Melayu Diraja akan dibubarkan kerana telah banyak bunuh orang cina (komunis) sebelum ini.
16. Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara akan ditukarkan kepada orang Cina.
17. Kakitangan kerajaan berketurunan Melayu akan dikurangkan.
18. KEMAS, BTN dan MKN akan ditutup.
19. Kedutaan Israel akan dibuka.
20. Pengkalan Tentera Israel akan dibuka di Port Dickson.
21. Majlis antara agama akan menggantikan Majlis Agama Islam
22. Wang zakat akan digunakan oleh orang bukan Islam. Percubaan telah dibuat di Perak sewaktu dibawah Nizar MB boneka. Ngeh pernah mintak untuk guna wang zakat tetapi dihalang oleh Mufti.
23. DEB akan dimansuhkan
24. Parti berteraskan agama akan dibubarkan termasuk PAS. Mat Sabu pernah kata "Saya sanggup makan babi dengan Lim Guan Eng dari makan ayam dengan Najib dalam satu majlis tertutup." PAS telah berjaya diliberalkan.
25. Yahudi dan CIA akan bantu menjayakan rancangan DAP.

apa yang dapat aku rumuskan kembali apa yang telah di dedahkan bekas ahli DAP ini ialah. pemimpin DAP bukan saja seorang pemimpin politik tetapi mereka juga adalah pemimpin yang mahu mengembangkan ajaran kristian di dalam malaysia. 

tindak tanduk mereka ini dapat di kesan selepas mereka menang pada PRU13 baru ini. gerakan ini adalah secara berperingkat atau stage by stage. dari isu kalimah Allah hendak di letak dalam kitab bible, puak ini menggunakan politik untuk menyebarkan dan mengembangkan ajaran kristian. apa kah politik menjamin kedudukan kristian ???? . kepada DAP jawapan nya ialah YA. 


belum pun kita sempat berlawak isu kalimah Allah, kita di kejutkan pulak dengan satu isu di bukit mertajam mereka mahukan tulisan jawi di pintu pagar sekolah menengah convent pulak nak di turunkan. 

aku sebagai rakyat malaysia begitu resah dengan keadaan ini. bilamana suara minoriti pulak berdegar degar sana sini, dengan kapasiti hanya 10% sahaja penganut agama kristian boleh mengoncang dunia islam di malaysia ini. mereka pulak semakin berani bersuara sejak tahun 2008 selepas mereka menang PRU12 di beberapa negeri. ANwar Ibrahim bijak dia hanya diam. setakat aku menulis blog ini belum pernah satu ayat pun keluar dari anwar ibrahim, hang memang pandai lah anwar wei..!!! 

Wednesday, January 8, 2014

YB AFIF BAHARDIN MEMBERI SUMBANGAN RM 40 RIBU @afifbahardin






aku nak ucap tahniah kepada adun seberang jaya YB Afif Bahardin kerana memberi sumbangan RM40 ribu dan 3 Khemah kepada Masjid Sembilang Seberang Jaya. 

beliau berucap ketika datang membuat lawatan serta mengerjakan solat jumaat di sana. Ramai pengundi2 di seberang jaya memuji muji YB Afif memang terbaik, jujur dan TIDAK SUKA CAKAP BOHONG.








Monday, January 6, 2014

ULAMAK DR MAZA PENYEBAR FITNAH


nama ustaz maza tercalar dengan pembohongan dia memfitnah kerajaan kononnya Perdana Menteri membeli jet peribadi. kerana gambar itu di muat turunkan dalam facebooknya baru baru ini rakyat mula menjadi benci kepada pemerintah. walhal itu semua bohong.  apa pun alasannya di katakan bukan dia yang muat turunkan facebook dr maza telah di HACK atau ada orang lain yang menggunakan nya. Dr Maza wajib bertanggung jawab. 

rakan di dalam facebook sempat membuat print screen mengenai cerita fitnah ini seperti di bawah. laknat kepada ustaz dr maza kerana berani memfitnah pemimpin negara.   


Related Posts with Thumbnails