Tuesday, October 30, 2012

PAS TAK HAIRAN DENGAN BAS PKR DAN TRAILER DAP...!!!!


parti pembangkang memang hebat, seolah olah mahu memberitahu rakyat mereka sudah bersedia berperang pada PRU13 dalam tempoh terdekat ini. PKR dengan megahnya ada BAS MEWAH dua tingkat, DAP pulak baru sahaja mempamerkan kenderaan perang mereka sebuah trailer di namakan DREAM MACHINE, bagaimana pulak dengan parti PAS??? tak kan lah PAS nak menumpang saja kot..!!!!! 

sebenarnya PARTI PAS juga telah lama ada kenderaan perang mereka sendiri,  PAS umpama seperti cerita tentera kuwait dan iraq. segala kenderaan perang di simpang bawah tanah. mereka akan menggunakan bila tiba pilihanraya saja. 

ini lah kelebihan jentera perang parti pas, mereka lagi hebat. 


arab bukan cakap kosong lah, nah bukti nya...PAS nak hairan sangat kah dengan bas, trailer kawan mereka.  pas dah ada kereta kebal laa... PKR dan DAP jangan sombong sangat n megah. . 



Monday, October 29, 2012

PAS USAH BERANGAN DENGAN HUDUD. DAP UGUT PAS

POLEMIK mengenai hudud dan negara Islam kembali hangat diperkatakan. Isu ini bermula apabila Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi dalam perdebatannya pada 19 Julai lalu dengan Ulama Muda UMNO Fathul Bari Mat Jahaya, mendakwa bahawa Karpal Singh dan DAP sejak bersama Pas sudah berubah sikapnya dan semakin lunak kepada idea perjuangan Pas mengenai hudud dan negara Islam.

Namun kenyataan Nasrudin bagaikan menyergah harimau sedang tidur apabila dengan pantas disanggah Karpal yang juga Pengerusi DAP, menekankan bahawa pendiriannya dan DAP tetap tegas menentang sebarang usaha untuk melaksanakan hudud. Beliau juga turut menegaskan bahawa agenda negara Islam tidak pernah dibincangkan mahupun termaktub dalam terma-terma persepakatan Pakatan Rakyat yang hari ini mempopularkan istilah Negara Berkebajikan.

Hakikatnya umum maklum bahawa DAP sebagai parti sekular amat konsisten sejak dari dulu sehingga kini tidak pernah berkompromi dengan ideologi perjuangan Islam. Malah ketika Pas bersama UMNO dan parti-parti komponen lain dalam Perikatan pada 1973, DAP kekal sendirian memperjuangkan ideologinya yang kekal sehingga ke hari ini.

Persoalannya apakah asas sebenar Pas bersama dengan sebuah parti yang bukan sahaja tegar menentang perjuangan dan prinsip-prinsip kenegaraan Islam bahkan konsisten sejak dulu tidak berkompromi dengan sebarang agenda hudud dan negara Islam sebagaimana yang menjadi teras

Kalau kita menelusuri hujah-hujah pemimpin Pas termasuk jawapan Nasrudin Tantawi dalam sesi perdebatannya dengan Fathul Bari, ternyata Pas sering menggunakan alasan ‘tahaluf siyasi’ sebagai asas kerjasama mereka dengan DAP. Tahaluf siyasi bolehlah difahami dengan maksud kerjasama politik antara orang Islam dengan orang kafir.

Prinsip tahaluf siyasi ini banyak diperdebatkan ulama-ulama silam dalam disiplin ilmu Islam khususnya siyasah syar‘iyyah atau ilmu politik Islam. Ia juga termasuk dalam aspek ijtihadi atau perkara-perkara yang diperselisihkan di kalangan ulama. Hukum asal persepakatan dengan bukan Islam ini dalam perbincangan siyasah syariyyah adalah ‘al-bara’ iaitu berlepas diri daripada perbuatan golongan bukan Islam yang mensyirikkan Allah dan sebarang pencabulan terhadap hak-hak Allah. Malah sesetengah ulama mengharamkannya berasaskan beberapa dalil syarak sebagaimana diungkapkan dalam al-Quran:

Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). (Ali-’Imran: 28) 

ayat ini jugalah yang seringkali dikumandangkan oleh para penceramah Pas satu ketika dalam menghujahkan bahawa UMNO telah jatuh kepada kekufuran lantaran bekerjasama dengan MCA dan MIC dalam membentuk Perikatan dan Barisan Nasional. Namun sejak akhir-akhir ini ayat seperti ini tidak lagi kedengaran dibacakan lantaran mereka sendiri kini membentuk pakatan dengan bukan Islam demi menjatuhkan Barisan Nasional dalam pilihan raya.

Sebab itulah kita harus berhati-hati dalam menghukum sesuatu perkara. Setiap ayat al-Quran yang dibaca tidak boleh sewenang-wenangnya ditafsir dan dijadikan hujah bagi memenuhi selera politik masing-masing. Harus difahami konteks ayat yang dibacakan terutamanya yang melibatkan hukum-hakam. Apatah lagi melibatkan aspek ijtihadi yang berkaitan siasah yang banyak terkait dengan pelbagai prinsip-prinsip fikah seperti mengambil kira kemaslahatan rakyat, kemudaratan, keadilan dan lain-lain.

Berbalik kepada isu kerjasama politik atau kaedah tahaluf siyasi, ulama fikah hakikatnya mempunya pandangan yang berbeza-beza mengenai hukumnya. Ada yang secara tuntas mengharamkannya dan ada pula yang mengharuskannya dengan syarat-syarat yang amat ketat.

Antara yang mengharuskan termasuklah pandangan ulama-ulama daripada Mazhab Hanafi seperti yang mengatakan bahawa tahaluf adalah termasuk dalam urusan pemerintah yang perlu mematuhi beberapa syarat ketat antaranya hukum Islam yang mendominasi, bekerjasama dengan orang kafir yang boleh dipercayai, tidak boleh menjadikan mereka berada di barisan hadapan dan hendaklah dalam persepakatan tersebut umat Islam yang menjadi majoriti.

Jika ditelusuri syarat-syarat yang digariskan dalam prinsip tahaluf siyasi sebagaimana ditetapkan oleh ulama yang mengharuskannya, ternyata kerjasama Pas dan DAP masih boleh dipertikaikan keabsahannya. Manakan tidak, jika syarat dominasi dijadikan kayu ukur, berasaskan komposisi kerusi yang dimenangi Pas dalam Pakatan Rakyat, Pas hanya mempunyai 22 kerusi daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen ketika ini.

DAP adalah parti dominan kerana memiliki 29 kerusi Parlimen dan PKR kedua dengan memenangi 23 kerusi Parlimen. Justeru Pas sebagai parti yang membawa aspirasi Islam bukanlah merupakan parti majoriti. Sebaliknya DAP selaku parti sekular yang jelas dan konsisten menentang hudud dan konsep Negara Islam dari dulu sehingga ke hari ini merupakan parti majoriti yang mempunyai suara dominan dalam kerjasama politik atau tahaluf siyasi Pakatan Rakyat.

Ini berbeza sama sekali dengan UMNO sebagai parti Melayu Islam yang masih menjadi teras persepakatan parti-parti dalam Barisan Nasional. Dalam Pilihan raya Umum ke-12 lalu, UMNO memenangi 78 kerusi dan merupakan parti dominan dan majoriti dalam Barisan Nasional yang memiliki 137 kerusi Parlimen. Parti MCA yang mewakili kaum Cina hanya mempunyai 15 kerusi, manakala MIC yang mewakili India empat kerusi. Lain-lain parti komponen berkongsi

Mungkin berpijak atas hakikat inilah DAP seolah-olah dilihat berjaya melunakkan Pas untuk tidak lagi menyebut mengenai hudud bahkan turut berjaya merubah agenda perjuangan Pas daripada memperjuangkan slogan negara Islam kepada Negara Berkebajikan. Malah Presiden Pas, Hadi sendiri terpaksa menerangkan bahawa Negara Islam tidak pernah disebut dalam al-Quran. Bahkan ketika beliau diberi peluang oleh Allah untuk menjadi Menteri Besar Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004, pernah menyatakan pada 6 Mac 2000 bahawa keutamaan melaksanakan hudud hanyalah 0.0001 peratus atau 1/10,000 sahaja.

Prinsip

Pastinya kenyataan dan sikap Pas yang tampak sudah berubah dan longgar dalam mempertahankan prinsip perjuangannya selama ini membingungkan ramai pihak. Apakah dakwaan pemimpin Pas yang berkali-kali mengatakan kehadiran mereka dalam Pakatan Rakyat berjaya mendakwah pemimpin-pemimpin bukan Islam seperti Karpal Singh, Lim Kit Siang dan lain-lain benar-benar suatu realiti atau omongan kedai kopi?

Ataupun yang kena dakwah sebenarnya adalah Pas sendiri yang kelihatan sudah meleburkan segala idealisme perjuangan mereka yang dilihat begitu keras suatu ketika sehinggakan ramai di kalangan pengikut yang menjadi mangsa ketaksuban hingga sanggup menggadaikan nyawa dan harta demi perjuangan.

Bukan itu sahaja kekerasan memperjuangkan hudud dan konsep negara Islam acuan Pas jugalah yang seringkali menjerumus umat ke dalam kancah kafir-mengkafir yang merungkai pertalian ukhuwah dan meleburkan perpaduan umat Malaysia berpuluh tahun lamanya. Masih terngiang-ngiang di telinga penulis mengingatkan ucapan-ucapan para pencacai Pas membacakan beberapa potongan ayat terpilih al-Quran yang menjadi silibus doktrin politik para ahli dengan menghukum UMNO sebagai kafir atas dakwaan menolak hudud seperti:

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam secara keseluruhannya (dengan mematuhi segala hukum-hukumnya); dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata". “Dan barang siapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir" (Al-Maidah:44).  

UMNO hakikatnya tidak pernah menolak Islam ataupun mana-mana hukum yang ditetapkan syarak sebagaimana tuduhan Pas. Namun dalam konteks pelaksanaanya terutama berhadapan dengan realiti masa kini harus melalui proses beransur-ansur atau istilah syaraknya ‘tadarruj’ yang mengambil kira pelbagai pertimbangan strategik dari segi keperluan, kemampuan dan kesediaan. Ini termasuklah mempersiapkan masyarakat untuk bersedia menerima perubahan sama ada dari segi mental atau psikologinya.

Hal ini juga diperakui kini oleh pimpinan-pimpinan Pas yang mulai menggunakan hujah yang sama dalam mempertahankan sikap dan pendekatan mereka yang tidak lagi mengarus perdanakan slogan negara Islam dan hudud.

Cuma apa yang penulis kesali, masih ada pendukung-pendukung Pas di akar umbi yang masih dikaburi dengan slogan-slogan perjuangan Pas dulu kala sehinggakan masih bersikap keras terhadap UMNO dengan berpegang kepada hujahan yang sama. Malah, Pas kadangkala dilihat tidak berlaku jujur terhadap pendukungnya dengan memberikan pelbagai harapan palsu untuk terus bersekongkol dengan parti yang jelas menentang Islam.

ASYRAF WAJDI DUSUKI 
Ketua Hubungan Kajian, Akademi Kajian Syariah Antarabangsa untuk Kewangan Islam (ISRA)

MASJID PUN DAP NAK BERPOLITIK,,,,,BANGSAT SANGAT DAH KAH ORANG ISLAM DI PULAU PINANG


Kerajaan Negeri DAP - Nak Ambil Alih Pentadbiran Masjid P.Pinang, penulisan blog ini di tujukan khas kepada orang-orang Melayu Islam yang masih menyokong kerajaan negeri DAP atas tiket PAS dan PKR. 

Kerajaan Negeri DAP telah mengeluarkan arahan kepada Yang DiPertua Majlis Agama Islam P.Pinang supaya semua masjid-masjid di dalam Negeri P.Pinang membuat pilihanraya pemilihan jawatan-kuasa Qariah masjid. 

Di sebalik tindakan tersebut terselit motif politik. Kerajaan Negeri DAP mahu meletak wakil-wakil mereka di dalam jawatankuasa tersebut melalui pilihanraya yang akan diadakan di masjid-masjid tersebut. Mereka mahu menggunakan masjid-masjid untuk kepentingan politik mereka dan dengan ini telah mencemarkan institusi masjid-masjid sebagai tempat dan pusat Ibadah. 

Al-Quran - Surah At-Taubah ayat [107] Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata:” Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata “. Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.
Tujuan kerajaan negeri DAP adalah untuk membuat intipan dengan meletak wakil-wakil mereka di dalam masjid-masjid tersebut. Jawatankuasa pemilihan masjid telah beroperasi sejak bertahun lamanya tanpa campur-tangan mana-mana puak-puak politik.

Masjid adalah institusi suci yang mesti dihormati dan tidaklah wajar masjid dijadikan tempat berpolitik. Disebabkan terlampau ghairah berpolitik maka puak PAS dan PKR telah menghalal-kan Kerajaan Negeri DAP untuk mengambil alih pentadbiran masjid-masjid di P.Pinang. Inilah akibat daripada tidak berani bersuara untuk kepentingan bangsa dan agama maka PAS dan PKR telah menyebabkan urusan agama Islam di negeri P.Pinang menjadi bahan politik dan tidak berupaya bersuara walaupun perkara tersebut mencemarkan imej masjid-masjid di P.Pinang.

PAS dan PKR, menang sorak , kampung tergadai. Harap-harap orang-orang Melayu Islam buka mata !

email dari pembaca 

Sunday, October 28, 2012

UMUM CALON AWAL TANDA BN BERUBAH MENGIKUT PILIHAN RAKYAT.

Hasrat Barisan Nasional (BN) untuk mengumumkan senarai awal calon bertanding menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menandakan komponen itu sudah mencapai kata sepakat dalam pemilihan calon. 

Pensyarah Kanan Bahagian Politik, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Mohd Zaini Abu Bakar berkata, perkara sebegini memerlukan kata persetujuan daripada kalangan ahli parti kerana BN mempunyai ramai calon berwibawa dan boleh memberi kemenangan kepada parti itu.

"Bukan mudah untuk mencapai muafakat di kalangan mereka kerana boleh wujud unsur sabotaj daripada kalangan pemimpin sendiri kerana merasakan diri mereka layak untuk bertanding seterusnya memberi kemenangan.

"Senario politik sekarang begitu berbeza. BN sebuah parti yang sudah lama dan banyak pengalaman. Ditambah dengan petunjuk semasa yang boleh menimbulkan keresahan kepada PR," katanya.

Katanya, melalui perkiraan semasa dan petunjuk itu, memberi lebih keyakinan dan kelebihan kepada BN.

"Pilihan Raya Umum 2008 banyak mengajar BN apa yang dikehendaki rakyat sebenarnya. Dengan petunjuk seperti Pilihan Raya Kampus (PRK) baru-baru ini, menguatkan iltizam mereka.

"Walaupun PRK tiada kaitan di peringkat nasional, tetapi ia beri satu respons daripada orang muda yang majoritinya masih berpihak kepada Pro Aspirasi," katanya.

Katanya, tindakan BN ini juga boleh mengurangkan unsur sabotaj bukan sahaja dari kalangan pemimpin, malah rakyat juga dapat mempromosi agenda seterusnya memberi keuntungan kepada BN.

sumber wartawan SH.

sesuai dengan peredaran zaman  Barisan Nasional telah berani berubah dan bersepakat untuk mengumunkan calon pilihanraya lebih awal. banyak kebaikan nya dari keburukan sebenarnya.  calon2 yang telah di umumkan  akan terus membuat kerja untuk kemenangan parti dan ini ada lah strategi persediaan awal untuk menghadapi pilihanraya nanti. 

PRU13: NAJIB JANJI DI TEPATI VS ANWAR IBRAHIM MENUJU KE PUTRAJAYA..!!!!

sebenarnya orang umno, ahli umno dan kawan kawan di parti komponen jangan takut kepada pakatan rakyat dan DAP. sebenarnya parti umno dan bn mempunyai struktur yang paling kuat. itu lah tunjang utamanya. kalau BN tidak kuat mana mungkin malaysia boleh maju seperti sekarang ini. 

Rakyat di bawah sebenarnya tidak bergaduh sehingga bercakaran sesama sendiri, mereka boleh bersembang di kedai kopi, mereka boleh berniaga, hujung minggu boleh membawa keluaga pergi bercuti. pendek kata apa saja yang rakyat malaysia sedang lakukan sekarang adalah atas kemakmuran negara malaysia di bawah pimpinan perdana menteri dato sri mohd najib. ini rakyat kena akui sendiri. ini yang buat penyokong penyokong pembangkang meroyan tidak boleh menerima kenyataan ini.

buktinya ekonomi penyokong2 pas, pkr dan dap juga terbela di bawah pentadbiran kerajaan BN. mereka tidak boleh menafikan ini.  

SIAPA YANG BERGADUH SEKARANG.????Pemimpin atau Rakyat !!! 

Anwar ibrahim yang gila nak jadi perdana menteri telah mengajak rakyat untuk bergaduh dan ini yang dia mahukan. bila melihat rakyat  bergaduh sesama sendiri sebenarnya dia telah membuka jalan pihak lain untuk naik dan memerintah kita. siapa ???  jawab lah sendiri. 

anwar ibrahim peduli sangat kah kepada rakyat?? sebenarnya dia sedang menggunakan rakyat untuk mencapai matlamatnya, tetapi dia lupa pada bangsa nya iaitu melayu akan hancur dan dia lupa satu lagi bangsa sedang menanti bilakah orang melayu hendak bergaduh. 

dari tahun 1998 anwar ibrahim bersama parti ADIL ( Anwar Didalam Isteri Luar) dan penyokong telah beusaha didalam satu OPERATION menjatuhkan kerajaan BN. gabungan nya bersama PAS dan DAP tidak berjaya menjatuhkan kerajaan sebab  kerajaan BN mempunyai struktur yang paling kukuh.

struktur PKR ( Pungkok Kena Roket) tidak kuat sebenarnya dan lemah. walaupun mereka bergabung bersama PAS dan DAP. 3 parti mewakili semua kaum  bersatu untuk jatuh kan hanya satu saja musuh mereka iaitu BN. mereka telah gagal. rakyat wajid tahu dan menilai kenapa??? 

pihak pembangkang mempunyai strategi operation yang hebat bagaimana hendak menterbalik kan kerajaan BN dengan  menyerang  UMNO dari berbagai sudut bagi  meruntuhkan keyakinan rakyat kepada kerajaan dan ini yang sedang mereka buat. 

sebab itu pada PRU12 mereka berjaya menawan beberapa negeri. struktur parti pembangkang kuat kah ?,  parti pembangkang sebenar nya lemah dan tidak boleh mengatur untuk membina sebuah negara yang maju.

apa dia struktur yang kuat :- ekonomi malaysia kukuh, sebab itu baru baru ini dalam laporan world bank  Malaysia berada di kedudukan ke-12, daripada 185 ekonomi yang paling berdaya saing di dunia, dalam Bank Dunia "Doing Business 2013" . Kedudukan negara, mengesahkan enam anak tangga, dari tempat ke-18 tahun lepas, yang mewakili lonjakan terbesar, dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Ini meletakkan Malaysia di hadapan ekonomi utama yang lain seperti Sweden, Taiwan, Jerman, Jepun dan Switzerland,.  pelaburan dari negara2 asing masuk ke malaysia telah menjanakan ekonomi. kita ada sistem pendidikan yang hebat, kita ada sistem perbankkan antara terbaik di dunia. kita mempunyai pentadbiran kerajaan yang teratur.

kerana kejayaan ini lah yang membuat anwar ibrahim sakit hati dan benci sampai ke tulang hitam terhadap  Datuk Sri Mohd Najib sebagai Perdana Menteri. 

sebenarnya ini lah peluang UMNO dan BN untuk turun ke bawah menerangkan kepada rakyat bahawa kerajaan pimpinan perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib dan BN ialah pilihan terbaik untuk memarmurkan kan rakyat. 

walaupun pakatan yakin mereka boleh menuju ke putrajaya, ianya hanya omongan kosong dan sedikit motivasi kepada penyokong2 nya saja,

arab yakin pada PRU13 kita tetap berjaya mempertahankan putrajaya dan terus memerintah kerana telah terbukti bahawa BN PILIHAN RAKYAT.

jangan ada lagi suara suara sumbang cuba mahu mengundi pakatan. bangunan world trade centre di new york menjadi mercu kebangaan rakyat amerika juga boleh runtuh dalam sekelip mata saja, kita juga tidak mahu perkara seperti itu menjadi kepada negara tercinta MALAYSIA.

kalau tangan itu tidak boleh membina, jangan pulak jadi tangan yang merosakkan. 

photo di atas mempunyai banyak cerita yang boleh kita tafsirkan......RAKYAT HARUS PANDAI MEMILIH..!!!  UNDI LAH BN.

Saturday, October 27, 2012

MCA TELAH DI PERBODOHKAN OLEH SUARA MEDIA MEREKA SENDIRI...

Baru-baru ini dalam ucapannya kepada perwakilan di perhimpunan agung tahunan MCA, Chua Soi Lek mendakwa partinya sudah bersiap sedia untuk bertempur dengan DAP. 

Beliau juga mengutuk sikap Guan Eng yang gemar memanggil sidang akhbar serta mengeluarkan kenyataan media. Dr Chua membayangkan Guan Eng lebih sudu dari kuah, iaitu seorang pemimpin yang hanya pandai menyembur air liur. 

Sebenarnya sidang akhbar ketua menteri itu tidak diberi apa-apa liputan oleh Utusan and NST kerana kedua-dua akhbar tersebut telah digam oleh Guan Eng. Ianya jentera MCA sendiri yakni The Star yang menelan semburan air luir Guan Eng and konco-konco evangelistanya.

PEMIMPIN PAS TIDAK BOLEH DIKRITIK, PEMIMPIN PAS BOLEH KRITIK ORANG LAIN...!!!

Orang Melayu diminta tidak terpengaruh dengan fitnah pembangkang kononnya MCA adalah sebuah parti yang anti-Islam dalam usaha mereka memecah-belahkan perpaduan rakyat di negara ini.

Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong (gambar) berkata, MCA hanya mengkritik kepemimpinan Pas yang sering memutar belit keadaan untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada sesuatu isu yang melibatkan parti itu .

"Dakwaan kononnya MCA mengkritik Islam adalah satu pembohongan dan tuduhan serius yang boleh menggugat perpaduan negara ini.

 "Sebenarnya MCA hanya mempersoalkan dakwaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pernah berkata punca kejadian rogol adalah disebabkan ramai wanita yang tidak menutup aurat bukannya mengkritik Islam," katanya ketika melawat beberapa pusat agihan daging korban di Parlimen Labis di sini hari ini.- PENANGONLINE

Friday, October 26, 2012

ABBY ABADI CARI MAKAN TUU..!!!!!


arab sebenarnya tidak mahu membuat apa apa posting lagi mengenai janda meroyan ini, seolah olahnya kita memberi dia publisiti percuma kepada cucuq tepung adabi ini. beberapa siri kenyataan nya di dalam acc twitter nya mengenai agama sungguh menjenkelkan "its so annoying"

kekadang arab terfikir kenapa dia tiba tiba boleh bercakap soal agama, mempertikaikan cara orang islam lain, siapa mengangkat darjat janda cucuq adabi nie sampai ke tahap macam nie. ini kah standard seorang ustazah dari golongan pas.

arab menganggap semua ini hanya lah seperti burung kakak tua...bercakap apabila tuan nya di suruh cakap..tapi di dalam kepala hotak nya kosong. sebab setiap kata katanya berupa duit telah masuk ke dalam poketnya. kalau tak buat macam tu macamana dia nak makan. kesian sungguh laaaa pada janda nie.


ORANG DAH BAGI LEMBU...DI PANGGIL NYA PULAK ORANG TU LEMBU...!!!!!


pembangkang ketawa sampai pecah perut bila melihat banner ini. adakah ini kita nak kata satu kesilapan yang tidak di sengajakan ?????, hanya ketua umno bahagian kangar saja yang tahu jawapan nya.  cukup memalukan bila orang memberi lembu untuk sedekah korban. di panggil nya pulak orang itu lembu. sungguh biadap..!!!

EDISI KHAS : SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA KAWAN KAWAN


Seiring cahaya rahmat bulan Dzulhijjah, bila ada langkah membekas lara, ada kata menusuk kalbu, ada tingkah mengoreh luka ,kupinta maafmu sedalam batinku. Selamat Hari Raya Idul Adha 10 Dzulhijjah 1433 H Minal Aidin Wal Faidzin Mohon Maaf zahir dan Batin


HARI INI 26hb October 2012 Jumaat  kita umat islam akan menyambut hari besar iaitu hari raya aidil adha atau hari ibadah korban untuk mengingat kisah Ibrahim yang menyembelih anaknya, dalam rangka mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah. 

Namun, kisah Nabi Ibrahim mahu menyembelih anak sendiri ada sedikit musykil ,  mana mungkin Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang itu menyuruh seorang ayah untuk menyembelih anak kandungnya sendiri, semata-mata untuk menguji kesetiaan hambaNya itu? 

maaf kan arab kalau posting kali ini boleh mengganggu fikiran pembaca blog setia arab. ianya hanya satu entri untuk memberi pendapat. kalau tidak betul dan salah mohon di perjelaskan. 

Dalam kisah Al-Quran Nabi Ibrahim  hanyalah diberi mimpi lalu anaknya nabi Ismail  menafsirkan mimpi ayahnya itu sebagai perintah Tuhan. Sebagai anak yang baik dan soleh, tentu nabi  Ismail menurut,  menurut pemahamannya, mimpi ayahnya itu adalah perintah Tuhan. Ayah nya Nabi Ibrahim  juga menafsirkan mimpi ini sebagai perintah. Ulama-ulama juga berkata bahwa mimpi yang dialami oleh para nabi merupakan wahyu.  

Namun, jika kita baca bukti dari Al-Quran  kita sama sekali tidak menemukan di mana satu ayat sekali pun  dalam quran mengatakan Allah telah memerintah Nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya sendiri, ianya hanyalah di sebut bahawa Ibrahim melihat dalam mimpi, bahwa ia telah menyembelih anaknya, lalu meminta pendapat anaknya tentang hal itu.  

firman Allah dalam surah As-Shaffat ayat 102. 

"Maka tatkala anaknya itu sampai ke peringkat umur yang membolehkan dia berusaha bersama-samanya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku. Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkan apa pendapatmu? Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintah kepadamu; insya-Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar. 

dari bukti ayat  Al-Quran di atas, kita tidak boleh mengambil kesimpulan bahawa Allah telah memerintahkan Ibrahim untuk menyembelih Ismail anaknya. Ayat perintah sembelih anaknya tidak ada dalam al-quran yang ada hanyalah mimpi. arab ulangi kata nabi ibrahim dalam  al -quran  "wahai anak kesayanganku. sesungguhnya aku melihat DALAM MIMPI bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkan apa pendapat mu??"

kenapa Allah tukar kan nabi ismail dengan seekor kibas kalau itu di kata satu perintah , kerana nabi Ibrahim dan Nabi ismail telah percaya bulat bulat dengan mimpi tersebut dan ianya telah hampir atau nyaris menjadi satu kenyataan bahwa penyembelihan nabi ismail pasti akan berlaku, sebab itu lah Allah telah menukarkan nabi ismail dengan seekor kibas atau kambing dan  dagingnya di beri kepada fakir miskin. Hikmahnya jelas: untuk mendekatkan diri kepada Allah (ber-taqarrub, dengan berkorban), kita harus menolong sesama manusia. 

Allah sengaja memberi kan satu mimpi untuk melihat sejauh mana  ketaatan nabi ibrahim dan pergorbanan seorang anak kepada bapaknya dan Allah. 

apa saja yang arab ketengahkan hanyalah sebuah entri untuk kita sama sama memberi pendapat, mungkin apa yang arab nampak. pembaca blog tak nampak. dan kalau yang lain nampak mungkin juga arab tak nampak. mari lah kita sama sama memberi point yang jelas. 

Thursday, October 25, 2012

PEMIMPIN PAS DAN PEMIMPIN KOMUNIS NAK PEGANG JAWATAN SAMPAI MAMPUS..!!!!

SEJARAH tidak boleh menipu, adalah kita masih ingat pembangkang seperti PAS dan parti Keadilan satu masa dulu pernah menuntut Tun Dr. Mahathir Mohamed supaya  meletak jawatan sebagai perdana menteri sekitar tahun  1998,  

desakan itu dilakukan kerana parti keadilan dan pas ketika itu berpendapat adalah wajar Tun perdana menteri ke empat berundur kerana isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan dan UMNO. 

berbagai tohmahan dan caci maki telah di lemparkan kepada perdana menteri ke empat itu. natijahnya pada pilihanraya pada tahun 1999, prestasi calon calon yang bertanding di bawah BN sedikit goyah, demi negara demi rakyat Tun Mahadhir telah berundur pada 31 Oktober 2003 dengan tenang di waktu beliau di kemungcak kegemilangannya. 

perdana menteri ke lima Tun Abdullah Badawi telah mengantikan tun mahadhir dan menghadapi pilihanraya ke 11 pada tahun 2004  BN telah menang besar . 

Kini setelah hampir 10 tahun berlalu era pemerintahan perdana menteri ke empat tun mahadhir . kini gelaran tuan haji abdul hadi awang pulak menawarkan diri untuk berundur dan menyatakan hasrat tidak mahu bertanding pada pilihanraya akan datang atas alasan kerana terlalu lama memegang jawatan sebagai Yang berhormat .

Bagaimanapun, Mursyid Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju. Jika cakap berdasarkan logik dan hakikat yang jelas, Haji Hadi berbanding Nik Aziz dianggap lebih layak untuk berada pada kedudukan sekarang. Haji Hadi tidak terlalu tua seperti Nik Aziz. 

Nik Aziz pula selalu uzur. Kerana terlalu tua dan uzur ini menyebabkan yang memerintah di Kelantan bukan Nik Aziz, tetapi golongan Erdogan atau golongan awnarinas perasit perasit di dalam pas. 

Sebenarnya adalah jelas bahawa alasan terlalu lama memerintah atau menjadi yang berhormat, sudah tua dan sebagainya hanya mahu dituntut seboleh yg mungkin  ke atas musuhnya saja, iaitu UMNO dan BN. Sedangkang Pas sendiri mahu pemimpinannya memerintah sampai mampus.

penyokong dan ahli pas menganggap tok guru nik aziz  sebagai keramat hidup itu berhujah dengan berkata: "Penjawat awam ada had masa untuk bersara tapi pimpinan parti tiada had masa, boleh berkhidmat sampai mati," kata Nik Aziz .  dia berkata begitu kerana dia mahu semua penyokong2 nya faham apa yang di maksudnya itu. ini lah parti pembangkang, kalau pemimpin umno  tak boleh pegang jawatan lama lama. mereka saja yang boleh ,  sesuai lah Tun mahadhir kata, mereka ini umpama malaikat, 

Inikah pemerintahan cara Islam? ini sebenarnya adalah cara pemerintahan komunis.  dalam sejarah pemerintahan komunis pada abad lalu memerintah seumur hidup juga. Malah saki baki pemerintah komunis yang ada pun melakukan perkara yang sama seperti di Korea Selatan, 


Wednesday, October 24, 2012

ASRI: PAS JANGAN BONGKAK SANGAT SOAL AGAMA..!!!

SHAH ALAM: Bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur PAS kerana menganggap pimpinannya begitu arif dalam agama sehingga tidak boleh ditegur sama sekali.

Asri berkata, kalau PAS terus beranggapan bahawa orang agama yang berkuasa politik tidak harus ditegur, negara akan menjadi lebih korup sekiranya pembangkang menawan Putrajaya.

“Saya rasa ini satu masalah dalam PAS, masalah sekarang ini PAS belum menjadi pemerintah, tetapi kalau kita tidak bahas hari ini, kita akan jadi seperti Iran, yang mana pemimpinnya Ayatullah tidak boleh ditegur dan disentuh.

“Kalau kita tidak hati-hati terutamanya parti politik termasuk PAS... kalau mereka naik (menjadi pemerintah) dengan mentaliti orang agama tidak boleh disentuh, ditambah dengan isu pemimpin dan tokoh agama itu ada kuasa pula, kita akan menghadapi negara yang lebih korup,” katanya pada wacana anjuran Sinar Harian.

Asri juga mempersoalkan kesesuaian golongan ulama untuk memegang teraju politik, sesuatu yang diamalkan secara meluas oleh PAS dengan Murshidul Amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar Kelantan lebih dua dekad.

“Yang jadi ulama belum tentu mampu cakap politik. Ulama mungkin dia pandai bab munakahad jadi dia tidak boleh sentuh bab yang dia tidak tahu kerana agama tidak membenarkan menyentuh apa yang kita tidak tahu dan agama tidak membenarkan kita mengikut sesuatu yang kita tiada ilmu mengenainya.

“Jangan kamu ikut benda yang kamu tiada ilmu mengenainya,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mendakwa budaya politik wang masih subur sehingga golongan ulama turut hanyut.

“Kalau kita tidak keluar dari budaya ini, parti pemerintah akan datang akan ikut rentak yang sama. Kerana terbiasa dengan masalah ‘hulur’ ini, apabila pilih pemimpin bukan dengan ketajaman minda dan baik ideanya tetapi soal dia ada duit.

“Tambah beliau, ulama bukan sekadar membaca nas-nas hadis dan lantik tok kadi, tetapi ulama perlu menegakkan keadilan sosial dalam masyarakat,” kata Asri. -antarapos

KERANA WANITA LELAKI JATUH,


perkatan "hebatnya kuasa wanita" ini memang tidak masuk akalkan tapi cuba hangpa  bayangkan kecantikan seorang wanita cantik,comel,jeita,seksi,lawa dan cun. hangpa mesti tertarik dengan wanita tersebut?.

jadi itu lah yang dimaksudkan kuasa seorang wanita.seperti dalam video  kelihatan seorang wanita sedang berjalan di tepi jalan raya dan mungkin wanita itu tersebut mempunyai paras wajah yang menawan dengan skirt pendeknya yang membuatkan sebahagiaan peha wanita ini yang cun lagi gebu  telah membuatkan lelaki yang menunggang motosikal di dalam video itu tertarik dan dengan keindahan yang ada pada wanita tersebut sehingga menyebabkan lelaki miang ini aksiden.fuhh..hebatnya kuasa wanita!..

kita jangan lupa ketua pembangkang pun kalah juga dengan kuasa wanita. 

Tuesday, October 23, 2012

SYSTEM AES: THE UNDERLYING TRUTH

Untitled

There has been a lot of fuss on the newly implemented Automated Enforcement System (AES) over the media since the past few days, with politicians from the Opposition picking up on this issue and turning it into a political circus.

Why are we so hard-pressed on defending traffic offenders? Don’t we use the road every day and realize how annoying and sometimes dangerous these reckless law-breakers are?

Speeding, breaking of red lights, queue jumping, overtaking on double lines as well as those who enter restricted roads during peak hours; these are daily occurrences in our traffic experience.

Why should we be worried or afraid if we are all law-abiding citizens?

Are we simply a nation of reckless drivers when we are voicing our dissatisfaction over a new system that could ensure road safety for all of us?

First of all, the AES has been implemented all over the world especially in developed countries such as France, Germany, Australia, Singapore and the United States. There are 90 countries from around the world that have implemented similar electronic systems, and the results have been more than satisfactory.

Take France for an example, the number of deaths on the road have dropped by 27 per cent within just three years of implementation. In Kuwait, the rate of traffic accidents has reduced by 48 per cent while in Germany, 80 per cent of road users are complying to traffic laws in the designated AES locations.

Since its first phase implementation in our country on Sept 23 this year, the 14 cameras that had been installed at the blackspot locations in Perak, Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya reportedly captured a total of 63,558 traffic offences within the first eight days.

This figure should serve as a reminder for all of us to obey traffic laws, not to concoct some sort of vilified argument that the government and its cronies are robbing us! And guess what, the number of drivers caught for traffic violation fell by more than half in the past week. Road users are now more careful and are complying with traffic laws because they do not want to get caught red-handed on 11MP high resolution cameras that could not only capture still images but video footages as well by the roadsides.

How could this be a bad thing for the people of Malaysia?

We need to be reminded of the purpose and advantages of the system in the first place.

The AES carries a variety of advantages, other than the prime objective of ensuring the safety of all road users. Let us be reminded again that the AES is not a system of hidden cameras where policemen hide in bushes along the highway.

Warning signboards are placed near the designated locations to remind us that we should obey the law. Photographs of vehicles and license plate number of the offenders are reviewed at the AES control centre and will be passed on to JPJ for the issuance of a fine or summons.

Here is the baffling part. The summons issued are real-time evidence based, they help to reduce human interference in the issuance of summons, which is another way of saying we could reduce or eradicate bribery. Isn’t that what Malaysia wants? We condemn corruption and bribery 24/7 and now, all the sudden, we are against a system that could stop it? We are against bribery but it is okay to break traffic laws?

Another great aspect of the AES is that it helps to decrease the number of personnel currently conducting the tasks manually, i.e. the policemen hiding in bushes. They could be remobilized to provide more value-added service such as easing traffic congestion around the city. As much as you hate being secretly monitored while driving, do you think these policemen love to hide in bushes? They have other work too.

The AES increases the effectiveness of traffic enforcement through a system that works around the clock -- in rain or shine. It does not discriminate under any circumstances, as there are no direct personal interaction between traffic offenders and the system, nor does it discriminate between private, commercial or public vehicles.

The AES also aims to increase the POBC (Perception of Being Caught) rate among Malaysian road users thereby reducing the rate of accidents. Normally, the POBC rate among Malaysian road users is 25 percent on regular days and 50 per cent during festive seasons where road safety campaigns such as Ops Sikap are being implemented.

In developed countries where road users are more disciplined and knowledgeable, the POBC rate is between 80-90 per cent. We still have a long way to go, but what we are in the right direction. Let us see what happens when more cameras are installed at all the 817 blackspots all over the country.

Certain people are calling the AES “highway robbery” and some even went further by demanding to change the name to “Saman 1-Malaysia.” Penang Chief Minister cited it as a tool to milk the rakyat for maximum profits rather than to serve as deterrent to traffic offenders.

A business is still a business and these companies need to make money at some point, needn’t they? According to the Transport Ministry, the government did not fork out a single sen for AES and these companies will bear all the cost. If this is true, then they have to obtain loans from financial institutions to purchase the AES cameras and the technology, and like any other business, these concessionaires are anticipating returns from their investment.

Nobody made a fuss when MyeG Berhad charges a small administrative fee to process online applications such as traffic summons and road tax renewal, then how come the public is angry with the government and the two companies when they are working around the same business model?

There shouldn’t be any fuss over AES should we aspire to become a civilized, cultured and matured society. We cross our fingers in optimism that in the longer run, the AES will be effective in reducing fatal road accidents, as proven in many other countries around the world. There are approximately 20 million registered vehicles in the country and the number of traffic accidents and deaths are growing each year. Sure, the issuance of summons does not stop irresponsible drivers from making our roads a living nightmare for all of us, but we should start somewhere, shouldn’t we? -

email from readers.

<<<<<< BACA SINI

KREATIF. GAMBAR PORNO MENJADI SEBUAH POTRET

Sungguh menakjubkan, potret ini dihasilkan dari cantuman gambar yang diambil dari majalah PORNO! Jika pandang dari jauh, memang sebuah potret lukisan tapi jika diamati dengan lebih dekat, ianya hasil cantuman gambar yang diambil dari majalah porno. 

Karya ini dihasilkan oleh Jonathan Yeo yang berasal dari Britain. Ianya disailkan daripada cantuman gambar lucah pada bahagian tertentu terutamanya bahagian kemaluan lelaki dan perempuan serta tetek. 

ianya mula menjadi kontroversi pada 2007 apabila Jonathan Yeo menghasilkan sebuah potret George W. Bush daripada cantuman gambar lucah. Antara potret lain yang dihasilkan sepertibintang golf Tiger Woods, Sarah Palin dan Sean Connery. 

 Berikut antara koleksi potret yang dihasilkan:



sumber : wowberita.com

dok tunggu gambar porno peliwat tegar kalau cantum jadi muka siapa ???? ahakssss!!!! 

Monday, October 22, 2012

MAYA KARIN MENDAKI GUNUNG PULAK....!!!! @maya_karin

tu dia maya karin dah kat nepal rupanya, di fahamkan dari beautifulnara maya karin bersama ayah nya akan mendaki gunung kathmandu untuk mencabar dirinnya untuk ke sana. jaga lah kesihatan dan kecantikan walaupun berada di puncak gunung. inner shine laaa dulu... !!!!  
arab sebagai peminat maya karin mengucapkan semoga berjaya mendaki gunung kathmandu dan selamat balik ke malaysia, jangan lah lama lama kat sana tau, takut nnt orang nepal terpikat pulak kat you...!!!!


Sunday, October 21, 2012

FACEBOOK HINA SULTAN JOHOR LAGI...!!! APA NAK JADI NIE

ini nak salah siapa????, ini lah hasilnya bila di tanam dengan benih yang busuk maka pokok yang tumbuh pun akan menjadi busuk dari dahan. daun sampai ke buahnya.

Kenapa Hanya Orang Melayu Mahu Jatuhkan Raja? Saya rasa sedih dan kesal. Kenapa hanya orang Melayu sahaja yang cuba menjatuhkan Raja? Kenapa bangsa lain takda buang masa membuat benda bodoh dan lebih fokus terhadap untuk berjaya dalam hidup. Saya nak tengok apa akan jadi kepada Melayu kalau negara yang kita sayang ini jadi macam Singapura. Kalau dah susah, jangan sibuk nak mencari Raja. 

Titah DYTM Tunku Mahkota Johor.

Melayu hanya pada nama sahaja tetapi Melayu kini sudah hilang adab serta tatasusila kemelayuan...salah siapa?? ini lah yang pembangkang mahu. mereka lah  yang menghasut rakyat untuk membenci sistem raja. apabila kebencian yang meluap luap timbul di hati mereka, apa saja mereka kata sudah tiada hormat lagi kepada raja supaya senang rakyat nak sokong pembangkang dan seterusnya menjadikan negara ini republic. 

NAJIB KATA NAK MENANG BESAR PADA PRU 13,

Bila perdana menteri nak kan kemenangan besar pada pilihanraya kali ini bermakna dia mahu semua jentera bergerak untuk menang.

Ini yang buat pembangkang tak senang duduk.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua jentera Barisan Nasional (BN) menentukan mereka sudah mempunyai kesiapsiagaan yang tinggi sebelum menuju ke medan peperangan pada Pilihan Rraya Umum ke-13 (PRU13) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Dipetik Bernama,  Najib yang juga Pengerusi BN berkata, sebelum menuju ke medan 'perang', seluruh jentera BN perlu membuat persiapan rapi, termasuk mengkaji pelbagai kemungkinan yang akan berlaku bagi memastikan setiap gerakan dilaksanakan tanpa rasa ragu.

"Kita mesti membuat persiapan dan terus bersiap sedia sehingga tiada lagi perasaan sangsi terhadap keputusan perang itu kelak. Saya menganggap persediaan ini amat penting, perancangan amat penting," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung MCA ke-59 di sini, hari ini.

Dalam menegaskan perkara itu, Najib memetik seorang ahli falsafah Islam bahawa pihak yang mempunyai perancangan yang teliti boleh mengalahkan pihak yang kurang buat kurang perancangan walaupun pihak yang kurang membuat perancangan itu adalah di pihak yang benar.

Mengulas perhimpunan MCA tahun ini, Najib mengakui terdapat perbezaan dan tanda-tanda perubahan pada parti terbesar masyarakat Cina itu yang dilihat lebih bersemangat dan bersedia berhadapan dengan pembangkang pada pilihan raya akan datang.

"MCA kali ini ada kelainan... ada keistimewaannya. Saya melihat bahawa ahli-ahli MCA yang hadir dalam dewan ini begitu bersemangat sekali, seperti kata presiden MCA, MCA sedia untuk berperang.  

"Barangkali kalau kita sudah bersedia untuk berperang, memakai baju yang sama, adalah cerminan hati yang satu... tetapi mesti juga ada hati dan pemikiran yang sama, " katanya.

Kata Najib, agenda penting apabila ke medan perang adalah untuk memastikan kemenangan dan pada pilihan raya umum ke-13 ini, BN mahu mendapatkan kemenangan yang lebih besar.

"Siapa hendak pergi perang, kalah. Siapa yang mahu kalah? Kita mahu menang dan kali ini, kita mahu menang besar, sudahkan anda bersedia? Sentiasa bersedia. Bateri kuat tak?," tanya beliau yang mendapat sorakan padu daripada anggota perwakilan yang hadir.
 
Seramai 1,698 anggota perwakilan menghadiri persidangan kali ini yang berlangsung selama dua hari bermula semalam dengan Persidangan Pergerakan Pemuda dan Wanita.

Sumber: BERNAMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

KEBODOHAN SEORANG PENYOKONG PEMBANGKANG TERSERLAH..!!!

Tu dia apa lah punya bangang komen mamat nie di twitter, ini lah hasil didikan pemimpin2 parti pembangkang menyemai benih benih kebencian kepada angkatan tentera. Apabila benci sampai ke tulang hitam, sudah tiada lagi pertimbangan untuk berbicara.

Thanks kepada bloggers MMI, http://mahamissa.blogspot.com/2012/10/final-piala-malaysia.html?m=1



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, October 19, 2012

POLIS TRAFIK MENARI TENGAH JALAN ??? HEBAT NIE..!!!


kerja polis trafik sememangnya mencabar, ketegangan memuncak ketika mengawal lalulintas di tengah bandaraya. ada seorang anggota polis trafik mengambil inisiatif untuk menghiburkan diri sendiri dan ENJOY dengan tugas. 



SISTEM AES: PEMIMPIN POLITIK JANGAN TUNJUK HERO...!!! @NajibRazak @Khairykj

sejak seminggu ini terlalu banyak kata kata yang membangkang sistem AES, ada yang menyokong dan sebaliknya, dari pemerhatian arab sendiri baik di pihak penyokong BN dan pembangkang semuanya nak bercakap isu kononnya tidak mahu menganiaya pengguna jalanraya.

Kerajaan bukannnya zalim dan kejam. bagaimana ada pihak boleh mengeluarkan angka sistem saman camera AES itu akan mengutip 170juta saman setahun ????  kalau benar lah setahun 170 juta saman darab dengan saman maksimun rm 300, kerajaan boleh mengutip sebanyak RM 510juta setahun. 

kalau kita tengok saja jumlah itu mahu berpinau mata kita di buatnya. Jika orang kampung tengok angka ini pulak nak kira dengan jari tangan dan kaki pun tak cukup punya lah banyak. APA KESANNYA. rakyat akan  mula mengeluh. kerajaan cekik darah rakyat, kerajaan sembelih leher rakyat belum sempat mengucap.

di tambah lagi dengan cerita, dua syarikat yang mengendalikan sistem ini ada lah kroni BN. maka oleh itu pembangkang akan main isu ini bahawa kerajaan sedang membuat untung dan mengkayakan kroni kroni BN.

di dalam ceramah siri jelajah membohongi rakyat baru baru ini di seberang jaya. lim guan eng telah menghasut rakyat dengan isu AES. dia telah mengeluarkan angka jutaan ringgit bagi mengelirukan rakyat  dan bagi arab sendiri kenyataan lim guan eng ini adalah satu yang tidak bertanggungjawab.

kesimpulan arab di sini mudah saja, jangan menipu rakyat, jangan menakutkan rakyat, jangan mengelirukan rakyat. pemimpin pemimpin parti kerajaan dan pembangkang mesti bersikap bertanggungjawab dan bukannya sebaliknya kerana mahu popular di dalam politik, 

arab sendiri pada mulanya tidak setuju, tetapi percaya apa saja yang kerajaan buat mesti ada kebaikan bukan keburukan kepada rakyat. 

sistem AES ini baru saja di perkenalkan, biar lah rakyat tengok keberkesanan nya dulu, pemimpin2 politik jangan cuba nak tunjuk hero,  kalau benar lah apa yang di katakan saman saman yang bakal di kutip boleh mengkayakan dua syarikat kroni BN. rakyat mesti tahu macamana nak mengajar dua syarikat itu. jangan nak salahkan kerajaan. 

di fahamkan kesalahan pemandu yang melanggar undang-undang jalan raya akan di saman maksimun RM300. duit itu akan di bahagi dua pulak antara JPJ dan dua syarikat konsesi yang memegang kontrak tersebut. 
cuba bayangkan kalau semua pemandu di jalan raya cukup berhemah dan mengikut peraturan. tiada saman di keluarkan. bagaimana JPJ nak saman pemandu kalau semua ikut peraturan dan bagaimana dua syarikat konsesi itu nak kaut untung kalau tiada saman di keluarkan.  ini lah yang di katakan pengguna jalan raya yang bijak.  
jesteru itu, maka kemalangan jalanraya boleh di kurangkan, tiada lagi tangisan keluarga menanti mayat di hospital. secara tak langsung kerajaan BN telah berjaya mendidik rakyatnya memandu mengikut peraturan. 

apakah ini salah kerajaan jika perkara ini boleh menjadi kenyataan ????? 

AES yang diguna dengan meluas di negara maju seperti Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat, merupakan sistem di mana kamera dipasang di kawasan yang sering berlaku kemalangan bagi mengesan pemanduan laju, dan di persimpangan lampu isyarat bagi mengesan mereka yang melanggar lampu merah. 

Dianggarkan 3,000 kamera akan dipasang di seluruh negara dengan lokasinya telah dikenalpasti oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan Institiut Keselamatan Jalan Raya Malaysia.

BERHATI HATI LAH DI JALANRAYA,
PANDU CERMAT JIWA SELAMAT.
KENA SAMAN ...LU FIKIR LAH SENDIRI..!!!!!

KLIK SINI APA ITU SISTEM AES

NO 1 -10 HARI: 21 JAM 14 MINIT DI PINTU AJAL

pengalaman dan pengembaraan angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha pada tarikh 10 Oktober 2007 dengan kapal angkasa SOYUZ TMA-11 milik Russian Federal Space Agency telah di angkat menjadi sebuah filem 3D  berjudul No 1-10hari : 21jam 14 minit Di Pintu Ajal dan bakal menemui penonton pada awal tahun 2013 . 

Filem terbitan Northstar Acres milik Imran Ismail dan Vegapec Builders milik abangnya, Sheikh Taufik Shukor ini sememangnya berlainan daripada filem yang ada kerana menampilkan beliau sebagai satu-satunya pelakon tunggal. Baginya, itu sudah memadai untuk menterjemahkan apa yang berlaku agar sampai kepada penonton. 

“Niat saya hasilkan filem ini supaya setiap rakyat Malaysia dapat merasai pengalaman saya dan bangga dengan apa yang berlaku.  paparan filem ini lebih memaparkan kebesaran Allah agar menjadi renungan bersama terutamanya pemandangan bumi ketika berada di angkasa lepas. “Penonton akan rasa seolah-olah mereka sendiri berada di sana.

filem ini telah di arah oleh imran haji ismail  filem ini akan melalui proses penambahbaikan dengan teknik CGI dan 3D sebanyak 30 peratus daripada pengarah Alvis Gan. Antara yang dimasukkan ialah babak meteor berlanggar. Unsur suspens juga dimasukkan menerusi kesan bunyi menarik hasil sentuhan Jon Kenn Michael.

jom kita ramai ramai saksikan filem ini yang bakal mengegarkan panggung pada MARCH 2013

PANAS: USTAZ ADA 11 ISTERI...BIAR BETUL ..!!!!

USTAZ RAZIS KAHWIN DENGAN ISTERI KE BERAPA NIE..
cerita mengenai seorang Ustaz penipu mula tersebar melalui laman laman sosial seperti Facebook dan Twitter. 

Lelaki yang dikenali sebagai Ustaz Razis itu dikatakan telah memperdaya 11 orang wanita Muslimah. Modus operandinya, menjadikan gadis gadis bertudung labuh itu isteri, kemudian meninggalkan mereka terkontang kanting tanpa berita. Malah ada yang ditinggalkan bersama anak anak kecil! 

Kini dikatakan ‘Ustaz Razis’ mempunyai 11 isteri yang dikahwininya secara penipuan. Tolong sebarkan berita ini supaya anak anak dara  tidak terpengaruh dengan lakonan licik 

‘Ustaz Razis’ ini. Memang kalau tengok dalam gambar, Masyaallah sucinya muka! Tapi dia sanggup menggunakan nama agama untuk melakukan kegiatan jahat. 

Bukan setakat menipu gadis gadis Muslimah, dia juga pernah dibongkarkan sebelum ini melakukan penipuan berbentuk wang tunai. Tetapi malangnya, ada diantara mangsa (isteri) tidak mahu memberikan kerjasama untuk mendedahkan kejahatan ‘Ustaz Razis’ atas alasan tidak mahu mendedahkan aib suami. 

Hmm pada kami ni bukan kira nak sebar aib dah. Ini satu jenayah! Dalam Islam memang suruh kita taat suami tapi bukan bermakna perlu bersetongkol dengan kejahatan suami macam ni. Apatah lagi dalam kes ini, ‘Ustaz Razis’ telah banyak memperdaya gadis yang naif dan baik baik. 

Huh, layak ke dipanggil Ustaz??

sumber : TERBAKOR

arab nak komen: baru ada akai semua. bila tanya nak cari calon suami macamana...jawab depa " i nak yg boleh membimbing  dan mendidik  agama. nahhh amik hang,

Thursday, October 18, 2012

KERAJAAN DAP PULAU PINANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

KEPALA BATAS 17 Okt - Kerajaan negeri Pulau Pinang dilihat tidak sensitif dengan permasalahan rakyat dan mereka seolah olah menidakkan konsep amanah yang dipegang. Mengulas laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17 Oktober 2012, Dato Azhar menyatakan bahawa Wang Tabung Amanah Perumahan Bumiputra yang tidak dibelanjakan menggambarkan sikap sebenar Ketua Menteri yang menganiayai golongan bumiputera . 

Sejumlah wang hampir RM 33 juta tidak dibelanjakan hasil dari penghapusan kuota perumahan bumiputra. Beliau menegaskan jumlah wang sebanyak itu boleh membina lebih dari hampir 1000 buah rumah kos rendah untuk bumiputra, katanya. PHI difahamkan, Ketua Menteri Pulau Pinang masih lagi kurang jelas tentang istilah bumiputra. Bumiputra dalam konteks Malaysia bukan hanya Melayu semata mata tetapi suku kaum di Sabah dan Sarawak pun akan mendapat nikmat yang sama walaupun mereka menganut agama kristian. 

ketua Menteri menidakkan hak suku kaum Sabah dan Sarawak yang berada di Pulau Pinang.



sumber : PenangHariIni

Tuesday, October 16, 2012

LIM GUAN ENG TIPU LAGI. KETUA MENTERI BOLEH CAKAP BOHONG KAAAAA!!!!!!


BUKIT MERTAJAM 15 Okt - Kenyataan beberapa pimpinan parti pakatan rakyat tentang kekurangan peruntukan yang di salurkan ke negeri mereka adalah bersifat prejudis dan seolah olah menyorok fakta. Demikian yang dinyatakan oleh Pengerusi Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang ( SPMPP) , Irfan Zaimi Mohd Tahar dalam temual ringkas bersama PHI.

Dalam pertemuan singkat yang diadakan di pejabat beliau, beliau dengan jelas menyatakan bahawa terlalu banyak peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan BN kepada kerajaan Pulau Pinang walaupun negeri tersebut di tadbir oleh Kerajaan DAP.

Dengan memberikan beberapa contoh, PHI melihat senario projek pembangunan di Pulau Pinang sebenarnya banyak dilaksanakan oleh kerajaan BN Pusat dan ada juga peruntukan yang disalurkan kepada kerajaan negeri untuk dilaksanakan.

jom layan video GUAN ENG PENIPU

MENGUNDI MAT SABU IBARAT MENEMPAH BILIK HOTEL 121

Semalam arab sengaja buat google search, kononnya nak mencari bahan bahan lama sejak tahun 1998 untuk arab membuat rujukan.





apa yang terjumpa ialah tajuk berita HARAKAH seperti di atas. seperti biasa memang kita sudah tahu harakah ini memang suka main isu syurga dan neraka sejak dulu lagi. 
ini bukan arab kata, bukan perdana menteri kata dan juga bukan mana mana ahli umno yang kata tetapi lidah rasmi pas yang kata, "MENGUNDI ANWAR IBARAT MENEMPAH PINTU NERAKA" dan tragis nya ialah  puak dan penyokong pas tak kata undi UMNO masuk neraka. tetapi undi anwar ibrahim masuk neraka. 

kenapa jadi sampai begitu,  puak puak pas ini sudah tahu salah laku dan rendahnya moral si anwar ini. mat sabu sendiri mengelarkan anwar ibrahim anwar al juburi. siapa tak kenal mat sabu ketika itu seluruh malaysia dia berceramah kata anwar al juburi. ahad lepas mat sabu berkata di tapak ekspo seberang jaya siri jelajah bohong rakyat, mat sabu sudah tukar skrip. anwar ibrahim bakal perdana menteri malaysia. 

perdana menteri anwar ibrahim  yang mat sabu dan penyokong pas nak angkat ka. sudah lupa kah 15 tahun dulu mat sabu kata apa?????? 

kalau malam itu dia kata hangpa pelaq pasai dok sokong umno.....kali ini di entri arab nak kata hang memang pelag laaa dok sokong peliwat tegar. 

lagi satu yang melucukan arab dan pembaca, cuba tengok tajuk di bawah. " MAT SABU HANYA BERKHALWAT" 

boleh dan di terima ka bilamana mengatakan "HANYA" berkhalwat saja, dalam pada itu pun penyokong2 pas boleh terima lalu mengangkat mat sabu menjadi timbalan presiden pas. memang arab nak kata lah. 'MENGUNDI MAT SABU IBARAT MENEMPAH NO BILIK HOTEL 121"

arab nak komen: mengaku pandai di depan orang yang bodoh sama seperti berceramah di depan orang tuli

Monday, October 15, 2012

BERJUMPA DAN BERKERJASAMA DENGAN SOROS LAIN MAKNANYA !!!!!!




pembangkang memang pandai putar alam. bila kita kata mereka terima dana dari soros, mereka pusing kata pemimpin kita pergi berjumpa soros. jom kita tengok perdedahan ini. KLIK SINI







Saturday, October 13, 2012

INI YANG GUAN ENG TAK SANGGUP TENGOK..50 RIBU VETERAN UMNO AKAN BANTU BN PULAU PINANG

BUKIT MERTAJAM - Veteran Umno Pulau Pinang akan menggerakkan lebih 50,000 anggotanya bagi membantu Barisan Nasional (BN) di negeri ini pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Timbalan Pengerusinya Datuk Ismail Din berkata usaha itu bagi memastikan BN merampas kembali Pulau Pinang daripada pakatan pembangkang yang diterajui Ketua Menteri Lim Guan Eng.

"Veteran Umno adalah seperti duta kecil kepada Umno dan BN kerana kami akan berkempen dari rumah kami sendiri supaya menyokong BN.

"Kami bekerja secara sukarela dan tekad kami hanya untuk membantu BN agar terus memerintah negara," katanya kepada pemberita selepas persidangan tahunan Veteran Umno Bahagian Permatang Pauh di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Hamid dan kira-kira 100 veteran Umno bahagian itu menghadiri persidangan berkenaan.

Ismail berkata anggota Umno tidak perlu bimbang kerana kewujudan anggota veteran adalah untuk membantu parti dan BN dan bukan merebut jawatan dalam parti itu.

"Umno di Pulau Pinang ada lebih 200,000 anggota di 13 bahagian dan kehadiran kami untuk membantu parti pada PRU-13 nanti bukan untuk merebut jawatan," katanya.

Sementara itu, Abdul Jalil berkata pihaknya menyambut baik penubuhan veteran Umno di Permatang Pauh kerana ia dapat membantu jentera parti.

Katanya ini kerana kebanyakan mereka boleh bertugas sepenuh masa berbanding anggota lain yang mempunyai komitmen kerja.

"Sumbangan mereka memang besar kepada parti dan saya percaya kematangan mereka dalam berpolitik dapat membantu Umno terutama di Permatang Pauh," katanya. - Bernama

tahniah kepada veteran umno pematang pauh kerana telah bangkit bersama kami membantu BN negeri  untuk merampas kembali pulau pinang dari kerajaan DAP . 

Thursday, October 11, 2012

PEMBUAT FITNAH SCORPENE ADALAH PEROSAK MINDA RAKYAT...!!!!

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak mengambil tindakan terhadap pihak yang mencipta fitnah berhubung perbicaraan dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002. 

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut menggesa tindakan sewajarnya diambil terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggunakan isu berkenaan dalam ceramah-ceramah dan kenyataan-kenyataan beliau bagi memfitnah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mereka turut meminta agar pertubuhan tidak berdaftar, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang menjadi arkitek kepada fitnah berkenaan diharamkan kerana mengada-adakan isu perbicaraan yang kononnya sedang berlangsung di Perancis.

Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, pihak berkuasa harus bertindak memandangkan isu ini berkait rapat dengan maruah Malaysia dan rakyatnya di mata dunia, terutama dalam kalangan negara maju.

Katanya, pendedahan oleh pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal, Yves Charpenel bahawa perbicaraan yang didakwa sedang berlangsung di negara itu sebenarnya tidak berlaku itu, harus dipuji.

“Pengakuan Charpanel sekali gus menepis fitnah, tanggapan dan persepsi yang cuba diwujudkan Suaram serta parti-parti pembangkang terhadap Perdana Menteri demi matlamat politik sempit mereka semata-mata," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Charpenel menafikan laporan-laporan media yang disebar oleh beberapa portal berita dalam talian Malaysia berhubung perbicaraan berkenaan tentang dakwaan isu kapal selam Scorpene.

Beliau berkata, media di Malaysia harus dapat membezakan antara khabar angin, fakta, siasatan dan perbicaraan.

“Saya sedar tentang semua kekecohan yang dibangkitkan media tertentu di Malaysia berhubung perkara ini tapi apa yang saya boleh kata, ini adalah tidak lebih daripada satu perbicaraan oleh media," katanya.

Jelas Hamidzun, rakyat Malaysia berasa lega dengan kenyataan Charpenel yang membuktikan urusan pembelian peralatan ketenteraan oleh kerajaan adalah telus dan tidak meragukan.

“Kenyataan daripada wakil Perancis ini sangat positif dan akan melonjakkan lagi imej Perdana Menteri sebagai pengamal nilai ketelusan, amanah dan keadilan terhadap segala urusan pentadbiran beliau," ujarnya.

Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip pula yakin kenyataan Charpenel itu akan meresahkan pakatan pembangkang yang kini merasakan mereka tergugat akibat tindakan jahat mereka sendiri dalam meracuni pemikiran rakyat.

Menurut beliau, pembangkang pasti akan mendakwa pula Charpenel merupakan tali barut atau perkakas yang digerakkan BN atau UMNO untuk mengaburi rakyat, seperti pernah mereka lakukan pada isu-isu lain yang tidak memihak kepada mereka.

“Selama ini, Suaram dan pembangkang galak membuat perbicaraan sendiri di dalam portal-portal berita bagi mengelirukan rakyat, namun telah gagal. Mereka pastinya patah hati kerana rancangan mereka untuk memburuk-burukkan Malaysia rosak teruk, yang terdedah hanya keburukan mereka sendiri," kata beliau.

Perkara sama turut ditekankan Presiden Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah, Khairul Anuar Ramli yang menyifatkan pendedahan Charpenel sebagai cerminan kepada sikap buruk pembangkang dan ketuanya, Anwar.

Kementerian Pertahanan digesa mengambil tindakan undang-undang terhadap Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan pemimpin pembangkang yang terlibat memfitnah kerajaan kononnya kini berlangsung perbicaraan di Perancis tentang skandal pembelian kapal selam negara, Scorpene.

Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) berkata, kerajaan perlu mengemukakan saman malu terhadap pihak terbabit memandangkan fitnah serta pengkhianatan itu mencemar nama baik negara di mata komuniti antarabangsa.

Apatah lagi, kata beliau, pendakwaraya terkenal kerajaan Perancis, Yves Charpenel sendiri telah mengesahkan bahawa tiada perbicaraan seumpamanya berlangsung di negara Eropah itu.

"Dengan pembongkaran terbaharu pendakwaraya kanan itu (Charpenel), terbukti rakyat Malaysia telah ditipu dengan tujuan mengaibkan kerajaan serta menimbulkan kebencian terhadap pemimpin. 

utusan malaysia

Wednesday, October 10, 2012

DEWAN MERDEKA PWTC BERGEGAR DENGAN NASHARUDIN MAT ISA

asalnya dari Seminar Dakwah Nasional tetapi bertukar menjadi pentas ceramah oleh Ustaz Nasharudin Mat Isa. beliau telah menggunakan kesempatan ini begitu baik sekali dengan membongkarkan perjalanan parti PAS bersama DAP dan PKR.  

Lokasinya ialah Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).Tidak payah sebut panjang-panjang semua orang tahu itu adalah bangunan dimana terletaknya ibupejabat UMNO. Petang Selasa suasana dingin dalam Dewan Merdeka 'jadi panas' bila bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang juga Ahli Parlimen Bachok,Kelantan naik ke pentas untuk menyampaikan kertaskerjanya pada hari akhir Seminar Dakwah Nasional di situ. 
Perhatian lebih 1,000 peserta yang terdiri dari tokoh-tokoh agama,intelektual dan pemikir serta wartawan yang membuat liputan bertumpu kepadanya. Beliau tidak membaca teks kertas kerjanya yang bertajuk " Dakwah Islamiyah Dalam Mendepani Kemelut Politik Semasa Malaysia' yang sudah diedarkan kepada para peserta sebelum itu. Sebaliknya beliau berucap tanpa teks. 
Ucapannya dengan nada sedarhana tidak panjang.Cuma sekitar 20 minit sahaja.Namun ia boleh kata menjadi ' kemuncak' seminar dua hari anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia ( MUAFAKAT). 
Isunya bukan soal seorang tokoh PAS berada lokasi - PWTC yang menjadi markas UMNO tetapi ledakan Nasharudin tentang perlunya umat Islam negara ini bersatu. Tanpa berselindung - beliau menyuarakan rasa hairan mengapa usaha untuk membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan dua parti terbesar orang Melayu Islam iaitu parti UMNO dan PAS dilihat sebagai 'taboo' atau dalam bahasa mudahnya 'haram'. 
Dari sudut politik Nasharudin dikira sudah langgar tembok menyuarakan semula pendirian dan pandangannya yang kontrovesial ini.                                                                           
Ini kalau kita singkap balik kisah tahun 2009 bilamana Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 'meletop' memintanya meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS dan Ahli Parlimen Bachok jika masih meneruskan hasrat untuk menubuhkan kerajaan perpaduan UMNO-PAS. Menteri Besar Kelantan itu yang diketahui umum menyimpan dendam kesumat terhadap UMNO langsung tidak dapat menerima idea yang diketengahkan oleh tokoh moderate PAS ini. Tok Guru PAS itu sanggup tenggelam timbul dengan DAP sekalipun satu dunia tahu pendirian parti itu terhadap perjuangan asal PAS. 
Meneliti kata-katanya pada seminar itu jelas Nasharudin nampaknya sudah set tidak pandang belakang dan sedia berdepan dengan risiko tindakan partinya. "Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?" kata yang dipercayai merujuk kepada sikap konservatif sesetengah pimpinan atasan  PAS dan golongan Anwarista parti itu yang membuka diri berdakap dengan DAP. 
Beliau mengingatkan kemenangan Islam terletak di tangan umatnya sendiri tanpa bantuan dari bukan Islam. Nasharudin mempersoalkan  dalam sejarah kemenangan umat Islam adakah ia pernah dibantu oleh orang bukan Islam.  "Saya pernah bertanya dua kali kepada seorang pemimpin Islam, adakah dalam sejarah kemenangan umat Islam, pernah dibantu oleh orang bukan Islam? "Beliau menjawab kemenangan Islam dari dulu sampai bila-bila berada di tangan umat Islam sendiri sahaja," katanya. 
Beliau juga bertanya "jika umat Islam negara ini terus berpecah belah, apakah yang bakal terjadi kepada umat untuk lima, 10 atau 15 tahun lagi? Beliau mengingatkan agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata sehinggakan sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua. 
Katanya dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Beliau pergi lebih jauh lagi dengan mempersoalkan sama ada golongan bukan Islam kini berbaik dengan umat Islam "untuk kesenangan bersama dalam langkah percaturan politik singkat semata-mata untuk meraih sokongan di peti undi". "Atau sememangnya benar bukan Islam kini insaf dan mula mengenali Islam yang maha adil dan benar-benar ingin mendokong cita-cita Islam yang diimani oleh majoriti umat Islam dalam konteks mengubah pemerintahan sedia ada ke arah sebuah pemerintahan baru yang bersama-sama mendukung jemaah Islam?," 
Katanya jika benar begitu,takdirnya dalam PRU13 nanti,kumpulan bukan Islam memenangi suara terbanyak dalam parlimen,apakah amalan Islam yang terlaksana dalam pelbagai institusi kini termasuk Mahkamah Syariah,Perbankan Islam,Majlis Agama Islam Negeri-negeri dapat dipertahankan malah diperbaiki atau ia dihapus secara perlahan-lahan. 
"Kita amat bimbang jika berlaku keadaan habis madu sepah dibuang.Amat dukacita jika kita mengambil sikap terlalu kuat mengutamakan ikatan politik daripada menjaga agama dan mempertahankan agama Islam kita sendiri,"katanya.   
Serentak dengan itu Nasharudin secara terbuka di seminar itu menyifatkan tindakannya menghentam Karpal Singh menolak hajat PAS hendak tubuh negara Islam sebagai satu dakwah. Tanpa mempedulikan Pengerusi DAP itu kata hendak saman,beliau dakwa Karpal adalah anti Islam bukan anti-Hudud . Beliau menegaskan Karpal tidak berhak menentang perundangan yang ditetapkan Allah. 
Bekas Timbalan Presiden PAS itu juga menyuarakan sokongannya pada pandangan Timbalan Musyridul Am PAS,Datuk Dr Haron Din yang hentam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana lancar buku seorang tokoh Islam liberal India yang tolak negara Islam di Kuala Lumpur baru-baru ini 
Pada awal ucapannya Nasharudin telah mencuri perhatian para peserta bila mendakwa satu majlis kesyukuran  telah diadakan selepas pilihanraya negeri Sarawak dimana ada doa dibuat agar  Malaysia menjadi negara Kristian. Beliau mengajak umat Islam bersatu untuk berdepan dengan strategi  yang dirancang oleh musuh Allah di negara ini. 
Bercakap kepada wartawan selepas seminar itu Nasharudin berkata beliau tidak bimbang langsung risiko berdepan dengan tindakan dari PAS kerana bersuara begini. "Pendirian saya jelas. Boleh kata semua tau pendirian saya. Saya tak takut nyatakan pendirian saya,"katanya. Baginya soal ahli parti dan sebagainya adalah soal kedua kerana yang utama ialah agama Islam. - AGENDAILY

WANITA CANTIK SELALU CURANG..!!!!

Kaji selidik DUREX baru baru ini telah menyenaraikan WANITA MALAYSIA YANG KETIGA PALING TIDAK SETIA DI DUNIA dengan peratusan 39 peratus . itu adalah hasil kajian pungutan suara atau survey daripada 29,000 wanita di 36 negara termasuk malaysia. wanita di malaysia telah mengaku menipu teman lelaki dan suami mereka. 

wanita Ghana adalah tidak paling setia di dunia dengan peratusan 62 peratus, wanita thailand berada di kedudukan kedua dengan peratusan  59 peratus, wanita russia ke empat 33 peratus, wanita singapura pula tempat kelima 19 peratus

dengan carta no 3 wanita malaysia adalah paling tidak setia di dunia, jesteru itu telah membuat aku bertambah fobia untuk menjalinkan hubungan dengan wanita malaysia, bukan sekali tapi telah dua kali aku terkena. sebab itu lah sekarang aku cuba memilih wanita kelahiran germany pulak...ahaksss jangan marah ...sekadar hiasan saja..!!!!! 

Related Posts with Thumbnails