Wednesday, February 29, 2012

DAP KATA STOP LYNAS...PAS KATA LYNAS OK..!!!!



ahad lepas aku telah pergi ke padang kota lama, ada puak puak DAP berhimpun di sana untuk membantah lynas, kononnya lynas adalah kilang nuklear yang boleh membahayakan rakyat. aku tidak membuat sebarang komen atau sebarang posting akan hal itu. seperti kata orang tua, kalau nak bercakap biar ada isi, kalau dah bodoh mengaku saja lah bodoh, jesteru itu aku percaya  puak dap yang datang berkumpul terjerit jerit " HENTI KAN LYNAS!!! HENTI KAN LYNAS !!! HENTIKAN LYNAS !!!! saja buat ramai di sana sebenarnya tidak tahu apa apa pun mengenai lynas. termasuk lah  lidah biawak ketua menteri paling cilakak itu.



sememangnya telah jelas dan nyata DAP telah meracuni fikiran rakyat pulau pinang dan mengambil kesempatan cuba menjadi HERO untuk selamatkan malaysia. DAP kata stop LYNAS, PAS pulak kata LYNAS OK.  rakyat harus menilai ini semua, nampaknya mereka tidak pernah kata sepakat, dan terus menggunakan atas nama rakyat kononnya mereka lah pakatan rakyat. hak tuihhhhhhhhh

USTAZ DR BADRUL KAKI PUKUL BINI ...???????


ustaz dr badrul ini kaki 'pukul' alkisahnya .

Laporan Polis bertarikh September 2005 oleh isteri Badrul Amin bernama Asiah Abu Bakar yang mana Badrul Amin pernah memukul isterinya di hadapan anak-anak. 

Asiah Abu Bakar yang berasal dari Tuaran Sabah turut melaporkan kepada polis bahawa dia telah meninggalkan rumah dengan anak-anak kerana rasa terancam. 

aku kesian pada pasangan isteri orang itu yang di tangkap baru baru ini bersama ustaz badrul kerana  dia tersalah cari orang. umpama keluar mulut naga masuk mulut harimau. macamana ustaz nak selesai masalah rumahtangga orang sedangkan dia pun sama kaki pukul bini.

kalau terlalu banyak membuat persoalan takut pulak menjadi bodoh, adalah lebih baik diam dan biarkan pihak yang bertanggungjawab buat kerja, 




Sunday, February 26, 2012

VIDEO PANAS: BERMUHASABAH LAH WAHAI USTAZ BADRUL. KITA BERADA DI GARISAN HALUS



benar orang kata, kalu kangkang depan ustaz,, serban kopiah putih pun boleh terbang.

percaya atau tidak itu belakang kira, yang pasti kita semua berada di garisan halus, pernah tengok drama di astro tajuk nya ANTARA GARISAN, patutnya astro kena main kan semula drama itu. sebab jalan cerita antara ustaz pkr dengan cerita watak dlm itu sama. Antara perkara yang ana dapat dari drama "Antara Garisan" adalah "orang yang baik boleh menjadi jahat, orang yang jahat boleh menjadi baik, maka jangan menghukum orang". nasihat kepada ustaz badrul dan puak puak yang berlindung di sebalik serban dan korpiah putih.

wanita wanita di luar sana memang suka mencari jalan singkat untuk membersihkan salah laku mereka dengan mencari ustaz. kalau kita tanya pada wanita yang pernah menjadi liar, apakah ciri ciri bakal suami yang di cari, mereka akan jawab nak cari calon suami yang dpt membimbing mereka ke syurga. kerana mereka ini percaya di tapak kaki suamilah mereka mencium pintu syurga. persoalannya benarkah teori ini?????

bertitle kan ustaz adalah kunci utk semua,  boleh beri ceramah dan tarbiah pada wanita wanita yg malang. dan boleh mengambil kesempatan bila nafsu menguasai diri.

di malaysia kita ada institusi yg memberi kaunseling hal rumahtangga, dan hal nikah cerai, kenapa tidak rujuk saja masalah wanita itu kepada pejabat agama????, ustaz badrul yg di katakan tahu hukum kenapa mesti berperangai seperti syaitan yang bertopengkan manusia.

jangan berdolak dalik dan memberi seribu satu alasan untuk mengelirukan rakyat. adakah nafsu serakah seseorang itu di tentukan oleh pihak lain????

adalah lebih baik ustaz duduk diam dan bermuhasabahkan diri dan akui kesilapan sendiri, mungkin ini adalah ujian dari Allah. sebab takut bila melawan ketentuan Allah akan jadi yang lebih teruk.

penguatkuasa jabatan agama negeri hanya menjalankan tugas. mereka bukan nak perangkap atau nak menganiya orang. jika benar ustaz tak bersalah tolong beri kerjasama, jangan tahu nak menuding jari kepada pihak lain.

mungkin ustaz lupa ada satu ayat al-quran ;

Dan Tuhanmu tidak sekali-kali hendak membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya, selagi mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri.(surah hud: 117)


OH....ALKISAHNYA BARU LAH ANA FAHAM,,,!!!!!

cerita sebenarnya nak tolong bini orang kes rumahtangga alkisahnya, baru lah ana faham. ingat kan pasai ustaz kena buasir.

bagi ana tidak semudah itu orang nak percaya, ana malas nak buat cerita bodoh yang mcm ustaz cerita kat kawan kawan ustaz,

Berikut SMS yang dihantar oleh Badrol Amin kepada beberapa ahli PKR : 

"Kes isteri orang lari dari suami dtg ke hotel di Kuantan tmpt retreat. Suami dtg dgn gangster tuduh ana bawak lari n sorok. Kes setel 'family problem'. Mak pompuan datang. Mmg dorang nak cerai. Isteri dh selalu nak lari. Ana nasihat pulang semula"
dengan tangkapan khalwat ini telah jelas apa yang mereka nak perjuangkan iaitu tidak boleh di tangkap khalwat atas sebab HAK ASASI MANUSIA. cuba kita bayangkan kalau mereka memerintah negara atas nama hak asasi manusia maka  ramai bini orang mereka akan rembat. sebab kalau ada masalah rumahtangga boleh pergi jumpa orang macam mereka bukan setakat ceramah saja boleh, tapi boleh tarbiah bini orang dalam bilik hotel. 

Saturday, February 25, 2012

USTAZ PKR: KERANA MULUT BADAN BINASA....

apa nak di katakan lagi bila ustaz kena tangkap khalwat di pahang, lebih memalukan pasangannya pulak ialah bini orang.

adakah ini satu konspirasi dari umno dengan mengupah bini orang pergi jumpa ustaz badrul ?????

nampaknya satu persatu Allah dah tunjuk kepada rakyat dan kita sebagai manusia yang lemah wajib terima bahawa kita berada di satu garisan halus.

inilah musibahnya kalau bercakap memberi ceramah tidak berlandaskan ilmu dan fakta, memesongkan fikiran rakyat serta merosakkan rakyat untuk membenci orang lain.

bercakap sesedap mulut suka hati mak bapak dia saja mengelar anwar ibrahim itu imam mahadi, nahhhh amik ko !!! apadah jadi nie kena tangkap khalwat dengan bini orang, penyakit buasir dah mai ka sampai wanita itu nak bagi ubat hingga dalam bilik hotel,

agak agaknya penceramah2 yg bergelar ustaz dalam pakatan semuanya kena buasir kot,, maklumlah bila ceramah suka terjerit terpekik kan tu sampai kena buasir,, hahahahahha

wahai ustaz2 hati hati bila bercakap, takut terkena buasir pulak nnt, muakakakakakakaa,

SANGAM..... Bol Radha Bol....!!!!

hari ini 25 feb 2012, tv3 menayang filem sangam. jom kita layan.
cinta segitiga  ini adalah kisah psikologi kepelbagaian mengenai ikatan lelaki, erti kasih sayang dan persahabatan. 

aku bukan lah peminat cerita bollywood, tapi kadangkala bila dah tertekan button di remote astro ,,,ahhh sangam layan sekejap, aku tidak dapat menafikan atau tidak boleh kata tidak filem ini ada daya tarikan yang maha hebat, sebabnya biar pun di tengah atau di mana mana saja aku sempat tengok yang pastinya aku tak boleh nak tukar ke channel lain. ini lah penangan filem sangam. 

aku tertarik filem sangam ini dalam konteks hubungan kekasih dan kawan,   Sundar adalah satu yang menghalang kebahagiaan dua orang lain dan akhirnya juga diri sendiri. Beliau muncul sebagai naif dan tidak bersalah, namun dia seolah-olah berkeras hanya perasan perkara-perkara yang sesuai dengan pemikiran beliau. Dia penuh kasihan diri dan membuli emosi orang lain . Tema yang dianggap penting dan kritikal dalam filem adalah ikatan lelaki dan perkongsian tidak rasmi wanita di antara dua kawan lelaki. Gopal memanjakan "pengorbanan" sendiri, tetapi tidak pernah memikirkan perasaan wanita yang dia suka. 

DAP DAH MULA MAIN KOTOR.....

dari berita dalaman aku terima tadi, DAP telah merancang satu taktik kotor dengan mengimpot beberapa peguam  peguam yang pro AMBIGA mewakili SUARAM untuk merampas kembali 'SPEAKER CORNER" pada ahad nie jam 6 petang. 

SPEAKER CORNER yang terletak di padang kota lama adalah ilham pemimpin DAP untuk memberi kebebasan rakyat pulau pinang untuk berucap menghentam kerajaan pusat, suatu ketika dulu mereka telah menguasai tempat itu. 

sekarang ini atas nama kebebasan suara rakyat, pemuda umno pulau pinang telah mengambil peluang yang ada untuk sama sama berucap di sana, sebabnya di SPEAKER CORNER tidak ada syarat,  sesiapa pun boleh datang dan berdiri di atas untuk berucap. 

ir shaik hussein ketua pemuda umno pulau pinang adalah orang pertama yang berani hadir berdiri di atas platform speaker corner dan terus menghentam kepimpinan dan pertadbiran kerajaan DAP pulau pinang setiap hari ahad. menurut maklum balas ramai rakyat pulau pinang kursusnya dari kaum cina yang berada di sana sudah mula terpengaruh dengan terjahan serta beberapa siri pembongkaran salah laku kepimpinan pakatan rakyat, ini yang merisaukan lim guan eng. 

sudah 6 minggu SPEAKER CORNER telah di kuasai oleh pemuda umno selepasa 3 tahun puak pakatan rakyat menguasai tempat itu, pemuda bn dan umno telah bertindak balas apabila puak puak ini membuat provokasi yang teruk, setelah beberapa minggu puak puak pakatan di serang oleh pemuda bn dan umno atas pentas speaker corner tiada langsung tindak balas untuk melawan hujah2 maka kerana itu lah lim guan eng mahu merampas kembali dengan mengimpot peguam SUARAM yang pro ambiga. 

nampaknya ini adalah satu tamparan hebat pada muka lim guan eng, 

jom kita ramai ramai pergi ke padang kota lama petang ahad ini jam 5 petang, yang pasti akan ada perkara menarik bakal berlaku,

Friday, February 24, 2012

AMK PP BERTEMU BUKU DENGAN RUAS....!!!

ini surat yang di katakan surat rasmi AMK PP mendesak pengerusi umno negeri letak jawatan... di manakah tahap profesional ketua AMK PP a.k.a ahli majlis MPSP bila mahu berurusan dengan satu organisasi ????. jelas di sini tahap kebodohan mereka terserlah, mereka hanya di arah tanpa usul periksa untuk membuat satu kerja yang amat penting kononya. !!! 

aku tengok surat ini dah macam surat layang,, dan aku percaya orang yang buat kerja ini tahapnya hanya menjadi typist di bawah pokok. 

mari kita lihat pulak bagaimana pemuda umno negeri buat kerja yang di ketuai oleh ir shaik hussein.

ini lah surat rasmi namanya. baru lah nampak ada tahap profesional untuk berurusan dengan sesuatu organisasi.

apa yang berlaku pada pagi itu amatlah memalukan bilamana pihak AMK PP datang hanya membawa surat yang aku boleh kelaskan surat typist bawah pokok untuk berurusan dengan pihak lagi satu, nama saja KETUA AMK PP  tapi bodoh tak tahu nak buat kerja. hak tuihhhhhhhhhhh!!!!



dalam video ini jelas dan lagi terserlah yang mana kita boleh lihat kedua dua tokoh ketua pemuda umno dan amk berurusan. komen aku di sini. ir shaik hussen sebagai ketua pemuda umno pulau pinang tidak layak untuk berurusan dengan puak puak macam ini di masa hadapan. memalukan, baik fokuskan hal lain. kalu nak ajak berjumpa tak payah datang ke pajabat cukup hanya datang jumpa di kedai kopi belakang rumah aku..itu saja standard mereka ini.

bertindak mengikut arahan: tolong jawab 23 soalan yang di lampirkan  sebelum nak suruh orang letak jawatan.


p/s, orang buat surat depa pun buat surat, surat apa kalu tak ada tandatangan itu surat layang namanya...hakk tuihhhhhhhhhhhhhhh, memalukan.

PROTON DENGAN KERETA BERINTERNET

Proton Holdings dan Yes, penyedia rangkaian 4G di bawah YTL Communications Sdn. Bhd., hari ini mengumumkan kerjasama untuk menawarkan akses internet 4G dalam kereta yang pertama di Malaysia dalam kereta-kereta mewah dan sedan baharu P3-21A Proton yang akan dilancarkan bulan depan. 

Dalam kerjasama itu, para pengguna Proton akan menikmati saling hubung 4G sebagai ciri standard tambah nilai yang baharu. Ia akan memanfaatkan rangkaian internet mudah alih 4G Yes yang pada masa ini meliputi lebih 65 peratus daripada kawasan berpenduduk negara. 

Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, inovasi ini, usaha pertama dalam langkah penjenamaan semula Proton, membuka kemungkinan spektrum baharu dan menawarkan para pengguna dengan kelajuan, keselesaan dan produktiviti yang lebih hebat ketika berada di jalan raya.

 "Kami telah bekerjasama dengan YTL selama setahun dan menandatangani perjanjian tahun lepas. Hari ini, ia cuma satu langkah kecil. Selepas ini, kami akan bekerjasama untuk mengintegrasikan lebih banyak ciri untuk diletakkan di dalam kereta,” kata beliau kepada pemberita selepas pelancaran majlis itu.

Thursday, February 23, 2012

ORG KAYA DAPAT BR1M?????

baru baru ini aku pergi membuat lawatan di pejabat ADUN yb mak jemah (nama bukan nama sebenar).

ramai orang sedang beratur untuk menerima BR1M RM500, ada seorang lelaki yang menjadi perhatian di sana.

yb mak jemah pun terkejut pada seorang penerima ini, lalu aku bertanya kepada yb mak jemah, siapa lelaki itu, dia jawab saya pun hairan macamana dia mohon dan dapat pulak tu RM500, sedangkan dia betul betul kaya raya.

aku terus tercengang, dlm pada tu ada kawan berseloroh dengan dia, jawapan dia ringkas saja, ini hak rakyat hak aku jugak, perhhhhhhhhh memang gila lahh mcmana LHDN membuat semakan di borang dia????

aku bukan sangat nak persoalkan pasai bantuan rakyat 1malaysia, tapi agak agak lah bila nak mohon tu, sedar tak ada yang tak dapat walaupun layak dan ada yang terpaksa membuat rayuan. mcmana seorang lelaki yang mempunyai rumah besar kereta sampai 2/3 buah boleh dapat.

beliau mempunyai rakaian peniagaan yang besar di dlm sektor perkapalan. bayangkan lahh kalau kapal laut pun dia ada. aku memang kata gilaaaaa lahh orang tua nie!!!!!

LHDN harus menghalusi dalam menyemak borang2 pemohon, jangan ada lagi kes macam ini,

SEMUA NAK JADI HERO AGAMA dan BANGSA,,,,,!!!!!

Satu lagi NGO bernama Jati baru dilancarkan pertubuhannya. Jati bertujuan, katanya, untuk mempertahankan "Islam, Melayu dan Raja".

Pertahankan Islam.

Jelas sekali dinegara kita ini ada banyak pertubuhan-pertubuhan, kerajaan dan bukan kerajaan, yang hendak "mempertahankan" Islam. Kalau saya hendak catitkan kesemua badan-badan ini disini, ia akan berjelar-jelar panjangnya! dalam senarai ini belum lagi termasuk kesemua jabatan-jabatan Islam disetiap Negeri.

"Cita-cita" untuk mempertahankan Islam ini mungkin boleh menimbulkan pelbagai persoalan, termasuk "mengapa Islam perlu dipertahankan, adakah ianya dicabar?", "dicabar oleh siapa?", "nak pertahankan dengan kaedah macam mana dan untuk siapa?", "Islam fahaman mana yang nak dipertahankan dan kenapa fahaman tersebut", "siapa yang memberi otoriti kepada pihak-pihak berkenaan untuk 'pertahankan Islam?' dan sebagainya.

Dengan begitu banyaknya pihak-pihak yang "mempertahankan Islam", adakah pengetahuan dikalangan Muslim berkaitan dengan isi kandungan Al-Quran itu telah meningkat sekian lama? Jika jawapannya tidak, apakah ada sebarang usaha dibuat untuk menkaji mengapa perkara ini berlaku? Apakah individu Muslim itu tidak terpanggil dengan sendiri nya untuk berusaha memahami isi kandungan Al-Quran tanpa pertubuhan-pertubuhan ini atau sering kali memerlukan dimotivasikan oleh orang-orang lain?

Mempertahankan Melayu

Ini menjadi lagi bermasalah bagi sau pertubuhan yang mengatakan mahu mempertahankan Islam tetapi juga kaitkan perjuangannya dengan "Melayu". Adakah ini bermakna bahawa pertubuhan ini tidsak akan "mempertahankan" hak-hak dan kepentingan Muslim yang bukan Melayu? Bagaimana pula dengan hak-hak bukan Melayu bukan Muslim yang ditindas? Islam dari segi ajaran Al-Quran amat jelas bahawa ia menjanjikan keadilan kepada semua makhluk (bukan sahaja manusia) tanpa mengira agama dan bangsa..

Satu lagi persoalan yang timbul ialah: adakah penubuhan Jati ini menampakkan ketidakyakinnya sebahagian orang Melayu kepada UMNO untuk membela nasib mereka? Perkasa juga ditubuh bagi menjaga kepentingan Melayu amnya. Apakah Perkasa juga dikira tidak efektif? Megapa tidak bergabung sahaja dengan UMNO jika UMNO dirasakan sebagai efektif dalam mempertahankan kepentingan orang Melayu?

Persoalan lagi ialah: adakah penubuhan Jati ini akan mengelirukan serta mencairkan "perpaduan sosio-politik" orang Melayu kerana terdapatnya begitu banyak pertubuhan yang bermotifkan mahu "menjaga kepentingan orang Melayu?"

Saya cuma berharap ini bukan lah satu lagi kaedah untuk memperalatkan label "Islam" dan "Melayu" untuk mencapai kepentingan peribadi.

"Melayu berani pukul orang melayu"

Wednesday, February 22, 2012

AMK PP MEROYAN MENYALAK DI MENARA UMNO PP

di fahamkan pagi ini jam 10, kumpulan anjing2 LGE datang ke menara umno untuk menyerah surat dan mendesak dato zainol letak jawatan.

ketua pemuda umno pulau pinang ir shaik hussein sedang menunggu di sana jugak akan memberi surat balas memdesak tuan kpd anjing2 itu supaya meletak jawatan.

yang menjadi pelik dan kenapa aku panggil depa nie anjing2 yg ada tuan, sebab menjadi sesuatu yg tak kena, apabila AMK pulak yang meroyan nak pi serang menara umno.

aku tidak terkejut kalau ahli ahli dap yang pergi mendesak, kerana ketua mereka yang tersepit dengan skandal bayan mutiara. apa kejadahnya AMK saja yang pergi?????

aku ada cerita; kenapa orang cina bela anjing luar rumah, sebab tugas anjing untuk menjaga rumah tuannya, ini lah perumpamaan yg tepat sekali kenapa aku katakan mereka ini anjing2 yg bertuan kan LGE.

Tuesday, February 21, 2012

VIDEO TERBARU Bukti Anwar Sokong Israel...



VIDEO TERBARU Bukti Anwar Sokong Israel... 

Apabila wall street journal melaporkan yang anwar menyokong penubuhan negara israel dan akan melindunginya keselamatannya maka, menyalaklah orang pkr kata umnolah dalang di sebalik artikel wsj itu. 

Tapi dalam video ini, terang terang anwar kata dia bersetuju, dia sekali lagi mengatakan konsep "two state solution" adalah konsap terbaik untuk mendamaikan dua pihak, tapi kita kena ingat ikhwan muslimin, hadi awang dan berbarapa negara islam lain membantah dan menolak sekeras-kerasnya konsep two state solution yang di perkenalkan oleh anwar. 

 Tapi kenapa anwar jaja balik konsep yang di tolak oleh seluruh umat islam? jawapannya ialah, anwar memang agen israel.... Dengar dan pahamkan...

sumber facebook.

Monday, February 20, 2012

PRU13 PERAK: UMNO DAN BN PERAK PASTI MENANG...

pagi ahad 19/02/2012di dewan jubli perak kuala kangsar umno perak telah mengadakan KONVENSYEN UMNO PERAK. nampaknya umno perak telah  mengerakan jentera pilihanraya untuk memenangi pru 13. melihatkan photo photo ini sememangnya semangat orang umno perak begitu berkobar kobar syabas kepada umno perak.

suka aku nak nasihatkan jangan terlalu beretorik dalam politik. kerja kena kuat jangan hanya tahu pergi konvesyen dan seminar tapi bila balik tidur. kalau anda sayangi pemimpin anda buktikan lah. aku kesian pada perdana menteri dan timbalan perdana menteri, aku lihat mereka berdua ini berkerja keras untuk memenangi pilihanraya PRU13, semua negeri telah di kunjungi mereka.

500 RIBU PENULIS BLOG DI MALAYSIA

Nampaknya, industri blog tanahair terus berkembang dari hari ke hari, dimana hari ini, pada acara Minggu Media Sosial 2012 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, angka penulis blog di Malaysia dikongsikan, dimana diperkatakan, terdapat lebih daripada 500,000 orang penulis blog di Malaysia pada masa sekarang ini.

Namun, angka penulis yang aktif menulis dan berkongsi idea mereka bersama yang lain masih tidak diketahui. Memandangkan terdapat pelbagai platform digunakan, termasuk Blogger, WordPress.com dan sebagainya, angka yang tepat untuknya amat sukar untuk diketahui.

sehubungan dgn itu angka 500,000 merupakan salah satu angka yang besar, dan mungkin ianya merupakan salah satu sebab mengapa kini banyak organisasi yang mula memberikan perhatian kepada medium blog, selain menghasilkan blog organisasi mereka tersendiri.

blog aku pulak dalam kategori mana ehhh.. kawan aku kata aku nie kategori BLOGGERS P#RI@ ini yang kawan kawan aku cakap. bukan aku kata tapi kawan kawan yang kata, sebab orang lain menulis mereka dapat upah, hang menulis tak dapat satu sen pun. betulkah ada duit pelincir untuk bloggers????, ,

suka hati pak encik laaa...hehehehehehehe.

ini blog aku, aku tak berkerja untuk mana mana pihak, dan tak pernah di bayar untuk menulis blog, aku akan tetap menulis blog sebab itu adalah hobby dan suka suka. 


mungkin satu hari aku nak tukar nama
BLOG HURAIRA AL HADY
KEPADA

SIAPA AKU.. AKU BLOGGERS P#RI@. 


p/s: dalam politik macam macam dok ada naaaaaaaaaaaaaaa!!!!

Sunday, February 19, 2012

KEBEBASAN DARI KACAMATA PEMIMPIN PAKATAN...


bercakap soal kebebasan, dia banyak bercakap soal kebebasan, dia faham ke apa dia cakap ini atau hanya sekadar cakap politik. kebebasan apa yang keadilan nak pejuangkan.

kebebasan bilamana seorang pemimpinnya melakukan salahlaku moral meliwat tidak boleh di ambil tindakan.

 kebebasan bila pemimpinnya pemimpin DAP menyalahgunakan kuasa ketika Pakatan Rakyat memerintah Perak.

kebebasan apabila pemimpin merompak pasir di selangor.

Inikah yang di namakan kebebasan yang di maksudkan oleh perempuan dalam video ini.
Isu Pasir di Selangor, 
Ethan dan Elton, syarikat  isteri Kor Ming, menyalahguna kuasa untuk tender baju.

 lim guan eng dengan isu penjualan tanah bayan mutiara. ketua menteri ini lagi hebat banyak berbohong

 isu ADUN PAS ditangkap khalwat dalam keadaaan yang mengaibkan.

Kes Bunuh Datuk Patrick dan isu Elizabeth telanjang dan macam macam lagi isu telah di bongkarkan, adakah ini kebebasan yang mereka mahukan. apa saja mereka buat tidak boleh di dakwa atau di tangkap.

sebenarnya apa yang mereka perjuangkan demi kebebasan adalah bukan untuk rakyat tetapi untuk membebaskan segala salah laku yang di buat oleh pemimpin pemimpin dalam pakatan, jesteru itu mereka menggunakan nama atas RAKYAT untuk mengaburi mata pengundi pengundi mereka.

seperti tuntunan royalti petronas, pemimpin2 pas negeri kelantan yang meroyan mahu menuntut adalah kerana mereka mahukannya  bukannya untuk rakyat kelantan. mereka menunding jari kepada kerajaan pusat kononnya merompak wang rakyat kelantan.jesteru itu pemimpin pas di kelantan tidak pernah buat kerja untuk memberi air yg bersih kepada penduduk kelantan. jika ini yang rakyat tuntut maka mereka akan salahkan kerajaan pusat menganiaya orang kelantan. mudahkan mereka berkerja hanya pandai cari salah orang..


Saturday, February 18, 2012

LIM GUAN ENG MAHU JUAL PULAU PINANG..????

Lim guan eng ketua menteri kerajaan dap pulau pinang sebenarnya mahu menjual pulau pinang keseluruhannya kalau dia boleh buat. inilah agenda sebenarnya. politik lim guan eng untuk menhadapi PRU13 semakin terdesak dan tenat.

kenyataan si lidah biawak pada semua isu yang di bangkitkan oleh kepimpinan umno dan bn semuanya hanya satu putar alam, dia tidak pernah menjawab tapi sebaliknya menuduh ini semua angkara umno dan bn.

projek tanah bayan mutiara benar benar telah menghimpit LGE kerana satu persatu bukti telah di bongkarkan.

Umno Pulau Pinang hari ini mendesak Lim Guan Eng supaya bersara dari politik dan meletakan jawatannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai bukti mengotakan janjinya berbuat demikian. jika terdapat bukti bahawa penjualan tanah Bayan Mutiara di sini telah dilakukan secara rundingan. 

Pengerusi Umno negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, pihaknya mempunyai beberapa bukti bahawa tanah tebus guna seluas 41.6 hektar itu telah dijual dengan harga RM1.1 bilion secara rundingan kepada syarikat pemaju hartanah Ivory Group. 

"Antara buktinya ialah surat permohonan kepada pihak Bursa Malaysia untuk membeli dan memajukan tanah berkenaan. Surat itu (Ivory Group kepada Bursa Malaysia) bertarikh 31 Mac 2011 sedangkan tender terbuka yang diiklankan oleh pemilik tanah berkenaan iaitu Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) tamat pada 31 Disember 2010. 

 "Ini dengan jelas menunjukkan urusan jual beli tanah di Bayan Mutiara itu adalah rundingan dan bukan secara tender terbuka, kita ada dokumen-dokumen berkenaan,"katanya pada sidang media di sini hari ini. 

Katanya, tender terbuka untuk pembelian tanah itu tidak berlaku dalam erti kata sebenar kerana hanya terdapat dua buah syarikat yang menyertai tender itu. Menurutnya, kerajaan negeri juga tidak mempamerkan nama syarikat yang menyertainya dengan harga yang ditawarkan oleh mereka selepas tawaran tender tutup pada 31 Disember 2010. 

Zainal berkata Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP, telah mencabar bahawa beliau akan meletak jawatan dan bersara dari politik jika Umno boleh membuktikan dakwaan bahawa tanah itu dijual secara rundingan. Tanah yang dianggap sebagai "bernilai amat tinggi" itu adalah kawasan paling strategik kerana berdekatan dengan Jambatan Pulau Pinang, Zon Perdagangan Bebas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. 

Pada perkembangan lain, Zainal Abidin berkata Umno Pulau Pinang turut mempersoalkan pembinaan rumah bertingkat setinggi 16 tingkat di Batu Kawan dekat sini kerana kerajaan negeri tidak membina rumah kos murah. "Rumah yang akan dibina di kawasan berkenaan adalah RM72,000 hingga RM220,000, apa yang kita pertikaikan ialah mengapa tiada rumah kos murah yang berharga RM42,000 sedangkan projek itu dibina atas tanah PDC,"

ARAB NAK KOMEN: rakyat pulau pinang wajid buka mata dengan pendedahan yang maha dahsyat ini. rakyat kena ingat, LIM GUAN ENG tak rugi apa apa, sebaliknya pengundi pengundi di pulau pinang yang akan merana...

WINNABLE SEAT PARLIMEN TASEK GELUGOR

Program santai YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Ahli Parlimen Tasek Gelugor di Kampung Belakang Balai Polis Sungai Dua berjalan dengan jayanya dgn kehadiran penduduk untuk berjumpa dgn YB Tan Sri. Ada yg mengutarakan masalah. program telah berjalan pada 17hb Feb, 2012

Ahli parlimen tasek gelugor telah lama turun padang untuk bertemu rakyat dan pengundi seluruh tasek gelugor. ini lah contoh winnable candidate yang patut di kekal di situ. ada juga yang kata winnable seat bagi memenangi PRU13 nanti.

arab sebagai pengundi di parlimen tersebut telah melihat transformasi pembangunan di tasek gelugor telah berjaya. rata rata pengundi mahukan YB tan sri nor di kekal bagi meneruskan kelangsungan politik UMNO dan BN. 

tahniah kepada yb tan sri dan umno cawangan sungai dua kerana berjaya mengadakan program ramah mesra seperti itu.
YB tan sri nor sedang mengumpul maklumat dan masalah penduduk setempat
harap dengan adanya majlis seperti ini, yb tan sri dapat menyelesaikan beberapa perkara yang timbul dengan paling berkesan. 
ketua pemuda umno bahagian sdr hasbul hazani sebagai pegawai khas ahli parlimen bersama sama hadir membantu.


Thursday, February 16, 2012

INI KAH PEMIMPIN MASA DEPAN ???????



melihat video ini apa lagi kita nak kata, adakah ini pemimpin masa depan,  kerana nak meraih undi apa saja sanggup buat ini ada lah satu usaha terdesak dari seorang ' hindu baru' yg mahu menjadi perdana menteri

hebat la pemimpin ini menjadi pelakon
 perhhhhh calit dahi terus

Wednesday, February 15, 2012

TUBUH WANITA YANG MENGHAIRAHKAN LELAKI...!!! KO ADER ???

bertuah sungguh miss kim kerana memiliki tubuh yang mengiurkan

10 Bentuk Tubuh Wanita yang Menggiurkan Lelaki – taken from InTrend April 2011 

1. Payudara yang montok – .bagi lelaki payudara wanita paling indah ketika berusia 20-an. Maklumlah ketika ini payudara wanita masih mengkal, montok, padat berisi dan juga terlihat lurah yang menggiurkan 

2. Pinggang yang ramping – bentuk tubuh jam pasir memang menjadi idaman wanita. Sejak berabad dahulu hingga kini, wanita berusaha keras untuk memiliki bentuk pinggang dengan MEMAKAI KORSET, diet ketat hinggalah pembedahan plastik 

3. Punggung yang bulat – ada yang kata punggung besar memudahkan wanita untuk bersalin dan mantap ketika melakukan seks bersama suami. punggung melentik seperti photo di atas adalah bahagian yang paling lelaki suka tengok.

4. Perut kempis – perut kempis menandakan wanita pandai merawat diri dan menitikberatkan kesihatan dan kecantikan bentuk tubuhnya. Kalau perut buncit dan ‘berlipat-lipat’ tentu bukan pandangan yang indah buat suami saksikan kala kamu ‘bersama’…’ 

5. Leher jinjang – leher jinjang dianggap sebagai tanda kewanitaan yang sangat menggoda, membuat lelaki senang mencium dan menghiasinya dengan perhiasan. Juga mudah merangsang seksual wanita

6. Mulut yang sensual – ‘…lelaki menyukai wanita yang berbibir penuh dan sensual. Kerana dikhabarkan ketebalan bibir wanita adalah perlambangan bahagian intimnya. Kedua bahagian ini akan bereaksi dan dipenuhi aliran darah ketika dalam keadaan terangsang…’ 

7. Hidung yang mancung – struktur wajah nampak terletak

8. Mata galak – mata galak membuat lelaki rasa dilindungi..” 

9. Wajah manis – wajah manis, dagu kecil, rahang yang cantik, tulang pipi tinggi, bibir penuh dan mata besar antara cirri-ciri kegemaran lelaki..” 

10. Kaki yang panjang – ketika wanita menginjak dewasa, kaki mereka bertambah panjang. Jadi, kaki yang panjang menandakan kedewasaan wanita, wanita yang memiliki kaki panjang akan nampak lebih seksi bila memakai jeans LEVIS 501,

KANAK KANAK DI SEMBELIH KEJAM OLEH ISRAEL.


Inilah video yang dirakamkan oleh seorang rakyat Syria berkenaan wajah kanak-kanak yang baru berusia 6 bulan yang dibunuh kejam oleh rejim Bashar Asad. Arwah Marwa Adil Bahar ini mati disembelih oleh Rejim Bashar Asad sehingga terpenggal kepala kanak-kanak tersebut. 

Video ini diambil selepas arwah dimandikan dan sedang dikafankan sebelum dikebumikan. Tidak boleh dibayangkan sesiapa yang melihat video ini tapi masih tidak mampu menitiskan air mata melihat kezaliman yang tidak berperikemanusiaan ini. Wallahul musta’an.


mungkinkan ini akan berlaku di tanah malaysia satu hari nanti, hanya anda saja yang ada jawapan nya.

LIM GUAN ENG CUBA SABOTAJ VALENTINES DAY...!!!

PAS mengharamkan sambutan valentines day, tapi abang besar guan eng beri bunga semperna sambutan valentines day semalam kepada wanita islam di pulau pinang apa kes pulak. 

nampaknya mereka didalam pakatan pun tak boleh kata sepakat dan tak menghormati satu sama lain. ini kah tata cara mereka nak memimpin negara satu hari nanti, 14 kali kiamat pun tak boleh menawan putrajaya lah.



U DONT PLAY PLAY WITH PEMUDA UMNO PULAU PINANG...!!!


Pemuda Umno PP boleh membuktikan bahawa proses tender berdasarkan RFP(Request For Proposal) yang dibuat oleh Kerajaan negeri PP untuk projek penswastaan Bayan Mutiara bukan Tender Terbuka(open tender). Berikut adalah fakta2 untuk membuktikannya; 

1.Tender terbuka bermaksud proses tender satu peringkat sahaja yakni kadar harga yang ditawarkan oleh kontraktor adalah muktamad dan tiada rundingan seterusnya yang akan dibuat. 

2.Manakala kaedah tender RFP pula adalah tender berperingkat "pelawaan untuk mengemukakan cadangan" yakni pemaju perlulah mengemukakan skop kerja,spesifikasi,terma,cadangan teknikal dan kewangan dan lain2 perkara yang dilihat dapat memberikan cadangan yang terbaik termasuk harga yg ditawarkan. Kaedah PEMANGGILAN tender boleh dibuat secara tender terbuka tetapi tertakluk kepada RUNDINGAN terhadap semua keperluan teknikal dan kewangan yang diprasyaratkan oleh Pemilik. 

3.Berdasarkan penerangan mengenai dua kaedah tender diatas ,maka terbuktilah bahawa proses tender RFP yang digunakan oleh Kerajaan Negeri PP BUKAN tender terbuka,ini adalah kerana hanya proses pemanggilan tender dibuat secara terbuka dan proses seterusnya tidak dibuat secara terbuka. 

4.Untuk memenuhi kriteria tender terbuka,semua proses2 seperti mempamerkan keputusan tender secara terbuka serta penilaian terperinci tender perlu dikendalikan oleh panel penilaian berdasarkan julat kadar harga tetap secara telus dan pemaju yg terbaik akan ditawarkan pada HARGA TENDER tanpa sebarang PROSES RUNDINGAN HARGA. 

5.Dalam hal tender Bayan Mutiara,LGE sendiri telah memaklumkan bahawa beberapa perkara teknikal dan kewangan telah dirundingkan bersama pemaju untuk kononnya mendapat harga terbaik.Pada hakikatnya,proses tender RFP yang dilaksanakan oleh LGE hanya merupakan" terbuka" semasa "proses panggilan tender", proses lain semua adalah secara RUNDINGAN. LGE mungkin tidak mendapatkan nasihat teknikal daripada perunding TEMPATAN sebelum melaksanakan tender tersebut bahawa mempamerkan tender dalam suratkhabar bukan satu2nya syarat untuk Tender Terbuka 

Ir.Shaik Hussein Bin Mydin 
KP UMNO PP

ARAB NAK KOMEN:  u dont play play with shaik hussein,,, 

SELANGOR TIDAK TOLEH LAGI KE BELAKANG..

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed dilantik sebagai Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor berkuatkuasa serta-merta. 

Setiausaha BN Selangor Datuk Mohamed Idris Abu Bakar berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN Selangor, mengumumkan pelantikan itu pada satu mesyuarat tertutup BN Selangor di Pusat Dagangan Dunia Putra, Khamis lepas. 

"Mohd Zin yang juga Ahli Parlimen Sepang akan memperincikan lagi gerak kerja parti secara lebih menyeluruh supaya dapat memenangi hati rakyat untuk dipilih mentadbir semula negeri ini pada pilihan raya umum ke-13 kelak," kata Mohamed Idris dalam satu kenyataan Selasa. 

 Mohd Zin sebelum ini mendapat keyakinan dan kepercayaan Perdana Menteri apabila dilantik sebagai Pengarah Operasi Jentera Pilihan Raya BN negeri awal tahun lepas, katanya. BN kini menguasai 21 kerusi berikutan pilihan raya umum lepas. BN memerlukan sekurang-kurangnya 29 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor bagi membentuk kerajaan dengan majoriti mudah pada pilihan raya umum akan datang. - BERNAMA

Tuesday, February 14, 2012

LAGI VIDEO SEX TIDAK DI DEDAHKAN,,,,,PEGUAM NEGARA MEMBISU

jabatan Peguam Negara diminta menjelaskan sejauh mana tindakan yang diambil berhubung isu video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang, kata Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Al-Habshee.


Beliau berkata rakyat sedang menunggu hasil siasatannya setelah laporan penuh mengenai wajah lelaki berkenaan dikatakan telah diserahkan oleh polis kepada Peguam Negara.Syed Ali berkata penjelasan oleh Peguam Negara akan melenyapkan pelbagai fitnah jahat pembangkang yang mendakwa Umno ada kaitan dengan pendedahan video berkenaan."Rakyat hairan mengapa sehingga kini Peguam Negara masih dilihat berdiam diri dan tidak mengeluarkan sebarang keputusan hasil siasatan dan tindakan yang bakal diambil berhubung isu itu.


Syed Ali berkata akibat melengah-lengahkan hasil siasatannya, isu video seks itu telah diputarbelitkan oleh pembangkang dengan melemparkan fitnah dan tuduhan jahat kononnya dirancang oleh Umno.Saya amat berharap Peguam Negara dapat menjelaskan statusnya, dedahkan segera kepada umum supaya rakyat dapat tahu siapa sebenarnya pelaku seks itu," katanya.


April tahun lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dipetik sebagai berkata bahawa rakaman video seks yang didakwa memaparkan seorang pemimpin pembangkang adalah tulen berdasarkan laporan pakar.Isu video seks yang didakwa pelakunya mirip seorang pemimpin pembangkang menggemparkan negara apabila didedahkan oleh trio ‘Datuk T’, iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.


Syed Ali mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa pelaku seks itu perlu dihadapkan ke mahkamah supaya menjadi teladan dan sesekali menolak dakwaan pihak tertentu ia bermotifkan politik.Beliau sebelum ini pernah mencadangkan kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Bebas bagi mengesahkan identiti sebenar pelaku seks dalam video berkenaan yang dikatakan mirip Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Bernama


arab nak komen: Peguam negara nak tunggu PRU13, atau mungkin nak tunggu karpal singh menjadi peguam negara, jika ada isu melibatkan pembangkang semuanya senyap, tapi kalau ada isu yg membabitkan menteri umno dan bn cepat pulak mereka bertindak.


hanya peguam negara saja yang ada jawapan nya, rakyat hanya tahu membuat spekulasi.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, February 13, 2012

KETUA PEMUDA PENANG CABAR GUAN ENG LAGIII..!!!!


BERBOGEL BAGI PROMOSI PERFUMES GLOWING

PENYANYI sensasi, Jennifer Lopez kembali memanaskan dunia Hollywood apabila dia kembali dengan foto berbentuk 'provokatif'. 

Jennifer atau nama singkatannya, J.Lo muncul tanpa seurat benang dalam sebuah foto bagi membintangi sebuah iklan minyak wangi jenama Glowing. 

Ketika ditemubual bersama majalah Women's Wear Daily, juri American Idol itu mempromosikan produk tersebut dengan menunjukkan foto bogelnya itu. "Glowing adalah satu produk minyak wangi yang semestinya disukai oleh ramai wanita kerana aromanya bersifat semula jadi. 

"Minyak wangi ini juga tidak sama seperti yang sering saya pakai sebelum ini. Lebih sesuai jika saya menggelarkannya aroma yang seksi," kata penyanyi berusia 42 tahun itu. 

Glowing akan mula berada di pasaran pada bulan Mei depan.

SUMBER :MYSTAR

PIZZA JAMES BOND BERHARGA RM1,250,00


Pizza sudah menjadi makanan dunia yang digemari berbagai kalangan tanpa mengenal batasan usia.
Pizza yang satu ini mungkin hanya yang kaya yang boleh menikmatinya. Pizza ini adalah Pizza James Bond dari Italia, yang disebut-sebut sebagai pizza termahal di dunia. 

chef Sir Domenico Crolla yang seorang chef restoran Italia terkemuka menciptakan 'Pizza Royale 007' yang dibuat dari gabungan makanan mahal dunia.

pizza selebar 12 inci ini pada topping-nya ditaburi berbagai bahan baku terbaik yang ada di dunia, seperti lobster yang direndam dalam cognac (sejenis minuman anggur), Louis XII Remy Martin berharga RM 675, caviar (telur ikan) yang direndam dalam sampanye, saus tomat sunblush, salmon asap Skotlandia, daging rusa medali, prosciutto (daging ham), dan cuka balsamik antik. Semua topping tersebut menjadikan Pizza Royale 007 bukan pizza sembarangan.

Pizza yang dibuat Crolla ini berhasil mengukir sejarah karena dinobatkan sebagai pizza termahal di dunia. Topingnya yang ditaburi beraneka macam makanan mahal membuat Pizza ini layak disebut Pizza termahal.

Sunday, February 12, 2012

MANA DUIT RM 100 UNTUK PELAJAR EMAS..???

Hasrat Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menyumbang RM100 kepada anak-anak Pulau Pinang yang belajar di darjah 1 dan 4 serta tingkatan 1 dan 4 sehingga sekarang tidak menampakan hasilnya, malah ketua menteri lidah biawak terus membisu seribu kata. 

jangan ingat rakyat bodoh dan lupa janji janji kerajaan dap pulau pinang. Sumbangan RM100 merupakan salah satu inisiatif ‘Kerajaaan Berjiwa Rakyat’ sebagaimana disebut dalam Belanjawan Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2012 bagi menghargai pelajar-pelajar.

jika janji ini pun belum di tunaikan jangan hendak pergi jauh lagi dengan mencari helah mahu berdebat dengan kerajaan persekutuan mengenai tol sungai nyior.

jelas lah di sini kerajaan DAP pulau pinang "FAILURE" dalam mengurus pertadbiran negeri, jangan hanya tau masuk bakul angkat sendiri mengatakan kerajaan dap adalah yang terbaik. 

 


.

Saturday, February 11, 2012

PANAS: ISLAM DI HINA LAGI..

seorang sahabat telah menghantar email kepada arab dan terkejut bila meilhat apa yang tengkusophia tweet kan. rupanya perempuan ini adalah orang indonesia kalau di lihatkan info profile nya. 

arab telah lama melihat indonesia ini kenapa selalu di turunkan malapetaka yang amat dashyat, setiap kali musibah yang Allah turunkan pasti beribu nyawa orang islam terkorban di bumi indonesia, adakah ini antara sebabnya... hanya Allah saja yang tahu kenapa..!!!


 


LIM GUAN ENG JUAL TANAH SEBAB DAH TAHU DAP AKAN KALAH...!!!!!!!


Guan Eng sering mendabik dada dalam isu tanah di PP bahawa kerajaan CAT nya amalkan (Kompetensi Bertanggungjawab dan Telus).Tetapi semua itu semuanya wayang sahaja untuk mengaburi mata rakyat . 

Ada sesetengah keputusan dan dasar-dasar kerajaan DAP tidak menghebahkan kepada rakyat . 

Terkini contohnya kontroversi perjanjian Bayan Mutiara yang sedang hangat di Pulau Pinang.Baru-baru ini Guan Eng selaku Pengerusi PDC telah mengumumkan bahawa PDC milik kerajaan (Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang), telah menjual 103 ekar tanah yang super-prima di Bayan Mutiara kepada pemaju swasta untuk RM1.1 bilion. 

Sebidang tanah ini adalah salah satu kawasan yang paling didambakan di Pulau Pinang kerana laut menghadapi lokasi bidang hadapan dan strategik kerana kedudukannya yang berdekatan dengan Jambatan Pulau Pinang, Zon Perdagangan Bebas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. 

Persoalannya , tiada angin dan tiada ribut Guan Eng begitu mudah melelong tanah PDC yang cukup strategik ini tanpa sebarang perundingan awam untuk menjual tanah ini, yang dianggap sebagai permata mahkota PDC. 

Lebih penting lagi mengapa tanah ini perlu dijual ? Mengapa tidak PDC sendiri membangunkan tanah ini untuk manfaat awam yang maksimum seperti membina rumah mampu milik untuk rakyat di pulau ?? Malang sekali rakyat P.Pinang yang akan terus melopong je tanah2 milik kerajaan negeri digadai Guan Eng kepada pemaju.

ARAB KOMEN:  lim guan eng terpaksa menjual semua tanah tanah itu kerana terdesak untuk menggunakan dana untuk pilihanraya umum 13, dan lagi satu dia tahu dah bahawa DAP akan kalah dan akan balik ke melaka, siapa yang rugi...rakyat pulau pinang dan keluarga yang rugi, sebab habis semua tanah dia dah jual kat orang. 

BERSAMA MU: OKU YANG TERLEPAS PANDANG

Abu Samah  harus mendapat pembelaan, di fahamkan dia telah memohon bantuan jabatan kebajikan sejak tahun 2009, tapi sehingga sekarang dia tidak pernah mendapat jawapan atau apa apa bantuan.

ini ada lah satu kes OKU yang terlepas pandang, jangan sampai bila dia pergi memohon bantuan di gereja baru lah orang kita nak melompat macam beruk mak yeh.

ini lah akibatnya kalau terlalu banyak birokrasi di dalam jabatan dan dari pihak pihak yang bertanggungjawab untuk menjaga hal hal kebajikan OKU. 

lelaki malang ini bernama abu samah. berumur 40 tahun, tinggal di pokok sena kepala batas. kecacatan kekal fizikal yang beliau hadapi sejak dia mengalami demam panas pada tahun 2009. sekarang ini dia mengharapkan sumbangan orang ramai hingga sanggup datang jauh ke seberang jaya.  

kes ini wajid di pandang serious oleh pemimpin2 masyarakat,

segala maklumat mengenai pemuda ini ada dalam simpanan arab, dan akan membawa kes ini ke pihak berkenaan agar di percepatkan segala bentuk bantuan yang patut di terima oleh golongan OKU.







Friday, February 10, 2012

EXCO AGAMA DAH TAK TAHU BATASANNYA

Malik Kassim, Exco Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang menyaksikan model berpakaian seksi buat catwalk di depan beliau.

apa kejadahnya EXCO agama islam ke sana pulak dah...!!!!, 

 tu dia sampai ternganga dok tengok dada dan montot seksi modelling catwalk beraksi. ini sungguh memalukan bagi seorang EXCO agama islam. bilamana boleh di pijak pijak dan di cucuk hidung oleh DAP. 

mari kita tengok apa kata mereka SEKSI NYER


VIDEO PANAS: ORANG UMNO TAK SANGGUP TENGOK..!!!!



orang umno dan pemimpin umno yang banyak kerenah sebenarnya tidak membantu presiden umno

UMNO HARUS KIKIS SIKAP GENG TOLAK BAHAGIAN

Pemimpin UMNO di setiap bahagian perlu turun padang dan bertemu dengan ahli bagi menangani sindrom Geng Tolak Bahagian (GTB). 

Ketua Pemuda UMNO negeri, Ir. Shaik Hussein Mydin berkata, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk berbincang dan menyelesaikan masalah tersebut. 

Menurutnya, keadaan sedemikian mungkin wujud disebabkan golongan berkenaan kecewa dengan tindakan atau sikap pemimpin utama bahagian itu sendiri. "Kita tidak boleh sombong dan menunggu GTB datang kepada kita. 

Kita perlu bersemuka dengan mereka. "Pemuda UMNO negeri yakin jika semua pemimpin utama bahagian mempraktikkan sifat pemaaf dan bertoleransi, maka GTB akan bertukar membawa maksud Geng Terima Bahagian," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam. 

Semalam, Ketua Penerangan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya memberi amaran mengenai kewujudan GTB di setiap bahagian. Kumpulan tersebut dianggotai oleh ahli-ahli UMNO sendiri yang cuba memboikot atau mensabotaj bahagian masing-masing jika 'orang mereka' tidak dipilih sebagai calon pada pilihan raya umum nanti. Pergerakan kumpulan berkenaan kini dikesan di beberapa bahagian di negeri ini.

SUMBER:UTUSAN


JANGAN ROSAKKAN SATU MALAYSIA KERANA AYAM GORENG ....!!!!!

arab tertarik dengan beberapa blog mengenai cerita staff KFC mengamuk dan menyerang pelanggan nya di KFC i-city. 

tak nak benda ini menjadi isu besar atau isu perkauman, sepatutnya kalau pelanggan yang kena tumbuk buat pc mengatakan pekerja KFC yang serang dulu.
mana pulak pc untuk pekerja KFC untuk pertahankan dakwan pelanggan itu, ???? 

dan kalau wakil DAP berani membawa isu ini dan membawa  mangsa untuk membuat penjelasan...

mana pulak wakil wakil staff KFC atau saksi saksi  yang berada di tempat kejadian untuk datang ke depan menyokong dan menyankal apa yang pelanggan itu dakwakan. 

jangan membiarkan mereka sahaja yang berdendang mengikut irama..tapi pihak lain hanya berdiam diri. 

seperti yang didakwa oleh pelanggan itu bahawa staff KFC telah memaki hamun ..." kalau nak makan buat sendiri lah BABI' 

dan ada saksi atau pelanggan yang berada di situ dengar pelanggan itu telah membuat provokasi dengan memaki hamun ." CIBAI PUNYA MELAYU" 




arab melihat ini ada sesuatu yang tak kena, admin yang upload video ini seperti ada agenda tersembunyi, hanya merakamkan aksi staff KFC menyerang pelanggan itu, tetapi kenapa dan sebab apa tidak pulak di rakam hingga membawa insiden itu. 

benda ini tidak akan berhenti di sini saja....pasti akan ada tindakan susulan dari mereka yang cuba membuat kekecohan,  mungkin ini kisah KFC, lepas ini di mana pulak???  MC DONALD, BURGER KING, A&W atau PIZZA HUT, kena ingat staff staff di restorant itu semua bangsa MELAYU,  lagi sekali arab nak ingatkan semua staff adalah bangsa MELAYU,  


orang putih ka...orang hitam ka..orang kelabu ka..orang kuning ka. KITA ORANG MALAYSIA KAN

KALU KITA HORMAT ORANG...ORANG AKAN HORMAT KITA.





Thursday, February 9, 2012

BERANI KAH ANWAR NAK SAMAN DATO T, UMMI HALFIDA ????

PERMATANG PAUH - Demi membersihkan namanya yang tercalar dengan pelbagai tuduhan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar menyaman tiga pihak untuk menyelesaikan kemelut yang memalukan itu. 

Bekas Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md Arip berkata, tiga pihak itu ialah Datuk Eskay Abdullah, Ummi Hafilda Mohd Ali dan akhbar berpengaruh Wall Street Journal edisi Asia. 

Beliau berkata, Eskay adalah orang yang bertanggungjawab mendedahkan bahawa individu atau pelaku yang terlibat dalam video seks dengan ‘China Doll’ ialah Anwar, termasuk membuat sumpah di dalam sebuah masjid di Wilayah Persekutuan bagi mempertahankan kenyataannya.

"Ummi mendakwa Anwar berzina dengan kakaknya iparnya. Wall Street pula melaporkan kenyataan Anwar yang menyokong segala langkah untuk menjamin keselamatan rakyat Israel walaupun beliau menyatakan kenyataan itu tidak tepat.

"Sebagai seorang yang kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri, Anwar tidak boleh berdiam diri atau sekadar hanya menjawab di pentas ceramah. 

“Dia perlu tampil membersihkan dirinya dengan mengheret individu terbabit ke muka pengadilan dengan segera dengan memfailkan saman malu," katanya pada sidang media di sini petang ini.

SUMBER : SH

berani sangat kah anwar ibrahim itu, ahli parlimen permatang pauh tak sudah sudah nak menipu pengundi permatang pauh.
Related Posts with Thumbnails