Wednesday, July 27, 2011

BAJU KUNING BUAT KECOH LAGI. KESELAMATAN PM TERANCAM..!!!

video
Puak2 haram jadah ini memang bangang bin samdol, memang sengaja cari pasai..!!! 

bagi arab..mana mana negara pun keselamatan pemimpin adalah satu keutamaan, pihak berkuasa menjalankan tugas untuk menjaga segala kemungkinan yang akan berlaku, so jangan salahkan pihak polis dan protokol, sudah menjadi tanggungjawab mereka, 

puak puak haram jadah ini kenapa lah bersikap macam ini, nak jumpa PM mesti ada caranya, bohonglah kalu nak jumpa perdana menteri kita tak boleh, 
Kepada puak-puak PKR jangan marah sekiranya selepas ini ada pemimpin-pemimpin kamu yang akan diganggu sedemikian rupa. Ada ubi ada batas, ada hari boleh balas.

kami majoriti rakyat malaysia cintakan keharmonian dan perpaduan kaum akan memastikan parti pembangkang PAS,PKR dan DAP akan tumbang pada pilihanraya akan datang....tungguuulah semua orang pembangkang..sokonglah kamu semua akan komunis,liwat,zina,kacau bilau jahat dan huru hara maka balasan buruk akan menimpa kamu...hidup demokrasi!hidup rakyat!hidup 1malaysia!hidup PM! -antara suara rakyat yang benci KOTOR.,,,,

WAHABI: PAK MENTERI TOLONG JAWAB SAT, !!!!!!!

Ramai sebenarnya yang menanti-nantikan respons daripada Jamil Khir Baharom. Majlis Keselamatan Negara telah dikatakan oleh MALAYSIAKINI melabelkan beberapa orang pemimpin agama sebagai Wahabi dan Terorris atau pengganas. Dan baik MKN, mahupun Jamil Khir Baharom, tiada jawapan yang diterima setakat ini.

Mungkin agak di luar kebiasaan sekiranya Majlis Keselamatan Negara bercakap memandangkan sehingga sekarang pun, MKN memang tidak muncul di permukaan meskipun mereka wujud dan kewujudan mereka nyata.

Namun apabila dikaitkan dengan agama, orang yang paling layak bercakap tentang ancaman yang cuba ditimbulkan oleh portal yang dibiayai oleh Zionis itu, adalah Jamil Khir Baharom.

Hanya ada dua jawapan sahaja yang boleh dipilih... YA atau TIDAK dengan diiringi sedikit penjelasan.

Sikap yang ditunjukkan oleh Jamil Khir sekarang, seolah-olah apa yang disebutkan oleh portal biayaan Zionis itu telah mendapat maklumat yang betul dan mereka tidak lagi berbohong seperti kebiasaan.

Mungkin kerana itulah juga, Mufti Perlis, Dr.Juanda turut mendesak agar Jamil Khir memberitahu apa sebenarnya yang berlaku selain membuat penjelasan tentang beberapa nama selain Kerajaan Negeri Perlis yang dikaitkan oleh portal Zionis itu.

Pun begitu, ramai yang melihat portal Zionis tersebut sedang menjalankan tugas utama mereka iaitu melaga-lagakan pemimpin beragama Islam di negara ini selain cuba menimbulkan perasaan tidak tenteram ekoran gangguan terhadap sistem keagamaan.

sumber dari flying kick

Monday, July 25, 2011

99.99 % ITU ANWAR BIN IBRAHIM

Perjuangan PAS sebagai sebuah “hizbullah” adalah berlandaskan hukum-hukum Allah swt. Sayugia, PAS menentang segala bentuk fitnah dan zina.

Pendedahan video seks Anwar Ibrahim boleh ditakrifkan sebagai fitnah zina. Jika video itu palsu, sebuah fitnah telah direkacipta untuk menganiayai Anwar Ibrahim. Jika video itu benar, Anwar Ibrahim telah melakukan zina. Hitam atau putih, tiada ruang untuk kelabu.

Isu video seks ini meletakkan PAS di persimpangan jalan. Isu ini sudah semestinya menguji keikhlasan PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan syariat Islam. Setakat ini pendirian pucuk pimpinan PAS masih kabur dan samar mengenai isu ini. Pada waktu sama tiada juga tindakan pro-aktif oleh pemimpin-pemimpin PAS untuk menentukan kesahihan video tersebut.

PAS sepatutnya atas inisiatif sendiri merujuk kepada pakar-pakar video untuk menentukan kesahihan video tersebut yang kini telah tersebar meluas. Begitu juga teknologi canggih seperti pengecaman-muka perlu digunakan untuk mengenalpasti pelaku dalam video itu.

Segala usaha-usaha ini bebas dari apa-apa yang dilakukan oleh pihak-pihak lain. Ianya semata-mata untuk membantu pemimpin-pemimpin PAS membuat keputusan yang tepat dan bijak. Sambil memohon kepada Allah swt untuk memberi petunjuk, segala kepakaran yang sedia ada perlu digunakan untuk memberi penentuan. Berserah kepada Allah swt tetapi unta masih perlu ditambat juga.

Sebaliknya, apa yang dilihat umum ialah pemimpin-pemimpin PAS mengeluarkan kenyataan yang bercanggah-canggah. Mursyidul Am yakin Anwar tidak melakukan zina. Nik Aziz membuat kenyataan tanpa menonton video tersebut. Setiausaha Agung menyeru supaya menunggu keputusan siasatan polis. Mustapha Ali pula membuat kenyataan setelah dikatakan menonton video tersebut.

Pasukan polis yang menjadi rujukan Mustapha Ali adalah pasukan polis yang dilabel oleh PAS sebagai tidak adil dan tidak bebas.

Dalam masa yang sama, pemimpin-pemimpin PAS bersikap seolah-olah isu ini tidak wujud. Calon Timbalan Presiden, Mat Sabu pada satu sidang media telah menyatakan tidak akan melayan soalan-soalan mengenai video tersebut. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Halim Rahman pula menyatakan bahawa muktamar PAS 2011 tidak akan membincang isu video seks. Ada pemimpin-pemimpin PAS yang sanggup menjadi burung unta yang lebih selesa menimbus kepala dalam pasir.

Sama ada mendapat restu atau tidak dari pucuk pimpinan PAS, ahli-ahli PAS dan rakyat biasa tetap akan membincang isu video seks. Implikasi isu ini amat getir bukan hanya kepada keutuhan PAS sebagai sebuah “hizbullah” tetapi rakyat Malaysia turut, khususnya orang melayu, akan berpecah belah.

Yang membuat akar umbi PAS dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat amat gusar, lebih dari kandungan video tersebut, ialah tindak-tanduk Anwar setelah pendedahan dibuat. Banyak persoalan yang timbul:

Mengapa Anwar tidak mengumumkan identiti alibi-alibi beliau?

Mengapa penjelasan Anwar tentang ketidakhadirannya dalam ruang “Twitter” pada masa video dirakam amat mengelirukan?

Mengapa tidak ditunjukkan kepada umum jam Omega, jam yang dikatakan oleh Anwar dan Wan Azizah masih disimpan oleh Wan Azizah?

Mengapa tidak membuat sumpah laknat?

Mengapa tidak membuat ujian “polygraph”?

Mengapa tidak merujuk kepada pakar-pakar yang profesional dan bebas tentang kesahihan video tersebut?

Mengapa Anwar tidak menyaman malu individu-individu yang membuat pendedahan?

Mengapa Anwar gagal untuk mengesahkan persahabatan beliau dengan Eskay Abdullah?

Tindak-tanduk Anwar tidak mencerminkan kewibawaan beliau sebagai seorang pemimpin yang bijak menangani sebarang krisis.

Jika sah video tersebut palsu, PAS wajib mengembelingkan segala tenaga untuk menghukum pihak pemfitnah. Dataran Merdeka akan bertukar menjadi Dataran Tahrir. Tidak cukup bumi untuk pemfitnah melarikan diri. PAS secara “default” akan menjadi pemimpin kepada sebuah gerakan massa yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan.

Jika sah video tersebut benar, PAS wajib menyisihkan seorang penzina. PAS akan dianggap sebagai satu parti politik yang berprinsip kerana sanggup mengenepikan kepentingan politik demi menegakkan hukum Allah swt. Sekaligus membuat parti-parti politik yang mengamalkan resam “matlamat menghalalkan cara” kelihatan kerdil bagai melukut di tepi gantang.

Isu video seks Anwar Ibrahim bukanlah satu musibah tetapi satu rahmat kepada PAS. Inilah peluang keemasan untuk PAS membuktikan ia benar-benar sebuah “hizbullah’. PAS sebenarnya kini berada dalam keadaan “menang-menang”.

sumber dari AAKJ.

9/7/11 ADALAH NO DAJJAL...MAKA AMBIGA DAN ANWAR IBRAHIM JUGA DAJJAL

9-11
Illuminati dan para freemason amat menekankan dengan sihir nombor seperti mana Allah juga mempunyai nombor-nombor yang misteri dalam Al Quran. Nombor-nombor mereka tidak banyak hanya 3, 7, 9,11,13, 33, 39. Manakala misteri nombor-nombor dalam Al Quran tidak terkira banyakknya. Nombor-nombor Iluminati adalah nombor-nombor yang dipilih dan dipuja dengan mentera supaya mendapat pertolongan syaitan, iblis, jin kafir dan Dajjal supaya mendapat pertolongan mereka. Maka, sekirannya masa itu telah tiba, akan datanglah laknatullah ini bagi menjayakan segala perancangan Iblis menyesatkan dan memusnahkan manusia tidak mengira Islam atau bukan Islam asalkan cucu cicit Adam dan Hawa.

Perancangan jahat Illuminati juga berkisar dalam nombor-nombor tersebut. Ia memudahkan kita sebagai umat nabi muhamad agar sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga dengan permainan Dajjal.

9-11 - Tragedi runtuhan World Trade Center telah memberikan impak yang amat besar pada umat islam sedunia. Sudah tentu masa itu telah disihirkan.

Tragedi World Trade Centre (WTC) 11 September 2001 mungkin tidak akan pernah dilupakan dalam sejarah dunia.Konon kabarnya kejadian ini sudah diramal ratusan tahun sebelumnya oleh peramal Nostradamus. Namun ternyata ada misteri lain di sebalik peristiwa ini, misteri angka 11. Mungkin bermula dari kedudukan menara kembar yang menyerupai dua buah angka satu (11) atau mungkin peristiwa ini terjadi di tanggal ke-11.Berikut alalah misterinya.......

Misteri yang menghubungkan tokoh/tempat dengan angka 11 :

1. New York City memiliki 11 huruf.
2. Afghanistan memiliki 11 huruf.
3. Ramsin Yuseb ( pengganas yang menyerang WTC ) memiliki 11 huruf.
4. George W Bush memiliki 11 huruf.
5. WTC membentuk angka 11.

1. New York adalah negara bagian ke 11.
2. Pesawat pertama yang melanggar WTC memiliki nombor penerbangan ke 11.
3. Pesawat itu mengangkut 92 orang penumpang, 9+2 = 11.
4. Pesawat kedua yang melanggar WTC mengangkut 65 orang penumpang,6+5= 11.
5. Tragedi itu terjadi pada 11 September, 9/11, 9+1+1 = 11
6. Tanggalnya sama dengan Nombor Kecemasan Amerika yaitu 911, 9+1+1 = 11.

Jika fakta yang umum diatas masih dianggap kebetulan belaka, maka mari kita cuba teliti lebih dalam lagi.

1. Kejadian ini merupakan kemalangan pesawat yang ke 254, 2+5+4 = 11.
2. September 11 adalah hari ke 254 dalam tahun itu, 2+5+4 = 11.
3. Pengeboman Madrid terjadi pada tanggal 3/11/2004, 3+1+1+2+4 = 11.

Bagaimana? masih penasaran? Sebagai analisis terakhir, mari kita lakukan bersama-sama dengan data yang ada. Pertama, sila buka Microsoft Word di laptop/PC anda. Kemudian ikuti petunjuk dibawah.

1. Taip Q33 NY, ini adalah nombor pesawat pertama yang melanggar WTC.
2. Tebalkan (bold) Q33 NY.
3. Ganti ukuran font menjadi lebih besar ( 48 atau 72 ).
4. Ganti jenis font menjadi WINGDINGS 1
5. Jika anda sudah mencuba pasti anda akan terkejut melihat apa yang terjadi.

Memang susah di percayai. Akan Tetapi nyatanya 11 Adalah Angka Yang Misteri
Perhimpunan Bersih 7-9-11 atau 9-7-11 adalah nombor misteri yang mempunyai sihir yang tersendiri

Masanya semakin hampir, 13 Mei akan berulang, yang pasti ramai orang-orang melayu akan terbunuh akibat persengketaan sesama sendiri. Lebih malang Bersih yang akan mati bersama dengan pejuang kafirun Ambiga. Astaqfirullah.


Sekarang kita akan tengok nombor-nombor Dajjal yang lain 3, 7, 9,11,13, 33, 39 yang semestinya disebarkan dalam bentuk-bentuk perfileman US yang 99.9% dikuasi oleh yahudi dan syarikat multinasional pemilik asal yahudi laknatullah. Kebanyakan misteri-misteri nombor ini banyak difilemkan dengan cerita-cerita berbentuk seram yang memuja Iblis dan Syaitan atau penyiksaan manusia yang amat kejam.

Tragedi 13 Mei pembunuhan besar-besaran antara melayu dan cina berlaku dai Malaysia. Nombor 13 itu sendiri adalah nombor yang telah disihirkan

Friday, July 22, 2011

PEMBANGKANG CUBA MENJATUHKAN KREDIBILI POLIS,

KUALA LUMPUR 21 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mendedahkan rakaman video situasi sebenar perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu bagi menangkis tohmahan terhadap pasukan tersebut.

Dalam rakaman selama 1 jam 30 minit itu, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid memberi taklimat kepada media dan beberapa NGO berhubung beberapa kejadian yang telah diputar belitkan oleh pihak tertentu dengan tujuan mencemarkan imej PDRM.

Antaranya mengenai tohmahan melibatkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mendakwa dirinya dilanggar kenderaan polis, tindakan provokasi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua terhadap pihak polis dan peristiwa tembakan gas pemedih mata di Hospital Tung Shin.

Turut ditayangkan situasi melibatkan peserta perhimpunan, Allahyarham Baharudin Ahmad, 59, yang didakwa meninggal dunia kerana sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata dan rakaman mengenai peserta perhimpunan Bersih, Shuhardi Md. Isa yang didakwa sebagai Baharudin.

Dalam kes melibatkan Mohamad Sabu, rakaman video menunjukkan peta perjalanan Timbalan Presiden Pas itu yang membonceng sebuah motosikal bersama seorang lelaki menggunakan Jalan Maharajalela dari Mandarin Court ke lokasi kejadian di kawasan perumahan Sri Bukit Persekutuan, di sini.

Ia memaparkan motosikal yang dinaiki Mohamad Sabu tidak dilanggar oleh kenderaan polis seperti mana didakwa oleh beliau, sebaliknya beliau terjatuh sendiri selepas membuat pusingan U di kawasan tersebut.

Salleh berkata, hasil siasatan menunjukkan Mat Sabu terjatuh selepas motosikal yang dinaiki hilang kawalan di sebelah kanan jalan.

"Hasil pemeriksaan kesihatan menunjukkan tiada kecederaan serius disebabkan kemalangan dan beliau hanya mendapat rawatan pesakit luar," katanya ketika menyampaikan taklimat tersebut di Dewan Teater Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini.

Salleh memberitahu, pihaknya sedang mencari seorang lelaki dikenali sebagai Shuhardi Md. Isa dipercayai peserta utama yang bertindak membangkitkan provokasi terhadap polis ketika perhimpunan haram itu.

Beliau berkata, terdapat empat tindakan provokasi Shuhardi yang berjaya dirakam pihak polis iaitu mengadakan solat di tengah Jalan Pudu, mengarahkan peserta-peserta perhimpunan supaya duduk dengan dialog "polis tidak datang kita gagal, jika tidak datang kita gagal", mara ke arah polis ketika diarahkan bersurai dan berlakon sesak nafas yang telah dimanipulasi pihak tertentu sebagai Baharudin.

Tohmahan berhubung kematian Baharudin pula jelas ditunjukkan menerusi rakaman video di bangunan Avenue-K ketika Allahyarham berlari memasuki bangunan berhampiran Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada hari kejadian pada pukul 4.30 petang.

Rakaman itu turut menunjukkan sebuah ambulans tiba di lokasi kejadian pada pukul 5.07 petang untuk membawa Allahyarham ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), selepas pihak kecemasan menerima panggilan kira-kira 17 minit sebelum itu.

Menurut Salleh, rakaman dari menara KLCC dan Avenue-K menunjukkan tiada gas pemedih mata dilepaskan di lokasi KLCC dan tiada anggota polis berada di lokasi Allahyarham meninggal dunia, sebaliknya bantuan awal diberi anggota polis bantuan.

"Hasil bedah siasat menunjukkan Allahyarham tidak mengalami sebarang kecederaan di luaran atau dalaman seperti lebam, calar atau luka serta menjelaskan kematiannya mempunyai kaitan dengan serangan jantung.

"Berikutan itu, ia jelas menafikan tohmahan Allahyarham meninggal dunia akibat dipukul polis dan terkena gas pemedih mata," katanya lagi.

Dalam kejadian sebenar di Hospital Tung Shin, Salleh berkata, pihaknya mengakui gas pemedih mata dilepaskan bagaimanapun ia dilakukan di lorong tengah antara sebuah bangunan kosong dan hospital berkenaan.

Mengenai situasi di Stesen KL Sentral yang melibatkan Tian Chua, beliau berkata, polis telah mengeluarkan sembilan kali amaran supaya penunjuk perasaan bersurai tetapi mereka berdegil dan terus melakukan provokasi.

''Rakaman video menunjukkan aksi-aksi provokasi Tian Chua terhadap pihak polis,'' katanya.

Secara keseluruhan, Salleh menegaskan, tiada sebarang kecederaan serius atau kematian yang dikaitkan secara langsung pada hari perhimpunan haram.

Rakaman itu turut menunjukkan layanan baik polis terhadap pemimpin Bersih termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Zulkifli Ahmad dan Pengerusi Bersih Datuk S. Ambiga,

Sehubungan itu, beliau menasihati mana-mana pihak agar tidak memuat naik sebarang bahan atau artikel yang tidak menggambarkan situasi atau fakta sebenar perhimpunan haram berkenaan.

"Pihak polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang menyiarkan laporan dan dakwaan palsu.

"Jika terdapat rakaman yang menunjukkan pihak polis melakukan tindakan menyalahi SOP, sila tampil membuat laporan polis dan kita akan siasat. Mana-mana anggota atau pegawai yang melanggar SOP akan dikenakan tindakan sewajarnya," kata beliau.

sumber dari : utusan malaysia

Wednesday, July 20, 2011

KAFIR MENGKAFIR SESAMA AGAMA SENDIRI.- TUN M AMAT KECEWA

Terdapat sebahagian umat Islam di negara ini terlalu mudah dikelirukan hingga sanggup mengkafirkan sesama agama yang menjalinkan kerjasama dengan orang bukan Islam apabila pemimpin mereka berpendirian sedemikian.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, mereka begitu fanatik dan akan mengutuk serta mengkafirkan golongan Islam yang menjalinkan kerjasama dengan bukan Islam.

Bagaimanapun katanya, jika pada esoknya pemimpin mereka mengatakan perkara sebaliknya iaitu kerjasama dengan bukan Islam dibenarkan, para penyokong mereka sedia melupakan tuduhan kafir yang dilemparkan sebelum ini.

"Orang Islam seperti ini mudah dikelirukan. Sekiranya pemimpin mereka kata siapa yang menjalinkan kerjasama dengan orang bukan Islam sebagai kafir, maka kafirlah orang Islam berkenaan.

"Namun, apabila pemimpin sama mengatakan boleh bekerjasama dengan orang bukan Islam pada keesokannya, maka mereka akan kata ya, sekali gus melupakan tuduhan kafir kepada pihak satu lagi," katanya.

Mahathir berkata demikian dalam blognya di http://chedet.cc/blog/ hari ini.

Dalam blog itu, beliau turut mengulas mengenai kemunduran dan kemiskinan yang dialami oleh dunia Islam ketika ini dan kegagalan negara-negara tersebut muncul sebagai negara membangun.

"Soalnya sekarang kegagalan ini bukan disebabkan agama. Islam yang dibawa oleh Rasulullah 1,400 tahun lalu telah didatangkan dengan cukup sempurna.

"Namun, selepas zaman Rasulullah, telah berlaku penafsiran tentang agama oleh para sarjana Islam yang tulen serta golongan yang mengaku pakar tetapi sebenarnya penipu.

"Keadaan ini menyebabkan sebahagian daripada penafsiran ini berbeza sama sekali dengan Islam yang sebenar," ujarnya.

Di Malaysia katanya, terdapat pertubuhan al-Arqam dan Ayah Pin yang secara terang kedua-dua fahamannya bertentangan dengan Islam.

"Dua fahaman ini mempunyai pengikut masing-masing. Mereka percaya dengan apa yang dibawa oleh kedua-dua fahaman ini. Dalam dunia Islam yang lain terdapat banyak kumpulan yang serupa dengan al-Arqam dan Ayah Pin," ujarnya.

Dalam perkembangan sama beliau berkata, sudah tiba masanya umat Islam kembali mengamalkan ajaran Islam sebenar dengan menjadikan al-Quran dan hadis sebagai rujukan paling utama supaya negara-negara Islam mampu bangkit seperti negara-negara yang lain.

sumber dari: UTUSAN MALAYSIA.

Dato Seri Najib tak habis lagi ka..!!!!!, cukup cukup la tu,

entry arab kali ini berkisar pada cerita blog pembangkang yang terus menerus menyerang dari berbagai sudut untuk rakyat membaca dan terus membenci kepimpinan DS Najib dengan harapan satu fitnah satu undi PR, 

selepas BERSHIT gagal, selang beberapa hari tak semena mena isu cincin yang kononnya di beli oleh Datin Rosmah harganya mencecah 24juta, siap dengan photo lagi bagi mengambarkan cerita itu benar, blog2 pro umno dan BN berjaya menepis segala tohmahan, ternyata cerita itu semuanya bohong, 

cerita terbaru pulak, blog haram jadah dari pembangkang telah mnyiarkan beberapa photo DS Najid bersama Pope Kristian, mereka berjaya mengimposekan photo itu hinggakan sekali pandang rakyat akan percaya, malangnya setelah di halusi secara dalam rupa nya photo itu ternyata ada niat jahat, dan lagi sekali blog2 pro umno dan bn membongkarkan itu semua satu fitnah, KLIK SINI

apa mereka ini tak ada kerja lain ka,,,, hanya spin isu fitnah saja, sungguh tak bertanggungjawab langsung, yang arab tak faham yang membaca pun boleh terima bulat bulat, benar lah orang kata, kalu dah benci sampai ke tulang hitam, apa saja yang datang singgah di hati mereka....itu lah yang benar melainkan yang benar,

Tuesday, July 19, 2011

Pemuda UMNO desak Anwar jelaskan tentang REVOLUSI

KUALA LUMPUR -Pergerakan Pemuda UMNO menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim memperjelaskan maksud sebenar di sebalik istilah revolusi yang beliau gunakan selepas perhimpunan haram Bersih, baru-baru ini.

Ketua Penerangannya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, kenyataan Ketua pembangkang tersebut bahawa negara ini sudah menghampiri revolusi telah menimbulkan persoalan di kalangan rakyat.

''Kita hendak tahu apakah bentuk revolusi yang Anwar ingin bawa? Apakah ia hanya menukar kerajaan sahaja atau sekali gus menukar 'rupa bentuk' dan tiang seri Perlembagaan negara termasuk menidakkan Sistem Raja Berperlembagaan,'' katanya.

Reezal Merican berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini Anwar dikecam pelbagai pihak apabila memberitahu media Indonesia bahawa Malaysia semakin hampir revolusi berikutan perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu.

Reezal Merican berkata, di sebalik apa yang berlaku di dalam perhimpunan haram Bersih itu terdapat perkara lebih besar perlu dikaji dan dinilai oleh pihak berkuasa.

''Kalau kita mengkaji laporan media-media pro pembangkang jelaslah revolusi yang dikatakan oleh Anwar bukanlah satu mainan media semata-mata tetapi ia sesuatu yang sangat nyata,'' katanya.

Beliau berkata, apa yang membimbangkan ialah Bersih mempunyai agenda tersirat termasuk mencetuskan kemarahan rakyat yang maksimum kepada kerajaan.

''Buktinya wujud kecenderungan penipuan termasuk 'mempolitikkan' kematian seorang penyokong Bersih, adakah ini sebahagian daripada grand design bagi mencetuskan revolusi,'' katanya. 

sumber dari: penang online.

Wednesday, July 13, 2011

PELAKON HARAM JADAH...!!!!!

pelakon utama yang cukup menjijikan, pakai je kopiah putih, tapi perangai macam sial, adalah lah lebih baik hang pi sembahyang kat tokong ...orang hindu pun tak buat perangai mcam hang nie. ini lah sifat2 orang jahilliah,

tahu tak kenapa arab marah sangat..marah kerana lakonan dia ini yang buat buat mampus, bab kata dalam filem kl gangster. " ABG BESAR SUDAH KELUAR, WA INGAT LU SUDAH MAMPUS" telah menghura harakan fikiran rakyat, rakyat marah pada kekejaman polis, jadi kami bloggers2 yang bertanggungjawab nak sampaikan berita yang benar melainkan benar kepada rakyat, bukak mata sikit, untuk cerita  klik sini 

Tuesday, July 12, 2011

PUAK PUAK BERSIH MASIH BERNASIB BAIK...!!!!





dua video di atas patutnya menjadi pengajaran kepada semua,,,, Polis kita masih yang terbaik untuk menjaga keamanan.. aku rasa kalu puak2 bersih nie kat US...mampuihhh katak lah depa tu semua...!!!!

Abang besar sudah keluar,wa ingat lu sudah mampos

ini muka kemek dia,, 
 
dua photo nie nampak sakit ke..nampak macam kena belasah tak...macam tu lah dia dok jual rakyat ngan harga seduit sekupang...

Monday, July 11, 2011

Sunday, July 10, 2011

UMNO PENCETUS DEMO GANAS KATA LIM GUAN ENG.

petang tadi sewaktu arab minum petang, ada kawan telephone melaporkan DAP telah mengedar risalah dari rumah ke rumah,
 UMNO adalah pencetus demo ganas, ketua menteri kerajaan DAP pulau pinang yang maha celaka telah menyebar risalah kepada rakyat pulau pinang bagi membenci UMNO,
ketua menteri tidak boleh tidur lena sekarang, baru padan muka hang wahai celaka. lim guan eng baru kenal langit itu tinggi,

Majlis Penerangan UMNO

KUALA LUMPUR: Seramai hampir 6,000 orang membanjiri Dewan Merdeka pada pagi Ahad untuk menghadiri sesi khas bersama Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan mejelaskan tentang beberapa isu terkini.

Antara mereka yang hadir di majlis yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) adalah pemimpin atasan cawangan dan wakil badan bukan kerajaan Melayu.

Hadirin yang datang adalah begitu ramai sehingga kerusi yang disediakan ditambah bilangannya namun masih ramai yang dilihat terpaksa berdiri.

Malah keadaan dalam dewan agak sesak sehingga ramai yang tidak dapat masuk dan terpaksa mendengar ucapan Perdana Menteri dari luar dewan.

Sambutan terhadap ucapan Perdana Menteri dilihat sangat menggalakkan dengan orang ramai memberi respon semasa beliau menerangkan tentang beberapa isu termasuklah mengenai perhimpunan Bersih yang diadakan pada Sabtu dan beberapa isu politik.

Sumber: mystarlonline


Sent from my iPhone

Thursday, July 7, 2011

Kerajaan disaran merampas pasport Anwar Ibrahim

Kerajaan disaran merampas pasport Anwar Ibrahim bagi menghalang Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu daripada pergi ke luar negara dan memburuk-burukkan kerajaan Malaysia.Saranan itu disuarakan oleh saksi utama kes liwat ketua pembangkang itu pada 1998, Ummi Hafilda Ali yang mahu pergerakan Anwar disekat agar suara kecaman dan penghinaan terhadap negara tidak lagi didengar oleh masyarakat antarabangsa.

Ummi Hafilda turut mengulangi permintaan supaya Majlis Raja-Raja mempertimbangkan supaya menarik balik gelaran dan darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Anwar ketika berkhidmat dalam kerajaan dahulu.Katanya,Anwar tidak layak dipanggil Datuk Seri kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu adalah bekas banduan,selain terbabit dalam pelbagai isu moral yang tidak selari dengan gelaran serta darjah kebesaran yang dimilikinya, .KLIK SINI :untuk cerita seterusnya.


Monday, July 4, 2011

Susan Loone: PEMBUAT FITNAH SEBENARNYA..!!!!

ini lah wajah wartawan malaysiakini yang tidak bertanggungjawab itu. So, berhati-hati dan jangan lagi percaya laporan yang di tulis oleh minah ini!

Di manakah Ambiga pro-murtad Bersih yang beria-ia mahukan keadilan di dalam media perdana sedangkan portal pro-pembangkang kaki penipu dan tidak mahu mengaku kesalahan mereka?

Sunday, July 3, 2011

PUTERI UMNO BATU KAWAN PULAK MEMBUAT LAPORAN POLIS

Puteri UMNO Bahagian Batu Kawan  hari ini membuat laporan polis bagi mendesak supaya pihak berkuasa melarang perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dijadualkan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

Cik Nuraina Safura Ketua Puteri Umno membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini dan mendesak polis mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur iaitu Badan Pengerak Demokrasi dan Mobilisasi Pas.

Penganjuran perhimpunan itu, hanya akan menjejaskan ekonomi negara kerana ia akan menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak selamat kepada pelabur-pelabur asing," katanya selepas membuat laporan polis.



NAJIB DAH MENGAMUK....!!!!

PASIR PUTEH 2 Julai – “Ambiga jangan fikir kuat sangat.” Demikian peringatan keras Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga yang tetap berdegil untuk mengadakan perhimpunan haram di ibu negara pada Sabtu ini.

Perdana Menteri berkata, majoriti rakyat, termasuk lebih 20,000 yang hadir pada Majlis Bersama Rakyat di padang Sekolah Kebangsaan Sri Aman dekat sini, menentang sebarang tindakan pihak terbabit untuk mencetuskan kekecohan di ibu negara sehingga boleh menjejaskan keamanan dan ekonomi negara.

Katanya, sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO, beliau boleh mengarahkan ahli-ahli parti untuk berdepan dengan kumpulan tersebut tetapi tidak berbuat demikian kerana mengambil kira kesan buruk yang mungkin berlaku.

Katanya, jika kacau-bilau berlaku, keadaan itu akan menjejaskan kestabilan ekonomi dan menjejaskan perjuangan pemimpin BN terdahulu dalam membangunkan negara sehingga maju ke tahap ini, tetapi hendak dirosakkan oleh Ambiga.

“Jadi, Ambiga janganlah fikir kuat sangat, kita kenal siapa Ambiga. Kita tidak akan tunduk kepada Ambiga sama sekali, kita akan perjuangkan yang benar. Kita simpan kuku kita dulu, kita jangan hunus keris kita sebab kalau ambo (saya) bagi isyarat, semua boleh pakat-pakat turun.

“Kita jangan (turun), sebab kita tidak mahu ada perbalahan terbuka dalam negara sebab bila ada demonstrasi jalanan, mungkin ada orang yang tidak boleh kawal perasaan, boleh timbul huru-hara dalam negara.

“Kita sudah payah bina negara, pemimpin dulu kerja sampai mati nak bangunkan negara, nak jadi Malaysia negara contoh, pemimpin dulu banyak berjasa sebab itu kita hidup dalam negara aman damai. Tapi Ambiga nak rosakkan ini semua,” katanya berucap pada Majlis Bersama Rakyat itu di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Ketua UMNO bahagian, Zawawi Othman.

Menurut Perdana Menteri, matlamat perhimpunan haram itu bukan untuk membersihkan pilihan raya, kerana ternyata Pas boleh memerintah Kelantan lebih 21 tahun dan pembangkang menang di lima negeri pada pilihan raya umum lalu.

Katanya, keadaan itu menunjukkan demokrasi di negara ini adalah lebih baik dan tidak sama seperti di negara Asia Barat seperti Mesir, di mana parti memerintah memenangi 95 peratus kerusi dalam pilihan raya dan memerintah selama 30 tahun.

Justeru, beliau pelik dengan tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang sanggup bersekongkol dengan Ambiga dalam gerakan itu bagi merosakkan keamanan negara.

Ini kerana katanya, Ambiga merupakan orang yang cuba mengganggu-gugat Islam, dan UMNO serta BN mesti menegakkan kebenaran.

“Apa sudah jadi dengan pemimpin Pas,” soalnya sambil mengingatkan rakyat dalang paling besar di sebalik perhimpunan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, beliau yang melihat angin perubahan sedang bertiup di Kelantan, menyatakan janji BN untuk membawa pembangunan ke negeri ini sekiranya rakyat Kelantan memberi mandat kepada parti itu.

sumber utusan malaysia.
komen BMA, PM memang patut dah rasa geram dan marah,
Related Posts with Thumbnails