Wednesday, June 29, 2011

ANWAR IBRAHIM LAKNATULLAH.!!!!


2:159. Orang-orang yang menyembunyikan bukti-bukti yang jelas, dan petunjuk yang Kami menurunkan, setelah Kami memperjelaskan kepada manusia di dalam al-Kitab, mereka dilaknati Allah, dan mereka dilaknati para pelaknat,
Perkataan yang digunakan dalam ayat ini adalah yaktummuna - untuk menyembunyikan. Untuk menyembunyikan kebenaran itu jelas perbuatan tidak dianggap sebagai tindakan yang benar. Orang menyembunyikan kebenaran apabila kebenaran tidak memihak kepada kes mereka. Apabila kebenaran memihak kepada mana-mana mereka, maka mereka tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan kebenaran.

ihsan perkataan dan ikhlas adalah amat penting dalam Islam. Orang yang menyembunyikan kebenaran, tidak mempunyai muhsinin yang tidak mereka dianggap sebagai mukhlisin. Ihsan ialah kesucian dan ikhlas adalah ikhlas. Jika anda adalah suci dan ikhlas, anda tidak akan mengambil jalan keluar dengan menyembunyikan kebenaran.

Ia amat jelas dari pendedahan oleh Johari Abdul, Wan Azizah berbohong di TV secara langsung ke seluruh Malaysia bahawa dia mempunyai Watch Omega dengannya. Penipu. Kita diperbodohkan Bulat-Bulat oleh pasangan Suami isteri ini demi untuk nafsu rakus menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Sekarang ini pasangan yang sama ingin menganjurkan perhimpunan BERSIH supaya untuk memastikan pilihan raya bersih dan adil. Sejak wahyu tentang jam Omega, jelas Wan Azizah Kotor dan Anwar Ibrahim adalah penjual syaitan.

Wan Azizah Liar dan Anwar Ibrahim Laknatullah. Saya mengulangi ayat al-Quran lagi
2:159. Orang-orang yang menyembunyikan bukti-bukti yang jelas, dan petunjuk yang Kami menurunkan, setelah Kami memperjelaskan kepada manusia di dalam al-Kitab, mereka dilaknati Allah, dan mereka dilaknati para pelaknat,
sumber dari: sahabat.

arab nak kata: Allah itu Maha Adil, terima kasih kepada Allah kerana memberi pertunjuk selepas solat hajat yang rakyat telah buat satu ketika dulu, adakah orang ini akan melawan takdir pulak, nak buat solat hajat lagi ka...sila lah buat lagi wahai puak puak pakatan bodoh dan bengong..!!!

BERSIH LAH DIRI ANDA DULU SEBELUM NAK BERSIH PILIHANRAYA.

Tuesday, June 28, 2011

SAM KETOT TERKANTOI SUDAH..!!!! BERSIH MAU JADI APA..!!!

Gara-gara ucapan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin yang ancam mahu mengulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat ‘menerusi jalanan’ jika tuntutan Bersih tidak dipenuhi telah mencetuskan gelombang reaksi.
Isnin malam kira-kira 700 Pemuda UMNO berkumpul depan ibu pejabat PKR di Merchant Square, Tropicana,Petaling Jaya untuk meluahkan rasa geram dan marah.Ia dilihat sebagai pengakuan terbuka motif sebenar PKR dan pakatan pembangkang disebalik rancangan perhimpunan Bersih.

Kumpulan tersebut datang dengan 500 buah motorsikal dan 70 kereta itu sebagai tanda bantahan terhadap ucapan Shamsul dan sekaligus memberi peringatan kepada PKR agar tidak meneruskan hasrat mengadakan perhimpunan haram 9 Julai ini.

Mereka diketuai oleh Exco Pemuda UMNO, Lokman Noor Adam.Beliau disertai bersama beberapa lagi pemimpin UMNO negeri dan bahagian Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Menurut Lokman, hakikat sebenar demonstrasi (Bersih) 9 Julai ialah untuk merampas kerajaan dengan cara demonstrasi jalanan setelah gagal melalui proses demokrasi (pilihan raya umum ke 12) 2008 dan gagal beli ahli parlimen pada 16 September.

Lokman yang terkenal dengan aksi demonstrasi sewaktu memimpin pemuda PKR dulu dalam satu mesej di laman sosial twitter berkata, kalau untuk perjuangkan Anwar dulu beliau dilokap lapan kali dan ditahan ISA dua kali.

“Kali ini untuk pertahankan kedaulatan negara yang nak kamu guling ini.... NYAWA SAYA sanggup saya serahkan,” katanya.

Lokman juga menafikan bahawa Pemuda UMNO yang berkumpul di depan pejabat PKR mahu membakar bangunan tersebut.

Shamsul dalam ucapannya di satu majlis yang dapat dilihat di youtube berkata rakyat mempunyai dua cara untuk menjatuhkan kerajaan, samada melalui pilihan raya atau jalan raya.
Ramai yang terkejut dan marah mendengar ucapan itu yang turut disiarkan oleh Buletin Utama TV3 malam Isnin.

Mengulas mengenai perkara itu, Naib Pengerusi Unit Pidato Pemuda Barisan nasional (BN) Armand Azha Abu Hanifah berkata ucapan Shamsul tersebut mempunyai unsur subversif dan boleh memudaratkan keselamatan negara.

“Pemuda UMNO akan pertahankan kerajaan yang dipilih oleh rakyat ini dengan apa saja cara,” ujar bekas ketua Wira Perkasa itu.

“Bila pulak kami ugut nak bakar pejabat PKR, pejabat itu bukan pejabat PKR… pemilik bangunan itu sendiri mahu bangunan itu dilelong,”katanya.
Beliau turut mengesahkan seramai 15 orang telah ditahan polis berikutan konvoi motorsikal tersebut.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Selangor Engku Salleh Engku Abd Jamal ketika dihubungi Agendadaily berkata tindakan tersebut adalah reaksi dari Pemuda UMNO terhadap tindakan Bersih yang mahu mengadakan perhimpunan haram 9 Julai ini.

“Kita nak bagitahu PKR bahawa jika perhimpunan tersebut tidak dibatalkan, Pemuda UMNO Selangor tidak akan bertanggungjawab lagi terhadap apa-apa kejadian buruk yang berlaku.

“Kita tidak boleh kawal ahli kita yang marah dengan tindakan mereka yang cuba menganggu ketenteraman awam di negara ini,” kata.

Tambahnya lagi, jika Bersih masih berdegil untuk meneruskan perhimpunan tersebut, maka mereka perlu berdepan dengan Pemuda UMNO dahulu sebelum berdepan dengan pihak berkuasa.

“Saya jamin, jika diteruskan, Bersih akan berdepan dengan Pemuda UMNO sebelum berdepan dengan polis,”katanya.

sumber dari MAT KILAU PENANG.

Friday, June 24, 2011

TAN SRI NOR MOHAMED YAKCOP: RMK-10 SETAHUN SELEPAS PELANCARAN

Kerajaan telah membelanjakan RM10 billion daripada peruntukan berjumlah RM230 billion di bawah Rancangan Malaysia ke 10,

Projek projek yang bakal digerakkan pada suku ketiga dan keempat akan menyumbang pertumbuhan ekonomi sebanyak 5% - 6% tahun ini

didalam RMK 10 ada projek yang diisi dengan beberapa unsur inovatif termasuk pengenalan rancangan boleh pinda atau "roling plan" di mana peruntukan projek akan dibuat setiap dua tahun

didalam rancangan boleh pinda pertama pada tahun 2011-2012 telah pun dilaksanakan manakala rancangan seterusnya akan dijalankan pagi tahun 2012-2013
Dengan memperkenalkan pelan boleh pinda satu penyelarasan peruntukan dapat dijalankan berdasarkan keupayaan kewangan semasa dan memberi fleksibeliti kepada kerajaan untuk mengambil keutamaan dan perubahan ekonomi domestik,

kerajaan tiap tiap tahun menilai cadangan baharu untuk memudahkan kementerian bagi kemukakan projek yang penting,

secara keseluruhannya RM230 billion dengan 55% untuk sektor ekonomi, sosial 30%, keselamatan 10% dan pertadbiran 5% kerajaan memperuntukan didalam RMK10

RM 103.6 billion telah diperuntukan di bawah pelan boleh pinda pertama yang mana sebanyak RM49.2 billion adalah untuk tahun ini.

Apabila banyak projek digerakkan kerajaan percaya pada suku ketiga dan keempat tahun ini akan lebih berkeyakinan dapat mencapai pertumbuhan ekonomi lebih tinggi dan pertumbuhan 5% - 6%. Pendekatan yang diambil kira dijangka akan membantu kerajaan menjimatkan kos purata projek 10%.

72 projek telah melalui proses pengurusan nilai RM 6.4 billion (19%) daripada kos projek berjaya dijimatkan.

ulasan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop untuk rancangan malaysia ke 10 selepas setahun di lancarkan.

KAMI PENCINTA KEDAMAIAN.

MERPATI PUTIH 
JANGAN LAH BERLEGAR DI SEKITAR AWAN
TURUN LAH ENGKAU MESKIPUN SEBENTAR 
DI BUMI YANG GERSANG

KU INGIN MENDENGAR CERITA MU
ADAKAH BERITA YANG GEMBIRA
KAU BAWA KEPADA DUNIA SERTA PENGHUNINYA
YANG TERLALU LAMA MENANTIKAN KHABAR
DARI MU TENTANG KEDAMAIAN UNTUK SEMUA

MERPATI PUTIH
KAU ADALAH LAMBANG KEDAMAIAN DUNIA
NAMUN MENGAPA SEJAK BUMI INI DILANDA GEGARAN.

SAYAPMU KAU KIBAR KAU PUN TERBANG
MENJAUH SEOLAH ENGGAN LAGI 
KEMBALI PADA BUMI INI 
YANG SEMANGKIN HAMPIR PADA KEHANCURAN
OLEH TANGAN TANGAN YANG KEJAM 
SINGGAH LAH MERPATI DEMI KAMI 
PENCINTA DAMAI 

 






Thursday, June 23, 2011

ANWAR IBRAHIM YANG BERJIWA RAKYAT KA...ATAU JIWA KACAU..!!!!


SEDANG BERSUKA RIA
SENANG HATI BETOI ANWAR YAAAA..!!!!
JANGAN KATA VIDEO INI UMNO YANG PUNYA TAU, TAPI ANWAR IBRAHIM YANG PUNYA....MUAKAKAKAKAKAKAAKAKA

Tuesday, June 21, 2011

ALAHAI KETUA PUTERI UMNO.....APA SUDAH JADI NIEE!!!!!

KLIK SINI UNTUK VIDEO PENUH

Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerlun, Kedah hari ini didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Jitra atas tuduhan khalwat dengan seorang lelaki.

Yusmawati Yaacob, 31 tahun didakwa mengikuti Seksyen 9(1) Akta Kanun Acara Jenayah Syariah Kedah 1988 manakala pasangannya, Mohd Jasmi Ismamil, 47, dituduh mengikut Seksyen 9(2) akta yang sama.

Sabit kesalahan, boleh didenda RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Kedua-dua pasangan itu ditahan sepasukan Pegawai Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Daerah Kubang Pasu dalam sebuah rumah di Taman Tengku Sarina, Jitra, jam 1:20 pagi, 11 Mei lalu.

Kedua-dua pasangan itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Hakim Sheikh Kamaruslan Mustapha menetapkan 4 Julai depan, tarikh sebutan semula kes.

Ini kerana peguambela tertuduh, Sukri Zakaria dan pendakwa syarie, Juliana Ramli perlu mengemukakan hujah masing-masing kepada mahkamah dalam tempoh dua minggu.

Monday, June 20, 2011

SEMBOYAN TELAH BERBUNYI

KUALA LUMPUR 19 Jun – Sebanyak 57 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), hari ini secara terbuka mengisytihar perang habis-habisan ke atas Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Nada keras tersebut dilaungkan sebulat suara oleh hampir 3,000 ahli NGO berkenaan yang mewakili pelbagai kaum di negara ini pada majlis pelancaran Gerak Aman iaitu kempen anti-Bersih di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, di sini hari ini.
Malah, kesemua mereka termasuk hampir 300 ahli masyarakat Cina dan India juga secara terbuka, melaungkan ikrar bersedia ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai satu bentuk pengorbanan kerana ingin mempertahankan keamanan negara.

Tidak cukup dengan pengisytiharan secara terbuka itu, kumpulan NGO tersebut kemudian membakar gambar Datuk Ambiga Sreenevasan, sebagai manifestasi kebencian dan kemarahan mereka terhadap Bersih sambil melaungkan ‘aman’ sebanyak tiga kali.

Pengerusi Gerak Aman, Datuk Ibrahim Ali berkata, puluhan ribu rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan anti-Bersih akan berkumpul di ibu kota pada malam menjelang 9 Julai, sebelum digerakkan secara besar-besaran keesokan harinya bagi menghalang perhimpunan Bersih.

“Kita sudah merayu kepada pihak Bersih supaya dihentikan demonstrasi ini, pihak berkuasa juga sudah memberi amaran kerana ia mengancam negara tetapi pembangkang dan Ambiga tetap berdegil. Jadi kami terpaksa bertindak demi keamanan negara.

“Kali ini kita sanggup berdepan apa sahaja kerana kami percaya demonstrasi Bersih ini tiada sebarang kaitan dengan pilihan raya, ia dicetus agar Malaysia jadi huru-hara seperti di Asia Barat bagi membunuh sistem demokrasi dan demi kepentingan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Oleh kerana inilah rentak dan tari Bersih, maka kami juga akan menari mengikut rentak yang sama. Kita akan menghalang mereka dengan apa jua kos sekalipun yang terpaksa kami tanggung,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran majlis tersebut.

Hadir sama Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin; Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar; Presiden Gagasan Melayu Perak, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail dan Ahli Majlis Tertinggi Perkasa, Mohd. Zahid Md. Arip.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, menyedari risiko tindakan undang-undang bakal dikenakan terhadap ahli Gerak Aman, Perkasa telah menyediakan seramai sembilan peguam untuk memastikan mereka yang ditahan mendapat pembelaan.

Sementara itu, Zulkifli memberitahu, mereka menentang Bersih bukan kerana menolak demokrasi, tetapi demi memastikan keharmonian yang dinikmati sejak lebih 50 tahun lalu tidak dimusnahkan oleh petualang negara yang berada di belakang demonstrasi tersebut.

Pada masa yang sama, beliau yang juga bekas peguam bela Anwar turut mengingatkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, supaya bersedia menghadapi penentangan sengit daripada Gerak Aman yang penuh dengan semangat nasionalisme. 

sumber : utusan malaysia.

PAS MENJADI JAMBATAN a.k.a BARUA KEPADA DAP DAN PKR.

 Takrifan BARUA di dalam Kamus Dewan - orang perantaraan yg digunakan utk mengerjakan sesuatu pekerjaan jahat, muncikari, alku, ketolol, pinang muda, jaruman; dll.

Jadi jika kita kaji takrifan ini maka PAS bukanlah sebuah Parti Islam Se-Malaysia lagi. PAS telah menjadi parti perantaraan antara PKR dan DAP. DAP dan PKR tidak perlu mengubah prinsip perjuangan mereka. Kerana impian Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri , kekuatan Pakatan Rakyat perlu dipertingkatkan. Oleh kerana DAP perlu kepada sokongan orang-orang Cina ekstremis maka PAS perlu membuang asas perjuangan ISLAM demi untuk mengambil hati orang-orang Cina ekstremis yang menjadi penyokong DAP.

Maka sekarang ini , apa bezanya UMNO dengan PAS kepada orang-orang Melayu yang menyokong PAS ? Bezanya PAS dengan UMNO lahir daripada falsafah PAS untuk memperjuangkan negara Islam dan hukum hudud. UMNO berhujah kepada PAS , jika diteruskan agenda negara Islam, maka orang-orang bukan Islam di Malaysia ini akan menentang. PAS telah tidak bersetuju dengan UMNO tetapi sekarang, demi mendapat sokongan DAP maka PAS telah menjadi BARUA No 1 dalam Pakatan Rakyat dengan membuang agenda Negara Islam dan Hukum Hudud.

Mari kita kaji bertapa PAS telah menyeleweng dari asas-asas penubuhan parti tersebut ;


Adapun Perlembagaan awal PAS yang digariskan itu mempunyai empat tujuan, iaitu:

PERTAMA: Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.
KEDUA: Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.
KETIGA: Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.
KEEMPAT: Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.


Maka sekarang ini , apa jawapan PAS terhadap pengikutnya-pengikutnya yang mempersoalkan keputusan PAS menggugurkan konsep Negara Islam dan diganti dengan Negara Kebajikan. Malahan, konsep ini telah diketengahkan dalam MANIFESTO PAS PUSAT - dalam pilihanraya 2008 - yang bertajuk - " Kerajaan Beramanah Adil dan Bersih, Menuju Negara Kebajikan.


Para pengkaji yang menganalisis perkembangan PAS ini mengatakan PAS telah mengalami empat jenis kepemimpinan iaitu kepemimpinan ulamak tradisi (1951-1956), kepemimpinan nasionalis kiri (1956-1969), kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan kepemimpinan ulamak haraki (1982-sekarang).

Tetapi bagi tahun 2008 hingga sekarang terdapat satu jenis lagi kepimpinan yang telah mengambil alih kepimpinan ulama haraki iaitu kepimpinan CENDIAKAWAN LIBERAL BERHALUAN ANWARIYUN. Kepimpinan inilah yang telah berjaya mentalkinkan Negara Islam dan Hukum Hudud PAS kerana telah menjadi BARUA DAP !

Sekarang PAS perlu memohon kepada ROS - Registrar of Society untuk menukar nama kepada Parti Kebajikan Semalaysia - PKS...

sumber dari ..people against opposition. 

Saturday, June 18, 2011

ZULKIFLI NOORDIN: SAYA BERDOSA

Arab tertarik dengan blog AIDC yang mendedahkan satu persatu segala perancangan jahat si Anwar ibrahim ini sejak tahun 1998,  

zulkilfli noordin. lokman noor adam, zahrain, ezam md noor adalah gurkha anwar ibrahim satu ketika dahulu. mereka lah antara perancang yang telah mengugat keamanan negara, 

ini lah strategi anwar ibrahim, dia akan menggunakan sesiapa saja untuk menyokong dia, sejarah 1998 berulang kembali pada tahun 2011, 

dibawah ini ada cerita dari AIDC, MESTI BACA. !!!!!!

AIDC : Saya difahamkan Dr Yusuf Qardhawi mengatakan Anwar tidak bersalah dan minta kes ini dibawa ke Mahkamah Syariah dan YB sendiri ada dalam pertemuan tersebut ?

Apabila Syeikh Yusuf Qardhawi datang, seperti yang saya sebut tadi, kita peguam, saya antara peguam, yang diminta supaya memberi taklimat kepada Syeikh Yusuf Qardhawi tentang isu Qazaf.

Kita punya perancangan pada masa itu, adalah mahu mendapatkan daripada Syeikh Yusuf Qardhawi tentang fatwa atau pendapatnya tentang isu Anwar iaitu isu Qazaf.

Jadi, sayalah orangnya yang memberi taklimat itu dan menyediakan soalan dalam bentuk (khusus) supaya dalam pemikiran Syeikh Yusuf Qardhawi, Anwar ini kena fitnah. Itulah gambaran yang kita bagi.

Kita langsung tidak cerita kes yang sebenarnya, (misalnya) Saiful ini (adalah) kakitangan Anwar. Kita tidak cerita yang Saiful ini mengadu diliwat.

Kita (hanya) beri gambaran (bahawa) ada fitnah tentang liwat ini. (Apabila) mendengar (penjelasan) macam itu, Syeikh Yusuf Qardhawi (terus) keluarkan fatwa, Qazaf.


Adakah ini dirancang oleh Anwar ?
Kita atur. Memanglah kita atur. Kita atur supaya keluar daripada mulut Syeikh Yusuf Qardhawi, pasal benda itu (untuk) dirakam. Kita nak (dengar) keluar dari mulut Syeikh Yusuf Qardhawi, ini fitnah..ini Qazaf, kita nak (yang) itu.

Jadi, saya main peranan beri gambaran kepada Syeikh Yusuf Qardhawi bahawa ini fitnah. Macam tahun 1998, ini fitnah, dituduh Anwar meliwat, gini-gini.

Memanglah, sebagai ulama yang diberi maklumat macam itu pasti dia akan (kata fitnah dan Qazaf). Dan apa yang kita plan itu, menjadi lah.

Maksudnya Syeikh Yusuf Qardhawi tidak diberi gambaran yang jelas?

Maksudnya beginilah, kita buat silap, kita mengaku buat silap lah. Saya antara orang yang buat silap itu. Dan saya perlu jumpa Syeikh Yusuf Qardhawi untuk perbetulkan balik.

Sebab kita nak beritahu, (bahawa) kita memang perdayakan Syeikh Yusuf Qardhawi supaya mempercayai (bahawa) Anwar ini difitnah.

Kita tidak beri gambaran (sebenar),iaitu (Saiful) ini kakitangan dia mengadu diliwat oleh Anwar. Kita tidak beritahu kepada Syeikh Yusuf Qardhawi ada DNA, ada itu..ini, kita tidak pernah beritahu (semua itu).

Kita tidak beritahu dia (Qardhawi), bagaimana kalau tidak boleh (kena) hudud tetapi boleh dita’zirkan. Kalau kita betul-betul orang yang mahu hukum Islam.

Tujuan kita masa itu, nak dapatkan daripada ulama besar ini, satu ayat daripada mulut dia, (iaitu) isu Anwar ini (adalah) isu fitnah, kena Qazaf. Itu yang kita buat.

Saya antara orang yang terlibat. Bila kita tengok balik, banyak dosa kita buat dalam benda macam ini. Sampai ulama macam itu pun, kita boleh perdayakan supaya percaya isu Anwar ini isu fitnah, isu Qazaf.

Sebab itu saya buat ucapan dalam Parlimen, kita dah buat silap dan saya minta rakan-rakan yang lain supaya jangan terus buat kesilapan yang sama.

Alhamdulillah, Allah sedarkan saya. Saya masih berkesempatan jumpa orang tertentu dan minta maaf. Dan saya dah buat.

Antara orang yang perlu saya jumpa ialah Syeikh Yusuf Qardhawi. Kalau lepas itu, Syeikh Yusuf Qardhawi, mungkin daripada maklumat sumber lain pula, masih lagi nak percaya, terpulang kepada dia. Itu bukan kerja saya dah.

Tapi, saya antara orang yang terlibat secara direct untuk mendapatkan fatwa Syeikh Yusuf Qardhawi, yang saya percaya kita merancang untuk perdayakan Syeikh Yusuf Qardhawi supaya keluarkan fatwa itu.

Saya bertanggungjawab untuk jumpa dia balik perjelaskan dan perbetulkan keadaan. kalau (masih) boleh diperbetulkan. Kalau dia tidak mahu perbetulkan, itu tanggungjawab dia. Sekurang-kurangnya saya sudah cuba perbetulkan kesilapan saya.

Kenapa Anwar perlu fatwa Syeikh Yusuf Qardhawi dalam kes liwat ini, (adakah) dia sendiri tiada perlindungan dalam dirinya sendiri ?

Sebab Anwar ini, dia faham mentaliti orang Melayu ini simple. Saya pernah sembang dengan Anwar, dululah.

Dia kata, Syeikh..orang Melayu ini, kalau hang keluar tv (telivisyen) dia percayalah. Sebab itu orang Melayu ini, (seandainya) “ustaz tv” keluar itu, (maka) betul lah itu.

Kalau kita bergaduh atau bertekak dengan orang Melayu, dia akan kata, hang siapa ? ustaz tv kata…dia ambil (pendapat) ustaz tv. Ustaz tv ini kira hebat.

Jadi, Anwar faham. Kalau ulama macam Syeikh Yusuf Qardhawi, boleh keluar fatwa bela dia, itu satu pembelaan yang hebat. Dia (akan) gunalah.

Anwar ini, dia akan guna siapa sahaja, siapa sahaja yang boleh membawa kepentingan kepadanya. Kalau esok (sudah) tidak ada guna, dia (akan) tendang begitu. Mudah.

Tahun 1998, Anwar menggunakan Datuk Dr Harun Din. 2008 menggunakan Syeikh Yusuf Qardhawi, kenapa tidak menggunakan Datuk Dr Harun Din lagi?

Tahun 1998, saya peguam yang menonjol, dilihat sebagai orang yang menjuarai isu anti-murtad. Dan antara orang yang saya kritik masa itu ialah Anwar Ibrahim. Sebelum pemecatan dia, sayalah orang yang kuat mengkritik dia sebab tak buat apa. Kau dah jadi Timbalan Presiden, beriya-iya berkhutbah ke sana-sini, tapi dalam isu murtad tidak buat apa-apa.

Baik, saya dah ada program ceramah apa semua nak buat. Bila berlaku kes Anwar Ibrahim, saya ingat lagi dia dipecat 2 September. Sebenarnya, 11 September 1998, saya suddah ada satu jadual ceramah perdana di Darul Syifa, tempat Harun Din. Anwar tahu itu, dia panggil saya. Dia kata, hang ada ceramah dengan Harun Din. Aa’ha besar, memang dah plan dah.

Memang besar dan sudah diwar-warkan sebelum Anwar kena pecat yang saya akan ada ceramah perdana dengan Datuk Dr Harun Din di situ.

Jadi, memang orang akan datang ramai, memang masa itu kalau ceramah ramai.

Apabila dia (Anwar) dapat tahu itu, kita bincang. Kita kata kita kena dapat endorsement ulama. Jadi, macam mana itu ?

Minta kat Datuk Dr Harun Din, boleh tak saya (Anwar) datang hari itu. Saya nak datang, saya nak ceramah.

Dan sayalah orang yang bodoh (ini) pergi telefon Harun Din. Saya beritahu Harun Din, Datuk minta maaflah, kita punya ceramah ini jalan. Tapi, Datuk Seri (Anwar) minta nak ceramah hari itu. Nak jumpa Datuk, boleh tak.

Datuk Harun Din kata ya, sebab saya yang minta. Saya orang yang dijadikan tamu utama, ceramah utama, saya yang minta, Datuk Harun Din bagilah. Betul ke ni ? dia (Harun Din) kata. Betul Datuk.

Pergi malam itu. Kalau saudara tengok balik gambar yang jumpa Datuk Dr Harun Din, sayalah yang kat depan itu. Betul-betul duduk kat depan Harun Din, pegang kaki begini…bercerita kat Datuk Harun Din, Anwar kena fitnah apa semua.

Saya nampak di muka Harun Din tidak senang. Dengan keadaan itu ?

Aaa..dia tidak senang nak libatkan dia. Dalam keadaan masa itu anak dia nak kahwin. Dia tidak berapa nampak senang. Dan dia beritahu kat Anwar, dia kata, enta berani bersumpah? Berani bersumpah enta tak buat ini?

Anwar kata, ana berani bersumpah, tapi tak bersumpah. Dia cuma cakap ana berani bersumpah, nanti ana bersumpah. Lepas itu ada ulama-ulama Kedah. Saya ingat lagi ada ulama Kedah, antaranya Syeikh Ustaz Niamat.

Saya pergi jumpa sebab saya baru lepas ceramah di Pondok Nerang, Ustaz Nik Mat. Pergi jumpa, cerita-cerita, macam saya buat dengan Syeikh Yusuf Qardhawi, sama saja.

Cerita..cerita, tapi masa itu kita hero. Pergi jumpa, Anwar pun pergi jumpa dia orang. Itu yang berlaku tahun 1998. Saya juga antara orang yang ke depan masa itu termasuk dengan Syeikh Yusuf Qardhawi sekarang.
Dosa tu banyak.

Katanya Anwar bersumpah di Johor dan Masjid Negara?

Tak..tak, itu tak betul. Dalam perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Batu Pahat masa itu, ke rumah Lokman Noor Adam. Kita ceramah di rumah Lokman Noor Adam.

Anwar minta saya telefon Allahyarham Datuk Ishak Baharom. Saya rapat dengan mereka. Saya kata, nak buat apa. Dia (Anwar) kata, minta supaya Datuk Ishak Baharom sokong dia. Ish..macam mana tu kan. Saya pun telefon. Saya tanya Datuk Ishak Baharom, macam mana ini begini..begini. Datuk Ishak Baharom kata, sumpahlah.

Sumpah?

Suruh dia (Anwar) sumpah. Sumpah mubahalah. Silapnya dia orang buat sekarang ini, dia orang dok sebut sumpah laknat, bagi label sumpah laknat. Jangan sebut sumpah laknat, itu sumpah mubahalah.

Sumpah ini kan macam-macam sumpah. Tu Anwar boleh angkat sumpah dalam Parlimen. Boleh angkat sumpah semasa nak pegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Boleh angkat sumpah, sekarang tak boleh pula.

Datuk Ishak Baharom, saya ingat lagi. Saya dalam kereta masa tu, saya dengan dia saja. Saya, Anwar, guard (tak ingat siapa) kat depan, lepas tu pemandu..kereta Toyota Estima.

Saya pasang speaker phone, saya suruh dia (Anwar) dengar apa Datuk Ishak Baharom cakap.

Datuk Ishak Baharom kata, suruhlah dia sumpah. Anwar dengar, dia tak bercakap.


Dia tak bercakap?

Dia tak bercakap. Sebab Datuk Ishak Baharom dengan Anwar pun tak berapa (hubungan tidak baik). Jadi, dia kata, sumpah saja lah. Lepas letak telefon tu, dia bercakap dengan saya. Emm..hari itu pun Datuk Harun Din suruh sumpah, you tak sumpah-sumpah lagi..saya yang cakap.

Kat Batu Pahat itu dia pergi, dia sumpah. Tapi sumpah temberang dia lah. Demi Allah, saya tak buat apa yang mereka sebut.


Tak spesifik?

Tak spesifik kepada tuduhan dia meliwat Azizan, tak.


Tak ada Wallahi, Wabillahi, Watallahi?

Tak ada. Tapi saya tak buat apa depa kata. Apa dia depa kata, rasuah ke, salahguna kuasa ke, terlalu terbuka. Tapi, geng termasuk sayalah dulu kan, bodoh..pergi cerita, Anwar dah sumpah dah. Bukan sumpah tu.


Termasuk di Masjid Negara?

Sama. Saya duduk sebelah dia masa tu. Kita dok (suruh) ni, sumpah la..sumpah la. Tak sumpah.


Dari dulu sampai sekarang Anwar tak bersumpah?

Tak ada. Anwar tak pernah bersumpah sebenarnya.


Bekas Mufti Perlis, Dr. Asri dah kata lama kita dok tunggu sumpah ni.

Betul tu. Anwar tak pernah bersumpah kecuali sumpah angkat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Permatang Pauh. Sepatutnya kita sebagai orang Islam, kita mula tanya sekurang-kurangnya, percaya tak percaya itu satu hal.

Sekurang-kurangnya itu satu isyarat untuk kita tanya. Apa liat sangat. Apa liat sangat nak bagi DNA, apa liat sangat nak bagi jam Omega. Saya nak ulang lagi sekali. Jangan buat kesilapan kami dulu, tak tanya, langsung tak tanya. Itu kesilapan besar kita.


Katanya YB berjumpa dengan Sukma di Indonesia. Betulkah?

Saya kan lawyer Sukma. Saya berinteraksi dengan Sukma ni keraplah. Dan saya ada pegang satu benda berkaitan Sukma ni. Tiba satu masa nanti, saya akan bagitahu. Tak usah tanyalah soalan tu, saya akan bagitahu.

Bagaimana pula dengan Wan Azizah?

Pada saya, Wan Azizah tahu. Wan Azizah tahu siapa dia Anwar Ibrahim. Dia tahu perangai Anwar Ibrahim cuma Wan Azizah ni dia agenda dia sendiri. Yang tiba masanya nanti kita akan bagitahulah.


YB rapat dengan Wan Azizah?

Saya antara orang yang rapat. Saya kitchen cabinet Wan Azizah dulu. Memang betul-betul kitchen cabinet sebab duduk kat kitchen. Selalu sembang, dia pernah menangis depan kita, dia pernah ketawa depan kita, pernah bercerita depan kita, pernah mengadu depan kita, pernah merintih depan kita, banyak benda.

Sebab tu saya sebut pada Wan Azizah bila dia buat statement saya keluar PKR, dia kata saya ni tak ada berjasalah, apa benda. Saya cakap kat Wan Azizah, Kak Zah tahu apa yang saya tahu, janganlah paksa saya buat sesuatu yang suatu hari nanti Kak Zah sendiri akan susah. Kita tahu.

Saya tak mahu bergaduh dengan Wan Azizah, saya hormat dia, malahan saya kasihan dengan dia. Saya simpati sangat dengan Wan Azizah ni.

Cuma saya tak mahu ambil sikap nak berperang dengan Wan Azizah. Itu bukan musuh kita, musuh kita Anwar Ibrahim.


Cuma kita harap, Wan Azizah akan sedarlah.-AIDC

terima kasih jugak kepada _PISAU.NET.

Friday, June 17, 2011

PILIHANRAYA MASJID DI TUNDA..!!!


Malik Itik telah melanggar apa yang belum diputuskan oleh Duli Yang maha Mulia Agong.Sepatutnya Apa yang telah diberitahu akan ada perbincangan hari ini sama ada memutuskan sama ada pilihanraya ini akan diperkenankan atau pun tidak?

Seramai 4,485 calon telah menawarkan diri untuk mengisi 4,530 jawatan di 151 masjid daripada 200 masjid.Melihat daripada angka jawatan dan calon sudah pasti semua layak dan jumlah kekosongan jugak ada sudah pasti ada yang membantah sebanyak 34 masjid masjid membantah
pilihanraya ini.tahniah kepada yang membantah MKP ucapkan.8 buah masjid tidak menghantar borang pencalonan dan itu adalah tindakan paling bijak tidak menyokong tindakan bodoh lembu yang dicucuk hidung oleh DAP.


Kaedah pemilihan itu terkandung dalam notis Tatacara Pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid Pulau Pinang 2012-2013 yang diedarkan kepada kira-kira 4,000 jawatankuasa masjid seluruh negeri ini, baru-baru ini.

Mengikut tatacara tersebut, jawatan kuasa masjid diarah menjalankan mesyuarat agung khas antara 1 hingga 7 Jun 2011 dan mengedarkan borang-borang pencalonan termasuk bagi jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Bendahari, Setiausaha serta Ahli Jawatankuasa (AJK) Wanita.

Bagaimanapun, setiap nama calon yang dikemukakan akan ditapis terlebih dahulu oleh sebuah Jawatan kuasa Khas MAIPP yang berhak menerima atau menolak mana-mana pencalonan yang dianggap tidak layak.

Setiap calon yang bertanding kemudiannya diberi tempoh seminggu untuk ‘berkempen’ iaitu antara 10 hingga 17 Jun sebelum hari pengundian bermula 18 Jun yang akan dihadiri wakil MAIPP.

sumber mat kilau penang.

Thursday, June 16, 2011

BERSIH: SATU JAWAPAN DARI SPR

 "Saya tidak suka panggil ia Bersih... saya lebih gemar panggil ia kumpulan, sebab ia ada agenda.

"Sebarang demonstrasi tidak akan selesaikan masalah. Demonstrasi ini tidak akan meluluskan pindaan kerana kerajaan sedia ada tidak ada majoriti dua pertiga. Saya pun sudah jelaskan kepada Ambiga (Ketua Pemantau Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil atau Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan) dalam surat saya dan pertemuan secara panjang lebar tapi dia ni masih tetap mendesak supaya dipinda peruntukan peraturan SPR ikut kehendaknya."

Demikianlah reaksi Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof mengulas rancangan Bersih yang disertai parti-parti pembangkang dan badan bukan kerajaan mahu menganjurkan tunjuk perasaan pada 9 Julai ini di ibu negara yang kononnya menuntut pilihan raya lebih adil dan bersih.

Sebenarnya, sekitar Disember tahun lepas, Ambiga dan gerombolannya ada bertemu dengan Abd. Aziz; dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar serta para pegawai kanan suruhanjaya itu. Ambiga dikatakan datang bersama sembilan yang lain seolah-olah hendak mengajar cara kerja SPR serta membangkitkan semua isu pilihan raya dalam perspektifnya. Ambiga datang seolah-olah dia pakar dalam kerja SPR.

Abd. Aziz yang baru pulang ke tanah air dari mengerjakan umrah kelmarin memberitahu Utusan Malaysia di Putrajaya semalam bahawa SPR sendiri terkejut dengan ceteknya pengetahuan Ambiga apabila dia membangkitkan isu tentang pendapat Bersih bahawa tiada halangan untuk dibenarkan pendaftaran pengundi secara automatik.

Ambiga bertanya kepada SPR kenapa tidak dibuat pendaftaran automatik, maka dijawab Abd. Aziz bahawa Malaysia perlu meminda Perlembagaan dahulu. Namun, dibalas oleh Ambiga, tak perlu.

"Saya terkejutlah, takkan Datuk Ambiga tak tahu bahawa Perkara 119 (4) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa pendaftaran menjadi pemilih perlu dibuat secara memohon."

Menurut Abd. Aziz dengan ketika ini hendak meminda Perlembagaan memerlukan majoriti dua pertiga, maka bukan sesuatu yang mudah untuk sesuatu pindaan itu dibuat.

Pengerusi SPR itu turut menjelaskan satu persatu bagi menjawab rasa tidak puas hati Ambiga atau lebih tepat lagi 'Bersih' sehingga merangsang pertubuhan itu untuk menggerakkan demonstrasi haram bulan depan.

Antaranya tentang desakan supaya dibersihkan senarai Daftar Pemilih sedangkan senarai pengundi berdaftar dibersihkan SPR sepanjang masa.

Ada tiga cara. Pertama, nama mereka yang telah meninggal dunia dikeluarkan daripada senarai pengundi. Ia memerlukan kerjasama rapat antara SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Justeru, SPR memerlukan kerjasama daripada waris si mati yang perlu mengambil sijil pengkebumian yang dikeluarkan oleh polis sebelum ke JPN untuk mendapatkan sijil mati. Waris kemudian bawa sijil mati ini ke SPR untuk tindakan. SPR sendiri tidak boleh sesuka hati memotong nama seseorang pengundi.

Kedua, pembersihan melibatkan alamat mengikut kad pengenalan. Mengikut undang-undang pendaftaran, seseorang yang tinggal di satu-satu tempat selama tiga bulan atau lebih, harus menukar alamat tempat tinggalnya menerusi JPN.

Kemudian dimaklumkan kepada SPR sebab SPR hanya mendaftar pengundi mengikut alamat dalam kad pengenalan (MyKad). Contohnya, jika seseorang tinggal di Kuala Lumpur tetapi mengundi di Pulau Pinang, itu bermakna senarai pengundi kita tidak boleh dibersihkan.

Abd. Aziz menjelaskan, dalam kes ini, jika orang kuat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri hendak membantu SPR, maka dia kena tukar tempat mengundi ke tempatnya tinggal sekarang di Segambut.

"Macam saya dulu mengundi di Ampang tetapi disebabkan kini saya bermastautin di Seksyen 7, Shah Alam, maka saya tukar tempat mengundi ke situ," katanya.

Namun, kata beliau, jika berbeza tempat tinggal dan kawasan mengundi pun, ia tidak akan mendatangkan masalah kepada SPR.

"Ya, pengundiannya masih sah tetapi situasi inilah menyebabkan timbulnya tuduhan wujud 'pengundi hantu' dalam daftar pemilih seperti mana didakwa parti-parti pembangkang. Sebenarnya istilah 'pengundi hantu' tidak wujud, sebaliknya berpunca daripada keengganan pengundi menukar tempat mengundi seperti mana alamat tertera di dalam kad pengenalan.

"Mengikut perkiraan SPR, peratus mereka berpendirian seumpama ini melebihi 50 peratus. Sebab itu, kita lihat apabila pilihan raya kecil sahaja, beribu-ribu orang balik ke kampung untuk mengundi.

Tegas Abd. Aziz, Malaysia tidak boleh melaksanakan pendaftaran secara automatik. Pertama, kerana ia memerlukan pindaan Artikel 119 Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana pendaftaran sebagai pengundi dibuat secara memohon.

"Jika daftar secara automatik seperti mana yang selalu digesa oleh parti-parti pembangkang, maka akan kacau-bilau negara ini. Ini kerana semakin ramai orang tidak dapat mengundi kerana kawasan tempat mengundi dan alamat tempat tinggal tidak sama.

"Ini juga kerana pengundian dibuat berdasarkan alamat dalam kad pengenalan. Justeru, ia mengakibatkan peratusan keluar mengundi akan berkurangan sehingga bawah 50 peratus. Situasi ini berlaku di Bosnia Herzegovina apabila pendaftaran mengundi dibuat secara automatik tetapi pengundian tidak diwajibkan. Akibatnya, peratus keluar mengundi menurun mendadak bawah 50 peratus," katanya.

Demikianlah juga apabila Bersih mendesak supaya kelayakan mengundi dikurangkan dari usia 21 tahun kepada 18 tahun. Dengan jumlah sekarang sahaja menyaksikan sebanyak empat juta belum mendaftar, inikan pula apabila kelayakan itu dikurangkan kepada 18 tahun.

Risikonya, kata Abd. Aziz jika dua perkara itu dilaksanakan, parti-parti pembangkang di negara ini akhirnya akan menuduh SPR macam-macam.

"Kata SPR bodohlah, desak Pengerusinya letak jawatan. Inikan bila empat atau lima orang tidak boleh mengundi, sudah lempar macam-macam tuduhan. Nanti kalau dikuatkuasakan pendaftaran automatik, tak tahu apa pula diburuk-burukkan SPR ini," kata Abd. Aziz.

Beliau turut menolak kecaman Ambiga bahawa kononnya SPR kendaliannya tidak berbuat apa-apa dalam menangani isu rasuah semasa pilihan raya.

Tegasnya, SPR menjalin kerjasama bestari dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membanteras rasuah pilihan raya dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula untuk kes jenayah dan kekecohan ketika kempen.

"Jika tidak ada kemahiran tetapi kita tetap laksanakan, kemudian kita gagal dan malu sendiri. Apatah lagi sekarang ramai sangat peguam yang 'pandai'. Jadi, kita kena bijaksana dalam soal 'menggigit' kerana sekarang yang 'hitam boleh jadi putih' dan 'yang putih boleh jadi hitam' apabila sesuatu kes rasuah disebut di mahkamah.

"Macam kes Datuk Zaid Ibrahim bangkitkan dakwaan rasuah di Hulu Selangor, mahkamah pun tolak kes itu... jadi, kalau nak menggigit, Ambiga mesti pastikan gigitan itu tepat dan ada kesan," katanya.

Dalam soal ini, tegas Abd. Aziz, SPR menggesa rakyat Malaysia menolak sama sekali rancangan pembangkang mahu mengadakan perhimpunan Bersih.

"Ia bukan 'Bersih', kalau pilihan raya kita tidak bersih masakan pembangkang boleh menang lapan daripada 16 pilihan raya kecil di negara ini sejak Mac 2008.

"Apakah jika pembangkang menang semua sekali kerusi dalam 16 pilihan raya kecil itu, maka demokrasi dikatakan telah bersih... jika itu tanggapannya, SPR serahkan kepada rakyat Malaysia untuk menilainya," kata Abd. Aziz. - 

sumber dari; Utusan Malaysia

Wednesday, June 15, 2011

MALAYSIA AMAN TANPA ANWAR IBRAHIM.

KUALA LUMPUR 13 Jun – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan menggerakkan semua ahlinya dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menghalang Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan perhimpunan di ibu negara pada 9 Julai depan.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali (gambar) bagaimanapun berkata, Perkasa tidak akan meneruskan hasrat itu sekiranya Bersih mengadakan perhimpunan itu di tempat yang lebih selamat dan bukannya di tempat awam.

Menurutnya, perhimpunan itu seharusnya diadakan di tempat yang selamat seperti di stadium dan bukannya di jalan raya kerana ia akan merugikan negara dan mengancam keselamatan nyawa.

“Sangat jelas saya akan berada di sana nanti sekiranya mereka tetap mengadakan perhimpunan itu dan akan berlaku pertembungan.

“Kehadiran Perkasa adalah untuk pertahankan keselamatan negara dan bukannya untuk menimbulkan kekecohan, tetapi kita mahu menghalang perhimpunan itu daripada terus berlaku,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Dalam pada itu Ibrahim berkata, Perkasa akan menganjurkan perbincangan meja bulat bersama 30 NGO Melayu malam esok yang antara lain turut membincangkan mengenai perhimpunan Bersih.

Katanya, perjumpaan itu akan membincangkan mengenai kesan-kesan yang akan dihadapi terutama dari aspek keselamatan, ekonomi dan pelancongan kepada negara.

“Perkasa telah membuat ketetapan bahawa kita akan menentang perhimpunan ini habis-habisan,” katanya.

Sementara itu Ibrahim berkata, beliau sedia disiasat pihak berkuasa sekiranya pembangkang tetap mahu tindakan diambil terhadapnya atas alasan keselamatan.

“Saya juga bersedia untuk menjawab soalan-soalan yang mungkin dibangkitkan pembangkang semasa sidang Dewan Rakyat ini berlangsung,” katanya.

sumber - Utusan Malaysia

Sunday, June 12, 2011

BICARA RAKYAT: PULAU PINANG HARAPAN DAN JANJI

Datuk Arif Shah Omar Adun Seberang jaya, , Wong Mun Hoe Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang dan Dr Novandri Hasan Basri menjadi tetamu didalam rancangan Bicara Rakyat yang diadakan live dari dewansiswa cahaya gemilang USM Pulau Pinang.

arab menerima jemputan untuk bersama mengikuti rancangan tersebut dari dekat, topik yang di bincangkan ialah PULAU PINANG JANJI DAN HARAPAN, 

Ahli Panel Datuk Ariff Shah Omar menjelaskan bahawa kerajaan Negeri DAP tidak membuat kerja untuk kesejahteraan rakyat pulau pinang, mereka hanya pandai menabur janji tapi perlaksaannya tiada, Setelah 3 tahun pakatan rakyat memerintah negeri pulau pinang tidak banyak yang boleh di banggakan. 

janji janji pilihanraya pada tahun 2008 banyak tidak di laksanakan, antara nya isu tol bagan, isu penempatan kampung buah pala, malah apa sahaja yang mendatangkan keuntungan politik mereka akan di hebahkan kepada rakyat, 

rakyat pulau pinang  nampaknya telah tertipu dengan janji manis pakatan pembohong, angin perubahan untuk menyokong barisan nasional pada pilihanraya ke 13 amatlah cerah. 

di fahamkan  pihak JASA telah menjemput Exco negeri pulau pinang iaitu YB Adun Sungai Puyu untuk hadir sebagai ahli panel tetapi di tolak, adakah ini satu pertanda bahawa kerajaan DAP pulau pinang penakut tidak berani berhujah dengan ruang yang telah disediakan, Bila orang DAP tidak ada, kita hanya dengar bicara, kurang ummmph kerana counter-attack dah tak ada. Jelas DAP pengecut!!!


RAKYAT MAHUKAN KEAMANAN, POLIS HARUS BERTINDAK.

Wira Perkasa Pulau Pinang  membuat laporan polis bagi membantah perhimpunan bersih yang dirancang  diadakan pada 9 julai 2011 di Kuala Lumpur, 

ketua Penerangan wira perkasa saudara norhalim Abdul ketika di temui menjelaskan laporan itu dibuat bagi mengesa pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri supaya bertindak menghalang perhimpuan tersebut.

pengalaman yang pertama perhimpuan bersih pada tahun 2008 telah memberi satu pengajaran bilamana suasana amat tidak terkawal dan memberi kesan buruk kepada peniaga peniaga sekitar tempat berlangsungnya perhimpuan bersih, ketenteraman awam terganggu, rakyat di dalam situasi resah dan tidak tenang.

Kami merasakan perhimpunan itu mempunyaI agenda politik pihak tertentu menghasut rakyat supaya membenci kerajaan. ini ada lah satu usaha bagi mencetus kekacauan antara rakyat demi kelangsungan politik pihak pembangkang. katanya lagi, 

maka oleh itu,  kami di bawah badan NGO wira perkasa pulau pinang mendesak polis ambil  tindakan terhadap sesiapa yang mengambil bahagian didalam perhimpuan bebas itu. 
satu lagi badan NGO bersama wira perkasa iaitu pertubuhan penawar 1Malaysia (PENAWAR) turut sama membuat laporan polis di balai Perda bukit mertajam.




Saturday, June 11, 2011

AKU TUTUH HANG...HANG TUTUH AKU..!!! ITU LAH ANWAR DAN KARPAL SINGH.


Perkahwinan DAP / PAS dan PKR adalah satu perkara dusta yang dicipta oleh Pakatan Rakyat untuk menipu Malaysia. Setiap pemimpin dari setiap pihak komponen menyedari bahawa perkahwinan tunggal ini adalah perkahwinan selesa. Anwar akan melakukan trik monyet hanya untuk menjadi Perdana Menteri.

Dia meninggalkan ABIM ia melihat bahawa ABIM membantu dia untuk mencapai cita-citanya. Dia pergi ke UMNO dan menipu semua orang di sana dan ia hampir membuat ke kerusi PM. Lalu ada angin perubahan. Ketika dia berada di UMNO menyokong BN, dia tidak melihat salah dalam BN dan UMNO. Dia pergi keluar untuk meyakinkan masyarakat bahawa mereka dengan kerajaan yang bermaruah dan kita mempunyai pentadbiran mampu. Itu adalah kebenaran.

Dia mencabar DAP dan PAS. PAS dan DAP mengembangkan kebencian kepada Anwar Ibrahim. Bahkan pada isu yang Lompat Parti Anwar bermula, dikutuk oleh Karpal Singh.

Anwar berkata UMNO menggunakan taktik murah dan kotor untuk mengeksplotasi video seks. Saya meminta soalan pada jenis nilai moral dan jenis permainan politik Anwar berdiri dan atas dasar apa ketika beliau dituduh Dato Seri Najib Tun Razak dan Datin Rosmah membunuh Altantuya? Zulkifli nordin dan Ezam bercakap kebenaran bagaimana Anwar menghasilkan fitnah untuk membunuh kerjaya politik Dato Najib. Apakah itu politik bersih? 

seorang munafik seperti Anwar mengeluh ketika kaedah yang sama digunakan terhadap dia, dia menangis kecurangan tapi dia menggunakan taktik yang sama terhadap orang lain. Di mana letak Peraturan perilaku di sini? hang memang munafik lah Anwar Ibrahim 

terjemahan dari  people againts opposition.

Thursday, June 9, 2011

FATWA VIDEO SEX DAN PAS

MAJLIS Fatwa Kebangsaan diminta mengeluarkan ketetapan sama ada rakaman video seks boleh dijadikan bahan bukti di mahkamah bagi meredakan isu berkenaan yang didakwa melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia bagi mengelakkan isu video seks itu terus menjadi polemik serta dipolitikkan pihak berkepentingan seperti dilakukan Pas baru-baru ini.

"Dalam perkara ini biarlah Majlis Fatwa Kebangsaan menentukan adakah video ini boleh dijadikan bahan bukti kerana dalam Islam perlukan empat saksi dan saksi itu mestilah saksi yang beriman.

"Saksi beriman ini adalah subjektif, adakah mereka yang sembahyang lima waktu sahaja atau mereka yang melakukan solat sunat melebihi orang lain. Hanya Allah sahaja yang tahu siapa sembahyang sunat lebih daripada orang lain, bukan berdasarkan dahi yang hitam," katanya.

Ahmad Zahid mengulas pendirian Pas yang mendakwa rakaman video seks dikaitkan dengan Anwar sebagai satu fitnah dan tidak boleh dijadikan bahan bukti di mahkamah kerana tidak mempunyai mata serta telinga.

Ketika menutup Muktamar Tahunan Pas Ke-57 semalam, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sesuatu klip video tidak boleh dijadikan bukti kerana parti tersebut berpegang kepada konsep empat saksi terutama dalam kes liwat dan zina.

Tindakan Pas bermuka-muka dalam isu video seks yang didakwa membabitkan Anwar adalah sesuatu yang menjengkel dan memalukan parti itu yang kononnya berteraskan perjuangan Islam.

Utusan melaporkan, Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kasim berkata, pendirian Pas yang mengetepikan video tersebut dalam hal mencari kebenaran perlu dikecam kerana parti itu mempunyai ketetapan lain semasa membicarakan isu video bekas pemimpin MIC, D.P. Vijandran dan video peguam V.K. Lingam.

"Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba memperbodoh, menghina dan merendahkan kekuatan intelek dan pemikiran rakyat Malaysia khususnya orang Melayu dan Islam.

"Pendirian ini juga ternyata bercanggah dengan pendirian mereka tatkala menuntut agar ditubuhkan Suruhanjaya Diraja mengenai isu video klip V.K. Lingam dan begitu juga tatkala isu video seks D.P. Vijandran dulu. Ternyata mereka mengamalkan pendakwaan berpilih," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, Pas memegang konsep empat saksi yang adil untuk membincangkan hal zina dan liwat sedangkan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berpendirian video seumpama itu boleh dijadikan bukti di mahkamah atau disebut sebagai keterangan dokumentari.

Ruslan menambah, kenyataan Abdul Hadi mengenai konsep itu hanyalah satu kenyataan politik dangkal bagi memuaskan nafsu politik parti yang kini beralih daripada kepimpinan ulama kepada kepimpinan profesional dan condong menyokong Anwar atau digelar Anwarinas.

"Jelas kepada rakyat bahawa kenyataan dan pendirian ini terpaksa dibuat oleh Presiden Pas untuk memuaskan hati dan perasaan kumpulan Anwarinas yang telah menguasai kepimpinan tertinggi Pas dalam pemilihan yang berlangsung dua hari lalu.

"Ia juga bertepatan dengan dasar baru Pas yang telah bertukar daripada prinsip didahulukan kepada kemenangan diutamakan dan Putrajaya menjadi impian," katanya sinis.

Bekas Felo Pusat Syariah, Undang-undang dan Sains Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Mohd. Roslan Saludin pula berkata, pendirian Abdul Hadi itu jelas menunjukkan Pas telah mengetepikan prinsip 'amal maaruf nahi mungkar' yang menjadi panduannya selama ini.

"Ini terbukti apabila agenda menetapkan pendirian berhubung dakwaan salah laku seks yang dilakukan oleh pemimpin parti pembangkang diketepikan begitu sahaja dengan menggangap ia sebagai fitnah.

"Ini adalah sesuatu yang pelik sedangkan ramai umat Islam mengharapkan satu pendirian lebih tegas dapat diambil oleh sebuah parti politik Islam seperti Pas," katanya.-6/6/2011

sumber dari agendaily.

RAKYAT MALAYSIA MAHU KAN KEAMANAN.

Satu laporan polis dibuat sebentar tadi oleh Pertubuhan Perpaduan dan Kebajikan Islam Pulau Pinang.Pengerusinya saudara Abdul Rahman bin Makthun mendakwa bahawa beliau telah membaca kandungan blog Harakah Daily serta Malaysian Today telah memaparkan kenyataan menghasut rakyat berhimpun pada 9/7/2011 di kuala Lumpur bagi membantah dasar Kerajaan Malaysia.

Perhimpunan tersebut yang dinamakan Perhimpunan Bersih 2.0 dengan kehadiran ahli atau penyokong yang ramai akan menyebabkan kesesakan lalulintas serta mengganggu ketenteraman awam.Beliau mendesak pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia mengambil tindakan tegas dan mendakwa mereka yang terlibat. 

sumber : Mat Kilau Penang

PERSAMAAN VIDEO SEX DAN 6JAHANAM....!!!! HADI AWANG MESTI TENGOK.

video
Hadi memberitahu para perwakilan bahawa video seks yang dikaitkan dengan Anwar hanyalah “besi” dan tidak boleh dijadikan saksi bagi memberi keterangan untuk menuduh Anwar berzina.

bagaimana dengan cerita p.ramlee 6 jahanam. dia mengambil photo sebagai bahan bukti mencari perogol dan pembunuh isteri nya ,

mungkin hadi ini bercakap sebab belum kena pada anak2 perempuan atau saudara mara dia, .....

 jika p.ramlee mengambil photo untuk jadikan bukti..kenapa video sex ini tidak boleh dijadikan bukti bahawa orang di dalam itu adalah anwar ibrahim..!!!,

Tuesday, June 7, 2011

PAS NAK ISLAMKAN DAP ATAU PAS TELAH DIBABIKAN OLEH DAP...!!!!

Masih ingat tak lagi sejarah VIRUS JE yang melanda negara kita satu ketika dahulu, bagaimana puak puak babi pas ini mainkan isu virus je ini, pada ketika itu PAS telah menjadi HERO kononnya kerajaan UMNO dan BN telah membela babi, maka dengan lantangnya mereka ini mempropagandakan isu babi..pelbagai gelaran diberi kepada umno.BADAWI DI ARAB BELA UNTA, BADAWI DI MALAYSIA BELA BABI, kata kata ini berada di setiap blog2 pembangkang dan juga risalah2 yang merujuk kepada perdana menteri Pak lah ketika itu,

Isu virus je ini bertapak di negeri sembilan, terus babi pas ini mengelarkan  negeri sembilan darul khinzir,menteri besar yang ketika itu tan sri isa samad  kerbau pendek,negara islam pengeluar babi.

Allah itu Maha Berkuasa wahai pembaca setia ku,

dimanakah PAs sekarang ini, bila menjadi barua kepada DAP, menjadi babi kepada DAP,  Exco Agama jaga umat Islam dalam negeri..., tapi di Penang, Exco Agama Islam jadi tukang rasmi dan promosi daging BABI,
jika dahulunya puak puak pas mengelarkan pemimpin2 umno berbagai nama, sekarang arab pun nak mengelarkan pemimpin pemimpin pas dan pkr juga seperti  MALIK BABI dan SALEH MAN BABI, boleh tak ????  

sebenarnya memang tepat lah arab kata, pas tidak pernah mencuba mengislamkan dap..tetapi DAP telah membabikan pas, 

Monday, June 6, 2011

PAS: DULU NEGARA ISLAM. SEKARANG NEGARA KEBAJIKAN PULAK DOHHH!!!! MESTI BACA

Islam tidak membahagikan dunia kepada negara sekular atau negara Islam seperti yang difahami oleh sesetengah pihak.

Al-Quran dan Sunnah hanya menyebut dan mengkisahkan tentang orang Islam dan orang kafir, bukan mengenai negara Islam dan negara bukan Islam.

Oleh kerana itu ianya bukanlah menjadi perkara dasar untuk membincangkan sesebuah negara itu Islam atau bukan Islam, selagi ia menjalankan dasar-dasar yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam, menjaga hak orang-orang Islam dan bukan Islam serta melaksanakan keadilan.

Oleh itu, definisi istilah negara Islam hanyalah menurut Ijtihad para ulama sahaja. Ulama muktabar menggariskan, negara hanya digolongkan kepada tiga iaitu negara Islam (Darul Islam); negara kafir yang berdamai dengan negara Islam (Darul Harb) dan negara kafir yang tidak memerangi negara Islam (Darul Ahd). Mengikut kaedah fiqah Islam, Darul Harb dan Darul ?Ahd adalah negara orang kafir.


Mengikut definisi, Malaysia adalah negara Islam kerana diterajui oleh pemimpin beragama Islam iaitu Yang di-Pertuan Agong dan majoriti penduduk beragama Islam.

Malaysia juga adalah anggota Pertubuhan Negara Islam (OIC).
Satu-satunya negara di dalam dunia yang menjadikan Islam agama bagi negara ialah Malaysia kerana termaktubnya dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan dalam fasal 3 Ugama Islam adalah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Definisi Negara Islam Menurut Ulama Mutabar :
Oleh kerana tidak dinyatakan dalam al Quran atau as Sunnah, konsep negara Islam termasuk dalam perkara perkara ijtihadiyah iaitu hasil kefahaman ulama yang berkenaan.

Antara pandangan ulama mengenai negara Islam adalah :
a) Menurut Muhammad bin Hassan As Syaibani (ulama terkemuka dari mazhab Hanafi), negara Islam ialah negara yang dikuasai oleh umat Islam dan orang-orang Islam beroleh keamanan di dalamnya.

(Perlembagaan Malaysia Perkara 32 dan 39 memperuntukkan ketua negara iaitu Yang di-Pertuan Agong itu mestilah seorang raja yang dipilih daripada kalangan raja-raja Melayu yang beragama Islam).

Sejak merdeka, BN telah memperuntukkan jawatan-jawatan penting dalam jemaah menteri hanya dipegang oleh menteri yang beragama Islam. Kenyataan ini menepati pendapat ulama berikut :

b) Menurut Syeikh Muhammad Abu Abu Zuhrah, Negara Islam ialah negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan Islam, dalam mana kekuatan dan pertahanannya berada di tangan umat Islam.(Rujukan: Abu Zahrah. Syeikh, 164, hal. 377)

Sekiranya dilihat (Pemerintahan ketenteraan di negara ini adalah di bawah pentadbiran orang Islam kerana jawatan tertinggi seperti Menteri Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera dilantik dari kalangan orang Islam. Angkatan tentera yang ditubuhkan ini mampu mempertahankan negara dan agama daripada pencerobohan serta menjamin keamanan dalam negara).

Ramai ulama bersependapat sekurang-kurangnya negara Islam mestilah berketuakan orang Islam iaitu Wizaratul Tafwik (pembuat dasar) mestilah Islam seperti Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri. Wizaratul Tanfiz (Pelaksana dasar) seperti anggota jabatan kerajaan yang melaksana dasar tidak semestinya Islam.

c) Dr Mohammad Said Ramadhan al-Buti ketika membuat kesimpulan mengenai berbagai definisi negara Islam merumuskan, pelaksanaan hukum-hukum syariah Islamiyah bukanlah menjadi syarat untuk mengiktiraf sesebuah negara itu sebagai negara Islam.

(Oleh itu, jika ada yang menganggap hukum hudud tidak dilaksanakan di negara, hal ini tidak menggugurkan status Malaysia sebagai sebuah negara Islam).

Di dalam al-Quran menyatakan apabila dua puak berbalah, hendaklah dicari kata sepakat dan sekiranya kata sepakat telah dicapai hendaklah dipatuhi. Maka sekiranya ada mana-mana pihak tidak patuh, maka hendaklah diperangi.

Di Malaysia, Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (MJFK) diiktiraf sebagai kata penentu atau kesepakatan. Maka, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 3-4 Februari 1986 telah mengambil keputusan bahawa Malaysia Adalah Sebuah Negara Islam.

Oleh itu, sesiapa yang menyanggah keputusan Jawatankuasa itu adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didakwa di mahkamah syariah.

Pelaksanaan Malaysia Sebagai Negara Islam
Dasar Penerapan nilai-nilai Islam.
Sultan sebagai ketua Agama.
Dasar Bersih, Cekap, Amanah.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan pengurusan kewangan yang cekap.
Negara Islam contoh.
Kad perakam waktu (Punch Card).
Azan dan Syiar Islam yang lain.
Jabatan-jabatan yang menguruskan hal ehwal Islam di Malaysia.

Antaranya ialah: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Jabatan Mufti, Baitul Mal dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Tabung Haji, Perbankan Islam dan Jabatan Pendidikan Islam.
Kelemahan Pas Berhubung Isu Negara Islam
Dulu Pas menganggap kerjasama UMNO dengan parti komponen lain yang pemimpinnya bukan beragama Islam adalah amalan yang bercanggah dengan konsep negara Islam. Bagaimanapun, Pas kini menjalinkan kerjasama dengan DAP. Walhal, DAP dilihat cenderung menentang sebarang tindakan kerajaan yang menyumbang kepada pembangunan umat Islam di Malaysia. Malahan demi kepentingan politik dan mendapat sokongan daripada DAP, Pas akhirnya sanggup menggugurkan perkataan negara Islam dari manifestonya selepas berahkirnya mutakmar pas semalam pas telah mengumumkan NEGARA KEBAJIKAN Oleh itu, amat jelas Pas tidak bersungguh untuk menjalankan pentadbiran Islam sebaliknya hanya bermuka-muka.

Keadaan ini berbeza dengan tindakan yang telah dilakukan oleh kerajaan BN contohnya Perdana Menteri ke 4 Tun Dr. Mahathir (ketika itu) telah mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dalam Mesyuarat Agung Parti Gerakan.

Mursyidul Am Pas, Dato? Nik Aziz Nik Mat pernah berkata, jawatan Perdana Menteri tidak semestinya dipegang oleh orang Islam malah orang bukan Islam termasuklah daripada DAP boleh memegang jawatan tersebut. Ia secara jelas bercanggah dengan konsep negara Islam yang mewajibkan ketua negara adalah beragama Islam.

Selepas Tun Dr Mahathir bertanyakan di mana pelan induk Pas mengenai Islam, Pas terpaksa menerima desakan penyokong-penyokongnya. Pada 12 November 2003, Pas secara tergesa-gesa melancarkan satu dokumen negara Islam Pas yang sebelum itu tidak pernah wujud. Jika diperhalusi secara mendalam, tidak ada satu pun perkara baru yang dibawa oleh Pas sebaliknya semua perkara yang dinyatakan ada dalam Perlembagaan Persekutuan dan telah pun dilaksanakan oleh kerajaan BN selama ini.

Isu-isu yang Sering Diutarakan oleh Pas

Isu Hudud
Pas menuduh sistem kehakiman dan perundangan negara adalah perundangan sekular kerana tidak melaksanakan hukum hudud. Hudud menurut Pas seperti dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan jelas sekali mengikut citarasa sendiri, contohnya, Fasal 56 memberi pilihan orang bukan Islam memilih enakmen syariah atau tidak (sama dengan sistem kehakiman Malaysia).

Manakala Fasal 68 mengenai syarat menjadi hakim syariah boleh juga dari kalangan hakim Mahkamah Tinggi Malaysia atau Borneo (iaitu hakim dalam sistem kehakiman Malaysia).

Pas menuduh mahkamah sivil Malaysia sekular, tetapi Pas menerima pakai syarat kelayakan hakim mahkamah sivil yang sama untuk syarat kelayakan hakim syariah di dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan.

Pas menuduh pemimpin UMNO menolak hudud. Kerajaan pimpinan UMNO sudah berkali-kali menyatakan mereka tidak menolak hudud kerana hudud adalah hukum Allah. Pemimpin UMNO menegaskan, mereka tidak menerima dan tidak bersetuju dengan hukum hudud ciptaan Pas. Sebahagian daripada hudud Pas bertentangan dengan ajaran Islam. Antaranya ialah :

a. Fasal 56(1), Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan menyatakan hukum hudud Pas hanya berkuat kuasa kepada orang Islam. Ini bertentangan dengan hudud Allah yang berkuatkuasa tanpa mengira Islam ataupun bukan Islam.

b. Mukalaf mengikut Pas adalah mereka yang berumur 18 tahun sedangkan dalam mazhab Syafie syarat untuk mukalaf ialah cukup umur (baligh) dan sempurna akal (tahu membezakan yang baik dan buruk).

c. Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan mempunyai kekurangan kerana hukuman bagi penderhaka kepada kerajaan (Bughah) tidak diperuntukkan di dalam enakmen tersebut.

Penjelasan :
a. Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan hukum Jenayah Islam seperti hukum Ta?zir, qisas (bunuh dibalas dengan bunuh) dan beberapa hukum hudud seperti hukuman ke atas penderhaka Kerajaan (Bughah).

Contohnya, orang berzina dan meliwat tetap dihukum dengan hukuman Ta?zir, cuma tidak disebat 100 kali. Ini merujuk kepada istitoah (keupayaan) untuk melaksanakan hukuman tersebut ke tahap maksima (tertinggi).

b. Sabda Rasulullah saw: dan apa-apa perkara yang telah diperintahkan ke atas kamu untuk melaksanakannya, maka laksanakanlah mengikut kemampuan kamu.

Isu Sumber Haram Dalam Negara
Pas mendakwa Kerajaan Malaysia memperolehi pendapatan daripada sumber kegiatan haram seperti judi dan arak.

Penjelasan
a. Malaysia sentiasa berhati-hati dalam melaksanakan sesuatu perkara berhubung hukum-hakam Islam.

Pengeluaran lesen arak dan judi adalah bertujuan supaya penjudi-penjudi dan pembuat-pembuat arak tidak bermaharajalela dalam negara ini. Lesen arak adalah sebagai ikatan antara mereka dengan pihak kerajaan.

b. Khalifah Umar al-Khattab sendiri pernah menyuruh pengutip-pengutip cukai mengutip cukai arak dari orang bukan Islam pada zamannya sebagai cukai al-Kharaj. Lihat tulisan al-Qurasyi dalam kitabnya al-Kharaj.

c. Cukai ke atas barang haram seperti arak, judi, babi dan lain-lain tidak menjejaskan atau mencemari sumber hasil halal yang lain. Hujah ini berasaskan kias iaitu air yang melebihi dua (2) kolah tidak menjadi najis melainkan berubah warna, bau dan rasanya.

d. Cukai judi dan arak bukanlah sumber utama pendapatan kerajaan. Malah Kerajaan Nabi Muhammad saw juga mengenakan cukai kepala (Jizyah) ke atas orang kafir.

Cukai tersebut bukan sumber utama pendapatan kepada kerajaan Nabi Muhammad saw tetapi ia adalah sumber denda secara tidak langsung.

e. Pas menyatakan bahawa Kerajaan BN lebih banyak mengeluarkan lesen arak daripada kerajaan Pas Kelantan dan Terengganu.

Persoalannya, jika Pas pernah mengeluarkan fatwa dengan menyatakan bahawa segala sumber pendapatan daripada hasil judi dan arak adalah haram, mengapa Kerajaan Pas masih mengeluarkan lesen  judi di kelantan

f. Orang Islam tetap dilarang dan boleh didakwa di mahkamah jika melanggar hukum Islam seperti minum arak dan menagih dadah.

Tetapi Kerajaan tidak berdosa sekiranya ada dari kalangan individu Islam yang melanggar hukum Allah itu. Islam tidak diturunkan Allah ke atas negara tetapi ianya diturunkan ke atas individu.

Kedudukan Bukan Islam di dalam Negara Islam

Ahli Zimmah

a. Mempunyai hak-hak untuk beragama, mendapat pekerjaan, mendapat pendidikan, pembelaan perubatan dan perlindungan.

b. Wajib untuk taat setia kepada kerajaan, patuh pada peraturan, menghormati syiar Islam dan membayar cukai.

Al Mustaman

a. Wajib menghormati syiar Islam, tunduk dan patuh kepada peraturan, tidak campur tangan masalah politik, ekonomi, kebudayaan dan sebagainya di negara tersebut terutama yang bercanggah dengan undang-undang Islam.

Kesimpulan
Berdasarkan sejarah pemerintahan di Zaman Rasulullah dan Khalifah Umar al-Khattab, definisi para ulama, kandungan perlembagaan (Islam agama Persekutuan), sistem pemerintahan negara (Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Menteri-menteri kanan beragama Islam), sistem perundangan negara dan perakuan tidak langsung dalam Dokumen Negara Islam PAS, jelaslah Malaysia adalah negara Islam. Tambahan pula pembangunan fizikal dan pembangunan rohani terus dilaksanakan di Malaysia.

Selain masjid, surau dan jabatan agama, Malaysia memastikan umat Islam dapat menunaikan kewajipan menuntut Ilmu di sekolah, kolej, universiti dan pusat latihan kemahiran. Umat Islam bebas mengamalkan ibadat dan hidup aman bersama pelbagai kaum lain. Sebab itu, seluruh dunia mengenali Malaysia sebagai negara Islam.

Nota :
Berikut hujah Pas dalam mempertikaikan pengisytiharan Malaysia sebagai negara Islam :

Pengisytiharan negara Islam oleh Perdana Menteri membuktikan bahawa kedudukan Islam akan kekal di bawah perlembagaan, bukan lebih tinggi daripada perlembagaan.

Dalam perkara 4 Ceraian (1) dengan jelas menyebutkan bahawa: Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu?.

Jawapan :
Pas juga telah mengiktiraf Perlembagaan yang ada ini. Sila lihat undang-undang tubuh Pas fasal (11).

Al-Quran dan Hadis boleh diatasi oleh undang-undang dan peraturan manusia. Jika sesuatu perkara timbul dan ianya bercanggah dengan undang-undang dan peraturan yang sedia ada, maka al-Quran dan Hadis akan tertolak.
Jawapan :
Al-Quran dan al-Hadis adalah kalam Allah yang tinggi dan mulia bukan untuk dipamer dalam mana-mana peraturan hidup manusia dan setiap mukmin hendaklah menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai rujukan hidupnya, sama ada ditulis atau tidak. Al-Quran dan Hadis tetap dengan kedudukan tertinggi itu sebagai pegangan dan tidak boleh menjadi perlembagaan atau disamakan tarafnya.

UMNO berpendirian bahawa negara ini telah Islam sejak Kerajaan Melaka kerana jika sesebuah negara itu pernah diperintah oleh kerajaan Islam maka cukup untuk mengiktirafnya sebagai negara Islam. Kalau begitu, kita juga boleh namakan Itali sekarang sebagai sebuah kerajaan Islam kerana suatu ketika dahulu Rom pernah diperintah oleh Islam. Begitu juga dengan Sepanyol dan Pattani.

Jawapan :
Jelas sekali fakta Pas salah kerana tidak pernah dalam sejarah, Rom diperintah oleh Islam. Manakala selepas penjajahan Barat, negara seperti Sepanyol dan Pattani tidak pernah diperintah oleh mana-mana kuasa Islam. Analogi Rom, Sepanyol dan Pattani tidak sesuai dengan isu ini. Berbalik kepada persoalan asal, Malaysia kini dikuasai dan ditadbir oleh orang Islam.

sumber dari kawan kawan..
Related Posts with Thumbnails